Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Kita & Allah


Kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan dari Allah
Kita berkawan begitu lama bertahan pun, Allah yang rancang
Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga, Allah yang beri
Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana Allah sayang pada kita
Kita berjauhan untuk mencapai redha-Nya juga, Dia yang rancang
Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga Allah yang detikkan dalam hati kita...

p/s : dari Melaka ke KL..dari KL ke Pahang...Makin jauh kita :(

Please come back


We are still waiting for you..
We still hope you will come back
We always pray for you...
We will not give up on you
We did not close the door before it's time
Please come back MH370...
Ya Allah, please help us...

p/s : setiap inci pelosok di dunia ini milik Allah dan di dalam pegangan Allah SWT..





Kene hulur duit baru boleh buat kerja ke...

Emm..sikit punya panjang da tajuknya...bukannya apa nak bagi uolls mengerakkan bola mata lama sikit..senaman katanya...hihi
Sebenarnya me geram kat satu agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan ni..takrif dah naik tapi kerja tak buat betul juga..
Macam ni ceritanya..dalam bulan November lepas, ayah me ada hantar surat kat agensi ni..surat permohonan untuk mengalihkan tiang elektrik..sebabnya tiang tu block kat laluan masuk ke rumah..dari cerita yang mak me bagitahu bila sampai je kat pejabat agensi ni, staf yang jaga kat kaunter cepat-cepat ambil surat dari ayah me selepas ayah me cerita apa tujuan datang.Staf tu cakap nanti dia akan hantar orang tengok dulu.Selang dalam 2 hari macam tu la, ada la orang datang tengok tiang elektrik tu dan siap cakap akan alihkan kemudian.So, ayah me tunggu je la sejak dari hari tu sampai sekarang haram tak ada tindakan langsung.Bila telefon tak berangkat langsung..macamana buat kerja ni oiii...
Tak kan la kene hulur duit baru nak datang buat kerja..itu dah kira rasuah encik oii...bukannya jauh nak alihkan tiang elektrik tu setakat selangkah dari tempat asal pun...bila lambat bayar atau ada tertunggak dapat la surat amaran siap cakap nak potong elektrik bagai..tapi bila rakyat buat permohonan yang tak seberapa buat tak tahu je..
Kepada pihak yang berkenaan tolonglah buat kerja itu bagi telus..jangan sampai bila dah ada aduan baru terhegeh hegeh nak selesaikan masalah..

p/s : menahan geram ni...

Bahagia : Rapuh bila iman tiada di dada


"Indahnya,damainya keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga
Namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga di redhai Allah...."
(Keluarga Bahagia - Saujana)

Kat atas tu adalah sebahagian senikata dari lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid Saujana.Me pasti uolls semua pernah dengar lagu ni kan..
Kenapa me letak lirik lagu tu dalam entri kali ni kan?
Sebenarnya me baru dapat berita yang agak menyentap jiwa dan kalbu..ianya melibatkan institusi kekeluargaan..memang agak kecewa setelah mendengar berita yang sentap tu..
Kenapa ianya boleh berlaku sehingga boleh meruntuhkan masjid yang telah di bina hampir 20 tahun..walaupuan ianya bukan berlaku dalam keluarga me sendiri tetapi berlaku kepada keluarga sanak saudara me, sedikit sebanyak memberi tempias kepada me..
Kita yang sudah tahu berfikir ni pasti banyak persoalan yang timbul..kenapa,mengapa,bagaimana,macamana boleh terjadi bermain-main dalam pemikiran me ni..memang me agak kecewa dengan tindakan yang diambil.Bagaikan tak ada iman ketika membuat keputusan.Semuanya atas dasar ikut kata hati tanpa fikir kesan kepada keluarga dan anak-anak..
Cuma kat sini yang boleh me jangkakan sebabnya adalah lalai dan alpa dalam menjaga hubungan kita dengan Allah..bila hubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan betul,bagaimana Allah nak jaga hubungan kita sesama manusia kan...mudah juga kepada syaitan untuk menghasut kita untuk buat sesuatu yang di luar pegangan iman kita..
Walaupun kita menghadapi masalah besar yang pada kita sukar untuk diselesaikan, kembalilah semula kepada Allah..sujudlah,berdoalah kepada Allah..

p/s : jangan biarkan hidup kita tanpa pegangan agama dan iman di dada..



Dugaan : Cermin pecah



Assalammualaikum

Pada 071213, Sabtu cermin pintu kereta me telah pecah..me perasan masa nak balik keje..retak seribu...huhuhu
Puncanya me tak tahu kenapa...nak tanya kat pakcik-pakcik yang dok melepak dekat bangkel masing-masing buat muka tak tahu je..mulut longkang pun ye depa ni..tu sebab me malas nak tanya..
Bila sampai kat rumah, ayah me la yang tolong sattlekan..bila tengok-tengok balik kat cermin pintu yang pecah tu ada bekas macam kena dibaling atau terkena sesuatu..lagipun area tempat yang me parking kereta tu rumputnya baru di mesin..mungkin terkena batu..itu anggapan me la...tapi yang kesalnya tak ada yang datang jumpa me cakap maaf sebab cermin pintu pecah kerana terkena batu..bukannya me nak mintak ganti rugi tapi sekurang-kurangnya tunjukkan adab la... :(
Nak kata ada orang yang dengki atau ada cubaan nak curi kereta pada me tak mungkin..me tak nak bersangka buruk yang lebih-lebih..biarlah hanya Allah saja yang tahu di sebalik kejadian ini..

p/s : Allah sedang menguji :)





Pemakaian : Serupa tak payah pakai baju

Assalammualaikum


Dah tengok gambar keratan akhbar di atas tu...apa pendapat uolls semua dengan tajuk yang me bulatkan tu...?
Emm...itu adalah pendapat dari seorang pembaca berkaitan dengan cara pemakaian kaum Hawa khusunya kepada kakitangan awam..antara luahan hati si pemberi pendapat yang me ingat adalah berkaitan pemilihan baju ke pejabat..kenapa baju kurung,jubah yang dipakai menampakkan bentuk tubuh dan sempit..kenapa tudung yang dipakai pendek sehingga ada yang menampakkan leher..
Pada pendapat me pula, kita sebagai kaum Hawa perlulah menjaga etika pemakaian tidak kira ke pejabat atau ke mana mana dan tidak kiralah bekerja dengan kerajaan mahupun swasta..dah pun di namakan kaum Hawa yang beragama Islam perlulah menjaga aurat kan... :)
Ini semuanya bertitik tolak dari dalam hati sendiri juga..apa yang me luahkan ini bukan bermakna me seorang yang sempurna dari segi pemakaian tetapi me masih cuba untuk menjadi kaum Hawa yang tahu menjaga aurat..in sha Allah..
Mari kita doakan semoga kita semua di lindungi dari azab api neraka

p/s : jangan biarkan arus perkembangan zaman menenggelamkan agama kita :)

Melodi : Lagu dulu dan sekarang

Assalammualaikum, hai uolls semua

   "Hatiku di curi lagi tidak dapat ku cari                  
    Jauh di bawa pergi entah ke mana
    Kau datang dalam hidupku
    Bagai cahaya yang terang
    Pernah suatu masa dunia ku gelap.."

Cuba uolls teka lirik lagu apa kat atas tu?
Agak-agaknya tahu tak....boleh cuba teka lagi..me bagi peluang teka.. :)
Dah cuba cari tapi tak tahu juga lirik lagu apa...ok la..me bagitahu jawapannya ye..
Lirik lagu kat atas dari lagu "Hatiku dicuri lagi" nyanyian dari biduanita negara kita Dato' Sharifah Aini
Sejujurnya me memang minat lagu-lagu beliau...beralun alun melodinya mengikut irama jiwa me..cewahh..ayat nak puitis kan...hehehe..pada me lagu-lagu beliau ada "soul"
Lagu-lagu beliau semuanya ada jiwa dan mempunyai maksud yang mendalam..tak ada lagu yang bernada terlalu tinggi sampai boleh memeritkan telinga yang mendengar..
Sebab itulah lagu-lagu beliau "evergreen"..sampai sekarang masih berkumandang di corong-corong radio dan di dalam cd player kereta me juga...hehehe
Nampak sangat me jiwa klasik kan..tak kisah lah janji jiwa me tenang bila dengar lagu-lagu lama...
Bukannya me tak suka lagu-lagu zaman sekarang, ada juga yang me suka..tapi kebanyakkan lagu-lagu sekarang hanya menjadi "hit" sekejap dan tidak menjadi "evergreen" seperti lagu-lagu lama...mungkin sebab penyanyinya saja yang "hot" tidak pada lagunya...ini semua hanya pendapat peribadi me saja..

p/s : suka juga lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. :)

Menguji kesabaran : Hanya kerana ayam goreng

Assalammualaikum uolls...
Sihat tak?almaklumlah sekarang ni kan musim tak menentu kejap panas kejap hujan..me pun tak berapa nak sihat, tekak sakit dan batuk :(
Walaupun tak berapa nak sihat nafsu makan still ada tau..nak di jadikan cerita semalam me teringin la nak makan ayam goreng kat KFC..so me pun roger la adik ajak pergi pas me balik keje..dia on je kalau bab berjalan ni..hehehe
Dalam perjalanan, kami dok bincangla nak beli ayam goreng kat KFC atau kat "MM"..last decision kami pilih nak beli kat "MM" je la sebab kat "MM" ada jual bubur leh tapau sekali nanti..
Sebelum singgah beli ayam goreng tu, kami pergi dulu kat pasaraya beli barang dapur topup mana yang kurang..last sekali baru kami pergi ke "MM"
hanya kerana mu ayam goreng...
Masuk je dalam "MM" tu memang la ramai orang..so kami pun beratur sehingga la sampai giliran kami..bila dah siap ambil order kami di suruh tunggu jap sebab ayam belum di goreng..so kami tunggu la..tunggu punya tunggu dah hampir 15 minit...tapi pesanan kami tak siap lagi..lepas 30 minit baru pesanan kami siap..fuhh..lama tu menunggu bila di tanya belum siap,ayam sedang di goreng..nasib la masa tu tahap kesabaran me masih ada..hanya sebab teringin nak makan ayam goreng terpaksa me tahan sabar kalau tak dah lama me angkat kaki...
Ye, me faham ramai orang yang datang mereka tak cukup tangan tapi pada penilaian me la pekerja yang kerja kat "MM" tu kurang cergas..ye, me faham juga dah malam sure mereka penat tapi seharusnya mereka juga kena faham hujung minggu pasti akan ramai orang so dari situ mereka kene bersedia dari segi persiapan produk makanan mereka dan fizikal mereka juga..
Apa yang me luahkan ni bukan nak tunding jari atau mencari salah mereka yang bekerja di "MM" tu..tapi me cuma nak meluahkan ketidakpuasan hati dengan servis mereka...

#nama sebenar restoran fast food tu terpaksa me rahsiakan untuk menggelak dari timbulnya provokasi..peace no war.. :)

Anugerah : Insan istimewa



Assalammualaikum uolls...
Uolls dah tengok kan gambar di atas tu...ada apa dengan gambar di atas tu..uolls pun tahu me yang mana satu...tapi siapa yang bertudung pink tu pula kan... :)
Haa...yang bertudung pink tu la me nak share ceritanya kali ini..
Tu la adik me yang ke 2..kami sekeluarga panggil dia dengan panggilan "kak angah atau angah aziah" dan panggilan special me panggil "dedemok"..hehehe (jaat kan me.. :p)
Kalau uolls tengok secara luaran memang nampak normal kan..tapi di sebaliknya adik me ini adalah orang kurang upaya (OKU)...OKU dari segi sindrom down sejak dari kecil lagi..memang tak nampak perbezaan secara ketara kan..cuma saiz fizikal yang memungkin kan uolls akan kata adik me ni memang seorang yang OKU..
Walaupun adik me kategori OKU tapi alhamdulillah sebab dia tidak terlantar sakit dan mampu mengurus diri sendiri..kami sekeluarga bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah.. :)
Kenapa boleh terjadinya sindrom ini?secara umum yang me baca sindrom terjadi apabila terdapat lebihan pada kromosom..kalau nak tahu lebih lanjut cer klik SINI
Dia la yang jadi peneman mak dan ayah me kat rumah bila me dan adik beradik lain tak ada di rumah..Meskipun dia seorang yang kurang upaya, namun mereka yang OKU ni punya hati dan perasaan juga..sebenarnya mereka lagi sensitif hatinya..cepat terasa dan tersentuh hati...
Bila kami sekeluarga keluar jenjalan ada saja mata yang memandang...ada yang memandang dengan pandangan yang sukar me nak tafsirkan..mungkin memandang dengan pandangan yang jengkel atau juga memandang dengan pandangan simpati dll..waallahualam..me pun kadang-kadang tak faham dengan pemikiran orang kita sekarang ni..Mereka juga berhak untuk hidup bebas seperti orang normal yang lain.Sebenarnya mereka yang OKU inilah ahli syurga yang Allah pinjamkan sementara kepada kita untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepadaNya..

"Tidak ku pinta lahir ke dunia..
tidak ku pinta cacat begini.
.bukan ku pinta kasih dan manja..
bukan ku rayu bantu simpati"
(bait lagu Namun Ku Punya Hati - Azmir Arif)

we love kak angah aziah :)

Senyummmm  ^_^





Akulah lelaki paling kejam! : Siapakah itu?


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak share satu cerita pendek yang pada me boleh memberi pengajaran kepada semua khususnya kepada ummat Islam..
Jom baca di bawah ni :)

Ada tiga orang lelaki , bangga hendak menunjukkan siapa yang paling hebat antara mereka bertiga. Kita mula dengan lelaki pertama dahulu.
Dia menyerang seorang wanita, membelasahnya bertubi-tubi hingga darah berpercikan. Gigi wanita itu patah, matanya lebam. Darah mengalir dari hidung dan mulut.
Kemudian lelaki pertama itu berkata kepada dua temannya itu : "Hmm! Lihatlah! Akulah orang yang paling kejam!"
Bangun pula lelaki kedua. Dia mengoyakkan baju wanita yang sudah lemah itu. Dirogolnya di hadapan kedua-dua temannya. Masih belum cukup. Dia kemudian mencekik wanita yang sudah tidak berdaya itu sehingga mati.
"Hei! Lihat! Kekejaman aku lebih dahsyat. Bermakna aku yang paling kejam!" ujar lelaki kedua.
Lelaki ketiga pula bangun. Dia hanya tersenyum dan berkata : "Sebenarnya, akulah yang paling kejam antara kamu berdua! Aku hanya mampu menonton apa yang kalian lakukan tanpa berbuat apa-apa sedangkan wanita itu adalah keluargaku sendiri!"

Kredit : Majalah Mastika

Uolls semua faham tak situasi cerita pendek di atas. Siapa lelaki pertama, kedua dan ketiga malah siapa wanita tersebut sebenarnya...?

Ok la begini, lelaki pertama dalam cerita di atas adalah ISRAEL
Lelaki kedua pula adalah AMERIKA SYARIKAT dan sekutunya.
Wanita yang menjadi mangsa perkosa dan kebuasan itu pula adalah PALESTIN
Lelaki ketiga pula?
Sebenarnya lelaki ketiga adalah di kalangan kita sendiri iaitu UMMAT ISLAM.
Di mana kita hanya mampu melihat segala macam kedurjanaan dan kezaliman Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya..MasyaAllah...

Andai kita tidak mampu mengangkat senjata, angkat la tangan menadah tangan berdoa kepada Allah setiap masa bagi membantu saudara Islam kita di Palestin,Gaza,Mesir
Andai kita tidak mampu berhujah,berdebat untuk menuntut kebebasan saudara kita di sana, boikot la produk-produk keluaran Amerika Syarikat,Israel dan sekutunya.


Ini semua hanyalah luahan dan pendapat ikhlas dari me..semoga saudara Islam kita di sana terus tabah dan sabar menempuh dugaan hidup..insyaAllah

Tetap senyum walaupun hati merintih sedih  ^_^

Wajah yang di mamah usia itu...


Assalammualaikum

Wajah yang di mamah usia itu adalah muka kesayanganku...
Wajah yang di mamah usia itu hendak ku tatap setiap hari..
Biar pun berasa bosan ingin ku lihat wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu yang memerah keringat mencari rezeki...
Wajah yang di mamah usia itu sentiasa ada di kala ku sedih atau kecewa...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah yang sanggup terima tatkala aku tersimpang jauh dari landasan hidup...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah menjadi pendorong hidup buatku...

Walaupun usia makin menginjak ke senja,akan ku cuba untuk 
membahagiakan...
mengembirakan...
dan
mengukirkan senyuman di wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu wajah emak dan ayah ku...


.....senyummm ^___^


Bukan memilih, tapi....


Situasi 1
Kawan : Ko dah ada boyfriend belum?
Me : Kawan-kawan ada la..yang special tu belum ada lagi..
Kawan : Alaa..ko tu mesti memilih sangat...

Situasi 2
Kawan : Ko ni bila nak kahwin?tengok aku ni anak dah nak masuk 2 orang.ko tak kahwin-kahwin lagi
Me : Belum sampai jodoh aku lagi..nanti dah sampai masa aku khabar-khabar kan la..
Kawan : Ko tu mesti demand sangat..kalau kau demand sangat sampai ke tua la ko tak kahwin

Emm..uolls dah baca kan dialog dalam 2 situasi di atas..
Agak agaknya lepas uolls baca apa kesimpulan yang uolls dapat buat?
Nanti uolls komen tau..
Actually situasi kat atas tu biasa dah dilalui oleh wanita yang belum berkahwin,like me la...
Puas kita jawab yang baik, ada je balasan jawapan yang kadang-kadang menyentap jiwa kita dapat kan..
Siapa yang tak mahu kahwin kan..siapa yang tak mahu ada family dan anak-anak sendiri..
Masing-masing mempunyai takdir sendiri..mungkin juga ada yang mempunyai pengalaman sehingga membuatkan berhati-hati dalam memilih pasangan..
Apa-apa pun, hanya Allah swt saja yang tahu ajal,maut,jodoh,rezeki kita masing-masing..
Be positive...yeayy...

Senyumm lagi  ^_^

p/s : falsafah hidup me ada 2; kesabaran yang tinggi membuahkan hasil yang lumayan dan biar pun lambat kebahagian hidup pasti ada untuk kita..


Dugaan menahan sabar


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan dan akan diganti pula dengan kedatangan bulan Syawal..bulan kemenangan bagi ummat Islam yang menjalani ibadah puasa dengan sempurna..
Terasa kesedihan menggamit sanubari tatkala menghitung hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini..tertanya-tanya pada diri sendiri adakah aku mempunyai ruang kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang..adakah segala amal ibadahku di terima oleh Allah..jawapannya hanya Allah swt saja yang tahu..
Dalam rasa kesedihan itu, terselit rasa kecewa, geram, rasa nak beri penumbuk pun ada..haa..sampai tahap macam tu sekali me rasa...
Kenapa me rasa sedemikian rupa?
sebabnya..cer uolls baca kat bawah ni :
  • Dah berumur pun tapi tak berpuasa (rumah dah kata pergi,kubur dah kata mari)
  • Dah la tak puasa, dengan rasa tak malu makan, minum, merokok dengan selamba
  • Jual/main nombor ekor dengan rasa tak bersalah
  • Bila azan, masjid yang sekangkang kera pun tak reti-reti nak pergi berjemaah
  • Bahasa pula memang tak reti nak jaga main sedap mulut je cakap yang bukan-bukan
  • Bulan puasa dengan bulan tak puasa sama je
Wahh..sikit punya banyak me punya alasan yang membuatkan me rasa nak beri penumbuk pada mereke-mereka yang berkaitan kan...
Astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim...
Buat bersabar banyak-banyak...


Me rasa sedih sangat dengan fenomena zaman sekarang ini...Bila yang dah berumur pun berperangai macam tu apatah lagi yang muda belia ni..usah cakap la kan.. :(
Mudah-mudahan Allah memberi hidayah pada mereka-mereka yang berkenaan...

p/s : Me buat entri ni bukan sebab me seorang yang baik sempurna tapi mengenangkan generasi akan datang membuatkan me terdorong nak buat entri ini..nak bagi uolls semua buka mata,buka hati dan buka minda dengan fenomena sekarang ini..waallahulam

Senyumm je  ^_^

100 dah...

my followers...sayang korang semua  ^_^

Alhamdulillah
Dah genap 100 followers dalam blog me...mungkin angka 100 tu tak banyak pada pendapat dan penglihatan uolls kan..tapi pada me ianya satu angka yang amat-amat besar...(touching jap...)
Terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah,mengomen,meng'like' dan seterusnya menjadi followers dalam blog me ini...me hargai sangat-sangat.. ^_^
Di ucapkan terima kasih juga kepada followers me yang ke-100 iaitu Encip Zamri Spoon kerana telah mengenapkan followers me... ^_^

Di atas kesudian uolls semua singgah ke blog me, membuatkan me akan terus berblog,berkongsi info,berkongsi kisah dan banyak lagi...yeehaa...

So, semoga bertemu di lain entri..
Take care uolls semua

lots of love

^_^


Broken heart ( Hati rosak..ekk..)

 
 
Ouuchh..!!!
Sakitnya hati bila terluka atau dilukai...
Luka di dalam hati tiada siapa yang tahu...
Yang tahu cuma DIA yang satu..

Ohh..hati
Jagalah segumpal darah itu dengan sebaik mungkin
Berilah pada insan yang pandai hargai...
 
Andai terluka lagi,
Sujudlah,menangislah,meratapilah,di tempat sujudmu
Mengadulah kepada Tuhan Yang Maha Esa...

 

Geramnya!!!

Entri kali ni me nak meluahkan rasa geram, ketidakpuasan hati me terhadap seorang hamba Allah ni..memang geram dengan apa yang dia cakap melalui mesej..ehh, jap..mesej boleh bercakap ke..hihihi...nak tau apa yang hamba Allah ni mesej sampai me rasa geram?..cer baca kat bawah ni
"Asyik sgt wat blog ke, mengarang cerita ntah ya tidak kisahnya"
Me baca rasa panas je..apa yang ada dalam blog semuanya banyak kisah yang berlaku dalam hidup dan tentu la kisahnya benar..kalau share info atau maklumat mestilah yang betul..kita tulis blog mesti ada etika dan peraturan kan..tak kan kita nak menipu pembaca kan..isshh..geramnya hati me ni..istighfar banyak-banyak...
Hanya orang yang dah terjebak dalam dunia blog akan faham tujuan dan kenapa kita berblog..sabar ye me..
Biar apa pun orang nak kata kita teruskan je dengan usaha kita berblog..cayokk..

Copyright by ungutinta.blogspot.com