Showing posts with label langkah pertama. Show all posts
Showing posts with label langkah pertama. Show all posts

Hutang : Uruskan dengan sebaik mungkin


Betul ke apa yang di khabarkan dalam akhbar ni...?
Menurut kata dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sehingga November lepas seramai 244,517 orang mendapatkan khidmat kaunseling dan seramai 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang...wahh..satu jumlah angka yang besar kan
Kenapa keadaan ini boleh terjadi?
Mungkin disebabkan perancangan kewangan yang lemah, kos perubatan yang tinggi, kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.
Nampak gayanya kita kena ubah cara berbelanja la lepas ni kan..kene buat perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan dari menanggung hutang dengan cara menyenaraikan pendapatan dan menolak perbelanjaan yang tidak perlu.Selain daripada itu, kita seharusnya ada tabung kecemasan..alaa..macam yang me ada cerita kat sini sebelum ni :) selain dari potongan gaji tiap-tiap bulan untuk simpanan..
Apa yang penting kene mendisiplinkan diri supaya kita tidak membazir pada yang tidak perlu.Kita sebenarnya sedar akan situasi sekarang di mana kebanyakkan barangan harganya naik, tetapi jika kita tidak bertindak dari sekarang untuk berjimat dan mengelakkan dari hutang, ia boleh menjejaskan kehidupan sendiri.

p/s : buat majlis akad nikah je la kan, lagi afdal :)

Semuanya naik harga


Kesian budak sekolah tu kan tak dapat beli makanan di kantin sebab harga makanan mahal.
Kenapa perlu naikkan harga makanan di kantin sekolah?Budak-budak sekolah berapa la sangat bawa duit belanja ke sekolah..
Apa salahnya, kurangkan sedikit kuantiti makanan dalam pinggan atau kecik kan sedikit saiz kuih muih tanpa perlu naikkan harga makanan yang di jual...ini hanya pendapat me la...
Mak ayah pun pening nak bagi duit belanja sekolah kat anak-anak...berkira-kira takut lari budget perbelanjaan bulanan.Tetapi ada juga ambil inisiatif sediakan bekal makanan untuk anak-anak bawa ke sekolah.Sekurang-kurangnya dapat la jimat sedikit kan...
Dari sekarang ni la kita kena ajar anak-anak supaya berjimat dalam berbelanja.
"Meluntur buluh biar dari rebungnya"

p/s : teringat zaman sekolah dulu, tiap-tiap hari bawa bekal makanan ke sekolah :)




5S :Di rumah boleh amalkan


Assalammualaikum



Gambar apa tu ek kat atas tu..?emm..nampak macam barang makanan je biskut ada,jajan ada,milo,gula,horlick ada...siap ada tanda nama pula...ada apa dengan gambar kat atas tu kan... 
Ok..ok...ok...Sebenarnya me nak cerita pasal susun dan melabel barangan yang ada di rumah.Kalau kat pejabat kita panggil amalan 5S(sisih,susun,sapu,seragam dan sentiasa amal).
Dekat rumah sebenarnya kita juga boleh amalkan 5S ini juga..
Barangan yang dah dilabel dalam gambar kat atas tu kerja me la..hehehe...bukannya apa ianya untuk memudahkan ahli keluarga me juga kan..
Tak ada la nanti ada yang tersilap, nak ambil gula terambil garam pula ( ni kes main ambil je tanpa tengok betul-betul ) :p
Uolls semua pun boleh buat macam ni..selain dari melabel barang makanan, uolls juga boleh melabel barangan seperti ubat ubatan,perkakasan kereta,bahan untuk kegunaan luar rumah (racun,minyak tanah,petrol dan sebagainya )
Selain dari memudahkan urusan ia juga dapat membantu kita supaya tidak tersilap mengambil barang.
Semoga ianya berguna kepada uolls semua... :)

p/s : abaikan jajan yang ada dalam gambar tu..semuanya dah habis di makan :)


Usaha : Jangan di nilai dari luaran

Assalammualaikum

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember.Bulan yang terakhir dalam kalendar Masihi kan... 
Dan...umur kita pun akan semakin bertambah juga...hehehe

Ehh...gambar apa pula kat atas tu kan...macam tin biskut je kan..hehehe
Itu bukan tin sebarang tin biskut tau..tin biskut berisi wang besar.. :)
Tin biskut tu la tabung simpanan me...bila dah gaji me akan simpan duit dalam tin tu sikit..kenapa me letak nama tin tu tabung kosovo ek...?Sebabnya duit dalam tin tu la me akan guna bila waktu terdesak..lebih-lebih lagi bila dah nak hujung bulan kan.. :p Maksudnya tabung itu akan digunakan bila tiba waktu darurat..
Tujuan me bukannya nak menunjuk-nunjuk, tetapi me cuma nak mengingatkan diri sendiri dan uolls semua bahawa kita mesti ada simpanan walaupun sedikit untuk kegunaan waktu kecemasan dan juga untuk masa depan.. :) Me percaya setiap bulan uolls semua pasti akan buat kira-kira perbelanjaan masing-masing kan..jika ada lebih apa salahnya kita simpan sedikit selain dari potongan dari gaji kita setiap bulan kan...
"Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit"

p/s : Mula tahun depan takrif elektrik dah naik...mula kan dari sekarang kita belajar berjimat cermat :)



Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



Gambar mintak di makan


Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari lagi untuk kita menjalani ibadah puasa kan..kejap je masa berlalu...
Dah dekat nak sambut raya ni banyak persiapan yang kena buat terutamanya bab membuat kuih raya..time gini la kaum wanita sanggup bersengkang mata untuk buat kuih raya...termasuk la juga dengan me :)
Since mak me dan resign buat kuih raya ni me la yang kena take over buat semua kuih raya..Mak me cakap time ni la turn orang muda tunjuk bakat buat kuih jangan tahu makan je..hehehe...Seperti tahun-tahun yang sudah me buat kuih tak banyak pun, adalah dalam 2 3 jenis je..bila memikirkan nanti takut tak habis so me buat "cukup-cukup makan" je...hehehe...walaupun "cukup-cukup makan" je tapi lepas la juga me bagi pada sedara mara walaupun sedikit..bak kata orang berbahasa bagi orang rasa kan...
Biskut yang biasa me buat london almond dan biskut gadis melayu..wahh..biskut gadis melayu pun ada tau... 
rasanya macam bangkit tapi di modenkan  ^_^



London almond yang baru siap di celup dengan coklat...rasa mcm nak ngap je kan...hehehe


Ni la dia biskut gadis melayu...

For next planning, me nak buat conflakes madu dan jejari biskut bersalut coklat...coklat lagi kan..well..dah me penggemar coklat lagipun kalau bebudak datang beraya biskut yang ada coklat la yang akan habis dulu...

Jangan terlalu leka membuat kuih raya sampai lupa nak tambah amal ibadah tau..

p/s : rasa malas nak buat kerja..mood nak cuti raya je ni :D

Senyumm sokmo  ^_^


New header..yeahaa

 
Alhamdulillah....
Untuk pertama kalinya me berjaya buat header blog sendiri..walaupun nampak simple tapi untuk percubaan pertama ok la tu kan...hihihi
Lambat laun kalau rajin mencuba mana la tahu leh jadi expert kan..
Header me mcm biasalah tema ungu...i like ungu..
cer korang tengok hasil percubaan me membuat header..alaa..header biasa-biasa je..budak sekolah rendah pun boleh buat...

simple je kan...
So,bila me dah upload header tu ke dalam blog jadi la macam kat bawah ni..

jadilah mcm ni rupanya...
Me tengok pun mcm kelakar je kan..mcm ada yang tak kena je...uolls perasan tak..betul kan ada smthing wrong smwhere kan...
Ok la uolls,jumpa di lain entri ye..me nak pergi tengok apa yang tak kena header yang me buat tu..

lots of love

^_^

Teruskan memboikot

 
 
Alhamdulillah..segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam..yang telah menciptakan langit dan bumi..
Kalau nak bercerita pasal kekuasaan dan keagungan Allah memang terlalu banyak kan...
So,entri kali ini me nak cerita pasal memboikot...sehingga ke hari ini alhamdulillah me telah berjaya menahan diri dari menjebakkan diri dengan 'fast food' dari Mc Donald.
Sebelum ini me rajin la juga merajinkan diri ke Mc Donald.Rasa makanan kat situ sedap je exspecially burger dan buburnya kan..padahal kalau kita buat sendiri bubur kat rumah lagi sodapkan..
Tapi sejak peristiwa pencerobohan di Gaza dan Palestin yang telah mengorbankan ramai orang yang seagama dengan kita membuatkan me nekad untuk boikot McD.
Walaupun katanya McD kat Malaysia ni tidak menyumbangkan apa-apa dana membantu tentera zionis/israel di sana tapi di sebaliknya kita tak tahu kan..
Walaupun dengan cara yang sebegini tak dapat memberi impak yang besar tapi sekurang-kurangnya kita membantu penduduk Gaza dan Palestin yang seagama dengan kita dengan cara memprotes dan memboikot produk keluaran yahudi ini..Wahh..teremosi pula me kan...
InsyaAllah dengan istikhamah yang berterusan me akan tetap terus memboikot..jom pakat boikot ramai-ramai...
me ambil dr mr.google


Rezeki tercampak

Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari kan...begitu lah dengan me..apa pun rezeki yang  ada me terima je...janji rezeki yang halal la..

Pape pun jangan lupa bersyukur dan ucap Alhamdulillah


#salam sayang dari me

Usaha terus berusaha

Entri kali ini me nak kongsi hasil kekreatifan anak didik me dalam menghasilkan lukisan menggunakan komputer...wahh..anak didik ke boleh la kan...hehehe
Mereka ini telah menggunakan microsoft paint untuk menghasilkan lukisan yang bertemakan 1Malaysia..
Walaupun menggunakan software yang ala-ala biasa je,tetapi mereka boleh menghasilkan lukisan mengikut kreativiti masing-masing..
Kat bawah ini me ada upload hasil lukisan yang telah mereka buat...


Walaupun nampak simple tapi not bad kan untuk permulaan..
So me doakan mereka a.k.a. anak didik me ini akan terus maju jaya...

#salam sayang dari me

Tambah hobi baru...

Assalammualaikum korang...sihat tak?
Kali nie kan me nak share buku masakan yang buat pertama kalinya me beli..
Majalah Rasa..mesti korang pernah dengar kan nama majalah nie..
Sebab ape me beli majalah nie..sebabnya dalam majalah tu ada kisah pasal blogger masakan yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia blog..
Tiap-tiap hari me akan buka blog "Dapur Tanpa Sempadan"...nie ha link blognya www.tiffinbiru.com..nanti korang try la  buka blog nie macam-macam resepi korang boleh cari dan cuba..


Nama pena tuan empunya blog tersebut ialah Mat Gebu...Mat Gebu nie telah terpilih masuk dalam majalah Rasa tu sebab kepopularan blog masakan beliau...apa lagi me teruja la nak tengok rupa Mat Gebu nie so teruslah me beli Majalah Rasa tu...
Lagipun kalau bab bab memasak, makan memang me suka...sapa tak suka makan kan...
Comel kan Mat Gebu tu walaupun gambar beliau di blurkan...
Dalam Majalah Rasa nie terdapat bermacam-macam jenis resepi yang boleh kita cuba...
Me rasa lepas nie tiap-tiap bulan la me beli majalah nie..dah boleh jadi hobi baru me..i like..
Ok la..daa korang semua...

#salam sayang dari me

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Hai semua...cakk...I'm back again...hehehe
Me nak share la apa yang me terfikir time ngah dok rehat-rehat balek dari kerja...
Me terfikir pasal pelaburan untuk diri sendiri atau boleh juga di buat oleh ibu bapa untuk simpanan anak-anak...yela kan..simpanan nie penting bukan untuk hidup bersenang lenang nanti tapi untuk kegunaan semasa tengah terdesak ke, belanja sekolah anak dan sebagainya...
Meh tengok apa yang me dah fikir, me ada wat contoh kira2 kat bawah nie...

Contoh kira-kira

Simpanan di buat ketika anak sehari baru dilahirkan sehingga umur 6 tahun ye...
setahun ada 365 hari kan..
so, jangka masa dari umur sehari hingga umur 6 tahun ialah :
     0-6tahun = 365 hari x 6 tahun
                   = 2190 hari
Kita andaikan sehari kita saving RM 1
So,             = 2190 x RM 1
                  = RM 2190.00
didiklah anak menabung sejak dari kecil lagi
gambar dr mr. google
Dalam tempoh itu, mungkin memerlukan perbelanjaan kecemasan ke..so, jadikan simpanan ini sebagai tabung khas untuk anak-anak..
Bila dah cukup umur, anak-anak akan masuk alam persekolahan, so duit simpanan tersebut boleh digunakan sebagai permulaan anak melangkah ke sekolah...
Tapi simpanan ini biarlah berterusan sehingga anak-anak dewasa...
Segala apa yang me share ini adalah hanya pendapat peribadi me sahaja...
Terpulang pada pendapat dan kemampuan individu sendiri ye...

Ok lah...semoga bertemu di lain entri...
Daa...

#salam sayang dari me

Anak lelaki & perempuan

Salam semua....wahh...nampak rajin lak me nak mengupdate blog kn...
Bukannya apa, me suka share apa yang telah me baca pada korang semua...
So, kali nie me nak share pasal didikan yang perlu di bagi pada anak lelaki & perempuan
Wahh...mcm me dah kahwin la pulak kan..xpe2..tak salah kan kalu kita berkongsi apa yang kita tahu kan...
Meh baca kat bawah nie ye...

ANAK LELAKI
  • Latih sifat kepimpinan dalam diri mereka
  • Dekatkan mereka dengan institusi masjid & keagamaan
  • Lebihkan gerak kerja yang lasak, aktiviti luar & berpanas
  • Latih mereka menjadi imam solat berjemaah
  • Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seseorang lelaki seperti ilmu mempertahankan diri, berkebun, membaiki jentera dan sebagainya
  • Elakkan membeli alat permainan untuk anak-anak perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • Galakkan mereka sertai kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan seperti gotong royong dan sebagainya
  • Latih mereka untuk berdikari
kecil-kecil lagi dah pandai solat jemaah ye...Alhamdulillah
Gambar me ambil dr mr google
ANAK PEREMPUAN
  • Didik mereka untuk menutup aurat sedari kecil.Jangan pakaikan pakaian lelaki
  • Galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah
  • Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti robot, kereta mainan dan sebagainya
  • Latih supaya bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut
  • Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka sudah baligh
  • Ajarkan kemahiran hidup yang patut diketahui oleh seorang wanita agar mampu berdikari untuk diri dan keluarga seperti belajar memasak, mengemas rumah dan sebagainya
  • Didiklah mereka dengan keimanan dan kekuatan taqwa.InsyaAllah merekalah punca dan nikmat syurga di dunia dan akhirat

Korang dan baca kan..mudah-mudahan kita semua dapat terapkan info yang me share nie dalam diri anak-anak...

sharing is caring
#salam sayang dari me

Kebangkitan Gaza


gambar dari mr google

Alhamdulillah....gembira dan bersyukur Palestin telah mendapat sokongan dunia dan PBB dalm ke arah pembentukan negara.Setelah sekian lama Palestin di bawah jajahan rejim Zionis sudah tiba masanya rakyat Palestin bangkit untuk melepaskan negara dan rakyat dari cengkaman Zionis lagi.
Walaupun penubuhan negara mengambil masa yang lama, dengan usaha yang jitu dan kerjasama dari semua khususnya dari negara-negara yang menyokong penubuhan negara Palestin ini, InsyaAllah semuanya akan menjadi kenyataan.
Walaupun Palestin hanya dijadikan sebagai negara pemerhati oleh PBB ianya sudah cukup bermakna kepada pemerintah dan rakyat Gaza. Sekarang nie perdagangan,sempadan masih dalam kawalan Zionis penduduk Palestin perlu terus berusaha untuk mendapat kan hak mereka seterusnya berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara mereka...
Mudah mudahan Hamas dan Fatah akan dapat bersatu menentang dan menghapuskan kekejaman rejim Zionis..
Sama-sama lah kita berdoa semoga penubuhan negara Palestin benar-benar menjadi kenyataan serta rakyat Gaza mendapat kemerdekaan...


Kosmo! Online - Dunia

Artikel dari Berita Kosmo ini menceritakan alasan mengapa Israel tidak bersetuju dengan Palestin di jadikan sebagai negara pemerhati oleh PBB...

sharing is caring
#salam sayang dari me

Berwajah baru

Salam...wahh..rasa dah lame me tak update blog nie kan...bukannya apa me sibuk sikit la kebelakangan ini...
Alhamdulillah...dalam sibuk-sibuk tu ada juga rezeki me dipanggil temuduga kerja..
Punya la nebes nak temuduga tu padahal bukannya me tak ada pengalaman tapi nebes nya lain macam sikit ditambah pula penat dengan kerja..apa-apa pun rezeki Allah tu ada di mana-mana kan...
Haa...korang ada nmpak perbezaan tak kat blog me..hehehe...
Ye betol...me dah tukar template blog yang lain..tapi still warna purple kan...i like purple...
Saja je me nak berubah angin dan me suka kan sesuatu yang baru...
Hope korang semua dapat like dan follow blog me nie ye...
Mana yang kurang mintak di tambah mana yang lebih dikongsi bersama...

Ok la..me nak terus mengupdate blog ini..terima kasih di atas sokongan korang semua..

#salam sayang dari me

Perkataan ajaib

Salam semua sahabat me...
Apa khabar?
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat selalu
Entri kali nie me nak share "Perkataan ajaib" dalam family me..
Nak tahu ape dia perkataan tu...tungggguuu....




Nak tahu apa perkataannya, cer baca dialog kat bawah nie kejap...

Dialog I

Emak : Adik, TOLONG mak angkat baju nie kejap..
Adik  : Baik mak...

Dialog II

Along : Acik, nah barang yang acik pesan tadi..along dah tolong belikan..
Acik   : TERIMA KASIH..along...

Agak-agaknye, korang semua dapat tangkap tak apa "perkataan ajaib" family me...
Haa...pandai pun korang ye...
Ye betul...perkataan ajaib tu ialah TOLONG dan TERIMA KASIH
2 perkataan ini telah me terapkan dalam family dan adik beradik me..walaupun pada mulanya memang payah tapi lama kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan dalam hidup..
Kenapa 2 perkataan tu me kategorikan sebagai perkataan ajaib dalam family me..jeng..jeng..jeng...

Sebabnya dengan menggunakan 2 perkataan tersebut kita dapat membentuk peribadi dan mendidik diri untuk menjadi seorang yang tahu beradap..walaupun hanya dengan perkataan yang mudah tapi bila ia diterapkan dengan betul dapat memberi  kesan yang besar dalam keperibadian seseorang..

Jadilah seseorang yang tahu beradab tidak kira dengan siapa pun...jangan pula kita dilabel sebagai makhluk yang kurang di ajar pula nanti..didikla anak-anak yang masih kecil yang mudah diasuh ini dengan perkataan-perkataan yang dapat mencerminkan keperibadian diri kelak..

Wahh..panjang pulak me menaip untuk entri kali ni kan...me hanya ingin membuka mata semua pembaca bahawa zaman sekarang ini terlalu banyak orang yang sudah " kurang di ajar "...
So, ringan-ringan kan lah mulut untuk mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja...

P/S : Apa semua yang me post dalam entri ini hanyalah pendapat me sahaja...me hanya berkongsi sesuatu yang bagus sebagai nilai tambah untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Biar rupa tak lawa asalkan keperibadian kita dipandang cantik...  ^_^

#salam sayang dari me

Nak pergi kursus kahwin....

              Salam semua sahabat me..semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu...emm..entri kali ini me nak cerita pasal kursus kahwin...wahh...dah nak menikah ker..hehehe...bukan bermakna me nak ambik kursus kahwin,me dah nak menikah ye...tapi sebagai persediaan walaupun belum tahu siapa jodoh untuk me kan...

              Me rancang nak ambik kursus kahwin nie dengan adik me tapi kene tunggu dia cuti sem la...walaupun me ada belajar dulu bab-bab kahwin nie masa kat sekolah agama dulu tapi me rasa kursus kahwin nie perlu di ambik sebagai nilai tambah kepada pengetahuan yang telah sedia ada pada me...yela kan, nak kahwin nie bukannya untuk sehari dua tapi biarlah sampai ke syurga kan...(dalam hati bercita-cita nak jadi suri hati yang solehah pada si suami..insyaAllah )



Firman Allah swt :

" Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."

(Yaasin :36) 
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan,mungkin kecantikan itu memburukkan hidup.Jangan mengahwini mereka kerana harta,mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.Tetapi kahwinilah mereka ataas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam,berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah) 


              Sekarang ini,me tengah survey tempat untuk me ambik kursus kahwin nanti..harap semua sahabat me dapat doakan yang baik-baik untuk me ye...InsyaAllah..

#salam sayang dari me ^_^

           
    

Memulakan perjalanan baru

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, dapatlah me bernafas di muka bumi ini sehingga lah ke hari ini..dan me juga bersyukur sebab me dapat mengedit blog nie setelah sekian lame tidak mengedit..sebelum me dapat mengedit blog ini, me telah lupa apa kata laluan untuk blog ini..(nampaklah sgt me ni dah tua kan..)tapi berkat kesabaran, akhirnya dapat la juga me ingat kata laluannya..(nasibla otak leh berfungsi dengan baik..hehehe)semoga selepas nie me tak lupa lagi. Banyak yang me nak kongsi dengan semua di dalam blog ini..di harap me dapat mengentrikan info-info dan sebagainya...me masih lagi di tahap yang awal di dalam dunia blog nie..harapan me, semoga me dapat menjadi blogger yang versetile ( ceh wahh, perasan kan me nie..hihihi)segala tunjuk ajar dari otai-otai blogger amatlah diperlukan dan dihargai..salam sayang dari me..

gambar ihsan dr mr.google

AKHIRNYA...

Tanggal 13 Ogos 2009,tarikh yang tidak akan aku lupekan...aku telah grade pada tarikh tersebut...yahoo...tapi pada peringkat diploma je...tapi aku bangga sebab aku dapat juga merasai hari konvokesyen KUIM yang pertama...


-me-

Gambar ni diambil selepas tamat konvokesyen...bagaikan mimpi 3 tahun berhempas pulas belajar akhirnye tamat juga aku belajar...dapat juga aku naik stage ambik scroll hasil usaha aku belajar...aku grade dengan 3 pointer and above...


-me bersama dengan ayah tersayang-

Time nie aku rasa touching sgt sebab kedua ibu bapaku ada bersama dengan aku meraikan hari konvokesyen KUIM...tak dapat diungkap dengan kata-kata bagaimana perasaan dalam hati hanya Allah SWT saja yang tahu...


-me bersama dengan emak tersayang-

Cuma aku rasa frust sikit sebab insan yang bertakhta dihatiku tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan aku time tu...tapi apa kan daya tugasan yang membataskan untuk dia berada bersama meraikan kejayaan ku ini...aku harap dia akan sentiasa menyokong aku tidak kira walau dimana dia berada...

TAHNIAH...KEJAYAAN KU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) sempena dengan majlis konvokesyen pertama yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2009.
Tahniah juga diucapkan kepada para pendidik KUIM kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga kami dapat bergraduat.Kepada sahabat-sahabat ku dari FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN ingatlah segala memori-memori yang telah kita lalui selama 3 tahun bersama...
KEPADA :azie,wawa,farah,hidayu,yana,ila,hazida,ecah,hanim,teti,arfah,ayu,firdaus,ariff,razi dan aiman aku gembira dapat kenali kalian semua...aku harap ukhwah yang telah terbina ini tidak akan terputus di tengah jalan...aku sayang kalian semua...
Copyright by ungutinta.blogspot.com