Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Diet : Makan buah-buahan pula



Yummyyy...salad buah buahan..me guna epal merah, epal hijau dan sosej..pastu me letak mayonis buah-buahan...kononnya nak diet la ni...tak ada setiap malam me makan..berselang hari la..Tapi kalau me malas nk potong dadu buah buah tu me ngap je sebiji epal terus...hihihi...
Lagipun makan buah ni boleh melawaskan apa yang patut di lawaskn...betul tak...me ikut gaya me sendiri nak diet macam mana...semuanya terletak pada diri kita sendiri juga kan...

p/s : agak-agak perut lapar me makan juga nasi..hehehe

Diet : Nasi juga yang ku cari


MAKAN SERANGGA UNTUK DIET...??? Biar betul...ishhh..macam dah tak ada makanan sampai makan serangga..kalau ye pun nak diet tak payah la sampai macam tu sekali kan...memang ada serangga yang kita boleh makan macam belalang kunyit dll tapi cukup ke zat-zat, vitamin untuk badan kita kalau hanya makan serangga...
Dalam keratan akhbar tu pemuda dalam gambar tu mengatakan dia start makan serangga sejak tahun 2009.Pemuda itu bgtahu dengan hanya memakan serangga ianya dapat mencegah obesiti dan karbohidrat....emm...kalau me la memang tak dapat la nak telan serangga lagi-lagi dijadikan sebagai makanan utama setiap hari..eeeyuuu... :p
Sebenarnya nak berdiet ada macam-macam cara...hanya diri sendiri yang tahu kondisi badan masing-masing kan...tapi jangan nak cepat kurus kita guna ubat-ubatan yang terlarang sehingga boleh jejaskan kesihatan kelak...ingat tu tau...

p/s : walaupun diet nasi tetap menjadi pujaan perutku...hehehe

Mahu hidup lebih lama...



Khas kepada perokok tegar...
Nak hidup lama tapi tak reti sayang diri sendiri...bukan bermakna me pandai jaga diri sangat tapi sekurang-kurangnya kita jauhkan diri dari sesuatu yang boleh memudaratkan kepada kesihatan badan..Ye memang betul ajal maut ketentuan dari Allah tapi Allah tak pernah halang untuk kita menjaga kesihatan diri kan :)
Hargailah kesihatan sebelum kita mengalami gangguan kesihatan yang kita tak duga..ehh..betul ke ayat tu..uolls faham kan..hihihi
Katakan tidak pada rokok...!!!

p/s : tengah pujuk ayah dan pakwe me berhenti merokok ni..emm :(

Siapa nak sihat dan cantik...?


Hai uolls...
Entri kali ni nak promote blog sahabat me ni..sahabat me ni ada jual produk kesihatan dan kecantikan khususnya kepada kaum wanita..apa salahnya kita bantu sesama sahabat kan...yeayy...inshaAllah semoga usaha sahabat me ni akan membuahkan hasil...
So..pada uolls yang ingin tahu lebih lanjut boleh ke SSAD BeautyCare..
Owner nya kecik molek, cantik dan merupakan ibu kepada 2 hero yang hansem... :)

p/s : kecantikan bermula dari dalam diri...

Diet DIY

Do it yourself...lakukan sendiri

Rambut sihat - minum banyak air, sayuran berdaun hijau, buah-buahan segar, kekacang dan kentang.Elakkan makan makanan yang pedas, bergoreng dan berminyak.Elakkan minum minuman yang berkafein.

Perut kempis - Ambil makanan dan minuman ketika masih panas.Bantuan anti-toksin perut adalah dengan mengambil kacang badam dan buahan kering.Berpuasa juga dapat membantu mengempiskan perut yang buncit.

Lengan cantik - Gandakan pengambilan sayuran dan buah-buahan ketika makan tengahari dan malam agar kulit anjal.

Daya tahan badan - Makan sedikit tetapi kerap agar badan bertenaga.Sentiasa bawa bekalan buah-buahan dan kekacang kaya tenaga ketika beribadah.Minum banyak air dan air adalah penambah tenaga ketika bersenam.

3 dos : Supaya anda sentiasa dilindungi

Assalammualaikum

Uolls semua apa khabar?
Me harap semuanya dalam keadaan sihat.. :)
Ok la..entri kali ni me nak share sikit pasal kesihatan exspeacially untuk kaum wanita...
Kat Malaysia ni terdapat beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh dalam senyap khususnya kepada kaum wanita kan..iaitu kanser payudara dan kanser serviks..betul kan..
So, dalam entri ni me nak share sikit pasal kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser rahim dan pelalian HPV..
Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.
Antara penyebab berlakunya kanser serviks ini antaranya ialah :
  • memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda
  • kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • kurang daya tahan melawan penyakit
Gejala/tanda kanser serviks
  • pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
  • sakit
  • pendarahan yang banyak
  • pendarahan yang berpanjangan
  • berbau
  • bercampur darah
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati" adalah perlu untuk mengurangkan beban penyakit kanser serviks ini untuk masa hadapan.Oleh itu, Dasar Pelalian HPV Kebangsaan telah diwujudkan.
Laa..apa pula pelalian HPV tu kan... :)
Pelalian HPV adalah salah satu pelalian kanak-kanak sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada November 2007.Pelalian HPV di berikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.Tetapi pelalian HPV ini akan di beri kepada remaja perempuan yang mempunyai kebenaran bertulis dari ibu bapa.Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh rujuk SINI :)
Kepada uolls yang mempunyai adik/anak perempuan khabar-khabar kan lah pasal pelalian HPV ini ye.. :)
Jumpa di lain entri...daaa

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan malaysia

Senyum  ^_^


Segarkan diri

 
Hai semua...
Apa khabar?
Fuhh...sekarang ni dah mula musim panas kan...kadang-kadang haba panas tu menyengat sampai ke kulit..
Tapi kita kita tahan sebab api neraka lagi panas kan.... ^_^
Bila musim panas, kita asyik nak cari air je untuk basahkan tekak..lagi-lagi kalau dapat ais kan...fuyoo..memang syok...
Pastu, kalau kurang minum air bibir akan jadi kering badan pun boleh terhidrat..senang cerita badan akan jadi kurang air...
So, uolls semua kena lebihkan minum air kosong ye..kalau boleh elakkan mengambil ais kerana ais boleh melemahkan badan...
Atau uolls boleh mengambil air isotonik macam air 100plus ke,barli ke kan...ikut pilihan masing-masing
boleh buat hilang dahaga ni..me ambil dr mr.google
 
Ok la..kita jumpa di lain entri ye...
 
Smile always like me...hihihi
^_^

Supplement SNE brand

Assalammualaikum semua...sihat tak?
Kali ni me nak wat simple entri je..me nak cerita pasal supplement yang me ambil..
Cer uolls tengok gambar kat bawah jenis supplement yang me ambil..me ambil 2 jenis pil dari brand SNE
Supplement yang me ambil ini untuk penjagaan secara menyeluruh dan kulit..
Dari muda ni la kita kena jaga kesihatan kan..mencegah lebih baik dari mengubati...
Ok, cer uolls share dengan me supplement atau makanan kesihatan yang uolls ambil..
Oohh ye sebelum terlupa..jangan lupa minum air kosong banyak kalau ambil apa apa supplement ye..

Jom kita hidup sihat..!!!

Copyright by ungutinta.blogspot.com