Andaiku tahu...

 
'Andaiku tahu..kapan tiba ajalku..'
 
Rasanya semua dah fimiliar dan pernah dengar ayat di atas kan..ye betul..senikata lagu dari kumpulan ungu..oppss..ungu juga...hihihi...ok2..back to serious situation..emm..
Kenapa ek dengan ayat di atas..?Mesti ada sebabnya kan...
2 minggu lepas saudara me telah meninggal dunia..tak silap me hari rabu petang tarikhnya me tak ingat..
So,esoknya me pergilah ziarah ke rumah arwah.Ramai saudara mara jiran tetangga yang datang untuk menziarah arwah buat kali terakhir..
Apa yang membuatkan hati me tersentuh tatkala masa untuk memandikan jenazah..
Arwah seorang emak kepada 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan.
Anak-anak arwah lah yang telah memandikan jenazah emak mereka sambil di bantu oleh jemaah wanita yang lain..
Ya Allah..memang sangat-sangat tersentuh hati me ketika itu..
Kerana anak-anak arwah memandikan jenazah emak mereka dan menatap emak mereka kali terakhir..rasa nak menitik air mata me ketika itu..terus me berkata dalam hati yang me akan memandikan jenazah mak ayah me andai mereka meninggal nanti..insyaAllah...
Memang sepatutnya anak-anak memandikan jenazah kedua ibubapa sendiri supaya hanya kita sahaja yang tahu keaiban serta kekurangan kedua ibu bapa kita...InsyaAllah..
Suami arwah pula sangat-sangat tenang ketika jenazah di bawa keluar dari rumah untuk dikebumikan.Suami arwah jugalah yang mengetuai membawa jenazah arwah ke tanah perkuburan..Allahuakbar..
Begitu tenang dan sabar keluarga arwah menerima perkhabaran kematian ini..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..dan semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari yang mendatang..insyaAllah

p/s : terfikir bila me meninggal nanti ada ke tak yang akan menguruskan jenazah me dari memandikan,mengkafankan dan mengkebumikan jenazah me nanti..Wallahuallam..

Karnival RTC

Apa khabar semua..semoga sihat hendaknya...fuhh..penatnya badan me..rasa sengal semua urat sendi..hari ni 26 Mac me dan manager me wakil dari SKMM join buka booth sempena karnival RTC bertempat di Kg.Melayu Baru batu 28, Lenga, Muar...apa pulak RTC tu kan..? Hihihi..RTC tu singkatan kepada Rural Tranfomation Centre atau dalam bahasa melayunya Pusat Tranformasi Luar Bandar di mana sebelum ini dikenali sebagai Info Desa.So, me grab la peluang yang ada untuk tarik minat orang ramai untuk join program under SKMM pulak..Alhamdulillah...sambutan agak memberangsangkan..ada juga penduduk yang berminat dalam dunia IT ini..mereka semakin terbuka minda dalam kemajuan teknologi sekarang.
Apa-apa pun me nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada setiausaha merangkap pengurus RTC ini iaitu saudara Mohd Zainul Hilmi bin A.Hamid kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dalam karnival ini.
Ok..uolls..nak tengok tak gambar aktiviti time karnival ni..sure la nak tengok kan..hihihi..perasannya me..cer uolls ke bawahkan sedikit mata tu..bawah kan lah sedikit baru la dapat tengok gambarnya...aaa..dah nampak kan..selamat melihat...

Copyright by ungutinta.blogspot.com