Showing posts with label ceritapendek. Show all posts
Showing posts with label ceritapendek. Show all posts

Cerita : Apalah guna ilmu yang ditimba selama ini...

    Al kisah di sebuah kampung, bertemankan dua orang sahabat baik.Mereka bersekolah, bermain dan membesar bersama-sama.Tamat zaman persekolahan, mereka membawa haluan masing-masing.
Seorang daripadanya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sehingga berjaya menjawat profesor di universiti terkenal.Dan seorang lagi hanya tinggal di kampung, menjadi nelayan kecil-kecilan.
   Si nelayan yang mendapat tahu sahabat lamanya telah pulang mengajak temannya itu ke tengah lautan menaiki perahu kecilnya yang usang.Sewaktu dalam perahu berbuallah kedua-dua sahabat karib ini.
  "Kau boleh berbahasa Inggeris?" tanya sang profesor kepada si nelayan.
  "Ah, aku tak pandai sangat.Maklumlah sekolah pun tak tinggi.Sekadar jadi nelayan, aku hanya abdikan hidupku untuk laut," jawab si nelayan tersenyum.Dia sedar dirinya tidaklah sebijak profesor itu.
  "Ruginya kat tak belajar tinggi.Kalau kau pandai bahasa Inggeris lebih mudah untuk kau faham apa yang ditulis dalam buku.Bila melancong ke luar negara pun, lebih mudah untuk kau komunikasi.
  "Orang asing mana faham bahasa Melau.Kau tahu, kalau tak reti berbahasa Inggeris ni, samalah seperti kau dah hilang 50 peratus hidup kau," si profesor mula megah dengan ketinggian ilmunya.
  Si profesor bertanya lagi: "Macam mana pula dengan ilmu matematik?"
  Si nelayan mula terasa terhina, namun masih menjawab dengan rendah diri : "Kalau setakat tambah dan tolak, aku masih boleh mengira.Tapi, kalau yang susah, aku tak pandai!".
  Jawapan sahabatnya itu membuat si profesor lebih angkuh. Tiba-tiba keadaan laut mula bergelora.Cuaca yang tadinya terang berubah menjadi mendung.Ombak semakin kuat menghempas perahu kecil itu.
  Si profesor yang tidak biasa dengan keadaan itu menggenggam kemas birai perahu.Wajahnya jelas ketakutan.
 "Jangan takut wahai sahabatku.Jika cuaca begini, adalah perkara biasa ombak besar akan melanda," kata si nelayan tenang.
  "Jika perahu ini terbalik, masih belum jauh untuk kita berenang semula ke tepian pantai," tambah si nelayan dengan harapan dapat menenangkan sahabatnya itu.
  Si profesor tiba-tiba menerpa ke depan lalu memeluk temannya itu sambil menangis ketakutan: "Tolonglah! Aku tak tahu berenang.Sebab itu aku takut sangat jika perahu ini terbalik dan humbankan kita ke tengah laut!". Si nelayan hanya tersenyum mendengar rayuan sahabatnya.
  "Apalah guna segala ilmu yang kau timba selama ini sahabatku, jika kau tidak boleh berenang.Sedangkan tadi kau kata, aku mensia-siakan 50 peratus hidupku kerana tidak boleh berbahasa Inggeris.
  "Tetapi, sekarang kau pula bakal kehilangan 100 peratus hidupmu, jika kau tidak mampu berenang dalam saat cemas dan laut bergelora seperti sekarang," balas si nelayan tersenyum melihat sang profesr panik dan asyik memegang tepi perahu sekuat hati

p/s : Sebagai hamba-Nya janganlah kita terlalu bermegah dan riak dengan segala kejayaan yang telah kita kecapi mahupun ilmu pengetahuan yang kita miliki.Setiap hamba-Nya yang dilahirkan ke dunia diberikan Allah pelbagai anugrah dan ilmu yang berbeza-beza antara satu sama lain.Oleh itu, jangan sekali-kali kita memperlekehkan orang lain yang nasibnya mungkin tidak sebaik kita..Waallahualam

Anekdot : Cerita pasal susu

Me nak kongsi beberapa cerita pendek..Jom baca jap :)


Anekdot 1
Di kandan, si ayah sedang memerah susu kambing. Di rumah pula, anak perempuannya sedang mengisi susu kambing yang segar itu ke dalam botol untuk di jual. Di belakang rumah pula, si ibu sedang memberi minum anak kambing yang kehausan dengan susu lembu. Keluh anak kambing dalam hati : "Tak dapat susu ibuku, susu lembu jadilah."

Anekdot 2
Di sebuah rumah banglo, seorang ibu muda jelita sedang membancuh susu. Untuk suami tersayang, dihidangkannya susu kambing segar. Kan khasiatnya baik untuk kesihatan. Manakala untuk bayinya pula, dia membancuh susu formula. Eh, itu susu mahal tau. Susu dari baka lembu terbaik ditambah dengan kandungan makanan tambahan yang bagus untuk pembesaran bayinya. Ibu jelita itu tahu, dia sudah memilih susu yang terbaik untuk keluarganya.

Anekdot 3
Di sebuah ladang penternakan lembu, para pekerja sibuk memerah susu. Permintaan tinggi. Susu itu akan dijual. Boleh diminum segar atau diproses menjadi susu formula dan keju. Tidak ada hari susu ibu-ibu lembu itu tidak akan diperah. Manakala anak-anak lembu hanya menatap sayu. Keluh anak lembu dalam hati : "Air susu ibuku yang sepatutnya jadi hak aku telah dirampas untuk diminum manusia dan kambing."

Anekdot 4
Suara hati anak lembu didengari oleh anak kambing. Lalu dengan kuasa telepati, anak kambing pun menjawab: " Sahabat, jangan salahkan aku minum susu daripada ibumu. Aku sendiri pun gagal minum susu ibuku kerana ia telah dirampas oleh manusia."

Anekdot 5
Suara hati anak kambing didengari oleh si bayi. Lalu bayi itu juga menjawab :"Maafkan aku wahai anak lembu kerana aku telah meminum susu ibumu yang sepatutnya menjadi hak kamu. Jika aku diberi pilihan, aku lebih suka minum air susu ibu sendiri daripada susu ibumu(lembu). Tapi, aku tidak boleh memilih kerana pilihan itu terletak di tangan ibuku."

Kredit : Majalah Mastika

p/s : susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak :)

Kisah semalam : Epilog cinta III

sambungan dari sini

"Ehem...ehemm...."
Aku yang pada itu sedang leka memikirkan siapakah pengirimnya terkejut tatkala mendengar suara orang berdehem di belakangku.
Lantas aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya yang berdehem kepadaku.
Alangkah terkejutnya aku...rupa-rupanya orang berdehem di belakang aku adalah Haziq.
Malunya aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu
" Jauh mengelamun..dah sampai ke mana.." tegur Haziq bila mana dia melihat aku masih di dalam keadaan terkejut..
"Emm...bukan mengelamun la..cuma berfikir je" jawabku.
"Yeker...tapi saya tengok awak ni mengelamun tak nampak pun macam orang sedang berfikir..saya kat belakang awak pun awak tak perasan.." duganya lagi.
"Betul la saya sedang berfikir, mana ada saya mengelamun.Saya sedang sibuk berfikirlah sampai saya tak perasan awak kat belakang saya" jawabku spontan untuk menutup malu.
"Wahh..cantik bunga..siap ada hadiah sekali.siapa yang bagi tu?" tanya Haziq
"Sibuk betullah mamat ni..nampak je apa yang ada atas meja aku" rungutku dalam hati.
"Tak tahu la siapa yang bagi.Mungkin tersalah bagi kot.." jawab ku ringkas.
"Tak kan la tak ada nama pengirimnya.." tanya Haziq lagi.
"Entah.." jawabku. Hanya itu sahaja jawapan yang dapat aku bagi.
Haziq pun berlalu pergi menuju ke pejabatnya.
Walaupun aku tidak tahu siapa yang mengirimkan jambangan bunga itu, aku tetap menyimpannya..lagipun bunga mawar cantik dan segar..si pengirim pun macam tahu je aku suka bunga mawar.
Untuk hari-hari yang seterusnya berjalan seperti biasa. Hubungan antara aku dan Haziq masih di dalam jurang yang aku cipta sendiri. Ini kerana hati aku masih belum terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Pada aku biarlah masa yang menentukan semuanya.
Seminggu berlalu...
Aku telah ditugaskn untuk mengikuti kursus di Port Dickson.Memang seronok bila namaku telah naik untuk mengikuti kursus tersebut tetapi mood ku terganggu bila mengetahu yang Haziq pun akan turut sertai kursus itu..
"Ahh...kacau la mamat ni..baru je aku nak berasa tenang.." getus ku dalam hati.
Sedang aku mengemas meja untuk balik, Haziq menegurku
"Awak kena pergi krusus kan kat PD?" tanya Haziq
"Mamat ni dah tahu tapi tanya lagi.." sempat aku mengomel dalam hati..
"Aah.." ringkas jawapan ku
"Awak pergi naik apa nanti?Kita pergi sama je la nanti.." katanya lagi
Belum sempat aku menjawab dia telah berlalu pergi..
"Ishh...aku belum jawab apa-apa lagi dia dah bla..." kataku
"Aku kena cari alasan untuk mengelak pergi dengan mamat tu.." fikir ku
Aku mengambil keputusan untuk menyewa teksi pergi ke Port Dickson nanti.Malas aku nak menyusahkan siapa-siapa untuk hantar aku ke sana.Lagipun teksi boleh ambil aku depan rumah.

Tibalah hari untuk aku bertolak ke tempat kursus.Teksi telah menungguku depan rumah.Sedang aku bersiap-siap, Haziq telah menelefonku.
"Awak pergi naik apa?" tanya Haziq.
"Saya naik teksi" jawabku ringkas
"Ok la kalau macam tu.." jawabnya dan terus mematikan talian telefon
"Ehh..dah kenapa mamat ni..." omel ku sendiri.

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam dan akhirnya aku selamat sampai ke tempat penginapan yang telah ditetapkan sepanjang aku berkursus di Port Dickson.Keluar saja aku dari perut teksi muka pertama yang aku nampak adalah Haziq.Dia berdiri tercegat di depan pintu masuk hotel bagaikan pekerja 

"Ishh...kenapalah muka pertama aku nampak mesti mamat tu.." omelku geram.

Dengan bersahaja, sedikit pun aku tidak menegur Haziq tatkala aku berjalan menuju ke kaunter pendaftaran untuk mengambil kunci bilik.Dari ekor mataku, aku perasan dia berjalan mengikuti langkah ku di belakang.

"Saya ingin daftar masuk nama saya Hazwani.." kataku kepada pekerja di kaunter tersebut.
"Cik, bilik cik telah didaftarkan.Nombor bilik cik 213..." kata pekerja tersebut sambil menghulurkan kunci bilik kepadaku.
"Terima kasih.." jawabku sambil mengambil kunci.
Baru aku hendak melangkah ke lif, terdengar suara Haziq menegurku
"Nombor bilik awak berapa?" tanya Haziq
"Emm...213.." jawabku ringkas
"Ehh..kalau macam tu bilik kita sebelah je la..bilik saya 212.." katanya
Dengan selamba aku jalan laju untuk meninggalkan dia.Tapi rupanya dia sempat mengejarku dan kami naik satu lif yang sama untuk ke bilik masin-masing.

Sepi wujud antara kami di dalam lif.Tiba-tiba Haziq bersuara
"Nanti kita pergi lunch sama ye..." kata Haziq mengajakku
"Malas la...saya nak berehat, penat..." jawabku
"Yela.." jawab Haziq

Seminggu aku kena menghadiri kursus, seminggu jugalah aku kena menghadap muka Haziq.
Bukannya aku ingin bermusuh atau menjauhkan diri dari dia, tetapi aku tak nak dikatakan memberi harapan palsu kepada Haziq.Antara aku dengan Haziq memang tak ada apa-apa perasaan istimewa melainkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan aku sahaja.

Dan dalam seminggu kami berkursus, dia banyak mengambil berat pasal diri ku....

Bersambung...







Kisah semalam : Epilog Cinta II

 
Ya...aku masih tidak boleh melupakan insan yang pernah aku sayang walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ini. Terlalu payah untuk aku melupakan segala kenangan yang telah tercipta antara kami dulu.Bagaikan baru semalam kami berjumpa dan tidak lama selepas itu kami berpisah mati.
"Maafkan aku Haziq kerana menolak cinta mu.." berkataku dalam hati.
Suara Azan membuatkan aku terjaga dari lamunan yang panjang ketika itu.Dengan segera aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk lantas ingin bersujud menyembah Allah yang satu.Bersujud dan berdoa memohon ketabahan hati serta petunjuk dari Sang Pencipta Alam semesta ini.
Esoknya, di pejabat seperti biasa aku menjalankan tanggungjawab menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah siap pada pandanganku.Hendak mengeluh tak baik sebab ini adalah punca rezeki dan tanggungjawabku.
Sedang aku leka menyiapkan tugasan, Haziq datang ke tempatku dengan muka yang serius.
Hatiku berdetik, "Alamak,dia datang nak tanya pasal hal hari tu lagi ke..apa aku nak jawab nanti.."
"Wani, laporan yang saya suruh siapkan hari itu dah siapkan ke belum?"tanya Haziq kepadaku.
"Aa..err..tinggal sikit lagi..",jawab ku tergagap-gagap
"Dah siap nanti tolong hantar kepada saya",jawab Haziq tegas.
Haziq merupakan ketua unit IT di mana aku adalah salah seorang staf di bawah penyeliaan dia.
Umur kami memang sebaya tetapi di atas tuntutan kerja di mana dia adalah bos, maka aku perlu mengikut arahan yang dia bagi.
Memang sepatutnya aku kena siapkan laporan yang dia mintak secepat mungkin tapi kerja aku makin bertambah-tambah kerana Aini kawan sepejabat denganku cuti bersalin.
Dengan segera aku menyiapkan laporan yang telah di minta dan menghantar terus ke pejabatnya.
Mujur, ketika aku menghantar laporan itu, Haziq tiada di dalam pejabatnya.kalau tak, terpaksalah aku berperang dengan perasaan sendiri.
Dengan kedudukan dia sebagai ketua aku juga membuatkan aku terpaksa menolak cinta dia.Aku tidak mahu ada mulut-mulut gatal yang jadikan aku sebagai bahan umpatan nanti.Aku dan Haziq bagaikan langit dengan bumi.Betapa jauhnya perbezaan antara kami sehingga diibaratkan sebegitu.\
Semenjak penolakan cinta dariku, aku perasan yang Haziq tidak banyak bercakap.Fokusnya hanya pada kerja sahaja.Dia semakin tegas denganku.Aku sebagai pekerja bawahannya akur dengan segala tugasan yang di beri tanpa mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja.Itu memang prinsipku.

Untuk hari-hari yang seterusnya,berlalu seperti biasa.Kisah antara aku dan Haziq dulu sudah lenyap begitu sahaja.Dia tidak lagi menghubungi atau menghantar pesanan ringkas kepadaku.Kalau ada pun semua yang berkisah pasal kerja semata-mata.Dan aku pun sudah selesa dan tenang dengan keadaan sekarang ini.

Hinggalah pada suatu hari aku telah mendapat sejambak bunga ros dan hadiah misteri dari pengirim yang tidak bernama.Kad yang ada pada jambangan bunga itu tertera nama penuh ku.Sambil memikirkan siapakah yang bagi, aku disergah oleh Aini.

"Wahh...wani,siapa yang bagi bunga tu?"tanya Aini kepadaku.
"Entahlah..tak tau siapa yang hantar.Tak ada nama pengirim pula tu" jawabku.
"Ada orang admire kat kau la tu..." usik Aini.
"Ishh...mana ada.Pandai je la kau ni Aini..siapalah yang nak admire kat aku ni.." balasku.

Aini pun berlalu meneruskan kerja.Aku masih memikirkan siapalah yang bagi semua ini.
Aku perhatikan sekeliling di pejabatku.Tiba-tiba mataku tertacap ke arah bilik Haziq.Terberhenti pandangan mataku ke bilik dia dengan sendirinya.

"Ishh..tak kan lah dia yang bagi semua ni..mustahil" kataku dalam hati
"Tidak..tidak..tidak...bukan dia yang bagi",bentak hatiku.

"Astaghfirullah..apa kena dengan kau ni wani..asyik memikirkan siapa yang bagi semua ini nanti semua kerja kau terbengkalai.." kataku pada diri sendiri.
Aku meneruskan kerja dan buat seperti tiada apa yang berlaku.Tapi, kepala otak aku ini tidak boleh berhenti dari terus memikirkan siapakah gerangannya yang menghantar bunga dan hadiah misteri itu.
Lagi pelik si pengirim tahu nama penuhku.

Bersambung.....







Copyright by ungutinta.blogspot.com