Showing posts with label cuba-cuba memasak. Show all posts
Showing posts with label cuba-cuba memasak. Show all posts

Masak sesedap rasa je


Sempena dengan hari lahir me hari ni, me merajinkan diri memasak untuk family.Lagipun mak me puasa hari ni so me take over la kat dapur kan..me masak yang simple je tapi biar puas hati kan
Me masak lauk ayam..ayam masak ros..macam kat dalam gambar kat bawah ni..

Rasanya macam ayam masak merah atau sambal..buatnya pun simple je..
Janji family me boleh makan dah memadai pada me..nak jadi sedap datangnya dari hati yang ikhlas memasak..haa..tu ramuan paling utama :)
Lauk ayam masak ros tu boleh di makan dengan nasi putih,nasi ayam,nasi minyak atau nasi tomato..
Selain tu, me ada juga buat puding kastard dengan kuah campur buah-buahan dalam tin..
Uolls pasti pernah buat kan puding kastard ni..simple sangat nak membuatnya..yela,last week kan dah sambut birthday mak me dah ada kek semua..rasa muak pula nak makan kek lagi..so me decide buat puding kastard ni jela..makan time sejuk lagi layan woo...
Selagi kita boleh makan, kita makan... :)




Ikan siakap banyak rasa


Nampak tak mood memasak me menjadi-jadi sekarang ni..me pun tak tau kenapa..mungkin sebab me dah agak lama tak pegang sudip dan senduk kat dapur la ni..hihihi..kalau dah lama tak masak takut skill memasak tu dah tak ada kan..so me pun masak la yang simple je untuk family..
Uolls pun dah tahu apa yang me masak kan...tuuu..dalam gambar tu la..ikan siakap masak 3 rasa..tapi me rasa bukan 3 rasa, banyak rasa adalah...hehehe
Me bukannya expert bab memasak ikan besar-besar ni..main campak-campak je bahannya..
Kat bawah ni me share resepi ikan siapkap 3 rasa ala-ala campak versi me

Bahan-bahan
Ikan siakap
Tepung goreng serbaguna (me guna tepung tempura)
Bawang putih (dalam 10 ulas)
Halia ( 3-4 inci)
Timun
Lobak
Nenas
Tomato
Cili padi
Sos cili dan sos tomato
Sos tiram
Garam
Air
Minyak masak

Cara-cara
Ikan siakap yang telah disiang dan basuh di lumurkan dengan campuran bawang putih dan halia (bawang putih dan halia di tumbuk).Biarkan seketika
Timun ,lobak, nenas dan tomato di potong dadu
Bawang putih, halia dan cili padi di layang halus
Bancuh tepung serbaguna dan celupkan ikan kemudian goreng dengan minyak yang panas
Dah siap goreng ikan, tumiskan bawang putih,halia yang telah dilayang.Goreng sehingga layu.
Kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.Dan masukkan lobak, timun, nenas dan tomato yang telah dipotong dadu tadi
Masukkan garam.
Bila dah cukup rasa baru masukkan cili padi.Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah siap di goreng tadi.

hehehe...sebenarnya sama je kaedah masak ikan siakap ni..yang membezakan air tangan orang yang memasakknya... :)

p/s : ayah me siap cakap boleh buka restoran la lepas ni :)

Ikan baung masak Lenga

Assalammualaikum 


Me nak tanya, uolls makan tak ikan sungai?Selalunya kalau ikan sungai sesuai masak apa?
Kalau me jangan di tanya, memang me makan ikan sungai..walaupun kata orang hanyir me makan juga.
Kalau hanyir pun kan ada petua nak hilangkan baunya kan..basuh guna tepung dan asam jawa..
Macam gambar kat atas tu me masak ikan baung masak lenga..haa..pernah dengar tak nama lauk tu..
Me pasti uolls mesti tak pernah dengar punya..hihihi..masak lenga ni sesuai untuk ikan sungai..masak lenga ni juga hanya terkenal kat Kg.Lenga,Muar sahaja..Me sebenarnya pertama kali masak lauk ni dan alhamdulillah menjadi la kot..kalau ikutkan hanya otai-otai kat sini je yang handal masak lauk ni..boleh di kira sebagai lauk warisan dari dulu sehingga kini :)
Masaknya simple je semudah ABC..hehehe..Kalau ada uolls nak try masak lauk lenga ni, me share resepinya ye..
Bahan-bahan
Ikan baung / ikan sungai lain
Cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yang uolls nak)
Kunyit hidup (lagi banyak kunyit lagi bagus)
Belacan (bersesuai dengan jumlah lada dan kunyit yang digunakan)
Asam keping (terpulang pada tahap kemasaman yang uolls suka, lagi masam lagi best)
Garam
Air

Cara-cara
Tumbuk cilil padi,kunyit dan belacan sehingga lumat
Setelah lumat di tumbuk masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan ikan
Masukkan asam keping dan garam
Kacau sentiasa sehingga mendidih dengan api yang sederhana perlahan.

Masak lenga ni tak menggunakan minyak langsung.Sebenarnya masakan ini lebih kurang kita masak lauk singgang.Boleh juga masukkan terung sebagai bahan sampingan dalam lauk.

p/s : kena banyak belajar memasak ni dengan otai-otai lama :)



Kek lapis cheese blueberry



Yummmmyyy....
Gambar kat atas tu me snap masa me join kelas masakan dengan persatuan wanita kat tempat me keje semalam..lari jap ke kelas memasak ni...maaf ye bos :) lagipun kelas memasak ni sebelah je dengan tempat me kerja...
Semalam me belajar buat kek lapis cheese blueberry..simple,mudah dan cepat..
Kalau ada antara uolls nak cuba buat, me share resepinya ye kat bawah ni
Bahan-bahan
  • 1 buku Tatura cheese (saiz yang panjang)
  • 1/2 tin susu pekat (bergantung pada tahap kemanisan yang uolls nak)
  • Jem blueberry
  • 1 tin susu cair
  • Biskut Khong Ghuan/ biskut yang ada krim kat tengahnya
Cara-caranya
  • Cheese di putar sehingga kembang & masukkan susu pekat.Pukul hingga sebati
  • Biskut direndam dalam susu cair dan susun dalam acuan
  • Sapu nipis cheese di atas biskut 
  • Kemudian susun lagi biskut di atas sapuan nipis cheese tadi (seeloknya di susun berlawanan)
  • Sapu nipis jem blueberry kemudian letakkan biskut lagi.Ulang proses tersebut sehingga habis.Terpulang pada uolls nak buat berapa lapis.
  • Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk.
Mudah kan...makan bila sejuk lagi sedap... :)
Selamat Mencuba

p/s : kena tanya bakal suami suka makan cheese ke tak..hihihi

Gambar mintak di makan lagi...handmade cookies



Hari Raya tahun ni perancangan untuk buat kuih raya berjalan dengan lancar..means sehari sebelum hari raya semua dah siap...macam last year malam raya me still buat kuih lagi..good jobs to me kan..yeay.. :)
Pada last entri me ada share 2 jenis biskut yang lazim me buat untuk setiap tahun..cer tgok Nyummm
So, raya tahun ni me tambah lagi 2 jenis biskut yang simple berbanding raya last year..cer tengok gambar kat atas tu...cer uolls teka biskut apa yang me buat...yeee betul...uolls memang pandai teka.. :)
Biskut conflakes madu dengan biskut jejari coklat..actually 2 jenis biskut ni first time me buat tau..so hasilnya memang tak menghampakan la...nak buatnya pun tak susah..
Kalau uolls perasan biskut jejari coklat tu ada yang tak sama besar dan ada yang tak sama panjang kan...hehehe..al maklumlah..me first time guna paiping bag..mengigil-gigil tangan time nak picit adunan bagi keluar..anyway, pada me ok la tu kan... ^_^
Thanks to my sisters sebab banyak tolong me buat biskutttt...love u la  ^_^
Di kesempatan ini, me nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sahabat handai di alam nyata mahupun di alam maya khususnya sahabat blogger me semua...juga kepada mak, ayah, adik beradik, makcik pakcik dan sanak saudara semua..minta di halalkan semua nya...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Dari : ungu tinta

^_^




Gambar mintak di makan


Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari lagi untuk kita menjalani ibadah puasa kan..kejap je masa berlalu...
Dah dekat nak sambut raya ni banyak persiapan yang kena buat terutamanya bab membuat kuih raya..time gini la kaum wanita sanggup bersengkang mata untuk buat kuih raya...termasuk la juga dengan me :)
Since mak me dan resign buat kuih raya ni me la yang kena take over buat semua kuih raya..Mak me cakap time ni la turn orang muda tunjuk bakat buat kuih jangan tahu makan je..hehehe...Seperti tahun-tahun yang sudah me buat kuih tak banyak pun, adalah dalam 2 3 jenis je..bila memikirkan nanti takut tak habis so me buat "cukup-cukup makan" je...hehehe...walaupun "cukup-cukup makan" je tapi lepas la juga me bagi pada sedara mara walaupun sedikit..bak kata orang berbahasa bagi orang rasa kan...
Biskut yang biasa me buat london almond dan biskut gadis melayu..wahh..biskut gadis melayu pun ada tau... 
rasanya macam bangkit tapi di modenkan  ^_^



London almond yang baru siap di celup dengan coklat...rasa mcm nak ngap je kan...hehehe


Ni la dia biskut gadis melayu...

For next planning, me nak buat conflakes madu dan jejari biskut bersalut coklat...coklat lagi kan..well..dah me penggemar coklat lagipun kalau bebudak datang beraya biskut yang ada coklat la yang akan habis dulu...

Jangan terlalu leka membuat kuih raya sampai lupa nak tambah amal ibadah tau..

p/s : rasa malas nak buat kerja..mood nak cuti raya je ni :D

Senyumm sokmo  ^_^


Sosej roll bukan steam roll ye...




Alhamdulillah...sekejap je masa berlalu kan..hari ni dah 14 hari kita berpuasa..dan malam ke 15 kita berterawikh..
Pejam celik pejam celik tau-tau dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan pula... :(
Semoga kita semua dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin pada baki hai hari terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini..InsyaAllah
Okla me nak share menu berbuka hari ni..cer uolls tengok di atas..yee..sosej roll..
Me buat pun atas request dari my sister yang katanya teringin nak makan...
Me buat pun tak banyak sebab takut tak habis nanti jadi membazir la pula kan...
seboleh bolehnya me cuba elak dari buang makanan...
Kalau uolls nak try buat sosej roll yang simple ini cuba klik SINI
Ok la...jumpa di lain entri..

Senyumm... ^_^

Makin menjadi-jadi moodnya...

puding roti sayuran
Emm..sedapnya...
Sekarang ini me tengah mood rajin memasak kan..siapa yang perasan angkat tangan...hihihi
Tak salah kan...Al maklumlah boleh juga di buat sebagai persediaan untuk ke alam perkahwinan kan nanti...wah gatalnya me...hehehe..gurau-gurau je..
Ala..kuih senang je tu..memang la boleh me buat..tapi apa-apa pun kita mesti berani mencuba walaupun belum tentu hasilnya macam mana kan...
Puding roti sayuran ini mudah untuk di buat dan bahannya juga mudah untuk di dapati...
Kalau nak tahu resepi dan bahannya cuba klik SINI

SELAMAT MENCUBA...

#salam sayang dari me

Sedapnya....



Nyum..nyum...
Agak-agaknya sedap tak kuih kat atas tu..hehehe
Biasalah kalau cuti me akan cuba buat sesuatu yang me minat..
So, semalam me cubalah buat kek coklat kukus..hasilnya seperti dalam gambar di atas la..
Bahan-bahannya pun mudah di dapati
  • Telur gred A
  • Gula Castor
  • Asen vanilla
  • Tepung gandum
  • Minyak jagung
  • Susu segar
  • Serbuk koko
  • Air panas
  • Baking powder
  • Soda bikarbonat
  • Garam
Me cari resepi kek ni kat laman web Mat Gebu..nak tahu lebih lanjut cer pergi kat laman web nie www.tiffinbiru.com Macam-macam resepi yang korang leh cuba...

p/s : Kurang kan gula dalam kek, maniskan senyuman selalu...
#salam sayang dari me

Gulung-gulung je...

Salam..hihihi...macam kelakar je bunyi tajuk entri kali nie kan...
Apa tu gulung-gulung ekk...
Haa....me nak tunjuk hasil kerja me dalam menggulung roti bersama dengan sosej...
Alaa..orang selalu panggil roti gulung sosej tu la...tu la yang me buat masa adik beradik me berkumpul..memang laku la macam goreng pisang....
Kat bawah nie me letakkan gambar rupa roti yang dah me gulungkan dengan sosej...

roti yang dah siap digulung bersama dengan sosej

roti yang dah siap di celup dengan telur dan serbuk roti

roti sosej dah siap di goreng..nyumm...nyumm...

Antara bahan yang me guna untuk buat roti gulung sosej ini adalah :
-Roti ~ me gune roti gardenia
-Sosej ~ me gune sosej AYAMAS
-Telur
-Serbuk roti ~ m gune serbuk roti sbb nak bagi crunchy bila gigit
-Minyak masak untuk mengoreng

Makanan yang dibuat dari tangan sendiri lebih sedap dari makanan di kedai..lagipun leh jimat kan...

#salam sayang dari me  ^_^

Handmade : Blueberry cheese tart gituu

                     Salam semua sahabat me...entri kali me nak kongsi salah satu hobi terbaru me..hehehe..sekarang nie me suka mencuba memasak resepi yang tak pernah me masak...puncanya dari suka-suka menonton rancangan masakan di TV,so me jadi macam seronok nak mencuba masak-masak..(angan-angan nak masuk masterchef tau...hihihi..)
                     Disebabkan hobi terbaru me ini,me rajin melayari blog-blog atau laman web masakan...asal ada masa terluang me akan search resepi-resepi untuk me cuba...
                     Baru-baru ini me telah cuba satu resepi kuih moden boleh di kategorikan sebagai pencuci mulut/dessert...gali punya gali cari resepi akhirnya dapat la me resepi untuk buat BLUEBERRY CHEESE TART...kelasss ko....hihihi..kredit me beri pada laman web www.tiffinbiru.com kerana me selalu mencuba resepi dari laman web ini...semuanya menjadi tau...
                     Jadi kat bawah ini me nak tunjuklah hasil air tangan me kepada semua...jangan yang meleleh air liur dah ler ye...
pastri yang sudah siap dibakar,belum diisi dengan  blueberry & cheese
pastri yang sudah siap diisi dengan blueberry & cheese
blueberry cheese tart yang sudah siap dibakar...apa lagi makann la....


                       Macamane..agak-agaknya lepas ini me boleh buka bakery ke tak...hihihi...tapi banyak lagi yang perlu me belajar..almaklumlah perempuan ini kene pandai masak ye tak..kalau dah kahwin nanti tak kan lah tiap-tiap hari makan kedai je..kesiannnn kat suami nanti...

p/s : blueberry cheese tart yang me buat ini,pastri nya tebal...kalau berniaga rugi la..sedap bau masa bakar pastri ini tau...^_^

#salam sayang dari me


Pau ohh pau

Salam semua...hari ini me nak berkongsi resepi masakan yang telah me cuba...me telah cuba buat pau kukus berintikan sambal ikan bilis..kalau ada sesiapa yang nak cuba buat boleh ikut resepi di bawah ini..(ehh..mcm chef pulak ye me nie..hehehe)

untuk inti pau (sambal ikan bilis)

lada kering (di bland)
bawang merah
bawang putih
ikan bilis (digoreng)
belacan
air asam jawa
garam
gula
minyak masak untuk menumis
( intinya mcm kita buat sambal ikan bilis biasa je..sukatannya boleh ikut sesedap rasa..)
korang semua pun boleh letak inti lain seperti inti kacang merah,inti kelapa,inti daging dan sebagainya.

contoh sambal ikan bilis yang me buat (alamak, minyak banyak kan..kolestrol..kolestrol)

untuk doh pau
500 gram tepung pau
6 gram yis kering (mauripan)
1/2 gula halus
1/4 minyak jagung
11/4 cawan air
kertas minyak (digunakan sebagai pengalas pau)

cara-caranya :
1) tepung pau,yis dan gula halus di campur di dalam mangkuk
2) tambahkan minyak jagung dan gaul hingga sebati .Kemudian tambahkan air dan uli sehingga sebati selama 10-15 minit
3) rehatkan doh selama 10-15 minit sebelum masukkan inti
4) bahagikan doh kepada bahagian kecil-kecil (terpulang pada citarasa masing-masing) dan masukkan inti lekatkan ke atas kertas minyak
5) biarkan pau selama 30-45 minit sebelum dikukus
6) selepas itu,kukuskan pau selama 10-15 minit

pau sebelum di kukus

pau setelah di kukus (naik kan pau me..hehehe)

Me pun masih dalam proses belajar lagi untuk membuat pau yang lagi gebu...kalau ada yang tak menjadi buat tue adat la kan..try and error..yang penting jangan putus asa..selamat mencuba..salam sayang dari me







BROWNIES COKLAT BUATAN KU...


Sedap x tgok brownies coklat kat atas...msti tgok sedap kan...kalu dpt rasa mesti lg sedap hingga menjilat jari...aku berjaya wat brownies coklat walaupun nie first time aku wat...bangga nye aku...hehehe gurau2 aje...selamat menjamu mata dgn brownies coklat aku nie...heheheeee....
Copyright by ungutinta.blogspot.com