Showing posts with label deko-deko. Show all posts
Showing posts with label deko-deko. Show all posts

Deko : Kamar tidur kanak-kanak


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak cerita sikit pasal deko-deko..alaa..macam deko bersama Eric tu tapi ni deco bersama cik ungu..boleh gitu :p
Me suka mendeko deko ni walaupun tak la berapa kreatif sangat..me ada juga berangan kalau ada rumah sendiri me nak buat konsep moden untuk hiasan dalam rumah..wahh sampai macam tu sekali me berangan kan...hehehe..
my dream house...ohh bilakah... :)
Berbalik pasal cerita yang me nak share dalam entri kali ini, me nak cerita pasal menyediakan reka bentuk bilik untuk kanak-kanak..apa yang me share ini berpandukan pada info yang me dah baca so me share la pada uolls semua..sharing kan caring.. :)
Kat bawah ini adalah antara elemen-elemen penting yang perlu di ambil kira untuk mereka bentuk bilik tidur kanak-kanak...
elemen-elemen dalam mereka bentuk kamar tidur kanak-kanak

KOS - bergantung kepada keperluan dan keupayaan perbelanjaan uolls.Fikir dulu sebelum membeli keperluan berpandukan kepada peringkat umur kanak-kanak

TEMA PILIHAN - Uolls kena tanya pendapat dari kanak-kanak apa tema yang mereka suka

SKIM WARNA - Selalunya kanak-kanak lebih gemarkan warna yang terang.

SAIZ BILIK - sebelum membeli keperluan perabot pastikan dulu saiz bilik supaya kanak-kanak dapat berehat serta menjalankan aktiviti harian dengan selesa

RUANG PENYIMPANAN - pastikan perabot atau keperluan dalam bilik dapat menjimatkan ruang.Pilih barangan yang fleksibel di gunakan

KESELAMATAN DAN KETAHANAN - Pastikan uolls memilih perabot yang boleh memberi jaminan keselamatan dan bersifat tahan lama untuk tahun yang mendatang

PENCAHAYAAN - Pastikan uolls membeli lampu yang boleh di adjust mode pencahayaannya bersesuaian dengan suasana.

Me harap apa yang me share kan dalam entri kali ini memberi uolls panduan dan elakkan pembaziran itu yang penting
Jumpa di lain entri :)

Senyummmm  ^_^


Mencungkil kreatif


Hai uolls...apa khabar semua?Alhamdulillah..kita pun sudah masuk ke fasa akhir dalam bulan Ramadhan iaitu 10 malam terakhir sebelum masuk bulan Syawal..me harap kita semua dapat menjalani saki baki puasa pada tahun ini dengan memperoleh keberkatan dari Allah..insyaAllah..
Entri kali ni me nak share hasil air tangan anak didik me dalam menghasilkan kad raya kreatif...ekk..anak didik ke...actually bukan la anak didik sangat tapi bebudak yang rajin dan sporting nak belajar dalam dunia perkomputeran ini...
Minggu lepas tempat me kerja ada buat contest buat kad raya kreatif dengan menggunakan software Microsoft Publisher...contest yang simple menggunakan software yang tak complicated sangat untuk diorang guna..cer uolls tengok hasil kerja diorang kat bawah ni...


Ok la kan...untuk permulaan...
Kad raya yang diorang hasilkan ni me lekatkan kat tempat me kerja boleh juga jadi penghias suasana raya kan.. :)


Ok la uolls..jumpa di lain entri

semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam Lailatulqadar
InsyaAllah..

Senyumm selalu ^__^

Ilusi luas di bilik air

Entri kali ni me nak berkongsi beberapa cara/panduan untuk membuatkan bilik air kediaman korang nampak lebih luas:

  1. Pilih jubin yang sesuai - Kehadiran jubin dalam bilik air amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ruang bilik air yang kecil.Pemilihan jubin yang bersaiz lebar dan besar dapat membantu membuatkan bilik air tampak lebih luas
  2. Mainan warna - Bagi ruang bilik air yang kecil korang perlulah menggunakan warna yang lembut dan cerah.Ianya dapat memberi efek luas serta dapat membangkitkan keselesaan penghuni tatkala menggunakan bilik air.
  3. Binaan siling - Pastikan siling bilik air korang berada dalam ketinggian yang tepat dan agak tinggi.Ia sekaligus dapat memberikan ilusi bilik air yang lebih luas dan selesa.
  4. Penataan cahaya - Korang harus memilih lampu yang menyebarkan cahaya secara menyeluruh dan yang paling penting ia terang dan jelas.
p/s : walaupun bilik air korang cantik dan luas tapi kalau malas nak basuh/cuci tak dapat la den nak nolongnye...jangan marah... ^_^

#salam sayang dari me

Makeover tempat kediaman

Bila bercakap pasal nak makeover kediaman, ramai yang akan memikirkan tema@idea untuk mentata rias ruang-ruang yang ada di dalam kediaman kan...Jangan bimbang, entri kali nie me nak share beberapa langkah yang me pernah terbaca untuk makeover rumah atau apa jua ruang...

Langkah 1
GAYA HIASAN DALAMAN
- Tentukan gaya hiasan dalaman kesukaan korang seperti gaya Inggeris,moden,klasik dan sebagainya

gambar ihsan dr mr.google
Langkah 2
SKEMA WARNA
-Dah tahu gaya hiasan yang disukai,tentukan skema warna untuk ruang tertentu.Kebiasaanya warna mempengaruhi keluasan sesebuah ruang di dalam rumah.So,perlu berhati-hati ketika memilih padanan warna.

Langkah 3
DINDING TUMPU
-Pilih dinding untuk dijadikan titik tumpu.Contohnya, mengecat tona gelap warna kegemaran pada dinding tumpu dan tona cerah warna kegemaran pada dinding lain.

Langkah 4
PERABOT
-Pilih perabot yang bersesuaian dengan gaya hiasan yang telah dipilih pada awal peringkat makeover.Pastikan bilangan ahli keluarga berapa orang sebelum membeli perabot.

Langkah 5
PENCAHAYAAN
-Pencahayaan kuning sesuai digunakan untuk membangkitkan mood.

Langkah 6
KEMASAN LEMBUT
-Pastikan warna kemasan lembut meliputi dari segi pemilihan langsir,kusyen,ambal atau sebagainya bersesuaian dengan warna pada dinding tumpu.

Langkah 7
PERHIASAN
-Jangan membeli terlalu banyak perhiasan yang bersaiz kecil.Perhiasan yang bersaiz besar dapat memberi impak pada pemandangan dalam rumah.Langkah terbaik adalah mengitar semula perhiasan lama.

Langkah 8
BUNGA SEGAR & LILIN
-Final touch,hias rumah @ ruang dengan jambangan bunga segar dan nyalaan lilin untuk membangkitkan mood pada ruang.

#Me harap dengan perkongsian langkah-langkah untuk makeover rumah ini,dapat membantu korang semua untuk mentata rias rumah...yang penting dalam makeover ini jangan sampai berlakunya pembaziran...selamat mencuba..salam sayang dari me

Copyright by ungutinta.blogspot.com