Bahagia : Rapuh bila iman tiada di dada


"Indahnya,damainya keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga
Namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga di redhai Allah...."
(Keluarga Bahagia - Saujana)

Kat atas tu adalah sebahagian senikata dari lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid Saujana.Me pasti uolls semua pernah dengar lagu ni kan..
Kenapa me letak lirik lagu tu dalam entri kali ni kan?
Sebenarnya me baru dapat berita yang agak menyentap jiwa dan kalbu..ianya melibatkan institusi kekeluargaan..memang agak kecewa setelah mendengar berita yang sentap tu..
Kenapa ianya boleh berlaku sehingga boleh meruntuhkan masjid yang telah di bina hampir 20 tahun..walaupuan ianya bukan berlaku dalam keluarga me sendiri tetapi berlaku kepada keluarga sanak saudara me, sedikit sebanyak memberi tempias kepada me..
Kita yang sudah tahu berfikir ni pasti banyak persoalan yang timbul..kenapa,mengapa,bagaimana,macamana boleh terjadi bermain-main dalam pemikiran me ni..memang me agak kecewa dengan tindakan yang diambil.Bagaikan tak ada iman ketika membuat keputusan.Semuanya atas dasar ikut kata hati tanpa fikir kesan kepada keluarga dan anak-anak..
Cuma kat sini yang boleh me jangkakan sebabnya adalah lalai dan alpa dalam menjaga hubungan kita dengan Allah..bila hubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan betul,bagaimana Allah nak jaga hubungan kita sesama manusia kan...mudah juga kepada syaitan untuk menghasut kita untuk buat sesuatu yang di luar pegangan iman kita..
Walaupun kita menghadapi masalah besar yang pada kita sukar untuk diselesaikan, kembalilah semula kepada Allah..sujudlah,berdoalah kepada Allah..

p/s : jangan biarkan hidup kita tanpa pegangan agama dan iman di dada..



Lucu : Dalam lucu ada pengajaran


Suami : Ke mana sayang nak pergi sempena ulangtahun perkahwinan kita esok?
Isteri : Mana-mana saja la bang...sayang tak kisah asalkan tempat tu sayang tak pernah pergi..
Suami : Kalau macam tu kita pergi ke dapur saja la ye...
Isteri : (Tersengih sambil berkerut dahi)

Uolls dan baca dialog simple kat atas tu..agak-agaknya uolls faham tak intipati dalam dialog tu...
Si suami memperli isteri secara halus dan lembut kan...rasa-rasanya ada tak antara uolls pernah melalui situasi kat atas tu terutamana pada yang dah berkahwin la... :)
Kita sebagai kaum perempuan walau belajar setinggi puncak gunung everest pun, sedikit sebanyak mestilah tahu menguruskan rumah tangga termasuklah memasak di dapur..tak kisahlah kita tidak sehebat chef terkenal untuk memasak..asalkan dari air tangan kita sendiri untuk suami dan keluarga kan...kata orang perut suami kena di jaga kan...hehehe
Tak kan la nak makan kat luar je..ada masa jemu juga.. :)
Me pun bukannya pandai sangat memasak, tahu lah sikit-sikit...kata orang lagi lepaslah kalau nak bagi family makan..hihihi..
Lagi pun makan masakan di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan... :)

p/s : kepada bakal suami, terimalah diri me seadanya ye :)

Copyright by ungutinta.blogspot.com