Maafkan Rindu

Entri kali nie me nak kongsi satu kisah...kisah ini mcm cinta 3 segi la melibatkan 2 orang perempuan dan seorang lelaki...perempuan yang pertama me kenalkan dia sebagai Kasih dan yang kedua sebagai Sayang...lelakinya me kenalkan sebagai Rindu..

Kisah nya bermula pabila Kasih telah berkenalan dengan Rindu secara tidak sengaja..pada awal perkenalan mereka semuanya ok sehingga pada satu hari Rindu telah berterus terang akan status dirinya yang sebenar..

Alangkah terkejutnya Kasih tatkala mendengar pengakuan dari Rindu...Rindu telah mempunyai Sayang dan mereka telah pn bertunang..tetapi Sayang tidak tahu yang rindu telah berkenalan dengan Kasih...

Dalam tempoh perkenalan antara Kasih dan Rindu, Rindu telah jatuh hati kepada Kasih tanpa dia sedari...dan rupanya Rindu tidak bertepuk sebelah tangan kerana Kasih pun telah sama sama jatuh hati...

Tetapi semuanya telah terlambat...setelah mengetahui status diri sebenar Rindu, Kasih telah berkata pada diri sendiri yang dia tidak akan jadi pihak ketiga kepada hubungan antara Rindu dan Sayang...ini kerana Kasih tidak mahu melukakan hati Sayang walaupun Kasih tidak pernah mengenali diri Sayang...

Hubungan antara Rindu dan Kasih terus sepi..Kasih telah meyepikan diri dengan tidak menghubungi Rindu lagi sebagai cara untuk menjauhkan diri...

Dan pada satu hari, Kasih telah mendapat email dari Rindu dalam bentuk video...


Walaupun perit untuk Kasih terima, Kasih harap ini adalah penyelesaian yang terbaik...
Sehingga sekarang kiriman video dari Rindu masih lagi Kasih simpan sebagai kenangan...
Ketahuilah Rindu,Kasih tidak pernah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Rindu..
Kasih dan Rindu memang tidak ditakdirkan untuk bersama...Kasih redha dengan ketentuan semua ini...

# Salam sayang dari me

Semua orang gila tuan!

Seorang pegawai polis sampai di lokasi kemalangan.Kelihatan seorang lelaki India terbaring lemah di tepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan.Pegawai polis tadi memangku lelaki India yang sedang terbaring itu dengan sayu dan belas kasihan


Polis : Anil, apa pasal boleh eksiden?


Anil : Semua orang gila tuan, bawa laju-laju.


Polis : ( lagi sayu campur kasihan )Siapa bawa laju Anil?


Anil : Saya dari rumah,bawa motor juga,pigi kidai.


Polis : oooo...


Anil : Saya pigi kidai.Balik kidai saya bawa moto.Ada lori laju.Banyak laju, makan saya punya jalan.Mau langgar saya punya motor.Nasib baik saya sempat elak.Tarak jadi eksiden.


Polis : Banyak nasib baik Anil.Habis siapa langgar Anil?


Anil : Ini cerita belum abis la tuan.Lagi, satu kereta makan saya punya jalan.Mau langgar saya punya depan, saya elak.Tarak jadi eksiden.Ini Tuhan punya kuasa.


Polis : Nasib baik Anil.Jadi siapa yang langgar?


Anil : Itulah tuan.Dua kali saya boleh elak.Lalu itu selekoh, ada satu pokok.Bawa banyak laju.Saya sudah banyak kali hon sama dia,dia tarak pigi tepi.Boommmm, itu pokok sudah langgar sama saya...


Polis : Citt...confirm mabuk todi haram ni.Kostabel, gari Anil ni,check level alkohol dia sekali....


hehehe...Apa la Anil nie pokok dengan kenderaan pun tak boleh nak beza...
Moral : berhati hati ketika memandu & ingatlah orang yang tersayang


# salam sayang dari me
Copyright by ungutinta.blogspot.com