Showing posts with label selamanya istimewa. Show all posts
Showing posts with label selamanya istimewa. Show all posts

Rindu mak ayah!!!

Pejam celik pejam celik lagi 2 hari je lagi mak ayah me akan kembali ke tanah air setelah hampir sebulan setengah berada di Tanah Suci Makkah...mak ayah me berangkat ke Makkah pada 1 September yang lalu dari Senai Airport..dan dijangka akan kembali semula pada 20 Oktober ini..yeay..semoga perjalanan kembali semula ke tanah air selamat dan dipermudahkan..




Mudah-mudahan mak dan ayah mendapat haji yang mabrur..inshaAllah..

p/s:hargailah mereka yang ada di sisi kita sebelum mereka hilang dari depan mata

Kembali...setelah sekian lama menyepi

Alhamdulillah...masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ni..dan juga masih diberi kesempatan untuk me mengupdate blog yang telah usang ni..ish..ishh..ishh...me rasa hampir 3 bulan tak update mahupun share apa apa dalam blog ni kan...nampak sangat kemalasan dan ditambah dengan kesibukan nya kan.. :)
Dalam masa lebih kurang 3 bulan me tak update apa apa ni, banyak perkara telah berlaku dan ianya juga membuatkan me lagi matang untuk melalui saki baki kehidupan yang ada ni.
Start bulan Ramadhan yang lalu, hari-hari yang dilalui begitu pantas berlalu..pejam celik dah sebulan puasa dah nak masuk bulan Syawal kan..

family potrait on Syawal 1435H

dan dalam bulan Ramadhan yang lepas me dapat berita yang paling gembira walaupun bukan me yang laluinya...mak ayah me terpilih di antara yang terpilih menjadi tetamu Allah..dapat pergi menunaikan Haji..Alhamdulillah..dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu betapa gembira dan teruja nya bila dapat perkhabaran yang gembira itu..
Wajah-wajah Tetamu Allah..mak dan ayah

Sekarang ni pun kita dah berada di penghujung hari hari di dalam bulan Zulhijjah kan..mak ayah me masih di Tanah Suci Makkah lagi dan di jangka akan pulang ke tanah air pada 20hb ni...counting days...yeay...
Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa..InshaAllah... :)
Allah is the best..

p/s : semoga satu hari nanti akan dijemput menjadi tetamu Allah juga..

Ulang tahun setengah tahun





Assalammualaikum uolls...
Sihat tak?
Apa macam..ada mengancam tak gambar kat atas tu..?hihihi...
Sebenarnya itu himpunan gambar kek-kek yang telah selamat habis di makan sempena ulangtahun kelahiran bagi setengah tahun ni...
Me pn ulangtahun lahir awal tahun sama dengan mak me..kemudian kak ngah, ayah dan adik me yang nombor 4...
Pada tahun-tahun yang sudah tak ada sangat buat macam ni..bila mak ayah dah pencen pastu ada rezeki lebih me buat la macam ni..actually kesemua sambutan ulangtahun me yang rancang..kiranya ada suprise la tapi tak la suprise sama...tak ada la sampai buat macam party nite fever...hihihi...ajak sedara mara je..yang penting niat kita kan.. :)
Tahun ni ayah me request pulut kuning dengan kari..so me plan suprise dengan makcik me tok ayah..lastnya tak jadi suprise nya bila ayah pula tahu nak buat pulut kuning untuk dia...hehehe
Tapi tak apalah janji ayah happy dan tercapai hajat dia kan.. :)

me love them so much...!!!!

p/s : kek-kek di atas tu me tempah dari orang kita tau :)

Tambah umur tambahlah amal juga

Selamat hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi Hazwani..selamat hari jadi... :)
Cewahh..nyanyi lagu selamat untuk diri sendiri nampak..hari ni hari jadi me yang ke 29 tahun...
Bertambah lagi setahun umur..Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk me bernafas lagi sehingga hari ni..
Tiada sambutan..tiada potongan kek yang besar..tiada keraian pun..Cukup la hanya sekadar mendapat doa yang ikhlas dari family dan kawan-kawan...
Semoga dengan pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal ibadah dalam hidup..inshaAllah


p/s : merancang dan melaksanakan apa yang telah di rancang..semoga dipermudahkan :)

Memori tercipta



Wahhh....gambar kenangan dengan adik-adik serumah masa study dulu..ini semua kisah hampir 7 tahun yang lepas..susah senang,suka duka kami bersama..ketawa bersama menangis pun bersama..ehh..macam pernah dengar pula ayat tu tapi kat mana ekk...hihihi


Time tu me dalam kategori kecik molek la..tapi sekarang bukan kecik molek lagi tapi dah jadi debab tergolek...hehehe.."aku yang dulu,bukan yang sekarang ye..." :(
Betapa jelesnya me lihat gambar me sendiri kat atas tu...waahuuhuhu...
Walau apa pun, me harap ukhwah yang terbina antara kami dulu akan terus kekal hingga akhir hayat

p/s : kenangan lama menjelma dalam memori yang tiada sempadan



Kawan lama yang dah lama tak jumpa


Tak sabarnya nak tunggu hujung minggu ni..nak pergi jemputan kahwin kawan me...kawan dari zaman sekolah rendah..yang mana satu ek yang nak kahwin tu?alaa...yang gambarnya besar di tengah-tengah tu la bakal pengantinnya :) pergi jemputan kahwin sekali dengan reunion la ni..hihihi
Gambar-gambar kat atas tu actually kawan rapat me dari sekolah rendah dan ada dari sekolah menengah..ada hampir 10 tahun lebih woo tak jumpa..ada juga beberapa tahun lepas me jumpa..
Almaklumlah..bila lepas SPM semua buat haluan masing-masing kan..semua nya dah kahwin dah ada anak-anak..
InshaAllah lepas ni, me dan kawan yang belum berumah tangga akan menyusul kemudian :)ehem..ehem...

p/s : Rumahtangga yang bahagia di bina dari asas agama yang kukuh :)


Makan sedulang,tidur sebantal...


Ada apa dengan gambar kat atas tu kan..haa..tang tu la yang me nak story morry dalam entri kali ni..
Sejak kecil lagi, kalau waktu makan malam terutamanya mak me mesti senduk nasi dan letak dalam dulang..siap letak lauk pauk atas nasi..lepastu mak suruh makan dengan adik beradik yang lain..waktu tu me tak adala pula terfikir kenapa mak letak nasi dalam dulang dan kami di suruh makan sama-sama.
Tapi bila menginjak umur masuk alam remaja, kami dah tak makan lagi dalam dulang seperti sebelum tu.
Bila kami masing-masing dah masuk ke alam dewasa sekarang ni, terimbau kembali apa yang pernah kami buat dulu bila nak makan.Sekarang, baru me faham kenapa mak me letak nasi dan lauk pauk dalam dulang dan kemudian suruh kami makan sama-sama..semuanya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama adik beradik.Memang seronok makan sama-sama dalam dulang ni..sambil-sambil tu kita boleh bual-bual kosong antara satu sama lain kan :) walaupun lauknya kadang-kadang masak bening dengan ikan goreng je, bila makan sama-sama berselera memang tak ingat la..hihihi...
Mak me ada cakap juga, dari kecil la kita kena belajar jaga hubungan adik beradik dan kekeluargaan.
Senang cerita, susah senang kita tetap bersama :)
InshaAllah..bila me dah berkahwin ada anak me akan cuba praktikkan apa yang mak me buat kat me dan adik beradik yang lain...

p/s : dah makan sedulang, tidur pun kami sebantal juga... :)


Selamat hari lahir mak


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu berdua
Allah selamatkan kamu

Tanggal 17 Januari yang lepas, mak me genap umurnya 57 tahun.Semoga mak dipanjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik berpanjangan sehingga akhir hayat :)
So, me dengan adik beradik me yang lain telah buat plan yang simple-simple je untuk sambut hari lahir mak.Ayah me pun join juga dalam plan kitorang.Alaa...me buat suprise kek je untuk mak me potong.Pastu beli KFC sikit..makan ramai-ramai..kebetulan adik beradik me semua ada kat rumah..lagi cun la kan..hihihi...



p/s : tanpa kedua ibu bapa kita tak kan wujud kat dunia sekarang ni kan...

Alhamdulillah..selamat sudah kendurinya

Assalammualaikum

Alhamdulillah...selamat sudah kenduri semalam seperti yang di rancang..bukan kenduri kahwin ye..tapi kenduri tahlil arwah atok me..
Terima kasih kepada ahli jemaah masjid Kg.Lenga kerana sudi hadir juga kepada saudara mara me kerana sudi membantu dari awal hingga tamat kendurinya...
Sekejap je masa berlalu sekarang..diam tak diam dah 3 tahun arwah atok me meninggal..begitu juga dengan kita diam tak diam umur makin meningkat kan..
Semoga dengan peningkatan umur, amalan kita pun makin bertambah..inshaAllah...

antara 'orang-orang kuat' di belakang tabir kenduri tahlil arwah

Me tak sempat nak snap gambar banyak-banyak..gambar jemaah tengah tahlil pun me tak nak sempat snap..almaklumlah, me juga salah seorang dari 'orang-orang kuat' di belakang tabir...hihihi..tak pela kan,janji kenduri dah selamat.. :) sayang ketat-ketat kat mereka-mereka di atas tu...

p/s : masa kenduri kendara ni lah dapat tengok siapa yang ringan tulang dan siapa yang berat punggung nak menolong...

Anugerah : Insan istimewa



Assalammualaikum uolls...
Uolls dah tengok kan gambar di atas tu...ada apa dengan gambar di atas tu..uolls pun tahu me yang mana satu...tapi siapa yang bertudung pink tu pula kan... :)
Haa...yang bertudung pink tu la me nak share ceritanya kali ini..
Tu la adik me yang ke 2..kami sekeluarga panggil dia dengan panggilan "kak angah atau angah aziah" dan panggilan special me panggil "dedemok"..hehehe (jaat kan me.. :p)
Kalau uolls tengok secara luaran memang nampak normal kan..tapi di sebaliknya adik me ini adalah orang kurang upaya (OKU)...OKU dari segi sindrom down sejak dari kecil lagi..memang tak nampak perbezaan secara ketara kan..cuma saiz fizikal yang memungkin kan uolls akan kata adik me ni memang seorang yang OKU..
Walaupun adik me kategori OKU tapi alhamdulillah sebab dia tidak terlantar sakit dan mampu mengurus diri sendiri..kami sekeluarga bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah.. :)
Kenapa boleh terjadinya sindrom ini?secara umum yang me baca sindrom terjadi apabila terdapat lebihan pada kromosom..kalau nak tahu lebih lanjut cer klik SINI
Dia la yang jadi peneman mak dan ayah me kat rumah bila me dan adik beradik lain tak ada di rumah..Meskipun dia seorang yang kurang upaya, namun mereka yang OKU ni punya hati dan perasaan juga..sebenarnya mereka lagi sensitif hatinya..cepat terasa dan tersentuh hati...
Bila kami sekeluarga keluar jenjalan ada saja mata yang memandang...ada yang memandang dengan pandangan yang sukar me nak tafsirkan..mungkin memandang dengan pandangan yang jengkel atau juga memandang dengan pandangan simpati dll..waallahualam..me pun kadang-kadang tak faham dengan pemikiran orang kita sekarang ni..Mereka juga berhak untuk hidup bebas seperti orang normal yang lain.Sebenarnya mereka yang OKU inilah ahli syurga yang Allah pinjamkan sementara kepada kita untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepadaNya..

"Tidak ku pinta lahir ke dunia..
tidak ku pinta cacat begini.
.bukan ku pinta kasih dan manja..
bukan ku rayu bantu simpati"
(bait lagu Namun Ku Punya Hati - Azmir Arif)

we love kak angah aziah :)

Senyummmm  ^_^





Kami satu keluarga..tak akan terpisah

Assalammualaikum...
Lenguh semua sendi urat saraf me..ehh, betul ke ayat tu macam janggal je..hehehe..penangan dari memandu seharian..
Walaupun penat tapi enjoyyy... :)
Biasalah bila off day me akan memanfaatkan sebaik mungkin dengan family..
So, bila ada masa free me akan hang out dengan family..tak kisah la pergi mana pun waima hanya pergi ke pasar cari lauk dan barangan dapur..pada me itu dah cukup berharga dapat menghabiskan masa dengan family..
Masa susah senang pun kita akan cari family kan...apa salahnya kita ada masa free guna dengan sebaik mungkin..
Lagipun me pun masih bujang memang sepatutnya luangkan lebih masa dengan family sendiri..
Ok la uolls..layaan dulu gambar gelagat adik dan mak me di dalam kereta..zaasss...

#masa kami jenjalan keluar ni, ayah me tak ada sebab dia ada urusan luar dan adik me lagi 2 orang pun tak ada

Tercapai hajatnya : Ibadah Korban 1434H


Assalammualaikum semua...
Setelah sekian lama menyepi kini me kembali lagi..cehh..ayat nak skema pula ye..hehehe
Bukannya malas nak update entri (padahal ada la rasa malas tu sikit..hehehe) tapi disebabkan tanggungan kerja yang super duper banyak membuatkan me kurang masa untuk mengupdate blog ini..
So, entri pertama dalam bulan 10 ni me nak share pasal ibadah korban..
Alhamdulillah..tanggal 15 oktober lepas bersamaan dengan 10 Zulhijjah family me telah melaksanakan ibadah korban..
Layan gambar di bawah ini dulu..zassss :p




Ramai sanak saudara,sahabat handai,jiran datang membantu dari mula awal penyembelihan,melapah dan mengagihkan daging kepada penduduk setempat..me nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua.. :)
Dan akhirnya...hajat arwah atok me tercapai...
See u next entri...tungggu...

Senyummm :)

Kredit : gambar me ambik dari FB makcik me..jangan marah haa.. :)

Wajah yang di mamah usia itu...


Assalammualaikum

Wajah yang di mamah usia itu adalah muka kesayanganku...
Wajah yang di mamah usia itu hendak ku tatap setiap hari..
Biar pun berasa bosan ingin ku lihat wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu yang memerah keringat mencari rezeki...
Wajah yang di mamah usia itu sentiasa ada di kala ku sedih atau kecewa...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah yang sanggup terima tatkala aku tersimpang jauh dari landasan hidup...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah menjadi pendorong hidup buatku...

Walaupun usia makin menginjak ke senja,akan ku cuba untuk 
membahagiakan...
mengembirakan...
dan
mengukirkan senyuman di wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu wajah emak dan ayah ku...


.....senyummm ^___^


Penilaian yang sangat berharga


Assalammualaikum semua...
Cer uolls pandang kat bawah ni jap...
^
^
^
^
^ 
Taaaraa...blog me telah di review oleh Tun Aidil owner/admin kepada blog Geng Entry


Terima Kasih la bebanyak kepada admin Geng Entry kerana sudi jengah blog me dan review kat blog dia..
Actually blog me biasa-biasa je..apa yang terlintas dan ada masa me akan kongsi di blog..
Terima Kasih juga sebab admin sudi beri komen yang membina..me akan ambilnya sebagai tunjuk ajar ku sifu..ehh..boleh ke macam tu..hehehe
Sebelum ini blog me juga pernah di review oleh Nurfara Hani
Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka berdua kerana sudi review blog me...
Ini membuatkan me semakin bersemangat membara untuk aktif dalam berblog ni..cewahh..insyaAllah
Semoga jumpa di lain entri..daaa

p/s : me rasa touching la pula ;(

Senyumm selalu ^___^

Syawal 2013


Hai uolls...apa khabar?Dah start bekerja ke..me dah start keje tapi still dalam mood raya lagi..
Macamana suasana raya uolls tahun ni..meriah ke tak.. :)
Pada me raya tahun ni seperti raya-raya tahun yang sudah juga...
Pagi Syawal pergi solat sunat Aidilfitri dan bersalam memohon ampun maaf kat mak ayah,adik beradik,pakcik makcik dan sanak saudara semua..
Time raya ni la dapat berkumpul semua family kan..
Juadah hari raya seperti biasalah mesti ada nasi impit,kuah lodeh, sambal kacang dan rendang daging..marvellous..hehehe

Gambar raya last year

Guess who??sure la mak dan ayah me la..suweet couple..moga mereka dipjgkn umur
di berikan kesihatan dan berkekalan kasih sayang forever and ever

Gambar raya tahun ni..we are one big family..soon, will be come bigger.. :)

Aksi adik beradik me yang ala-ala sengal..hihihi
p/s : me tak nak letak gambar banyak-banyak nanti uolls bosan lak tgok kan..

See u again...smilee ^____^


Stay in love



" Falling in love is easy but staying in love is very special "

Sweetnya kalau hubungan cinta antara suami isteri kekal hingga hujung nyawa
Semuanya bergantung pada hati dan kesungguhan diri masing-masing
InsyaAllah

Always smile like me
^_^



Selamat Hari Ibu

 
Hai uolls...simple entri je kali ini..
Me nak wish SELAMAT HARI IBU khasnya kepada mak me Kamariah bt Md Yusof dan juga kepada ibu-ibu di seluruh dunia...
 Actually me tak berapa pasti bila hari ibu yang sebenarnya tapi takpelah me nak wish awal kan..
 
^_^
 
Happy watching
 
 

Glurpp...


Di suatu malam yang belum pukul 12 tengah malam, me dan mak me duduk berbual di meja makan..berbual di meja makan tak makan pun..borak-borak je..maka terjadilah perbualan antara kedua anak beranak..
Me : Mak, tok Midah dengan mak umur sebaya ke?
Mak: Yela, sebaya..
Me : ooo...
Mak : Cuma dia dah bermenantu, cucu pun dah ada..cuma mak ni je la bila nak ada cucu...emm..
Me : Glurrpp...

Hihihi..me dah tak tahu nak jawab apa bila mak me cakap macam tu..
Sabar ye mak..insyaAllah ada rezeki dan jodoh anak mu ini..cuma tak tahu cepat atau lambat sahaja...
Kita doa yang baik-baik je mak ea...


Emak dah jadi YB..?

 
Apa khabar semua?Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat..Entri kali ini me nak cerita pasal emak me...insan yang paling...palinggg..paling me sayang,cinta,rindu,kasih...sama la juga dengan uolls semua kan..siapa yang tak sayang emak sendiri kan.. :)
Tanggal 1 Mac 2013 secara rasminya emak me telah jadi YB...ehh..betul ke mak jadi YB ini..YB yang berkhidmat untuk kawasan yang bertanding tu ke...wahh...tapi bila masa pula mak me ni masuk bertandingkan..
hehehe..uolls semua jangan salah sangka pula ye..bukan YB yang bertanding untuk parti-parti tu ye..ni YB khas untuk yang telah tamat berkhidmat dalam perkhidmatan..YB tu merujuk kepada Yang Bersara..
Ye, pada tarikh tu mak me telah bersara dari pekerjaannya.Hampir 30 tahun lamanya mak me telah berkerja mencari rezeki membantu ayah me untuk membesarkan anak-anaknya..siapa anak-anaknya tu,me la salah sorangnya...hehehe
So,dah bersara ni mak jadilah suri rumah sepenuh masa..tapi mak me ni tak boleh duduk diam..ada je kerja yang nak di buatnya..takpe la mak,buat la apa yang mak suka janji mak bahagia..di samping tu boleh la juga tambah amalan kan dekat rumah..insyaAllah...
Di kesempatan ini,me nak ucapkan semoga mak sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat dari Allah SWT.Semoga mak dipanjangkan umur,di beri kesihatan tubuh badan yang baik untuk membuat ibadah serta di murahkan rezeki...insyaAllah...Wani sayangggggg mak...
emak me yang pakai tudung warna biru..moh ler kalau nak berkenalan dengan bakal mak mertua..ahakss

 p/s : selepas ni ayah me pula akan jadi YB..sehati sejiwa depa berdua ni..semoga cinta mak ayah terus mekar hingga ke jannah...Aaminn...

Makan je yang lebih...

Assalammualaikum...hai semua..apa khabar? Pada 13hb yang lepas me  pergi ujian bertulis untuk jawatan kerja yang me mohon..
Pehh...memang payah gila soalannya nk jawab..pape pun me dah buat sehabis baik..ada rezeki tak kemana kan...
So, lepas abis ujian tu, me terus pergi makan..al maklumlah, tak breakfast sebelum ambil ujian tu nervous punya pasal..hehehe..
Me dengan family pergi makan kat foodcourt kat eon Jusco Ayer Keroh..not bad la makanan kat situ..janji halal kan..
Me harap ujian yang dah me ambil tu adalah rezekinya kan..kalau tak ada mungkin ada rezeki yang lain..yang penting jangan putus asa dengan Allah swt..
#salam sayang dari me
Copyright by ungutinta.blogspot.com