Soalan bocor dari dalam Kubur

Selalu uolls terintai-intai kertas soalan kat atas meja cikgu dengan harapan dapat soalan bocor kan..tapi ada soalan bocor yang sudah lama diketahui tapi uolls tak nak cuba jawab..
Apa soalan tu?
SIAPA TUHAN KAMU?
Ni soalan paling mudah nak jawab masa hidup tapi susah nak jawab bila dah mati.Tanyalah kat siapa-siapa, sure leh jawab tapi kalau hidup tak takut Tuhan, tak nak ikut arahan Tuhan, buat larangan Tuhan, rasa diri macam Tuhan, rasa-rasanya terjawab tak soalan ni nanti bila dah dikambus tanah?

SIAPA IKUTAN KAMU?
Kalau hidup ikut nafsu takkan kat dalam sana boleh tipu kata ikut Nabi pula kan..Sepanjang hayat idolanya Donald Trump,Bill Gates,Lionel Messi,..bla..bla..blaa...alih-alih kat sana nak tipu kata ikut Nabi Muhammad SAW pula?
SIAPA SAUDARA KAMU?
Jawapannya semua tahu, orang ISLAM..tapi semasa hidup betul ke macam tu?Beli barang kat kedai Cina, buat bisnis dengan India, kawan masa study mat saleh..tapi sedara SeISLAM pun dah tak ngaku sebab parti politik lain-lain
MANA KIBLAT KAMU?
Jangan bagi bacaan kompas menghala ke Makkah serta Kaabah pula..Masalahnya, masa hayat tak kisah kiblat kat arah mana sebab bukan solat pun..yang tahu menghadap TV 5 kali sehari..
Sekadar pengkongsian ilmiah biasa..semoga semuanya dapat mengambil pengajaran daripada info di atas termasuklah me sekali.. :)
Jangan lupa senyumm ^___^

2 comments:

  1. Assalam.. bagus entri ni. Semoga memberi kesedaran & peringatan kpd semua termasuk diri sy ini. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. thanks sbb kongsi..sama2 la kita saling mengingati..

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com