Malas boleh bawa MAUT....???

Malas boleh bawa maut...yeker...eemm...cer baca entri me ini dulu baru dapat tahu jawapannya...

         Tahukah sahabat me semua, sikap malas memiliki kesan yang sama dengan merokok?
Kajian telah dilakukan di Unversiti Harvard,Britain, mendapati bahawa setiap satu daripada 10 individu meninggal dunia kerana pola hidup malas.
         Dalam kajian tersebut juga telah menunjukkan jumlah kematian yang disebabkan oleh pola hidup malas adalah sebanyak 90,000 orang setiap tahun.
        Malas di sini merujuk kepada individu yang tidak melakukan sebarang aktiviti senaman bagi menjamin kesihatan tubuh badan.Bagi mengelakkan diri daripada maut akibat malas, individu digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin.Sekurang-kurangnya dua setengah jam pada setiap minggu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Jika enggan bersenam, lakukanlah aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh agar tubuh sihat dan bertenaga...
ambil dari mr.google...kucing pun ada malas juga ke...

Saranan dari me,kalau tak sempat juga nak bersenam banyak kan berjalan kaki..boleh juga keluar peluh dari badan kan...

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Madah Pujangga

Salam semua sahabat me...kali ini me nak bermadah pujangga ala-ala tengah jiwang gitu...hehehe
Madah me bukannya jiwang-jiwang pujangga tapi madah yang berkisar tentang kehidupan kita seharian...

 Kita Membawa Jarum Untuk Menjahit, Dia Menyambut Dengan Gunting
 Maksudnya : Kita menunjukkan jalan supaya bersatu padu tapi dia berikhtiar untuk berpecah belah

Jangan Jadi Si Buta Mematahkan Tongkatnya
Maksudnya : Jangan Bermusuh dengan orang yang menolong kita

Bukannya Bersuluh Batang Pisang, Bersuluh Bulan Matahari
Maksudnya : Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang biasa tapi juga oleh orang berkuasa

Hendak Singa Di Tengah Padang Lagi, Daripada Ular Di Dalam Semak
Maksudnya : Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil yang tersembunyi

Harimau Tidak Merendahkan Tarafnya Untuk Menangkap Cicak Sebagai Mangsanya
Maksudnya : Orang yang berkuasa tidak akan melakukan tindakan yang boleh merendahkan martabatnya

Keras Ditakik, Lunak Disudu
Maksudnya : Perintah haruslah dilakukan dengan bijaksana

Kita Baru Mencapai Pengayuh, Orang Sudah Sampai Ke Seberang
Maksudnya : Orang yang bijaksana selalu terlebih dulu berjaya mencapai matlamat yang dirancang

Jangan Bijak Terpijak, Biarlah Bodoh Bersuluh
Maksudnya : Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan, tetapi orang yang merendah diri suka bertanya selalu beroleh kejayaan

Hendak Belajar Berenang Dapatkan Itik, Kalau Hendak Belajar Memanjat Dapatkan Tupai
Maksudnya : Kalau hendak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang yang arif dalam bidangnya

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Copyright by ungutinta.blogspot.com