Showing posts with label Lara hati. Show all posts
Showing posts with label Lara hati. Show all posts

Kemalasan yang makin melampau

Assalammualaikum uolls semua...


Me ingatkan nak buat come back semula dalam dunia blogger ni..tapi ntah kenapa tahap kemalasan tu belum lagi menuju ke arah yang 0...0...0...
Lately ni badan me rasa letih yang amat...masalah kaki yang tiba-tiba sakit kat bahagian lutut pun belum tahu puncanya...me lupa ada pernah jatuh ke tak tu yang merungsingkan kepala me ni ha...tapi me masih fikir positif...esok lusa pasti akan baik juga kan...yeayy...
Sebenarnya banyak cerita dan info yang me nak share...me peram dulu tau...tunggu me update tau uolls...

p/s: me kalau malas upenya macam kucing dalam gambar tu..hikhikhik

Bahagia : Rapuh bila iman tiada di dada


"Indahnya,damainya keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga
Namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga di redhai Allah...."
(Keluarga Bahagia - Saujana)

Kat atas tu adalah sebahagian senikata dari lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid Saujana.Me pasti uolls semua pernah dengar lagu ni kan..
Kenapa me letak lirik lagu tu dalam entri kali ni kan?
Sebenarnya me baru dapat berita yang agak menyentap jiwa dan kalbu..ianya melibatkan institusi kekeluargaan..memang agak kecewa setelah mendengar berita yang sentap tu..
Kenapa ianya boleh berlaku sehingga boleh meruntuhkan masjid yang telah di bina hampir 20 tahun..walaupuan ianya bukan berlaku dalam keluarga me sendiri tetapi berlaku kepada keluarga sanak saudara me, sedikit sebanyak memberi tempias kepada me..
Kita yang sudah tahu berfikir ni pasti banyak persoalan yang timbul..kenapa,mengapa,bagaimana,macamana boleh terjadi bermain-main dalam pemikiran me ni..memang me agak kecewa dengan tindakan yang diambil.Bagaikan tak ada iman ketika membuat keputusan.Semuanya atas dasar ikut kata hati tanpa fikir kesan kepada keluarga dan anak-anak..
Cuma kat sini yang boleh me jangkakan sebabnya adalah lalai dan alpa dalam menjaga hubungan kita dengan Allah..bila hubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan betul,bagaimana Allah nak jaga hubungan kita sesama manusia kan...mudah juga kepada syaitan untuk menghasut kita untuk buat sesuatu yang di luar pegangan iman kita..
Walaupun kita menghadapi masalah besar yang pada kita sukar untuk diselesaikan, kembalilah semula kepada Allah..sujudlah,berdoalah kepada Allah..

p/s : jangan biarkan hidup kita tanpa pegangan agama dan iman di dada..



Ajal tiba: Sudah bersediakah kita?

Assalammualaikum...
Me telah mendapat perkhabaran sedih..mak sahabat kolej dulu telah kembali ke rahmatullah semalam.. (al fatihah)
Semoga arwah mak sahabat me di tempatkan bersama dengan kalangan orang-orang yang beriman..insyaAllah...
Uolls sedar tak, saban waktu setiap hari pasti ada kematian..malaikat izrail tetap setia melakukan tugasnya tanpa mengira masa atas perintah dan suruhan dari Allah swt..cuma kita sebagai manusia memang lumrah akan terleka dan terlupa bahawa ajal akan tiba pada bila-bila masa dan di mana sahaja..Allahuakbar..
Namun begitu, sudah bersediakah kita untuk menghadapi sakaratulmaut nanti..
Kadang-kadang me terfikir sendiri macam mana la keadaaan kematian me nanti...tapi itu semua rahsia Allah..
Andai kita di bagi seribu tahun hidup lagi belum tentu kita akan berkata bersedia menerima kedatangan ajal..itu sebab Allah rahsiakan tarikh kematian kita kan..
Me bukanlah seorang yang bijak pandai dalam bab-bab agama ini..tapi ini semua hanyalah untuk peringatan untuk diri me dan juga untuk sahabat me semua..tak nak lah nanti ada yang cakap,"esok-esok kalau mati pun kubur masing-masing.." :(
Selagi ada masa dan ruang waktu marilah kita sama-sama perbaiki diri yang kurang..insyaAllah..Allah sentiasa ada dengan kita..love u Allah :)
Jumpa di lain entri...zaasss...

Senyumm itu sedekah ^_^

Bukan memilih, tapi....


Situasi 1
Kawan : Ko dah ada boyfriend belum?
Me : Kawan-kawan ada la..yang special tu belum ada lagi..
Kawan : Alaa..ko tu mesti memilih sangat...

Situasi 2
Kawan : Ko ni bila nak kahwin?tengok aku ni anak dah nak masuk 2 orang.ko tak kahwin-kahwin lagi
Me : Belum sampai jodoh aku lagi..nanti dah sampai masa aku khabar-khabar kan la..
Kawan : Ko tu mesti demand sangat..kalau kau demand sangat sampai ke tua la ko tak kahwin

Emm..uolls dah baca kan dialog dalam 2 situasi di atas..
Agak agaknya lepas uolls baca apa kesimpulan yang uolls dapat buat?
Nanti uolls komen tau..
Actually situasi kat atas tu biasa dah dilalui oleh wanita yang belum berkahwin,like me la...
Puas kita jawab yang baik, ada je balasan jawapan yang kadang-kadang menyentap jiwa kita dapat kan..
Siapa yang tak mahu kahwin kan..siapa yang tak mahu ada family dan anak-anak sendiri..
Masing-masing mempunyai takdir sendiri..mungkin juga ada yang mempunyai pengalaman sehingga membuatkan berhati-hati dalam memilih pasangan..
Apa-apa pun, hanya Allah swt saja yang tahu ajal,maut,jodoh,rezeki kita masing-masing..
Be positive...yeayy...

Senyumm lagi  ^_^

p/s : falsafah hidup me ada 2; kesabaran yang tinggi membuahkan hasil yang lumayan dan biar pun lambat kebahagian hidup pasti ada untuk kita..


Broken heart ( Hati rosak..ekk..)

 
 
Ouuchh..!!!
Sakitnya hati bila terluka atau dilukai...
Luka di dalam hati tiada siapa yang tahu...
Yang tahu cuma DIA yang satu..

Ohh..hati
Jagalah segumpal darah itu dengan sebaik mungkin
Berilah pada insan yang pandai hargai...
 
Andai terluka lagi,
Sujudlah,menangislah,meratapilah,di tempat sujudmu
Mengadulah kepada Tuhan Yang Maha Esa...

 

Biarkan air mata itu mengalir


Air mataku mudah sangat mengalir tatkala duduk bersendirian
Duduk bersendirian bila memikirkan perjalanan hidup ku selama ini..
Hidup ku selama ini yang mungkin telah banyak melakukan khilaf..
Khilaf sesama manusia dan kepada Sang Pencipta..
Air mataku mengalir bila memikirkannya
Adakah aku masih punya masa untuk menebus semua kekhilafanku
Ya, aku tahu masih belum terlambat untuk aku memperbetulkan kekhilafanku
Andai dengan air mata ini dapat memberikan aku semangat untuk bangkit
Maka, biarlah ianya mengalir sendiri dari rasa insaf di hati..
Kerana suatu hari nanti pasti air mata itu akan berhenti sendiri


Nukilan spontan datang dari hati

Kisah semalam : Epilog cinta

Hujan semakin mencurah-curah turun memandangkan sudah hampir seminggu bumi Allah ini kering dan panas.Aku yang pada ketika itu terlelap kerana penat tersedar tatkala mendengar rintik hujan yang kuat...

"Astaghfirullahalazim...terlelap rupanya aku"..kataku sendirian

Dengan segera aku mencapai tuala untuk membersihkan diri.Dalam perancangan lepas mandi aku berkira-kira mahu masak untuk makan malam nanti.
Selesai sudah mandi,aku pun mencapai telefon..

"Eh..ada satu mesej dan satu panggilan yang tidak dijawab"..kataku dalam hati

Panggilan yang tidak dijawab itu dari nombor yang aku tidak kenali.Aku malas nak ambil pusing dengan nombor yang aku tidak kenali.
Aku beralih pula kepada mesej yang belum ku baca.

"Saya sebenarnya sudah lama menyukai awak dalam diam.Sudah lama saya memendam rasa tapi saya takut untuk meluahkan.Maafkan saya andai kehadiran mesej ini menganggu awak...".Begitulah kandungan mesej yang aku dapat dari seorang kenalan yang aku kenali.
Aku berasa hairan bin ajaib kenapa dia bagi mesej sebegitu kepadaku.
Aku membiarkan mesej yang dia kirim tanpa balasan.

Esoknya...

"Kenapa awak tak balas mesej saya semalam?" tanya Haziq kepadaku.
"Emm...kredit saya dah habis la.." jawab ku perlahan
"Atau awak sengaja tak nak jawab mesej saya tu.." duga Haziq.
"Betullah.Saya memang tak ada kredit" jawab ku dengan besungguh untuk menyakin Haziq
"Tak apalah" jawabnya ringkas lalu berlalu pergi
Rasa bersalah terbit dalam hati kerana aku telah berbohong kepada Haziq.Bukan niatku untuk berbohong cuma aku tak tahu untuk jawab apa andai dia inginkan jawapan dariku.

Seminggu sudah berlalu selepas perbualan berkisarkan tentang mesej yang aku dapat dari Haziq tempoh hari
Teet..teet...bunyi mesej dari telefonku.Aku segera membuka mesej khuatir mesej penting dari keluarga atau rakan-rakanku.

"Ehh...mesej dari Haziq la.." getus ku dalam hati
"Assalammualaikum.Maaf andai saya menganggu.Selepas perbualan kita tempoh hari saya dapat menjangkakan yang saya sebenarnya bertepuk sebelah tangan.." begitu ringkas mesej yang aku dapat dari Haziq berbanding dengan sebelum ini.
"Waalaikumussalam.Saya tidak boleh beri kata putus yang setepatnya kepada awak berkenaan hal ini.Kerana bab hati dan perasaan ini Allah yang aturkan.." ringkas aku membalas balik mesej kepada Haziq dengan harapan dia faham akan maksudku.

Selepas aku membalas mesej tersebut, fikiran aku melayang mengenangkan segala perhatian dari Haziq kepada aku selama ini.Memang aku akui Haziq seorang lelaki yang baik dan mempunyai pakej yang lengkap pada pandanganku.Tetapi,dalam hatiku masih mempunyai kenangan yang sukar untuk aku buang sehingga kini.Kenangan bersama insan yang pernah aku sayangi ketika dia masih hidup dulu...

Bersambung....



Terjaga dari lena...

Terjaga dari lena tatkala mendapat mimpi yang seakan benar-benar berlaku..
Terus beristighfar banyak-banyak dan berdoa dalam hati supaya apa yang di mimpi tidak menjadi kenyataan..
Risau di hati bila memikirkan mimpi yang di alami..
Adakah ianya sebagai satu tanda atau ianya hanya mainan tidur gangguan dari syaitan..
Bermacam-macam andaian berlegar-legar di dalam minda...
Hanya semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri..
Dalam hati berdoa semoga mimpi yang di alami tidak menjadi kenyataan..
Andai ianya berlaku akan gelap gelita bagaikan hilang semangat dalam hidup...
Ya Allah,hambaMu bermohon jauhkan malapetaka dalam mimpi yang ku alami dari menjadi kenyataan...

:-(



Copyright by ungutinta.blogspot.com