Kisah semalam : Epilog cinta

Hujan semakin mencurah-curah turun memandangkan sudah hampir seminggu bumi Allah ini kering dan panas.Aku yang pada ketika itu terlelap kerana penat tersedar tatkala mendengar rintik hujan yang kuat...

"Astaghfirullahalazim...terlelap rupanya aku"..kataku sendirian

Dengan segera aku mencapai tuala untuk membersihkan diri.Dalam perancangan lepas mandi aku berkira-kira mahu masak untuk makan malam nanti.
Selesai sudah mandi,aku pun mencapai telefon..

"Eh..ada satu mesej dan satu panggilan yang tidak dijawab"..kataku dalam hati

Panggilan yang tidak dijawab itu dari nombor yang aku tidak kenali.Aku malas nak ambil pusing dengan nombor yang aku tidak kenali.
Aku beralih pula kepada mesej yang belum ku baca.

"Saya sebenarnya sudah lama menyukai awak dalam diam.Sudah lama saya memendam rasa tapi saya takut untuk meluahkan.Maafkan saya andai kehadiran mesej ini menganggu awak...".Begitulah kandungan mesej yang aku dapat dari seorang kenalan yang aku kenali.
Aku berasa hairan bin ajaib kenapa dia bagi mesej sebegitu kepadaku.
Aku membiarkan mesej yang dia kirim tanpa balasan.

Esoknya...

"Kenapa awak tak balas mesej saya semalam?" tanya Haziq kepadaku.
"Emm...kredit saya dah habis la.." jawab ku perlahan
"Atau awak sengaja tak nak jawab mesej saya tu.." duga Haziq.
"Betullah.Saya memang tak ada kredit" jawab ku dengan besungguh untuk menyakin Haziq
"Tak apalah" jawabnya ringkas lalu berlalu pergi
Rasa bersalah terbit dalam hati kerana aku telah berbohong kepada Haziq.Bukan niatku untuk berbohong cuma aku tak tahu untuk jawab apa andai dia inginkan jawapan dariku.

Seminggu sudah berlalu selepas perbualan berkisarkan tentang mesej yang aku dapat dari Haziq tempoh hari
Teet..teet...bunyi mesej dari telefonku.Aku segera membuka mesej khuatir mesej penting dari keluarga atau rakan-rakanku.

"Ehh...mesej dari Haziq la.." getus ku dalam hati
"Assalammualaikum.Maaf andai saya menganggu.Selepas perbualan kita tempoh hari saya dapat menjangkakan yang saya sebenarnya bertepuk sebelah tangan.." begitu ringkas mesej yang aku dapat dari Haziq berbanding dengan sebelum ini.
"Waalaikumussalam.Saya tidak boleh beri kata putus yang setepatnya kepada awak berkenaan hal ini.Kerana bab hati dan perasaan ini Allah yang aturkan.." ringkas aku membalas balik mesej kepada Haziq dengan harapan dia faham akan maksudku.

Selepas aku membalas mesej tersebut, fikiran aku melayang mengenangkan segala perhatian dari Haziq kepada aku selama ini.Memang aku akui Haziq seorang lelaki yang baik dan mempunyai pakej yang lengkap pada pandanganku.Tetapi,dalam hatiku masih mempunyai kenangan yang sukar untuk aku buang sehingga kini.Kenangan bersama insan yang pernah aku sayangi ketika dia masih hidup dulu...

Bersambung....



1 comment:

Copyright by ungutinta.blogspot.com