Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Kenduri kahwin + reunion (Part 3)






Kat atas tu adalah antara view dalam bilik penginapan me kat hotel..kat hotel mana??cer baca kat entri SINI kalau nak tahu me stay kat hotel mana..hihihi
Harganya pun boleh tahan juga woo untuk satu malam dan malam berikutnya..almaklumlah hotel antarabangsa yang ada cawangan di beberapa negara..tapi servis dan makan memang best..me bagi 4 bintang... :)
Next...me cerita pasal wedding kawan me pula ok..
Cer uolls tengok gambar-gambar indah suasana wedding kawan me ni..memang awesome la..



Kat bawah ni pula gambar-gambar kami bila dah berkumpul..mengalahkan pengantin pula ambil gambar..hihihi...memang happening la..cer uolls cari me yang mana satu..hihihi..



Rasanya kitorang la yang paling ramai bergambar kat pelamin dengan pengantin :)



Kepada sahabat me Joomizan Binti Nordin dan suami, me doakan semoga mahligai yang di bina kekal hingga ke syurga di samping di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..juga kepada sahabat me yang lain juga me doakan kalian dan pasangan bahagia hingga hujung nyawa di bawah Rahmat Allah swt..aaminn..
"Aku sayangggg korang semua dunia akhirat...."

p/s : friends potrait :)

















Kenduri kahwin + reunion (Part 2)

Ok la..entri kali ni adalah sambungan dari entri yang lepas..alaa..entri me pergi KL siap mabuk sebab dah lama tak naik bus tu...hihihi
Dalam entri yang lepas tu, me janji ada nak cerita kat mana wedding kawan me tu kan..
Actually..wedding kawan me tu di buat kat Hotel Pullman Putrajaya Lakeside...memang grand la...first time tu me pergi wedding kat hotel..hotel 5 bintang pula tu...
Kat bawah ni antara view kat hotel yang sempat me snap..mana la tahu antara uolls nak buat wedding kat hotel ni kan...







Kat hotel ini la juga, berlaku pertemuan antara me dan kawan-kawan sekolah dulu..kiranya macam reunion la..dalam entri sebelum ni pun me ada cerita pasal kawan sekolah me yang dah lama tak jumpa..memang best sesangat.. :)
Masing-masing dah berkahwin dah ada anak..me juga yang masih single mingle lagi...hihihi
Kat bawah ni antara kawan me yang hadir awal sebelum wedding..ohh ye..wedding nya belah malam..



Sementara tunggu majlisnya belah malam kitorang lepak dan berbual bual mengimbau kenangan katakan... :)
Next entri me akan tunjukkan pula view dalam bilik hotel pula ye...check it out...





Kenduri kahwin + reunion (Part 1)


Wahh..rasa macam dah la tak update blog..ada la dalam 4 hari..bukan 4 bulan bukan 4 tahun ye..hihihi
Sebenarnya me tak sempat nak update blog sebab me pergi kenduri kahwin kawan..kawan satu sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah
Me pergi naik bus dari Muar..tapi dalam perjalanan ke terminal bus kat Muar me mabuk..bukan mabuk sebab preggy ye..mabuk sebab me dah lama tak naik bus..siap kepala miong-miong lagi :(

Sampai je kat terminal bus Muar me terus beli tiket ke KL turun di TBS
Sebelum tu me sempat singgah kedai beli asam bagi nak hilangkan rasa mabuk..dasyat kan me ni..hehehe


Dalam perjalanan ke KL pun me mabuk juga..aaishh...mabuk lagi..tapi kali ni ada aircorn kurangla sikit rasa mabuknya berbanding sebelum tu..dapat la juga me lelapkan mata kejap..
Kat mana wedding kawan me tu dan apa event yang ada tunggu me update nanti ye... :)

p/s : ada petua tak macamana nak hilangkan mabuk dan apa puncanya...share ye :)





Bercuti : Kami dah datang...


Assalammualaikum

Cantik tak gambar sunset kat atas tu..cantik kan..semua ciptaan Allah cantik..Gambar sunset tu me ambil di tepian pantai dekat dengan resort yang me pergi bercuti..kalau uolls ada yang tak tau me pergi bercuti kat mana boleh klik klik sini :)
Walaupun tak lama me pergi bercuti tapi memang best..sebabnya me dapat mandi laut...yeayyy :)
Bilik penginapan me pula memang berhadapan dengan laut memang rasa betul la berada di tepian laut..Bila tidur memang dengar bunyi ombak menghempas pantai..sampai sekarang memang terasa bayu laut tu..
Tempat penginapan yang telah me sewa ni ada menyediakan ruangan untuk buat BBQ dan ada juga menyediakan hiburan karaoke selain dari menyediakan peralatan untuk buat sukaneka...pada uolls yang nak pergi bercuti tapi budget tak besar me syorkan boleh la pergi ke sini...yang penting adalah masa berkualiti bersama keluarga kan :)
Ok la..jom layan gambar keseronokan,kandid dan gambar kepuasan me bersama dengan keluarga dan sepupu sepapat me... :)

Menghayati matahari terbenam di dalam air..memang owesome la :)

Acara karaoke dan BBQ..serta sambutan hari ulangtahun pakcik me...sedap kek coklat tu..homemade tau :)
Antara aktiviti yang dijalankan di tepi pantai..masa ni lebih teruja nak berendam dalam air dari join aktiviti tau
Antara keletah sepupu sepapat me di dalam air..Aktiviti yang me suka buat lompat ke dalam air..tapi hakikatnya me tak pandai berenang pun...hehehe

p/s: setelah seminggu baru me dapat update dan masukkan gambar dalam blog..almaklumlah dah hujung-hujung tahun ni banyak pula kerja yang perlu disiapkan... :)











Bercuti : Kami datang...


Assalammualaikum

Senangnya dalam hati..esok nak pergi bercuti.. :)
Esok me akan pergi bercuti ke Melaka...me akan stay kat D'Nelayan Beach Resort..macam kat dalam gambar kat atas tu..ada Family Day kat sana.. :)
Bercuti bersama keluarga adalah saat saat yang best dan indah kan...Ok la, nanti me akan cerita segala aktiviti yang me buat kat sana...
Tunggu tau :)

Langkawi trip


Alhamdulillah...pada 30 Mei sehingga 2 Jun sampai juga me ke Pulau Langkawi,Kedah..first time sampai ke Pulau Langkawi tau...walaupun penat kerana perjalanan yang jauh dengan menaiki bus tetapi memang seronok dan berbaloi-baloi...hihihihi...
Actually,me pernah sampai ke negeri Kedah tetapi tak pernah pergi lagi ke Langkawi..bila makcik me offer pergi Langkawi me memang tak lepaskan peluang la...peluang keemasan depan mata tak kan nak lepaskan..betul tak.. :)
Banyak la juga tempat me pergi antaranya Kilim Geoforest Park,Under Water World Langkawi,Dataran Lang,Cable Car,Kota Mahsuri, dan banyak lagi la dalam masa 3 hari me di sana.
Bagi kaum wanita kalau ke Pulau Langkawi mesti dah ada plan awal-awal untuk membeli belah kan..biasalah bebas cukai andai kita bermalam lebih dari semalam...termasuk la juga dengan me...hihihi...banyak la juga berhabisnya tapi takpa asalkan puas kan...
Ok la ur olls...segala pengalaman yang me dapat semasa bercuti ke Langkawi amatlah berharga kepada me..

^_^




Di Kilim Geoforest Park.Keindahan alam yang  indah  belum diterokai
Di Gua Kelawar
Di Kota Mahsuri
Di Under Water World Langkawi
Di Dataran Lang
Kenangan dari Langkawi






Copyright by ungutinta.blogspot.com