Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Kembali pada asas : Pasti ada jalannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

Dengan keadaan dalam negara kita khususnya la yang mengalami kemarau yang panjang, masalah jerebu dan yang terbaru misteri kehilangan MH370 ni semuanya adalah ketentuan dari Allah..bukannya kebetulan memang ketentuan dariNya..
Bila difikir secara mendalam, mungkin apa yang berlaku sekarang adalah kifarah dari apa yang pernah kita lakukan sebelum ni..wallahualam..bukannya me nak menunding jari menunjuk siapa yang salah siapa yang betul..kita semua adalah hambaNya..tidak kira pangkat,status,warna kulit seseorang tu..semuanya sama yang saja di sisiNya..
Apa yang penting sekarang kita kembali pada yang asas bak kata orang jawa "back to basic" iaitu kembali kepada Sang Pencipta..rendahkan ego,buang riak dan sujudlah,berdoalah meminta bantuan dari Yang Esa.
Selain tu, kita juga mestilah bijak memilih teman/kawan pendamping yang benar-benar boleh membuatkan kita tidak terpesong akidahnya..MashaAllah...
Di sini me nak share antara tanda-tanda kawan di akhir zaman

  • Sibuk dengan urusan mengumpul harta
  • Ilmu fardhu ainnya kosong belaka
  • Hidupnya lebih barat dari barat
  • Bersahabat untuk mendapat laba
  • Yang menghidupkan sunnah barat
  • Disko dan pesta sebagai tempat berhibur
  • Artis dijadikan berhala sembahan
  • Seolah-olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh
Astagfirullah..moga-moga kita di tetapkan iman hingga akhir hayat..
Tepuk dada tanya iman

p/s : menjadi muslimah yang sejati bagaikan mengharungi laluan yang panjang dan beronak duri.Pasti banyak dugaan dan cubaan yang perlu ditempuhi...

Madu,bermadu


Entri kali ni me nak cerita pasal madu..madu lebah ke hidup bermadu???
Madu memang sedap dan manisnya original..tetapi dalam manisnya madu kadang-kadang ada terselit pahitnya..nak cari madu yang betul-betul asli dan bermutu memang payah...hanya orang tertentu sahaja yang dapat rasa kemanisan madu yang asli...
Haa...uolls dah dapat tangkap belum apa yang sebenarnya me nak cerita ni..agak-agaknya cerita pasal madu lebah atau hidup bermadu ni...hihihi...
Ok la..actually me nak share sikit cerita dan pandangan pasal hidup bermadu ni..hakikatnya me belum lagi merasai alam berumahtangga tapi tak apa la kan me nak share pendapat peribadi..
Kaum wanita memang kalau boleh tak nak hidup bermadu atau dimadukan..Namun ada juga sesetengah kaum Adam tu teringin sangat nak beristeri lebih..andai diri tu mampu dari segi zahir dan batin serta boleh bersikap adil tak apa la juga..tapi ada juga yang nak beristeri lebih hanya sebab nafsu semata-mata...dan ada juga beri alasan sebab tak ada zuriat...emmm
Kalau alasannya sebab tak ada zuriat itu semua rezeki dari Allah..dan sekiranya dapat persetujuan dari isteri untuk berkahwin lain tak apa la juga..tak ada la berlaku perang dunia ke dua kan..tapi mana ada wanita beri persetujuan dengan rela hati..mesti sebelum beri jawapan berapa banyak kali kena fikir kan...selagi boleh usaha untuk dapatkan zuriat berusahalah..jangan sampai runtuh masjid yang di bina...
Tetapi kalau suami cari atau berkahwin lain sebab salah diri wanita sendiri itu boleh dielakkan..ramai yang kata lepas ada anak ketrampilan tidak dapat diuruskan dengan baik..maksud me dari segi kecantikan di mata suami la..kena la pandai berhias dan pandai ambil hati suami..bak kata mak me la, penampilan isteri kena seiring dengan penampilan suami...tapi jangan la sampai berlebihan pula kan...hihihi
Yang penting tepuk dada tanya sama hati... :)
Oppss...me rasa terlebih sudah berceloteh pasal madu bermadu ni..hehehe
See uolls next entri...

p/s : ohh...payung emas



The wedding breaker,berikan aku bahagia



The Weeding Breaker atau Berikan Aku Bahagia??
Actually, kedua dua novel tu me dah beli..novel TWB tu dah habis baca pun..novel Berikan Aku Bahagia me tengah baca sekarang ni.. :)
Uolls semua dah tahu kan cerita Ariana Rose yang ditayangkan kat TV3 tu di adaptasi dari novel TWB kan...awalnya me tak tahu yang cerita kat TV3 tu di adaptasi dari novel TWB..yela, tajukknya pun lain dari tajuk novel..me sebenarnya tak tengok pun ceritanya kat tv..me baca novelnya je..me lagi teruja nak baca novel dari tengok cerita yang dilakonkan..pada pendapat me la, jalan cerita dalam novel adalah jalan cerita yang sebenar diluahkan oleh penulis..bila dah dijadikan cerita mesti ada yang ditokok tambahnya...tu yang jadi tak berapa nak cantik jalan ceritanya dari yang asal..
Sebenarnya ada pro dan kontra bila cerita yang ditanyangkan kat TV di adaptasikan dari novel...
Hanya jauhari yang mengenal manikam kan....

p/s : membaca jambatan ilmu :)



5 rencah 1 adunan

Assalammualaikum

Gambar hiasan
5 rencah 1 adunan..apa tu?Me bukan nak ajar memasak ye..me nak share sedikit info yang me dapat pada uolls..harap ianya berguna :)
Apa tu 5 rencah 1 adunan?
5 rencah tu adalah perumpaan kepada 5 rukun Islam...ingat tak susunan rukun Islam..
Mengucap 2 kalimah syahadah
Mengucap dengan lidah,mengaku dengan hati dan mengamalkan melalui perbuatan.Setiap waktu kita mengucap dalam solat 5 waktu
Solat 5 waktu
Solat adalah tiang agama.Tanpa solat pincanglah hidup.Seorang muslim diwajibkan solat bila sudah masuk akil baligh sehingga ke akhir hayatnya.Ianya dapat mensucikan hati dan mengelakkan kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.Berpuasa mengajar kita erti kesabaran dan bersyukur atas nikmat yang telah di beri.
Mengeluarkan zakat
Membayar zakat bagi yang mampu dan di berikan kepada golongan yang berhak di terima.Zakat juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan meninggi diri.
Mengerjakan fardhu haji
Pergi menunaikan fardhu haji ke Makkah bagi yang berkemampuan.

Apabila kelima-lima rencah di atas ini di satukan, ianya dapat menjadi 1 adunan yang lengkap sekiranya kita mengamalkan rukun Islam yang sebenar..adunan yang lengkap ini juga boleh membawa kita ke arah kehidupan muslim yang sebenar..inshaAllah...
Wallahualam...

p/s : Jom kita cari kelima-lima rencah untuk buat satu adunan yang lengkap :)


Hutang : Uruskan dengan sebaik mungkin


Betul ke apa yang di khabarkan dalam akhbar ni...?
Menurut kata dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sehingga November lepas seramai 244,517 orang mendapatkan khidmat kaunseling dan seramai 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang...wahh..satu jumlah angka yang besar kan
Kenapa keadaan ini boleh terjadi?
Mungkin disebabkan perancangan kewangan yang lemah, kos perubatan yang tinggi, kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.
Nampak gayanya kita kena ubah cara berbelanja la lepas ni kan..kene buat perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan dari menanggung hutang dengan cara menyenaraikan pendapatan dan menolak perbelanjaan yang tidak perlu.Selain daripada itu, kita seharusnya ada tabung kecemasan..alaa..macam yang me ada cerita kat sini sebelum ni :) selain dari potongan gaji tiap-tiap bulan untuk simpanan..
Apa yang penting kene mendisiplinkan diri supaya kita tidak membazir pada yang tidak perlu.Kita sebenarnya sedar akan situasi sekarang di mana kebanyakkan barangan harganya naik, tetapi jika kita tidak bertindak dari sekarang untuk berjimat dan mengelakkan dari hutang, ia boleh menjejaskan kehidupan sendiri.

p/s : buat majlis akad nikah je la kan, lagi afdal :)

Semuanya naik harga


Kesian budak sekolah tu kan tak dapat beli makanan di kantin sebab harga makanan mahal.
Kenapa perlu naikkan harga makanan di kantin sekolah?Budak-budak sekolah berapa la sangat bawa duit belanja ke sekolah..
Apa salahnya, kurangkan sedikit kuantiti makanan dalam pinggan atau kecik kan sedikit saiz kuih muih tanpa perlu naikkan harga makanan yang di jual...ini hanya pendapat me la...
Mak ayah pun pening nak bagi duit belanja sekolah kat anak-anak...berkira-kira takut lari budget perbelanjaan bulanan.Tetapi ada juga ambil inisiatif sediakan bekal makanan untuk anak-anak bawa ke sekolah.Sekurang-kurangnya dapat la jimat sedikit kan...
Dari sekarang ni la kita kena ajar anak-anak supaya berjimat dalam berbelanja.
"Meluntur buluh biar dari rebungnya"

p/s : teringat zaman sekolah dulu, tiap-tiap hari bawa bekal makanan ke sekolah :)




Lucu : Dalam lucu ada pengajaran


Suami : Ke mana sayang nak pergi sempena ulangtahun perkahwinan kita esok?
Isteri : Mana-mana saja la bang...sayang tak kisah asalkan tempat tu sayang tak pernah pergi..
Suami : Kalau macam tu kita pergi ke dapur saja la ye...
Isteri : (Tersengih sambil berkerut dahi)

Uolls dan baca dialog simple kat atas tu..agak-agaknya uolls faham tak intipati dalam dialog tu...
Si suami memperli isteri secara halus dan lembut kan...rasa-rasanya ada tak antara uolls pernah melalui situasi kat atas tu terutamana pada yang dah berkahwin la... :)
Kita sebagai kaum perempuan walau belajar setinggi puncak gunung everest pun, sedikit sebanyak mestilah tahu menguruskan rumah tangga termasuklah memasak di dapur..tak kisahlah kita tidak sehebat chef terkenal untuk memasak..asalkan dari air tangan kita sendiri untuk suami dan keluarga kan...kata orang perut suami kena di jaga kan...hehehe
Tak kan la nak makan kat luar je..ada masa jemu juga.. :)
Me pun bukannya pandai sangat memasak, tahu lah sikit-sikit...kata orang lagi lepaslah kalau nak bagi family makan..hihihi..
Lagi pun makan masakan di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan... :)

p/s : kepada bakal suami, terimalah diri me seadanya ye :)

2014 : Konsert atau majlis ilmu?


Assalammualaikum..

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya..suka duka selama menjalani kehidupan sepanjang tahun 2013 pasti dapat mencuit kehidupan kita kan..
Pada kebiasaannya, bila nak masuk je tahun baru pasti akan ada konsert semua.Apa kata kebiasaan yang selalu di buat bila tiba malam ambang tahun baru itu, kita ubah kepada satu majlis yang berbentuk ilmiah..kata orang majlis yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita kan..
Jangan pula tengah kita sibuk berkonsert Allah turun kan dugaan..nauzubillah mintak dijauhkan la :(
Sepanjang umur me sekarang, tak pernah pun pergi sambut ambang tahun baru mahupun ambang merdeka.Me lebih suka melepak di rumah..pada me hanya angka pada tahun je yang berubah janganlah pula perangai dan tingkah laku kita berubah juga..kalau berubah ke arah yang lebih baik sangat-sangat di galakkan :)
Me takut nanti ramai yang hanyut dari yang sambut... :(
Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih positif..inshaAllah

p/s : andai hanyut cepat sedar masih belum terlambat,andai hanyut sampai tenggelam mana nak cari jalan pulang..

Kes orang hilang : Makin membimbangkan

Assalammualaikum

Uolls dah baca berita dalam suratkhabar KOSMO(27/12/2013) bertajuk "4998 kes orang hilang dilapor"..?
Memetik kata dari Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye katanya, "Seramai 22337 orang atau 45 peratus daripada kes orang hilang yang direkod pada tahun ini adalah golongan remaja berumur 18 tahun ke bawah.."
Katanya lagi, " Statistik dalam tempoh itu turut menunjukkan tahap membimbangkan apabila hanya 2382 orang atau 48 peratus sahaja yang berjaya ditemui semula.."

Tak sampai separuh peratusan orang hilang yang ditemui.Di manakan baki peratusan yang tinggal tu pergi..?
Jumlah orang hilang yang dinyatakan di atas tu memang membimbang kan me..mungkin dari sehari ke sehari angka-angka tersebut akan meningkat.. :( Make me worried
Kes orang hilang ini mungkin berlaku atas beberapa faktor antaranya : (pada pendapat me)
  1. Mudah terpengaruh dengan pujukan kawan/teman terutamanya yang baru kenal (contoh : kenal melalui FB,Twitter dan sebagainya)
  2. Mungkin mengalami masalah dengan keluarga (ambil jalan mudah dengan melarikan diri)
  3. Ingin mencari kebebasan hidup
  4. Lari ikut kekasih
Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak berada di dalam keadaan yang selamat.Bukan perlu mengongkong hidup tetapi cuba dekati anak-anak secara diplomasi.Pantau aktiviti anak-anak bukan halang dari anak-anak beraktiviti.Banyak luangkan masa bersama anak-anak.
Apa yang me luahkan di entri kali adalah pendapat dan sekadar renungan kita bersama tau :)




Melodi : Lagu dulu dan sekarang

Assalammualaikum, hai uolls semua

   "Hatiku di curi lagi tidak dapat ku cari                  
    Jauh di bawa pergi entah ke mana
    Kau datang dalam hidupku
    Bagai cahaya yang terang
    Pernah suatu masa dunia ku gelap.."

Cuba uolls teka lirik lagu apa kat atas tu?
Agak-agaknya tahu tak....boleh cuba teka lagi..me bagi peluang teka.. :)
Dah cuba cari tapi tak tahu juga lirik lagu apa...ok la..me bagitahu jawapannya ye..
Lirik lagu kat atas dari lagu "Hatiku dicuri lagi" nyanyian dari biduanita negara kita Dato' Sharifah Aini
Sejujurnya me memang minat lagu-lagu beliau...beralun alun melodinya mengikut irama jiwa me..cewahh..ayat nak puitis kan...hehehe..pada me lagu-lagu beliau ada "soul"
Lagu-lagu beliau semuanya ada jiwa dan mempunyai maksud yang mendalam..tak ada lagu yang bernada terlalu tinggi sampai boleh memeritkan telinga yang mendengar..
Sebab itulah lagu-lagu beliau "evergreen"..sampai sekarang masih berkumandang di corong-corong radio dan di dalam cd player kereta me juga...hehehe
Nampak sangat me jiwa klasik kan..tak kisah lah janji jiwa me tenang bila dengar lagu-lagu lama...
Bukannya me tak suka lagu-lagu zaman sekarang, ada juga yang me suka..tapi kebanyakkan lagu-lagu sekarang hanya menjadi "hit" sekejap dan tidak menjadi "evergreen" seperti lagu-lagu lama...mungkin sebab penyanyinya saja yang "hot" tidak pada lagunya...ini semua hanya pendapat peribadi me saja..

p/s : suka juga lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. :)

Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



Lawak : Persiapan perkahwinan

Assalammualaikum uolls...


Entri kali ni me nak cerita sikit pasal persiapan perkahwinan...tapiiiii.......bukan persiapan perkahwinan me tau...hehehe
Me nak share secara umum je pasal persiapan perkahwinan ni.. :)
Sebelum tu cer uolls baca dulu cerita pendek kat bawah ni jap...

Karim hendak berkahwin tidak lama lagi.Lalu Pak Imam bertanya :
"Hah!Karim, awak dah buat persiapan nak kahwin?"
"Ni hah!Adalah buat persiapan sikit Pak Imam," kata Karim selamba sambil menunjukkan seikat akar tongkat ali...

Hehehe...apa pun tak boleh kan...

Pada pendapat uolls la, apa maksud sebenar pertanyaan dari Pak Imam itu berkenaan persiapan perkahwinan kepada Karim...emm
Pada me la sebelum melangkah ke alam rumahtangga mental dan fizikal kene betul-betul bersedia..selain daripada itu persediaan rohani dan jasmani juga perlu ditingkatkan..jangan asyik fikir nak buat persediaan tuttt je...(uolls faham-faham sendiri la ye..)
Andailah sebelum berkahwin khususnya kepada perempuan boleh bangun lewat lepas subuh kan..tapi bila kita dah berkahwin kena la bangun awal untuk sediakan sarapan,membasuh dan sewaktu dengannya...so,sebelum menempuh alam perkahwinan kena la cuba mendisiplinkan diri dulu kan.. :)
Andailah juga sebelum berkahwin kita kurang mahir untuk memasak selalu tapau atau makan kat kedai je kan..so bila dah berkahwin kena la rajin-rajin turun ke dapur untuk memasak..lagi-lagi kalau duduk serumah dengan keluarga mertua kan..si suami mestilah nak rasa air tangan dari isteri walaupun masakannya tak sesedap dari air tangan mak sendiri...waallahualam
Ini semua hanya pendapat peribadi je..lagipun me pun belum berkahwin,tak tahu langsung asam garam dalam rumahtangga..takut-takut ada me tersilap kata dalam entri me habis me ke BANG...hihihi

Kepada sahabat handai dan saudara mara yang bakal menamatkan zaman bujang me ucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran dan tolak ansur.Semua masalah yang timbul,akan timbul dan bakal timbul semuanya ada penyelesaiannya.
Ok la uolls, jumpa di lain entri..

Senyummmm  ^_^


Rajin vs Romantik

Assalammualaikum semua..
Apa khabar?buat apa tu.. :)
Entri kali ini me nak share beberapa pendapat ekoran daripada bual-bual kosong dengan sahabat-sahabat me yang telah berkahwin...
Sebelum tu, me nak tanya antara lelaki romantik dengan lelaki yang rajin mana satu pilihan uolls semua?
Kalau me, me pilih lelaki yang rajin dan ringan tulang..biar tak romantik tak hansem janji rajin.. :)

Ok..macam ni ceritanya..bagi pasangan suami isteri yang bekerja dan dah mempunyai anak pasti akan tak menang tangan untuk menguruskan kedua-dua tanggungjawab sebagai pekerja dan parents kan..
Pasti akan ada timbul cerita rumah bersepah la, tak sempat masak, basuh, sidai dan lipat kain baju pun seminggu sekali..pada uolls yang dah berkahwin pasti akan melalui situasi macam tu kan...
Pada para isteri yang mempunyai suami yang rajin dan ringan tulang tanpa disuruh alhamdulillah la..sekurangnya boleh ringan kan beban..tetapi kepada suami yang "rajin" hanya tolong bila disuruh pun alhamdulillah juga..at least, ada juga membantu walaupun perlu di suruh..apa-apa hal pun semuanya ada kebaikan masing-masing...

Walaubagaimanapun, para isteri perlulah mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi situasi di mana si suami akan membantu bila di suruh saja..dengan alasan kerja banyak,stress dengan kerja dan macam-macam la..pada me dalam urusan rumahtanggan masing-masing mesti tahu peranan dan tanggungjawab..jangan serah semua urusan rumahtangga kepada bahu si isteri..si suami seharusnya memahami walaupun ada masanya terpaksa merajinkan diri membantu isteri..
Ini semua hanya pendapat me... :)

Sikap rajin,ringan tulang adalah secara semula jadi..
Romantik tu istilahnya meluas..
Dengan membantu isteri di dapur,mengemas rumah sama-sama juga boleh di kira romantik..
So secara tak langsung, bila sikap rajin tu ada keromantikan tu akan ada juga..


p/s : Jom pergi gym tuk ringankan tulang..ehh..boleh ke macam tu..hehehe

Senyumm tak perlu kata apa-apa  ^_^



Copyright by ungutinta.blogspot.com