Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Diet DIY

Do it yourself...lakukan sendiri

Rambut sihat - minum banyak air, sayuran berdaun hijau, buah-buahan segar, kekacang dan kentang.Elakkan makan makanan yang pedas, bergoreng dan berminyak.Elakkan minum minuman yang berkafein.

Perut kempis - Ambil makanan dan minuman ketika masih panas.Bantuan anti-toksin perut adalah dengan mengambil kacang badam dan buahan kering.Berpuasa juga dapat membantu mengempiskan perut yang buncit.

Lengan cantik - Gandakan pengambilan sayuran dan buah-buahan ketika makan tengahari dan malam agar kulit anjal.

Daya tahan badan - Makan sedikit tetapi kerap agar badan bertenaga.Sentiasa bawa bekalan buah-buahan dan kekacang kaya tenaga ketika beribadah.Minum banyak air dan air adalah penambah tenaga ketika bersenam.

5S :Di rumah boleh amalkan


Assalammualaikum



Gambar apa tu ek kat atas tu..?emm..nampak macam barang makanan je biskut ada,jajan ada,milo,gula,horlick ada...siap ada tanda nama pula...ada apa dengan gambar kat atas tu kan... 
Ok..ok...ok...Sebenarnya me nak cerita pasal susun dan melabel barangan yang ada di rumah.Kalau kat pejabat kita panggil amalan 5S(sisih,susun,sapu,seragam dan sentiasa amal).
Dekat rumah sebenarnya kita juga boleh amalkan 5S ini juga..
Barangan yang dah dilabel dalam gambar kat atas tu kerja me la..hehehe...bukannya apa ianya untuk memudahkan ahli keluarga me juga kan..
Tak ada la nanti ada yang tersilap, nak ambil gula terambil garam pula ( ni kes main ambil je tanpa tengok betul-betul ) :p
Uolls semua pun boleh buat macam ni..selain dari melabel barang makanan, uolls juga boleh melabel barangan seperti ubat ubatan,perkakasan kereta,bahan untuk kegunaan luar rumah (racun,minyak tanah,petrol dan sebagainya )
Selain dari memudahkan urusan ia juga dapat membantu kita supaya tidak tersilap mengambil barang.
Semoga ianya berguna kepada uolls semua... :)

p/s : abaikan jajan yang ada dalam gambar tu..semuanya dah habis di makan :)


Pengalaman : Tips awal sebelum banjir

Assalammualaikum...

Sejuknya...sekarang kan musim hujan dan berangin..kena pakai baju yang tebal sikit, bagi mengelakkan badan menjadi dingin supaya tidak aachumm..!!! (selesema la... :p)
Bila hujan tak berhenti-henti membuatkan hati me risau yang amat.Takut air naik dan banjir. Al maklumlah kawasan kampung yang me tinggal sekarang ni pernah banjir. Banjir yang paling teruk pada tahun 2006 dan seterusnya tahun 2010..
Bila dengar daerah dan kawasan yang berhampiran dah naik air lagi la buat me risau..sekarang ni pun me dalam keadaan berjaga-jaga..walaupun dah ada pengalaman menghadapi situasi banjir tetap perlu berwaspada..sebarang kemungkinan kan boleh berlaku..
Gambar ehsan me ambil dari FB.Keadaan air sungai di bandar Segamat
So, dalam entri kali ni me nak kongsi beberapa langkah yang perlu di buat bila hujan berlanjutan tak berhenti dan menunjukkan tanda-tanda yang kawasan uolls itu akan banjir.( mengikut pengalaman dari diri me sendiri ye..)

  1. Jangan panik. :)
  2. Letakkan dokumen,barangan yang berharga seperti kad pengenalan,surat beranak,sijil-sijil,barang kemas ke dalam satu beg khas dan letakkan di tempat yang mudah di capai bila di arahkan untuk berpindah
  3. Andai di rumah ada buat simpanan stok makanan seperti tepung,gula,mee segera dan sebagainya asingkan juga di tempat yang selamat. Bekalan makanan ini boleh di gunakan sementara menunggu agihan bantuan makanan.
  4. Sediakan segala ubat-ubatan yang berguna seperti panadol,koyok,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.Juga sediakan juga lampu suluh atau lilin. (kadang-kadang kalau banjir, elektrik akan diputuskan)
  5. Sediakan juga barangan peribadi khusunya bagi kaum wanita dan bayi seperti tuala wanita, tuala, lampin pakai buang dan sebagainya.
  6. Pesan pada anak-anak atau adik beradik untuk tidak sesuka hati bermain air banjir tanpa pengetahuan orang dewasa.
  7. Bila air dah mula naik selamatkan dulu orang-orang tua dan budak-budak kecil ke tempat yang selamat
  8. Ikuti perkembangan terkini mengenai banjir dari semasa ke semasa dan dengar arahan dari pihak berkuasa
Langkah-langkah kat atas tu berdasarkan dari pengalaman me yang pernah melalui situasi banjir.Kalau ada di antara uolls semua pernah melalui situasi macam me boleh kongsi cerita,pengalaman kat dalam ruangan komen ye... :)

p/s: time banjir makan apa pun tetap rasa sedap... :)

Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



Putus cinta : Apa nak buat?

Assalammualaikum
Hai uolls...apa khbar?
Lumrah dalam kehidupan, setiap manusia ingin disayangi dan menyayangi kan..dengan kata yang lebih mudah bercinta la :)
Tapi tak semua percintaan itu berakhir dengan kegembiraan..terputus di tengah jalan..
Me pun pernah mengalami putus cinta semenjak me kenal dengan alam percintaan..cewahh ayat tak boleh blah kan :p
So, bila dah putus cinta sure la akan keciwa kan..untuk menghadapi situasi putus cinta setiap orang mempunyai cara yang tersendiri kan..
Kat bawah ni me nak share beberapa tips yang boleh digunakan bila putus cinta :)
  • Shopping/window shopping ( kalau me, me suka pergi window shopping je..kata orang boleh jadi terapi untuk tenangkan hati..)
  • Melancong ( me suka pergi holiday kat tempat ada pantai bi..rasa tenang je tengok air dapat lupakan apa yang berlaku dengan tenang..)
  • Maraton filem ( cara ni me tak pernah buat lagi..tapi ada juga orang buat cara ni bila frust..)
  • Meluangkan masa bersama keluarga/sahabat ( cara yang ni betul-betul berkesan kepada me..dengan adanya ahli keluarga atau sahabat ianya boleh membantu kita untuk mengubati hati kita yang kecewa..ahli keluarga atau sahabat rapat sahaja yang memahami dan sebaik-baik teman untuk meluahkan perasaan :)
  • Kata-kata semangat untuk uolls
  • Berdoa dan redha ( tips yang terakhir ni memang betul-betul mujarab bila kita frust..jangan putus berdoa kepada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah..yang penting kene redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi kan :)
#tips kat atas ni adalah antara cara yang me buat andai me putus cinta.Lain orang ada lain caranya kan..Kalau uolls semua ada cara lain selain dari tips di atas boleh lah share kat ruangan komen di bawah ye :)

Senyum itu sedekah paling murah dan mudah  ^_^



Copyright by ungutinta.blogspot.com