Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Ramadhan tiba




Kedatangan yang di nanti saban tahun
Mengharap kedatangannya membawa seribu satu rahmat
Rahmat yang di tunggu tunggu oleh si pencinta illahi
Semoga dengan kedatangannya kali ini menjadi titik permulaan ke arah yang jauh lebih baik dari sebelum ini
Ramadhan datang lagi...

p/s : jangan lepaskan untuk meraih lebih pahala di bulan Ramadhan ini


Umur berapa tahun?

Sabda Rasulullah SAW,

" Jaga-jaga siapa yang umurnya 60 hingga 70 tahun..."


Remaja ( 15-25 tahun )
- Masih lagi berfikiran keanak-anakan.Perlu menimba ilmu sebanyak mungkin dengan asuhan ibu bapa untuk mencorakkan masa depan mereka

Muda ( 25-40 tahun )
- Peringkat umur yang penuh dengan kekuatan dan kecerdasan fikiran.Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan amal ibadat dan melakukan kerja-kerja Islam

Dewasa ( 40-60 tahun )
- Peringkat umur matang.Amal kebajikan mesti melebihi kejahatan.Jikalau sebaliknya usahakanlah untuk mengatasinya

Tua ( 60-70 tahun )
- Peringkat umur terakhir bagi kebanyakkan dari kita.Rasulullah wafat pada usia 63 tahun.Tumpuan kepada urusan amal ibadat.

Uolls kat peringkat mana...?
Tak kira peringkat yang mana satu yang penting tahu jaga diri, tahu bezakan baik dan buruk...tahu berfikir secara waras bukan ikut hawa nafsu..lagipun syaitan kan dan bersumpah akan berusaha menggoda dan menyesatkan ummat Nabi Muhammad hingga hari kiamat kan..Wanauzubillah..mintak di jauhkan lah...

p/s : lagi satu ajal datang tak kira umur berapa...makin tambah bilangan umur, semakin sedikit usianya


Kita & Allah


Kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan dari Allah
Kita berkawan begitu lama bertahan pun, Allah yang rancang
Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga, Allah yang beri
Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana Allah sayang pada kita
Kita berjauhan untuk mencapai redha-Nya juga, Dia yang rancang
Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga Allah yang detikkan dalam hati kita...

p/s : dari Melaka ke KL..dari KL ke Pahang...Makin jauh kita :(

Ilmu menapis ilmu (filter)


Uolls pernah tak dengar atau terbaca tajuk entri me kali ni..first time me dengar pasal "Ilmu menapis ilmu" ni memulanya blur juga...ada ke ilmu macam tu...
Tapi bila me dengar dengan teliti penerangannya dari IM Asyraf, baru me faham apa yang di maksudkan dengan ilmu menapis ilmu ni..
Ilmu menapis ilmu ni membawa pengertian kepada cara kita menilai sesuatu maklumat atau info yang kita dapat dengan betul..maksudnya kita perlu ada ilmu untuk menilai ilmu yang kita dapat..haa..macam tu la maksudnya.
Kita seharusnya dapat membezakan antara ilmu yang sahih dengan ilmu yang batil..jangan mudah terpengaruh tanpa menyelidik segala info/ilmu yang kita dapat tau..dan jangan menyebarkan ilmu yang tidak betul atau sahih tanpa berfikir panjang tau..
Hope uolls dapat faham serba sedikit tentang 'ilmu menapis ilmu' ni...

p/s : kena ada filter yang boleh menapis ni :)



Seekor merpati kecil


"Kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara..."
Ingat lagi tak lirik lagu kat atas tu...ala...lagu dari kumpulan OAG la, merpati putih...
Apa kena mengena dengan burung merpati pula kan...actually me nak share sikit cerita pasal merpati ni..
Burung merpati adalah burung yang tidak menduakan hatinya.Adakah merpati suka berganti pasangan??Jawapannya tidak.Ia tetap setia dengan satu pasangan hingga akhir hayat.
Walau sejauh mana merpati terbang, ia tidak pernah sesat untuk mencari jalan pulang.
Jawapannya tidak.Ia tidak akan sesat kerana ia cukup menghafal jalan untuk kembali.
Sifat merpati adalah romantik.Perhatikan tatkala merpati jantan berlagu memberi pujian kepada merpati betina sehingga merpati betina tertunduk malu.Pernahkan ia saling membenci?Jawapannya tidak.
Merpati faham erti bekerjasama.Apabila membuat sarang, merpati jantan dan betina akan silih berganti terbang mencari ranting.Apabila merpati betina mengeram, merpati jantan akan berjaga di luar sarang.Pernahkan melihat ia saling tidak mempedulikan tanggungjawabnya?Jawapannya tidak.
Merpati si burung yang tidak mempunyai hempedu.Oleh itu, ia tidak menyimpan kepahitan sehingga membawa kepada rasa dendam.Kenalkan ia dengan perasaan sebegitu?Jawapannya tentu tidak.
Me harap uolls semua dapat ambil iktibar dan pengajaran dari cerita pasal merpati yang me share ni ye... :)

p/s : jika seekor merpati kecil boleh melakukan perkara di atas, kenapa pula kita tidak boleh lakukannya..kan..kan...kan...

Salam MaulidurRasul 1435H



"KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI"
~Nabi Muhammad SAW~
Di lahirkan pada 20 April bersamaan dengan 12 Rabiuawal tahun gajah di Kota Makkah.Kelahiran baginda membawa rahmat dan anugerah yang teragung kepada seisi alam.Dari kecil lagi baginda telah menunjukkan sifat keperibadian yang terpuji sehinggalah baginda wafat.
Baginda mempunyai akal yang bijak, pandangan yang jauh,mempunyai semangat juang yang tinggi serta berani menempuh cubaan dan dugaan ketika melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah dan selepasnya.Sifat dan semangat baginda perlulah kita contohi bagi menyambung segala dakwah dan perjuangan yang telah baginda tinggalkan kepada ummatNya.Semoga syiar Islam akan terus mekar dan bersinar ke serata dunia..inshaAllah



p/s : Blogger berselawat :)

Kalau aku kaya...?

gambar dari mr.google
Teruna : Haihh..kalaulah aku kaya..aku nak shopping gila-gila.Nak beli rumah besar, beli kereta ferrari..pastu              mesti ramai awek keliling pinggang aku nanti..wahh...syoknyaaaaa!!!
Bujang : Hmm..haihh..patutlah kau tak kaya..sebab nanti kau akan boros berbelanja..pastu terlibat dengan                  maksiat.Kita sepatutnya bila dah kaya tu belanjakan harta untuk amal jariah, ke jalan                                    kebaikan!Perbetulkan balik niat kau tu...
Teruna : Errkk...

Siapa yang tak nak jadi kaya kan..kaya wang ringgit, kaya budi pekerti, kaya budi bahasa...
Tapi hanya kita sendiri yang tahu definisi kaya yang macam mana yang kita nak... :)

p/s : mudah mudahan kaya di dunia, kaya juga di akhirat

Rezeki itu luas...


Ye betul tu..rezeki milik Allah..bukan manusia sesama manusia yang beri rezeki,bukan menteri bagi kita rezeki..semuanya datang dari Allah..
Andai kita berusaha Allah pasti bagi ganjarannya..sama ada dalam bentuk wang ringgit, diberi kesihatan yang baik, mendapat anak yang soleh solehah, hidup bahagia tak ada gaduh-gaduh..
Pemberian rezeki itu meluas..bukan semata dalam bentuk wang ringgit sahaja.
Seandainya kita ikhlas berkongsi rezeki yang kita dapat, inshaAllah,DIA lagi memudahkan segala urusan rezeki dan hidup kita..
Kita ikhlas dengan setiap huluran yang di beri, lagi Allah ikhlas kasih dan sayangkan kita :)

p/s : Tangan kanan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..sorokkan tangan kiri supaya kita tak ambil semula pemberian yang kita bagi.. :)

5 rencah 1 adunan

Assalammualaikum

Gambar hiasan
5 rencah 1 adunan..apa tu?Me bukan nak ajar memasak ye..me nak share sedikit info yang me dapat pada uolls..harap ianya berguna :)
Apa tu 5 rencah 1 adunan?
5 rencah tu adalah perumpaan kepada 5 rukun Islam...ingat tak susunan rukun Islam..
Mengucap 2 kalimah syahadah
Mengucap dengan lidah,mengaku dengan hati dan mengamalkan melalui perbuatan.Setiap waktu kita mengucap dalam solat 5 waktu
Solat 5 waktu
Solat adalah tiang agama.Tanpa solat pincanglah hidup.Seorang muslim diwajibkan solat bila sudah masuk akil baligh sehingga ke akhir hayatnya.Ianya dapat mensucikan hati dan mengelakkan kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.Berpuasa mengajar kita erti kesabaran dan bersyukur atas nikmat yang telah di beri.
Mengeluarkan zakat
Membayar zakat bagi yang mampu dan di berikan kepada golongan yang berhak di terima.Zakat juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan meninggi diri.
Mengerjakan fardhu haji
Pergi menunaikan fardhu haji ke Makkah bagi yang berkemampuan.

Apabila kelima-lima rencah di atas ini di satukan, ianya dapat menjadi 1 adunan yang lengkap sekiranya kita mengamalkan rukun Islam yang sebenar..adunan yang lengkap ini juga boleh membawa kita ke arah kehidupan muslim yang sebenar..inshaAllah...
Wallahualam...

p/s : Jom kita cari kelima-lima rencah untuk buat satu adunan yang lengkap :)


Yang berlalu tetap berlalu


Yang berlalu tetap berlalu..apa yang bakal berlaku pada hari mendatang sama ada yang baik atau sebaliknya, kita tempuhinya dengan penuh kesabaran dan bersangka baik dengan Tuhan..
Sebanyak mana umur kita, sebanyak itulah fail catatan yang kita ada..sama ada kandungannya baik atau tidak hanya kita sendiri yang tahu..isi kandungan yang ada dijadikan sebagai kenangan dalam hidup... :)

p/s : barang yang lepas jangan dikenang, kalau di kenang meracun diri :)

Lucu : Dalam lucu ada pengajaran


Suami : Ke mana sayang nak pergi sempena ulangtahun perkahwinan kita esok?
Isteri : Mana-mana saja la bang...sayang tak kisah asalkan tempat tu sayang tak pernah pergi..
Suami : Kalau macam tu kita pergi ke dapur saja la ye...
Isteri : (Tersengih sambil berkerut dahi)

Uolls dan baca dialog simple kat atas tu..agak-agaknya uolls faham tak intipati dalam dialog tu...
Si suami memperli isteri secara halus dan lembut kan...rasa-rasanya ada tak antara uolls pernah melalui situasi kat atas tu terutamana pada yang dah berkahwin la... :)
Kita sebagai kaum perempuan walau belajar setinggi puncak gunung everest pun, sedikit sebanyak mestilah tahu menguruskan rumah tangga termasuklah memasak di dapur..tak kisahlah kita tidak sehebat chef terkenal untuk memasak..asalkan dari air tangan kita sendiri untuk suami dan keluarga kan...kata orang perut suami kena di jaga kan...hehehe
Tak kan la nak makan kat luar je..ada masa jemu juga.. :)
Me pun bukannya pandai sangat memasak, tahu lah sikit-sikit...kata orang lagi lepaslah kalau nak bagi family makan..hihihi..
Lagi pun makan masakan di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan... :)

p/s : kepada bakal suami, terimalah diri me seadanya ye :)

2014 : Konsert atau majlis ilmu?


Assalammualaikum..

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya..suka duka selama menjalani kehidupan sepanjang tahun 2013 pasti dapat mencuit kehidupan kita kan..
Pada kebiasaannya, bila nak masuk je tahun baru pasti akan ada konsert semua.Apa kata kebiasaan yang selalu di buat bila tiba malam ambang tahun baru itu, kita ubah kepada satu majlis yang berbentuk ilmiah..kata orang majlis yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita kan..
Jangan pula tengah kita sibuk berkonsert Allah turun kan dugaan..nauzubillah mintak dijauhkan la :(
Sepanjang umur me sekarang, tak pernah pun pergi sambut ambang tahun baru mahupun ambang merdeka.Me lebih suka melepak di rumah..pada me hanya angka pada tahun je yang berubah janganlah pula perangai dan tingkah laku kita berubah juga..kalau berubah ke arah yang lebih baik sangat-sangat di galakkan :)
Me takut nanti ramai yang hanyut dari yang sambut... :(
Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih positif..inshaAllah

p/s : andai hanyut cepat sedar masih belum terlambat,andai hanyut sampai tenggelam mana nak cari jalan pulang..

Tuah : Bertuahkah kita?


Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa.Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka.Tapi, bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?
Bertauhnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel.Tapi, bertuahkan kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat negara?
Bertuahnya kita, apabila bangun daripada tidur, kita masih bernafas seperti biasa. Tapi, bertuahkan kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin, sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia?
Bertuahnya kita, apabila tamat belajar dapat kerja bagus, gaji besar dan hidup dalam kesenangan. Tapi bertuahkah kita apabila kesenangan itu menjadikan kita sombong, bongkak dan melupakan mereka yang susah?
Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex, kasut Jimmy Choo, baju Marc Jacob, beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit. Tapi bertuahkan kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang?
Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini.Tuah juga sentiasa menyebelahi kita. Tapi, adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin?

p/s : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu :)

Pemakaian : Serupa tak payah pakai baju

Assalammualaikum


Dah tengok gambar keratan akhbar di atas tu...apa pendapat uolls semua dengan tajuk yang me bulatkan tu...?
Emm...itu adalah pendapat dari seorang pembaca berkaitan dengan cara pemakaian kaum Hawa khusunya kepada kakitangan awam..antara luahan hati si pemberi pendapat yang me ingat adalah berkaitan pemilihan baju ke pejabat..kenapa baju kurung,jubah yang dipakai menampakkan bentuk tubuh dan sempit..kenapa tudung yang dipakai pendek sehingga ada yang menampakkan leher..
Pada pendapat me pula, kita sebagai kaum Hawa perlulah menjaga etika pemakaian tidak kira ke pejabat atau ke mana mana dan tidak kiralah bekerja dengan kerajaan mahupun swasta..dah pun di namakan kaum Hawa yang beragama Islam perlulah menjaga aurat kan... :)
Ini semuanya bertitik tolak dari dalam hati sendiri juga..apa yang me luahkan ini bukan bermakna me seorang yang sempurna dari segi pemakaian tetapi me masih cuba untuk menjadi kaum Hawa yang tahu menjaga aurat..in sha Allah..
Mari kita doakan semoga kita semua di lindungi dari azab api neraka

p/s : jangan biarkan arus perkembangan zaman menenggelamkan agama kita :)

Manusia : Arkitek kehidupan





Kita yang merancang perjalanan kehidupan tetapi semuanya di atas perkenan dari Yang Maha Esa.
Berdoa dan berusaha yang berterusan untuk menjamin apa yang kita rancang menjadi kenyataan.
In shaa Allah :)

Anekdot : Cerita pasal susu

Me nak kongsi beberapa cerita pendek..Jom baca jap :)


Anekdot 1
Di kandan, si ayah sedang memerah susu kambing. Di rumah pula, anak perempuannya sedang mengisi susu kambing yang segar itu ke dalam botol untuk di jual. Di belakang rumah pula, si ibu sedang memberi minum anak kambing yang kehausan dengan susu lembu. Keluh anak kambing dalam hati : "Tak dapat susu ibuku, susu lembu jadilah."

Anekdot 2
Di sebuah rumah banglo, seorang ibu muda jelita sedang membancuh susu. Untuk suami tersayang, dihidangkannya susu kambing segar. Kan khasiatnya baik untuk kesihatan. Manakala untuk bayinya pula, dia membancuh susu formula. Eh, itu susu mahal tau. Susu dari baka lembu terbaik ditambah dengan kandungan makanan tambahan yang bagus untuk pembesaran bayinya. Ibu jelita itu tahu, dia sudah memilih susu yang terbaik untuk keluarganya.

Anekdot 3
Di sebuah ladang penternakan lembu, para pekerja sibuk memerah susu. Permintaan tinggi. Susu itu akan dijual. Boleh diminum segar atau diproses menjadi susu formula dan keju. Tidak ada hari susu ibu-ibu lembu itu tidak akan diperah. Manakala anak-anak lembu hanya menatap sayu. Keluh anak lembu dalam hati : "Air susu ibuku yang sepatutnya jadi hak aku telah dirampas untuk diminum manusia dan kambing."

Anekdot 4
Suara hati anak lembu didengari oleh anak kambing. Lalu dengan kuasa telepati, anak kambing pun menjawab: " Sahabat, jangan salahkan aku minum susu daripada ibumu. Aku sendiri pun gagal minum susu ibuku kerana ia telah dirampas oleh manusia."

Anekdot 5
Suara hati anak kambing didengari oleh si bayi. Lalu bayi itu juga menjawab :"Maafkan aku wahai anak lembu kerana aku telah meminum susu ibumu yang sepatutnya menjadi hak kamu. Jika aku diberi pilihan, aku lebih suka minum air susu ibu sendiri daripada susu ibumu(lembu). Tapi, aku tidak boleh memilih kerana pilihan itu terletak di tangan ibuku."

Kredit : Majalah Mastika

p/s : susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak :)

Pekerjaan : Keberkatan hanya milik Allah SWT

Assalammualaikum

Entri kali ni me nak kongsi pasal keberkatan. Khususnya keberkatan dalam pekerjaan kita.
Dalam surah al-Maryam ayat 31 yang bermaksud 
" Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada."
Maksud di sebalik makna ayat tersebut ialah Allah SWT adalah pemberi rezeki/restu/berkat (al-Mubaarik) manakala kita sebagai hambaNya (al-Mubaarak) adalah seorang yang diberkati.
Sifat memberi berkat hanya milik Allah SWT

Antara tanda-tanda pekerjaan berada dalam keberkatan Allah SWT ialah
1) Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar
2) Merasa seronok dengan pekerjaannya
3) Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik
4) Pekerjaannya disenangi oleh orang lain
5) Senantiasa berasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit
6) Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi

Tepuk dada tanya iman sendiri. Adakah kita bekerja untuk mendapat keberkatan hidup atau hanya ingin mengejar dan memenuhi kehendak hidup yang tidak pernah puas...?
Hanya kita sendiri yang tahu jawapannya :)


Siapa yang paling hina? : Siapa tu...?

Ada seorang pemuda.Dia belajar dengan seorang guru agama.Setelah beberapa bulan, guru itu pun memberinya satu ujian.
Kata si guru kepada pemuda itu,
 "Telah ku ajarkan bermacam-macam perkara kepadamu. Soalan yang ku beri, kau mampu menjawabnya dengan baik. Kini aku berikan kau ujian terakhir. Aku berikan masa selama tiga hari.Pergilah engkau mencari makhluk Allah yang lebik buruk dan hina berbanding dirimu. Dan kemudian datang kepada ku semula membawa jawapanmu."
Pergilah berjalan pemuda itu keserata tempat. Hari pertama, dia bertemu dengan seorang lelaki pemabuk. Setiap waktu kerja lelaki itu hanya meneguk minuman haram itu.
"Inilah orang yang lebih buruk dari aku. Lelaki ini menghabiskan setiap waktu mabuk, sedangkan aku tidak pernah lupa membuat amal ibadah." kata pemuda itu dalam hati.
Tetapi, tidak lama kemudian, terdetik semula di hati pemuda itu. Belum tentu lelaki pemabuk itu seorang yang hina. Siapa tahu jika akhir hayatnya, Allah akan memberinya hidayah dan dia kembali ke pangkal jalan. Bahkan mungkin ibadahnya jauh lebih baik daripada dirinya.
Pemuda itu tidak putus hati. Dia berjalan lagi dan bertemu dengan seekor anjing jalanan. Haiwan itu kotor. Di penuhi luka dan menjijikkan.
"Anjing adalah haiwan yang haram dimakan. Kotor dan buruk. Ya, anjing inilah lebih buruk dan hina daripadaku." getusnya dalam hati.
Namun, semasa duduk termenung, pemuda itu berfikir semula. Jika anjing itu mati, ia tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya semasa di dunia berbanding manusia. Sedangkan dirinya sudah pasti akan di kira segala dosa semasa masih hidup. Jikabanyak dosa, dia akan masuk neraka. Bermakna, anjing itu tidak seburuk seperti yang disangkanya.
Pemuda itu mengeluh. Merenung semula dengan jawapan yang di cari terhadap persoalan yang diberi gurunya.
Pada hari ketiga, pemuda itu datang menghadap gurunya.
"Sudahkah kau mendapat jawapannya?" tanya si guru
"Sudah. Yang paling buruk dan hina adalah diriku sendiri." jawab pemuda itu.
Guru itu tersenyum. Katanya,
"Benar. Selama kita hidup, kita tidak boleh sombong dan berasa lebih baik dari orang lain. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita kelak. Hanya Allah SWT yang berhak untuk berasa 'sombong' kepada hamba-hambaNya. Ya, kamu lulus ujian ini!"

Ajal tiba: Sudah bersediakah kita?

Assalammualaikum...
Me telah mendapat perkhabaran sedih..mak sahabat kolej dulu telah kembali ke rahmatullah semalam.. (al fatihah)
Semoga arwah mak sahabat me di tempatkan bersama dengan kalangan orang-orang yang beriman..insyaAllah...
Uolls sedar tak, saban waktu setiap hari pasti ada kematian..malaikat izrail tetap setia melakukan tugasnya tanpa mengira masa atas perintah dan suruhan dari Allah swt..cuma kita sebagai manusia memang lumrah akan terleka dan terlupa bahawa ajal akan tiba pada bila-bila masa dan di mana sahaja..Allahuakbar..
Namun begitu, sudah bersediakah kita untuk menghadapi sakaratulmaut nanti..
Kadang-kadang me terfikir sendiri macam mana la keadaaan kematian me nanti...tapi itu semua rahsia Allah..
Andai kita di bagi seribu tahun hidup lagi belum tentu kita akan berkata bersedia menerima kedatangan ajal..itu sebab Allah rahsiakan tarikh kematian kita kan..
Me bukanlah seorang yang bijak pandai dalam bab-bab agama ini..tapi ini semua hanyalah untuk peringatan untuk diri me dan juga untuk sahabat me semua..tak nak lah nanti ada yang cakap,"esok-esok kalau mati pun kubur masing-masing.." :(
Selagi ada masa dan ruang waktu marilah kita sama-sama perbaiki diri yang kurang..insyaAllah..Allah sentiasa ada dengan kita..love u Allah :)
Jumpa di lain entri...zaasss...

Senyumm itu sedekah ^_^

Akulah lelaki paling kejam! : Siapakah itu?


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak share satu cerita pendek yang pada me boleh memberi pengajaran kepada semua khususnya kepada ummat Islam..
Jom baca di bawah ni :)

Ada tiga orang lelaki , bangga hendak menunjukkan siapa yang paling hebat antara mereka bertiga. Kita mula dengan lelaki pertama dahulu.
Dia menyerang seorang wanita, membelasahnya bertubi-tubi hingga darah berpercikan. Gigi wanita itu patah, matanya lebam. Darah mengalir dari hidung dan mulut.
Kemudian lelaki pertama itu berkata kepada dua temannya itu : "Hmm! Lihatlah! Akulah orang yang paling kejam!"
Bangun pula lelaki kedua. Dia mengoyakkan baju wanita yang sudah lemah itu. Dirogolnya di hadapan kedua-dua temannya. Masih belum cukup. Dia kemudian mencekik wanita yang sudah tidak berdaya itu sehingga mati.
"Hei! Lihat! Kekejaman aku lebih dahsyat. Bermakna aku yang paling kejam!" ujar lelaki kedua.
Lelaki ketiga pula bangun. Dia hanya tersenyum dan berkata : "Sebenarnya, akulah yang paling kejam antara kamu berdua! Aku hanya mampu menonton apa yang kalian lakukan tanpa berbuat apa-apa sedangkan wanita itu adalah keluargaku sendiri!"

Kredit : Majalah Mastika

Uolls semua faham tak situasi cerita pendek di atas. Siapa lelaki pertama, kedua dan ketiga malah siapa wanita tersebut sebenarnya...?

Ok la begini, lelaki pertama dalam cerita di atas adalah ISRAEL
Lelaki kedua pula adalah AMERIKA SYARIKAT dan sekutunya.
Wanita yang menjadi mangsa perkosa dan kebuasan itu pula adalah PALESTIN
Lelaki ketiga pula?
Sebenarnya lelaki ketiga adalah di kalangan kita sendiri iaitu UMMAT ISLAM.
Di mana kita hanya mampu melihat segala macam kedurjanaan dan kezaliman Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya..MasyaAllah...

Andai kita tidak mampu mengangkat senjata, angkat la tangan menadah tangan berdoa kepada Allah setiap masa bagi membantu saudara Islam kita di Palestin,Gaza,Mesir
Andai kita tidak mampu berhujah,berdebat untuk menuntut kebebasan saudara kita di sana, boikot la produk-produk keluaran Amerika Syarikat,Israel dan sekutunya.


Ini semua hanyalah luahan dan pendapat ikhlas dari me..semoga saudara Islam kita di sana terus tabah dan sabar menempuh dugaan hidup..insyaAllah

Tetap senyum walaupun hati merintih sedih  ^_^

Copyright by ungutinta.blogspot.com