Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Seekor merpati kecil


"Kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara..."
Ingat lagi tak lirik lagu kat atas tu...ala...lagu dari kumpulan OAG la, merpati putih...
Apa kena mengena dengan burung merpati pula kan...actually me nak share sikit cerita pasal merpati ni..
Burung merpati adalah burung yang tidak menduakan hatinya.Adakah merpati suka berganti pasangan??Jawapannya tidak.Ia tetap setia dengan satu pasangan hingga akhir hayat.
Walau sejauh mana merpati terbang, ia tidak pernah sesat untuk mencari jalan pulang.
Jawapannya tidak.Ia tidak akan sesat kerana ia cukup menghafal jalan untuk kembali.
Sifat merpati adalah romantik.Perhatikan tatkala merpati jantan berlagu memberi pujian kepada merpati betina sehingga merpati betina tertunduk malu.Pernahkan ia saling membenci?Jawapannya tidak.
Merpati faham erti bekerjasama.Apabila membuat sarang, merpati jantan dan betina akan silih berganti terbang mencari ranting.Apabila merpati betina mengeram, merpati jantan akan berjaga di luar sarang.Pernahkan melihat ia saling tidak mempedulikan tanggungjawabnya?Jawapannya tidak.
Merpati si burung yang tidak mempunyai hempedu.Oleh itu, ia tidak menyimpan kepahitan sehingga membawa kepada rasa dendam.Kenalkan ia dengan perasaan sebegitu?Jawapannya tentu tidak.
Me harap uolls semua dapat ambil iktibar dan pengajaran dari cerita pasal merpati yang me share ni ye... :)

p/s : jika seekor merpati kecil boleh melakukan perkara di atas, kenapa pula kita tidak boleh lakukannya..kan..kan...kan...

Terbaik : Parking bawah tanah


Uolls pernah tak mengalami masalah nak cari parking bila nak pergi shooping complex dan sebagainya...?
Me kalau keluar drive paling lemah bila nak cari parking..asyik penuh je memanjang..kadang-kadang dekat 10-15 minit mencari/menunggu kalau ada parking kosong..fuhh..mungkin ada jalan penyelesaian bagi masalah ini..tapi sebelum tu cuba uolls tengok gambar kat bawah ni jap :)

Gambar apa tu kan..?Haa..tu la gambar bagaimana rakyat Itali menyimpan/parking kereta mereka.Di sana mereka ada parking bawah tanah.Ianya tidak memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan kereta.


Tapi kat Malaysia belum ada lagi sistem parking macam ni..mungkin sebab kos pembinaan atau struktur bawah tanah yang rumit untuk buat sistem parking macam ni...

Sumber : Penpatah





Pengutip gula-gula getah

Jika bercakap pasal kebersihan, semua orang ingat membersihkan kawasan, mencuci longkang, tandas dan sebagainya.Tetapi ada tak uolls terfikir di sebalik membersihkan kawasan pasti ada serpihan gula-gula getah yang bersepah-sepah.Dan uolls ada tak pernah terdengar kerjaya yang menawarkan khidmat khas mengutip gula-gula getah?
Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang janggal dan kelakar tetapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud.Jawatan tersebut di beri nama sebagai Gum Removal atau pengutip gula-gula getah.Pekerjaan ini hanya ada di beberapa tempat sahaja seperti di Washington, Amerika Syarikat.
Kerjaya mengutip gula-gula getah ini bertanggungjawab memastikan seluruh kawasan di Washington khususnya bersih dari gula-gula getah.Difahamkan kerjaya pengutip gula-gula getah ini boleh mencecah sehingga 5 angka...(banyak tu..kalah gaji me...)Cuba uolls bayangkan betapa lumayannya, jika dipilih menjadi salah seorang pengutip gula-gula getah...hihihi

Gambar kat atas tu menunjukkan pekerja sedang mengutip gula-gula getah yang melekat di jalan dengan menggunakan mesin yang khas.
Gambar kat atas tu pula adalah peralatan khas yang digunakan untuk mencuci kesan kotoran hitam gula-gula getah.
Seperti yang sedia maklum, negara jiran kita Singapura telah mengadakan undang-undang larangan memakan gula-gula getah kepada rakyatnya kan...tujuannya adalah untuk memastikan negara mereka bersih dan tiada kesan kotoran akibat daripada gula-gula getah ini.
kat Malaysia belum ada lagi larangan memakan gula-gula getah lagi kan...mungkin sebab rakyat kita ni pembersih kot..tahu makan tahu buang...tetapi ada juga yang tahu makan tapi tak tahu buang kat mana kan...
So, jawatan pengutip gula-gula getah belum wujud lagi kat Malaysia...hehehe

p/s : isu pembuangan sampah yang tidak terkawal menjadi salah satu isu yang hebat di perdebatkan...


"Makanan" untuk rambut

gambar hiasan dari mr.google
"Rambut Rasulullah SAW tidak terlampau keriting, tidak pula lurus kaku, rambutnya mencapai kedua daun telinganya."
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jariri bin Hazim, dari Hazim yang bersumber dari Qatadah)

Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita.Memiliki rambut yang cantik adalah satu lumrah idaman setiap wanita.
Namun, bagi wanita yang bertudung usah memandang remeh terhadap rambut anda walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi dari pandangan luar.
Berdasarkan kajian, ramai para wanita mengalami masalah keosakan rambut atau mudah mengalami keguguran rambut.Di sebabkan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya.
Antara masalah utama rambut bagi mereka yang bertudung adalah :
  1. Rambut berbau
  2. Rambut mudah gugur
  3. Kulit kepala berminyak
  4. Hujung rambut berbuah
  5. Berkelemumur
Berikut adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut
  • Telur - Telur mempunyai vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut untuk kekal sihat dan bermaya
  • Gandum - Gandum menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik unutk kekuatan rambut.
  • Beras merah - boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.
  • Ikan salmon - Kandungan omega 3 yang melimpah di tambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 yang menjadikan kulit kepala kekal sihat.
  • Sayuran hijau - sayuran hijau tedapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
  • Buah-buahan - Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi. lemon, kubis brussel dan jambu batu.Selain itu, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.
  • Minyak zaitun - minyak ini mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B  kompleks, vitamin C, vitamin E, vitamin D dan beberapa mineral lain.Cara menggunakan minyak ini adalah dengan membasahkan rambut dengan air, kemudian sapukan minyak zaitun ke seluruh bahagian rambut.Biarkan selama 20 minit kemudian bilas.Selain itu, minyak zaitun dapat membasmi kutu.Caranya dengan menyapu minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur dan tutup/balut kepala dengan kain.Minyak zaitun juga pun mampu menghilangkan kelemumur dengan cara titiskan minyak zaitun pada syampu kemudian usap sehingga berbuih di rambut dan bilas.
p/s : banyak kan khasiat minyak zaitun yang kita tak tahu...

Kanser payudara lelaki


Lelaki juga mempunyai potensi mengidap barah payudara?Betul ke..ingatkan wanita sahaja yang mempunyai potensi mengidap barah payudara..

Menurut Pertubuhan American Cancer Society, telah menganggarkan seramai 410 orang lelaki di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat kanser payudara.
Menurut kenyataan dari pertubuhan itu lagi, kanser payudara adalah kira-kira 100 kali lebih biasa di kalangan lelaki daripada wanita.
Bagi lelaki, risiko seumur hidup mendapat kanser payudara adalah kira-kira 1 dalam 1000 orang.Jumlah kes kanser payudara di kalangan lelaki berbanding populasi penduduk agak stabil sejak 30 tahun yang lalu.
Setakat tahun 2013 ini, sebanak 2240 kes kanser payudara di kalangan lelaki telah di laporkan.

p/s : penyakit sekarang tidak mengenal jantina, umur dan taraf kehidupan kita kan...

Ada otak pakai...


Otak manusia memang unik.Tahukah anda, orang yang selalu berfikir mempunyai sel neuron aktif yang banyak berbanding manusia yang kurang berfikir.
Di percayai individu yang gemar bermuhasabah diri setiap hari akan mengaktifkan sejuta sel neuron dalam otaknya.Kajian saintis mendapati individu begini mempunyai tahap kecerdikan yang sangat tinggi.
Dalam bahasa sains ia dikenali sebagai IQ (Intelligence Quatient).
Jadi bagi orang Islam, perbuatan berzikir dan memohon taubat setiap hari sebenarnya mengaktifkan sel otak untuk mempersiapkan diri bagi menyelesaikan masalah.
Perkara ini terbukti melalui sejarah apabila asas pelbagai ilmu moden hari ini seperti kimia, fizik, matematik, astronomi, perubatan, perundangan, kejuruteraan, teknologi, kemasyarakatan dan lain-lain lagi bermula dengan sarjana Islam sebelum Islam dilalaikan daripada berzikir dan bertaubat (muhasabah diri)

p/s : jom kita perbanyakkan zikir :)

Kes orang hilang : Makin membimbangkan

Assalammualaikum

Uolls dah baca berita dalam suratkhabar KOSMO(27/12/2013) bertajuk "4998 kes orang hilang dilapor"..?
Memetik kata dari Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye katanya, "Seramai 22337 orang atau 45 peratus daripada kes orang hilang yang direkod pada tahun ini adalah golongan remaja berumur 18 tahun ke bawah.."
Katanya lagi, " Statistik dalam tempoh itu turut menunjukkan tahap membimbangkan apabila hanya 2382 orang atau 48 peratus sahaja yang berjaya ditemui semula.."

Tak sampai separuh peratusan orang hilang yang ditemui.Di manakan baki peratusan yang tinggal tu pergi..?
Jumlah orang hilang yang dinyatakan di atas tu memang membimbang kan me..mungkin dari sehari ke sehari angka-angka tersebut akan meningkat.. :( Make me worried
Kes orang hilang ini mungkin berlaku atas beberapa faktor antaranya : (pada pendapat me)
  1. Mudah terpengaruh dengan pujukan kawan/teman terutamanya yang baru kenal (contoh : kenal melalui FB,Twitter dan sebagainya)
  2. Mungkin mengalami masalah dengan keluarga (ambil jalan mudah dengan melarikan diri)
  3. Ingin mencari kebebasan hidup
  4. Lari ikut kekasih
Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak berada di dalam keadaan yang selamat.Bukan perlu mengongkong hidup tetapi cuba dekati anak-anak secara diplomasi.Pantau aktiviti anak-anak bukan halang dari anak-anak beraktiviti.Banyak luangkan masa bersama anak-anak.
Apa yang me luahkan di entri kali adalah pendapat dan sekadar renungan kita bersama tau :)




Info : Tahu tak?

  Jom baca kat bawah ni :)
  • Tidur sekejap pada waktu siang dapat mengurangkan risiko tekanan sehingga 40 peratus.Tetapi jika anda lakukan ia di pejabat dan disaksikan oleh bos, nescaya risiko tekanan anda bakal menerima memo atau dipecat akan meningkat !
  • Kajian saintis mendapati, perbuatan menutup mata seketika sewaktu berfikir akan memudahkan manusia untuk mengingati.Tetapi, jika anda lakukan ketika memandu nescaya anda menghampiri ajal
  • "YAHOO" - merupakan satu portal dan enjin pencarian paling popular di internet.Nama "YAHOO" adalah singkatan daripada "Yet Another Hierarchical Officious Oracle" yang telah diilham oleh dua orang pelajar.
  • Jika seluruh batu pada Tembok Besar China diceraikan lalu disusun satu persatu,panjangnya cukup untuk mengelilingi bumi.
  • Bayangkan sebuah gelas kaca.Jika ia pecah hanya perlukan kelajuan masa 0.0005 saat untuk retakan itu berkembang sepanjang 4 inci.
  • Belang harimau bukan hanya pada bulunya, tetapi juga pada kulitnya.Ia berbeza dengan lelaki kerana lelaki berhidung belang tidak nampak belangnya pada hidung atau pada bulu hidungnya...hehehe
  • Hutan hujan Amazon adalah hutan yang paling luas meliputi 9 buah negara.Dalam kawasan hanya seluas 1.6 kilometer persegi dalam hutan ini mengandungi kira-kira 3000 jenis spesies tumbuhan.
  • Menurut kajian, secara purata kita menuturkan 30,000 patah perkataan sehari.Jika jumlah perkataan itu dituturkan tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dihabiskan.

Info : 10 Pengurus bolasepak termahal di dunia

Saja je me nak share info pasal pengurus pasukan bolasepak termahal di dunia ni kat uolls semua..mana la tahu ada yang berminat nak tahu kan..ok la,jom baca kat bawah ni


  1. Fellipe Scolari (16.6 juta Euro setahun = RM 71.57 juta) ~ Lahir pada 9 November 1948 di Passo Fundo,Brazil.Scolari terkenal dengan sifat panas barannya ketika perlawanan di padang.Mendapat jolokan nama "Big Phil" mula terkenal apabila membawa Brazil menjuarai Piala Dunia 2002
  2. Jose Mourinho (11 juta Euro setahun = RM 47.43 juta) ~ Lahir 26 Januari 1963 di Setubal,Portugal.Maurinho dikenali dengan gaya rapi dan aneh yang sering memancing kontroversi dalam siaran media.Namanya mula menonjol ketika meraih Liga Champion 2004 bersama FC Porto.
  3. Fabio Capello (10 juta Euro setahun = RM 43.11 juta) ~ Lahir pada 18 Jun 1946 di San Canzian d'Isonzo,Itali.Pengurus yang mementingkan hasil kedudukan permainan.
  4. Sir Alex Ferguson (7 juta Euro setahun = RM 30.18 juta) ~ Di lahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow,Scotland.Ia merupakan salah satu pengurus terbaik sepanjang masa.Merupakan tokoh penting di sebalik berdirinya empayar raksasa Eropah, Manchester United.
  5. Roberto Mancini ( 6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 27 November 1964 di Ancona,Itali.Sangat menyukai tipikal formasi penyerang.
  6. Carlo Ancelotti (6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 10 Jun 1959 di Reggiolo,Itali.Puncak kejayaanya sebagai pengurus apabila berjaya meraih berbagai piala bersama kelab AC Milan.
  7. Manuel Pellegrini (5.5 juta Euro setahun = RM 23.71 juta) ~ Lahir pada 16 September 1953 di Santiago,Chile.Kerjayanya banyak dihabiskan dengan pengurus sejumlah kelab-kelab di Amerika Latin.
  8. Louis Van Gaal (5.2 juta Euro = RM 22.42 juta) ~ Lahir di Amsterdam,Belanda pada 8 Ogos 1951.Memulai kerjaya jurulatihnya bersama Alex Amsterdam dan telah meraih pelbagai title bersama kelab tersebut.
  9. Guus Hiddink (5 juta Euro setahun = RM 21.56 juta) ~ Lahir pada 8 November 1946 di Varsseveld,Belanda.Berbagai kelab dan negara telah merasakan sentuhan manis Hiddink.Salah satu prestasinya adalah membawa pasukan nasional Korea Selatan sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2002.
  10. Arsene Wenger (4.8 juta Euro setahun = RM 20.69 juta) ~ Lahir di Strasbourg,Perancis pada 22 Oktober 1949.Merupakan saingan abadi dengan Alex Ferguson baik di media mahupun di padang.Mendapat jolokan nama "Professor" menjadikannya antara pengurus berjaya membangunkan Arsenal menjadi sebuah pasukan yang terbaik di BPL mahupun di Liga Champions.
p/s : Agak-agaknya jurulatih kat negara kita ni berapa nilainya ye... :)

Pekerjaan : Keberkatan hanya milik Allah SWT

Assalammualaikum

Entri kali ni me nak kongsi pasal keberkatan. Khususnya keberkatan dalam pekerjaan kita.
Dalam surah al-Maryam ayat 31 yang bermaksud 
" Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada."
Maksud di sebalik makna ayat tersebut ialah Allah SWT adalah pemberi rezeki/restu/berkat (al-Mubaarik) manakala kita sebagai hambaNya (al-Mubaarak) adalah seorang yang diberkati.
Sifat memberi berkat hanya milik Allah SWT

Antara tanda-tanda pekerjaan berada dalam keberkatan Allah SWT ialah
1) Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar
2) Merasa seronok dengan pekerjaannya
3) Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik
4) Pekerjaannya disenangi oleh orang lain
5) Senantiasa berasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit
6) Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi

Tepuk dada tanya iman sendiri. Adakah kita bekerja untuk mendapat keberkatan hidup atau hanya ingin mengejar dan memenuhi kehendak hidup yang tidak pernah puas...?
Hanya kita sendiri yang tahu jawapannya :)


3 dos : Supaya anda sentiasa dilindungi

Assalammualaikum

Uolls semua apa khabar?
Me harap semuanya dalam keadaan sihat.. :)
Ok la..entri kali ni me nak share sikit pasal kesihatan exspeacially untuk kaum wanita...
Kat Malaysia ni terdapat beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh dalam senyap khususnya kepada kaum wanita kan..iaitu kanser payudara dan kanser serviks..betul kan..
So, dalam entri ni me nak share sikit pasal kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser rahim dan pelalian HPV..
Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.
Antara penyebab berlakunya kanser serviks ini antaranya ialah :
  • memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda
  • kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • kurang daya tahan melawan penyakit
Gejala/tanda kanser serviks
  • pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
  • sakit
  • pendarahan yang banyak
  • pendarahan yang berpanjangan
  • berbau
  • bercampur darah
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati" adalah perlu untuk mengurangkan beban penyakit kanser serviks ini untuk masa hadapan.Oleh itu, Dasar Pelalian HPV Kebangsaan telah diwujudkan.
Laa..apa pula pelalian HPV tu kan... :)
Pelalian HPV adalah salah satu pelalian kanak-kanak sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada November 2007.Pelalian HPV di berikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.Tetapi pelalian HPV ini akan di beri kepada remaja perempuan yang mempunyai kebenaran bertulis dari ibu bapa.Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh rujuk SINI :)
Kepada uolls yang mempunyai adik/anak perempuan khabar-khabar kan lah pasal pelalian HPV ini ye.. :)
Jumpa di lain entri...daaa

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan malaysia

Senyum  ^_^


Lihat hidu rasa : Elakkan keracunan makanan


Assalammualaikum
Uolls pernah tengok tak logo kat atas tu? Me pasti ada yang pernah tengok kan..
Pada yang belum pernah tengok logo kat atas tu berkaitan dengan kempen/ promosi yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan
Nampak tak tagline promosi ni LIHAT, HIDU dan RASA :)
Kenapa promosi atau kempen ini di adakan?
Pada pendapat me, kempen ni diadakan adalah untuk menggalakkan para pengguna berhati-hati sebelum memakan atau membeli makanan di luar.Kebersihan dan keselamatan makanan mahupun minuman perlu di titik beratkan kerana ianya melibatkan kondisi tubuh badan kita juga.
Tagline dalam kempen ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah untuk mengenal pasti sesuatu makanan tersebut sudah basi/sudah tercemar.
Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh klik di page lihathidurasa
Me harap dengan adanya kempen ini, kita semua dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Jangan sampai nyawa sudah melayang baru kita nak ambil peduli....

Nota : Logo kempen kat atas tu me ambil dari page FB lihathidurasa :)

Senyum  ^_^

Info : Percaya atau tidak inilah realitinya

Kali ini me nak share beberapa info yang menarik...baca tau kat bawah ni :)


  • Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka.Selat yang paling lebar ialah Selat Mozambique
  • Perkataan "NEWS" sebenarnya adalah singkatan daripada empat mata angin iaitu North(utara), East(timur), West(barat), dan South(selatan) ~ wahh...baru tahu :)
  • Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula pada waktu siang kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur sehingga melebar kembali
  • Nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya.Tahukah uolls, nyamuk juga mempunyai 47 batang gigi?(yeker..patutlah bila nyamuk gigit kita rasa sakit kan..)
  • Tikus membiak sangat cepat.Dalam waktu 18 bulan, pembiakan 2 ekor tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan (fuyoo..makin banyaklah cik Ti kalau tak kawal...)
  • Bangunan Taj Mahal di Agra, India di bina oleh Maharaja MOgul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya.Ianya siap di bina pada tahun 1648.
Sharing is caring

Senyum selalu  ^_^

Carilah yang HALAL


Assalammualaikum semua..


Me nak share beberapa info yang amat berguna kepada uolls semua terutamanya kepada mereka yang rajin pergi bercuti dan menginap di hotel atau resort.
Sebagai ummat Islam kita mestilah perlu mementingkan sesuatu tu halal atau tak terutaman dari segi makanan dan minuman kan..
So, menurut Ustaz Dr.Izhar Ariff iaitu merupakan seorang Panel Tertinggi Halal Negeri Selangor dan JAKIM umat Islam bertanggungjawab untuk mencari hotel yang halal.
Maksud hotel yang halal adalah mencangkupi layanan kepada pelanggan muslim dan makanan yang dihidangkan sama ada halal atau tidak.
Menurut kata Ustaz itu lagi, antara kriteria yang di titik beratkan oleh pihak JAKIM dalam pemberian sijil halal kepada pihak hotel adalah ruangan dapur.Pihak hotel perlu menyediakan dua bahagian dapur iaitu dapur untuk makanan halal dan satu lagi untuk kegunaan dapur untuk memasak makanan yang tidak halal.
Selain daripada itu, pihak hotel juga perlu meletakkan tanda arah kiblat di setiap bilik botel dan menyediakan peralatan solat seperti sejadah dan kain telekung.

Dalam entri ini me share sebahagian hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM

BORNEO HOTEL SDN BHD,KOTA KINABALU,SABAH
11@CENTURY HOTEL JB,JOHOR BAHRU,JOHOR
A'FAMOSA RESORT HOTEL SDN BHD,ALOR GAJAH,MELAKA
ADMIRAL MARINA BERHAD(HOTEL),PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN
BARATEGUH SDN BHD(NOUVELLE HOTEL SDN BHD)SERI KEMBANGAN,SELANGOR
BATU BUROK BEACH RESORT SDN BHD,TERENGGANU
BAYVIEW BEACH RESORT PENANG,PULAU PINANG
BAYU BEACH RESORT SDN BHD, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD,KUALA LUMPUR
BUKIT MERAH RESORT SDN BHD,SEMANGGOL, PERAK

Untuk mengetahui lebih lanjut uolls boleh kunjungi laman web JAKIM tau..yang list kat atas tu hanya sebahagian hotel je yang dah dapat sijil halal..

Sumber : Majalah Mingguan Wanita

Senyuumm...senyumm.. ^___^


Klik Dengan Bijak ~ Puzzle Shuffle


Assalammualaikum..
Kabare?wes mangan?..ehh..apasal me ngomong jawa pula ni..hehehe..
Ok la, me nak wat simple entri kali ini..
Uolls pernah dengar tak kempen Klik dengan Bijak (KDB)


Kempen ini menggalakkan para pengguna internet macam kita ni la menggunakan internet dengan cara yang betul dan berhemat..
Kalau uolls nak tahu lebih lanjut leh jengah kat laman web SKMM dan FB Klik Dengan Bijak
Dalam FB Klik Dengan Bijak ini juga sedang di jalankan satu pertandingan Puzzle Shuffle.
Untuk syarat dan cara-cara penyertaan boleh uolls tengok kat link yang me bagi tu.
Ohh..sebelum tu uolls kena klik butang like page FB Klik Dengan Bijak dulu baru boleh join contest..

Selamat Klik Dengan Bijak!!!

p/s : salah satu tugas me adalah menyampai kempen klik dengan bijak ini kepada semua golongan :)

Senyumm ^__^




4 amalan penyelamat dari API

Di riwayatkan dalam Kitab Jauhar Mauhub, apabila di hantar mayat ke dalam kubur, akan datang kepadanya empat api
  1. Api pertama di padam oleh SOLATNYA
  2. Api kedua di padam oleh PUASANYA
  3. Api ketiga akan di padam oleh SEDEKAHNYA
  4. Api keempat akan di padam oleh SABARNYA
InsyaAllah..marilah kita sama-sama berusaha supaya dapat memadam keempat-empat api tersebut sebelum di jemput ajal..
Teruskan senyum walaupun dalam hati bergelora duka  ^_^

Rumah pengecas...apa tu?


Hai uolls...i'm back again..kali ni me nak share info yang berguna..
Griffin Multidock....siapa tu?
Rumah pengecas...apa tu?
Griffin Multidock adalah pengasas kepada rumah pengecas..apa pula rumah pengecas tu kan?
Rumah pengecas tu adalah peranti yang hanya memerlukan satu palam kuasa tetapi boleh mengecas 10 peranti dalam satu masa..
Andai di rumah tidak cukup plug untuk cas handphone,tab atau gadget yang lain, rumah pengecas ni boleh digunakan..
Agak-agaknya kat Malaysia dah ada ke macam ni?mesti harganya mahal kan...
Jom..layan gambar model rumah pengecas kat bawah ni...



Kredit : penpatah.blogspot.com
Cer klik SINI untuk maklumat lanjut...

Senyummmlah... ^_^


Info : Percaya atau tidak ~ inilah realitinya

Jom..jom..baca entri me ni..sedikit info yang me nak share
Check it out...

  • China Mobile adalah sebuah syarikat operator telekomunikasi yang memiliki jumlah pelanggan yang terbesar dengan catata 200 juta orang pengguna; melampaui Vodafone mencatat sekitar 186 juta orang pengguna.
  • Bandaraya Tokyo memiliki purata penduduk seramai 33 juta orang sekaligus mencatatkan bandaraya itu sebagai sebuha bandaraya terbesar di dunia selepas bandaraya New York dan San Paulo dengan jumlah penduduk masing-masing sekitar 17 juta orang
  • Internet networking pertama kali diperkenalkan pada 1969 oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency) dengan nama ARPANET.Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protocol rangkaian pusatnya dari NCP ke TCP/IP dan inilah internet yang kita kenal hari ni
  • Menurut kajian beberapa penyelidikan, khinzir dikatakan mempunyai kemampuan berfikir yang unik malah khinzir juga mampu membuat apa saja yang dilakukan oleh anjing dengan lebih pantas malah deria bau khinzir lebih tajam dari deria anjing
Lepas baca senyummm ^_^


Soalan bocor dari dalam Kubur

Selalu uolls terintai-intai kertas soalan kat atas meja cikgu dengan harapan dapat soalan bocor kan..tapi ada soalan bocor yang sudah lama diketahui tapi uolls tak nak cuba jawab..
Apa soalan tu?
SIAPA TUHAN KAMU?
Ni soalan paling mudah nak jawab masa hidup tapi susah nak jawab bila dah mati.Tanyalah kat siapa-siapa, sure leh jawab tapi kalau hidup tak takut Tuhan, tak nak ikut arahan Tuhan, buat larangan Tuhan, rasa diri macam Tuhan, rasa-rasanya terjawab tak soalan ni nanti bila dah dikambus tanah?

SIAPA IKUTAN KAMU?
Kalau hidup ikut nafsu takkan kat dalam sana boleh tipu kata ikut Nabi pula kan..Sepanjang hayat idolanya Donald Trump,Bill Gates,Lionel Messi,..bla..bla..blaa...alih-alih kat sana nak tipu kata ikut Nabi Muhammad SAW pula?
SIAPA SAUDARA KAMU?
Jawapannya semua tahu, orang ISLAM..tapi semasa hidup betul ke macam tu?Beli barang kat kedai Cina, buat bisnis dengan India, kawan masa study mat saleh..tapi sedara SeISLAM pun dah tak ngaku sebab parti politik lain-lain
MANA KIBLAT KAMU?
Jangan bagi bacaan kompas menghala ke Makkah serta Kaabah pula..Masalahnya, masa hayat tak kisah kiblat kat arah mana sebab bukan solat pun..yang tahu menghadap TV 5 kali sehari..
Sekadar pengkongsian ilmiah biasa..semoga semuanya dapat mengambil pengajaran daripada info di atas termasuklah me sekali.. :)
Jangan lupa senyumm ^___^

Cinta 3 segi dalam rumahtangga


Hai uolls semua...watpe tu?hihihi...
Entri kali ini simple,ringkas dan padat..rasanya lah..
Apa tu cinta 3 segi dalam rumahtangga?
Uolls mesti ingat cinta 3 segi tu suami atau isteri main kayu tiga sehingga boleh menyebabkan cerai berai kan... :)
Sebenarnya cinta 3 segi dalam rumahtangga yang me maksudkan adalah cinta antara suami,isteri dan Allah swt... ^___^
Me share sedikit ye apa yang me dah baca..maksud cinta 3 segi dalam rumahtangga tu mestilah ada ketiga-tiga hubungan tersebut bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga..kalau ada yang bergaduh tu anggap la sekadar gaduh-gaduh manja..sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri kan...hehehe..bunyinya macam lirik lagu la pula kan... :)
Dalam rumahtangga mestilah ada kasih sayang dan cinta antara suami isteri kan..so bila masing-masing dah sayang menyayangi jangan pula leka dan sombong sehingga lupa pada Yang Maha Esa..Kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kebahagiaan dan dipanjangkan jodoh..rite..
INGAT...apa yang berlaku,akan berlaku dan telah berlaku semuanya atas kehendak dari Allah swt juga..
Dengan kuasa doa serta usaha yang berterusan memungkinkan semuanya boleh berubah..insyaAllah
Me tak berapa pandai sangat nak explain tapi yang me nak tekankan setiap hubungan mestilah ada Allah swt tau.. :)

Jumpa di lain entri...Senyumm je tau ^___^

Copyright by ungutinta.blogspot.com