Showing posts with label ala-ala petua. Show all posts
Showing posts with label ala-ala petua. Show all posts

Yeke..emm...

Salam semua sahabat me...dh baca tajuk entri me kali ini..macam pelik bunyinya kan...tak percaya pun ada kn..kan...kan...

Ok la..meh baca apa yang nak me kongsi kali ini

ambil dr mr.google
  • Bakar lemak dengan kulit mangga ~ kajian dari Universiti Queensland,Australia telah mendapati kulit mangga boleh membakar timbunan lemak yang terdapat di tubuh manusia ( aikk...kulit mangga pun boleh jadi bahan pembakar lemak...ajaib.. ) Tapi kulit mangga yang tertentu sahaja yang boleh membakar lemak di badan iaitu kulit mangga jenis Irwin dari Australia dan mangga Doc Nam Mai dari Thailand.2 jenis mangga ini telah dikenal pasti mengandungi senyawa yang mampu menghambat pembentukan sel lemak manusia...Dengan menggunakan kulit mangga ini, para pengkaji cuba menghasilkan suplemen mencegah obesiti menerusi molekul dalam kulit mangga dalam menghambat pembentukan sel lemak...Tapi mangga dari jenis Kensington Pride pula dikenal pasti memiliki senyawa yang mendorong pertumbuhan sel lemak dan boleh menyebabkan kegemukan...( laa...rupanya ada juga mangga yang boleh mendorong jadi gemuk...ishh...ishh..ishh... )
 
  • Kuasa perubatan kacang panjang ~ kacang panjang boleh menjadi agen penting dalam merawat beberapa penyakit antaranya penyakit batu karang...caranya dengan mengisar 200gm kacang panjang bersama dengan 200gm asparagus, rebus kisaran tersebut hingga didih dan minum sewaktu masih panas...( wahh...bagi resepi gitu.. )...untuk mengubati masalah sembelit pula, makanlah 200gm kacang panjang dan 100gm daun ubi secara teratur...kacang panjang juga jika digoreng bersama kacang buncis,brokoli dan lobak merah boleh berupaya mencegah serangan kanser...( wahh...bagus ini,boleh amalkan selalu...mencegah lebih baik dari mengubati kan... )
 
  • Keju kurangkan risiko diabetes ~ merujuk dari American Journal of Clinical Nutrition; pengambilan keju sebagai kudapan secara rutin mampu mengurangkan risiko diabetes...hal ini kerana keupayaan keju berpunca daripada proses fermentasi susu yang memicu reaksi tubuh untuk melindungi diri daripada serangan diabetes serta jantung..Namun begitu,masyarakat tidak digalakkan untuk memakan keju secara berlebihan biarpun ia turut mengandungi lemak yang baik untuk tubuh...amalkan diet yang seimbang ok...


sharing is caring... ^_^

#salam sayang dari me

Petua Meningkatkan Perhubungan ( 8P )

Salam semua...sihat?me harap pembaca blog me sentiasa dalam keadaan sihat selalu..."PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN" tajuk entri post me kali ini..wahh gitu tajuk post me kn...saje je me nk kongsi ape yang me telah me baca walaupun me belum berumah tangga lagi...( ooppss...me single lg tau )..so, mari kita sama-sama baca ape petuanya...

gambar ni me ambik dr google

  • Puji
  • Peluk ( petua nie boleh bagi yang sudah berkahwin ye..yang tengah bercouple tu jangan nak mengada-ngada nak peluk-peluk )
  • Penghargaan
  • Perhatian
  • Persefahaman
  • Pergaulan
  • Percutian ( kalau yang sudah berumah tangga lebih dari 5 tahun, petua ini amat penting bagi mengembalikan semula kehangatan bercinta dan kasih sayang dalam rumah tangga...)
  • Permohonan
Petua-petua di atas adalah salah satu cara untuk mengekalkan hubungan yang telah sedia ada...

SELAMAT MENCUBA

Sharing is Caring

#salam sayang dari me

Cantikkk

Siapa yang nak jadi cantik, meh cepat angkat tangan ( me pun angkat tangan juga nie...hihihi )
Majoriti terutamanya kaum HAWA ingin menjadi cantik di mata semua orang kn...so,untuk entri kali ini me nak kongsi beberapa tips/petua untuk menjadi CANTIK...jomm baca...

  • Nak bibir kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik
  • Nak mata cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain
  • Nak bentuk badan langsing, kongsilah makanan dengan orang lapar
  • Nak rambut lembut mengurai, biarkan anak-anak membelainya setiap hari
  • Nak sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan kamu tidak akan keseorangan
  • Manusia perlu di baiki, diperbaharui, dipulih, ditebus dan di selamatkan ; jangan pinggirkan sesiapa pun
  • Jika perlukan bantuan, kamu akan temuinya di hujung kedua dua tangan kamu
  • Apabila semakin meningkat tua, kamu akan dapati yang kamu mempunyai 2 tangan, satu untuk membantu diri sendiri & satu lagi untuk membantu orang lain

Ok tak tips/petua untuk CANTIK dari me..senangkan...tak perlu mengeluarkan beribu ribu ringgit untuk menjadi CANTIK...rupanya semuanya terletak dari dalam diri kita sendiri untuk menjadi CANTIK secara semulajadi... ^_^

# salam sayang dari me

Awet muda versi Me

Entri kali nie me nak kongsi beberapa cara yang selalu me amalkan setiap hari..InsyaAllah cara nie boleh kelihatan muda (petua ala-ala untuk awek muda gitu...)hihihi...

Antara amalan yang me selalu amalkan adalah :

1) Bangun tidur me akan selalu minum segelas air.Enzim-enzim yang terbentuk ketika kita tidur di dalam mulut membantu proses pencernaan dalam perut dengan lancar..( cara nie arwah atok me yang bgtahu...)

2) Mandi di awal pagi supaya badan kita segar

3) Menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit sendiri ( me dari dulu hingga kini menggunakan produk keluaran SAFI...)

4) Jangan lupa berselawat ke atas Nabi sambil meraup muka dengan kedua tapak tangan.Kalu tahu doa untuk menaikkan seri wajah ok juga amalkan...mari kita sama-sama amalkan...

" Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mempercantikkan rupaku, maka cantikkanlah juga pekertiku "

Amalkan juga membaca surah Yusuf ayat 4...

5) Lebihkan pengambilan sayur sayuran dan buah buahan dalam pemakanan setiap hari

6) Jangan lupa untuk bersenam.Berjalan kaki pun sudah memadai bagi mengerakkan semua otot-otot dalam badan.

7) Jaga solat dan mengaji.

8) Kalau ada masalah jangan terlalu memikirkannya sehingga lupa untuk makan dan tidak cukup tidur.Pastikan masalah yang dialami tidak mempengaruhi jiwa..

9) Me ada juga ambil suplement tambahan untuk badan.Me ambil suplement dalam bentuk cecair...
( me amalkan Innershine,alaa..yang Maya Karin jadi model iklannye tu...hihihi )

10) Last sekali, me selalu senyum..senyum seindah suria..hihihi...

# cara-cara di atas nie,adalah antara amalan yang selalu me buat setiap hari..me harap kepada semua yang membaca enjoy dengan entri me nie..salam sayang dari me

gambar ihsan dr mr.google



Cara untuk tingkatkan MOOD

Hai semua...macamane dengan MOOD hari ini terutamanya di waktu pagi..?Mesti ada yang ok dan ada yang tak ok kan..(mcm me la juga ada masa-masanye berangin..hehehe)bkn setakat tak ada MOOD malah rasa malas nak pergi kerje, letih dan ada juga kadang-kadang yang malas nak bangun dari tidur kan..so, untuk entri kali ini me nak kongsi macamane untuk membaiki MOOD terutamanya di awal pagi supaya nampak lebih cergas dan ceria...
gambar ihsan dr mr.google




1)Fikir positif
Berfikir positif membantu untuk bangkit dari katil untuk memulakan hari yang baru (tapi jgn lupe baca doa bangun tidur tau..)


2)Udara
Bangun dari tidur mestilah akan rasa mamai-mamai lagi kan..so, cepat pergi ke halaman rumah untuk hirup udara segar di waktu pagi.Cara ini untuk memberi ketenangan dan oksigen yang kita sedut membantu otak kita menjadi lapang dan segar.


3)Facebook
Mungkin rasa pelik sikit sebab buka facebook pagi-pagi.Tapi tak ada salahnya untuk kita muat naik kata-kata semangat dan perangsang sebagai motivasi pagi kepada diri sendiri.


4)Muzik
Memperdengarkan nada-nada yang tidak membingitkan telinga dapat membuatkan otak kita terbuka dan mudah untuk berfungsi.Ada juga sesetengah lagu yang dapat mendorong untuk melakukan sesuatu dengan baik.So, MOOD akan naik berlipat kali ganda..(me suka pagi-pagi dengar SINAR fm..mcm dh veteran kan me nie..hehehe)


5)Sarapan
Sarapan perlu diambil setiap pagi untuk tenaga.Tetapi ambillah sarapan yang ringan-ringan sahaja kerana perut memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan setelah bangun dari tidur..


Cara-cara di atas adalah antara kaedah untuk meningkatkan MOOD di pagi hari...Jom kita same-same tingkatkan MOOD kita supaya tak ada la orang cakap "ehh..ko nie kenapa,asyik moody je..."..MOOD yang baik-baik je ditingkatkan tau..jangan pulak MOOD yang tak baik...salam sayang dari me


gambar ihsan dr mr.google







Cuba dulu baru tahu

gambar ihsan dr mr.google
Alhamdulillah...kali nie me nk share beberapa cara untuk mengawal dan melegakan sakit kepala / migrain...(ala ala petua gitu..)


1) Air kosong
Banyakkan meminum air kosong sekurang kurang nya 8 kelas sehari.Minum lebih air bila cuaca panas kerana khuatir badan kita akan terhidrat akibat kurang air dalam badan

2) Asam jawa
Ambik dalam segengam asam jawa bancuh sedikit dengan air kemudian dilumurkan kat kepala.Biar kan selama 1-2 jam kemudian bilas.

3) Bernafas
Pastikan mendapat oksigen bagi melancarkan peredaran darah di otak.Bila kurang oksigen lah boleh menyebabkan kepala sakit secara tidak langsung

4) Tidur
Jaga waktu tidur dengan sebaik mungkin.Bagi golongan dewasa waktu tidur adalah antara 6-7 jam.Pastikan kualiti tidur anda dijaga.

5) Kafein
Kurangkan meminum minuman yang berkafaein (terutama minuman 3 in 1)

6) Pemakanan
Awasi pemakanan yang diambil setiap hari.Makan jangan main belasah je.Kena juga tengok jenis makanan yang kita ambik.Lebihkan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran ye..

Kalu masih juga sakit,cepat-cepat la berjumpa dengan tuan doktor...
Cara-cara yang me senaraikan di atas adalah amalan yang me lakukan bagi mengelak dari sakit kepala.
Kalau dah sakit kepala,semua keje tak boleh buat asyik nak tidur je kan..So,ada baiknya kita mencegah sebelum melarat kan..(cee wahh,macam ayat pernah me dengar je kan...hihihi)
Salam sayang dari me...


Copyright by ungutinta.blogspot.com