Kebangkitan Gaza


gambar dari mr google

Alhamdulillah....gembira dan bersyukur Palestin telah mendapat sokongan dunia dan PBB dalm ke arah pembentukan negara.Setelah sekian lama Palestin di bawah jajahan rejim Zionis sudah tiba masanya rakyat Palestin bangkit untuk melepaskan negara dan rakyat dari cengkaman Zionis lagi.
Walaupun penubuhan negara mengambil masa yang lama, dengan usaha yang jitu dan kerjasama dari semua khususnya dari negara-negara yang menyokong penubuhan negara Palestin ini, InsyaAllah semuanya akan menjadi kenyataan.
Walaupun Palestin hanya dijadikan sebagai negara pemerhati oleh PBB ianya sudah cukup bermakna kepada pemerintah dan rakyat Gaza. Sekarang nie perdagangan,sempadan masih dalam kawalan Zionis penduduk Palestin perlu terus berusaha untuk mendapat kan hak mereka seterusnya berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara mereka...
Mudah mudahan Hamas dan Fatah akan dapat bersatu menentang dan menghapuskan kekejaman rejim Zionis..
Sama-sama lah kita berdoa semoga penubuhan negara Palestin benar-benar menjadi kenyataan serta rakyat Gaza mendapat kemerdekaan...


Kosmo! Online - Dunia

Artikel dari Berita Kosmo ini menceritakan alasan mengapa Israel tidak bersetuju dengan Palestin di jadikan sebagai negara pemerhati oleh PBB...

sharing is caring
#salam sayang dari me

Sad ending


Seorang suami sedang melepak-lepak minum kopi di ruang tamu pada suatu petang.
Suami terpandang isterinya yang sedang seronok menelaah sebuah buku.
Tiba-tiba air mata isterinya mengalir.Lantas suaminya pergi kepada isterinya dan bertanya isteri kesayangannya mengapa menangis

Suami : Sayang, kenapa sayang menangis nie?
Isteri   : Sayang baru habis baca buku..sad ending..sedihla bang..
Suami : Buku apa yang sayang baca?
Isteri  : Buku bank abanglah!!
Suami : .......

Hehehe...nie macam ada juga ye situasinya...
Jangan risau kalau kita kekurangan duit kerana rezeki semuanya datang dari Allah swt kan...janji kita kena berusaha dan tak putus asa...
Juga suburkanlah hati kita dengan kasih sayang yang berpanjangan,,,,InsyaAllah...

#salam sayang dari me

Mengapa...


Mengapa ketika aku perlukan kau, kau tidak pernah hadir...
Mengapa ketika semuanya indah, kau taburkan janji-janji palsu..
Mengapa kau pergi tatkala hati ini telah kau miliki suatu ketika dulu...
Mengapa kau abaikan kesetiaan yang telah aku curahkan dulu...

Namun kini...
Mengapa kau hadir di saat semuanya sudah terlambat...
Mengapa kau hadir tatkala hatiku telah dimiliki oleh orang lain...
Mengapa kau hadir semula menagih cinta lama yang tidak mungkin hadir lagi dalam hatiku...
Mengapa semua ini berlaku...
Maafkan aku...
Izinku pergi....


Nurkilan : Me

p/s: me karang ayat-ayat kat atas nie secara spontan..sekejap je dalm masa 10minit...time tu ilham tengah datang mencurah-curah...  ^_^

#salam sayang dari me

Banyak jasamu




Salam semua...nmpk tak gambar laptop kat atas..???
Tu la laptop pertama me...me dah guna laptop nie start tahun 2006 sehingga la sekarang...
agak2nya dah hampir 6 tahun laptop nie ada bersama dengan me...
Me guna laptop nie time stdy dulu..jenama ACER 2200...
memang cukup banyak laptop nie berjasa pada me...laptop nie la juga membantu me dalam membuat segala tugasan xsiment time kat kolej dulu...
Cuma sekarang laptop me nie dah uzur dah..huhuhu...
Skrin nye dah tak berapa clear...Hardisk nye pun dah penuh..
Ada juga plan nak beli laptop baru  selagi leh guna me akan guna laptop nie..
Sayang wooo laptop nie...
Ok lah,dah banyak me coleteh ntah apa apa ntah kan...
Selamat bertemu di entri yang lain pula...

#salam sayang dari me

Kurniaan yang baik


Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih lus daripada SABAR."

(Riwayat al-Bukhari)

Pengajaran:
Bersikap SABAR lazimnya akan membawa kepada kebaikan dalam hati.Tiada orang yang rugi jika mengamalkan sikap sabar dalam kehidupan seharian.
bersabar selagi kita hidup...gambar dari mr google 


Jom kita semua tanamkan dalam hati kita sifat sabar yang tebal dalam menjalani kehidupan mahupun dugaan,cubaan yang datang dari Allah swt...

Sharing is caring
#salam sayang dari me

Mengingati akhirat


Daripada Abu Said l-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Ziarahilah pesakit dan iringilah jenazah, nescaya ia bolh mengingati kamu kepada khirat."

(Riwayat al-Haitham)

Pengajaran :
Setiap muslim seharusnya mengingati mati kerana dengan mengingati mati setiap Muslim itu sntiasa mempertingkatkan ibdah sebagai bekalan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Gambar dari mr.google

sharing is caring
#salam sayang dari me

Adab menyikat rambut

Salam...Entri kali nie me nak share pasal adab menyikat rambut...
Sikat rambut pun ada adab juga kan...
Nak tahu apa adabnya,meh baca kat bawah nie...

  1. Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi (bilik air) kerana perbuatan itu dapat melemahkan umbi rambut...(umbi rambut yang lemah salah satu punca kenapa rambut selalu gugur...)
  2. Hendaklah duduk ketika menyikat rambut kerana ia akan menguatkan otot jantung.Elak kan dari menyikat rambut sambil berdiri kerana ia akan melemahkan jantung...
  3. Makruh menggunakan sikat dari jenis perak atau bersadurkan perak ketika menyikat rambut...
Emm...dah tahu kn beberapa adab ketika menyikat rambut...Rasulullah s.a.w pun menitikberatkan adab dalam setiap perbuatan termasuklah adab menyikat rambut...

Sharing is caring
#salam sayang dari me

Kembali kepadaNya


" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.  Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

(Surah Ali Imran ayat 185)

akan tiba masa kita semua akan kembali kepadaNya...
Gambar dari mr google
Sharing is caring
#salam sayang dari me

Titisan air mata


Saudaraku,
Bilakah kali terakhir kita menitiskan air mata...
Air mata ketundukan kepada ALLAH
Air mata kepasrahan kepada ALLAH
Air mata HARAPAN kepada ALLAH
Air mata TAKUT kepada ALLAH
Air mata CINTA kepada ALLAH...

Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU
Daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
Daripada hati yang tidak khusyuk,
Daripada JIWA yang tidak pernah kenyang,
dan daripada DOA yang tidak dikabulkan....
me ambil dr mr google


sharing is caring

#salam sayang dari me

Bila mak ketawa...

Sabtu minggu lepas, balek je dari keje terus me ke dapur sebab terbau nasi goreng yang mak me wat...
Kebetulan pula, perut me mmg dah berkeroncong minta di isi..
Apa lagi me terus la bentang tikar dan siap-siap kan pinggan cawan untuk semua...me suka makan berjemaah..sebab time nie la dapat berbual-bual sambil makan...
Siap je mak me goreng nasi, semua dah dok bersila standby dengan pinggan masing-masing...
Maka, terisi la perut me yang kosong dengan nasi goreng hasil tangan mak me...

Sambil makan, kami bersantai bual-bual kosong...
Tiba-tiba mak me terus bagi teka teki..
" Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?"
So, me dan yang lain-lain dok la fikir apa la jawapannya...yang mak me dah dok gelak-gelak sorang...
Dah puas fikir me pun dapat la jawapannya..me jawab "Kuih salah bikin la mak..."
Terus mak me ketawa besar...tak leh berhenti lak tu...hahahaha

Adik me terus buka cerita kat me..rupanya tengahari sebelum me balek kerja mak me dah baca teka-teki nie...yang buat mak me ketawa besar tu sebab jawapan yangnya tu...
Adik me cakap tiba-tiba je mak me ketawa, susah nak berhenti pula tu...
ish..ishh..ishh...mak..mak...hehehe
Terasa senang hati me dengar mak me ketawa...
Ketawa kan leh buat awet muda....

me ambik kat mr google

p/s : me tak snap gambar mak me ketawa...malu pulak mak me nanti...hihihi

#salam sayang dari me




Info : Macam-macam ada

Meh sat baca info nie...

mr google me ambik pic nie tau...

  1. Jantung kita berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. 36,500,000 kali setahun dan lebih berbillion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun
  2. gas asli tidak mempunyai bau. Bau yang kuat boleh ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
  3. Anjing mempunyai deria bau yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih daripada manusia mampu lakukan.
  4. Emas bersinar dan tidak terhakis. Ini bermakna ia suatu logam yang baik untuk membuat barang kemas.
  5. Cahaya daripada bumi hanya mengambil 1.225 saat untuk sampai ke bulan...wahh..lajunya...
  6. Disebabkan tarikan graviti yang rendah seseorang yang berat badannya 100kg di bumi akan menjadi hanya 38kg di permukaan Marikh...
  7. Burung kelicap sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh terbang ke belakang...

Tanda-tanda kekasih nak tinggalkan korang

Haa...meh baca nie jap..kot-kot kekasih korang ada bagi hint nak tinggalkan korang tapi korang je yang tak perasan...
me ambil kat mr google gambar nie...
  1. Dulu bila keluar bersama tak pernah nak gaduh tapi sekarang bila keluar je bersama asyik nak bertekak je...
  2. Dulu bila SMS cakap yang best-best yang romantik je..Laa ni bila SMS mesti tulis yang bukan-bukan,yang makin menyakitkan hati...
  3. Dulu bila tak call kena marah..Laa ni kalau tak call langsung tak marah, cool je...
  4. Dulu bila ada offer kerja kat tempat jauh sikit mesti tolak...Laa ni sibuk cari kerja lain jauh dari tempat kerja korang...
  5. Dulu walaupun kekasih tersilap semua boleh terima..Laa ni tak boleh silap, asyik nak marah je..
  6. Dulu ajak keluar tak pernah tolak...Sekarang ni ajak kelaur manjang tak nak dengan macam-macam alasan...
  7. Dulu kejap-kejap SMS tanya khabar..Laa ni setiap sehari korang yang kena SMS bertanya khabar...
Ada tak tanda-tanda di atas berlaku kat korang...tanda-tanda di atas semuanya hanyalah rekaan semata-mata..
Semuanya terletak pada hati masing-masing kan...

Sumber : Majalah Ujang

#salam sayang dari me

Sejuk mata memandang....





Sejuk je kan tengok pokok-pokok yang tumbuh subur nie...mata pun jadi segar...
Gambar-gambar kat atas me snap dari sekeliling umah me dan umah atok me...
Kebanyakan pokok-pokok nie atok me yang tanam...tangan orang tua nie sejuk..kalau tanam apa-apa senang je tumbuh...macam tangan mak me juga..asal tanam apa je pokok tumbuh molek je...
Me tak pernah pula mencuba menanam pokok...ada juga teringin nak menanam tapi takut tak menjadi je nanti...hihihi...
Tapi apa-apa hal pun me kena juga mencuba kan...cayok..cayokk...
Nie me nak share satu lagi gambar...Korang pernah tengok bunga raya warna kuning...??
Kalau tak pernah meh tengok kat bawah nie...

Selalu kita tengok bunga raya warna merah kan..jarang dapat jumpa bunga raya warna kuning...
Memang bagus berbakti pada tanah nie...so gunakanlah tanah yang ada sebaik mungkin ye...

Jumpa lagi di lain entri...

#salam sayang dari me


Syurga tempatmu...


Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada saudara seagama dengan kita yang telah meninggal dunia di Palestin..
Gugurnya mereka sebagai syahid kerana mempertahankan negara mereka dari serangan dan jajahan Israel yang kejam...
Hampir 65 tahun rakyat Palestin di jajah dan di tindas oleh Israel tanpa belas kasihan..anak-anak yang sedang membesar di bunuh, di tangkap kerana khuatir pabila mereka besar mereka akan jadi ancaman besar kepada Israel...
Israel sebenarnya takut akan berlakunya kebangkitan dari anak-anak kecil ini setelah mereka dewasa kelak..tu sebab dari sekarang mereka akan cuba sedaya upaya untuk membunuh rakyat Palestin khususnya anak-anak kecil...

Ya Allah, hambaMu memohon bantulah saudara seIslam denganku di Palestin..
Berilah mereka kekuatan untuk mengharungi kehidupan dengan tabah dan sabar...
Engkau bantulah mereka untuk menentang kezaliman Yahudi Laknatullah di negara mereka...
Ya Allah, Engkau hancurkanlah Israel sehancur hancurnya...
Engkau berikanlah keamanan dan  kebebasan kepada rakyat Palestin...
Hanya padaMu hamba memohon pertolongan...
Sesunggunya hanya Engkau Ya Allah  Tuhan Yang Maha Berkuasa....

Kita semua tidak berpeluang mengangkat senjata untuk membantu mereka di sana tetapi marilah kita bersama-sama mengangkat tangan berdoa kepada Allah swt supaya penderitaan dan kesusahan mereka hilang...berdoalah supaya Israel Yahudi Laknatullah ini akan musnah dan binasa nanti...

Semoga pejuang-pejuang Palestin yang gugur tenang DI SANA...Syurga adalah tempat kalian nanti..InsyaAllah

#salam sayang dari me




Dah kenyang,tidur laa....

Salam semuaa...sihat tak?
Entri kali nie kan me nak share cerita kucing...
Siapa suka kucing...?semua suka dengan haiwan kesayangan nabi nie kan..
Semalam petang, me pergi kedai makan al maklum lah semalam me rasa malas nak masak so beli je laa...
Sampai je kedai me terus ternampak 2 ekor kucing tengah tidur..apa lagi me snap la gambar...
memang comey la me cakap...geram tengok...
comey kan...tidur lasak juga ea kucing nie..tengok la tu kaki sampai naik ke badan...
Tauke kedai makan merangkap makcik me cakap kucing-kucing nie dah kenyang tu yang tidur..orang lalu lalang pun tak sedar...
Walaupun kucing-kucing nie ada kat kedai makan makcik me, tapi mereka tak kacau orang yang datang makan...bulu-bulunya pun putih dan bersih..
Ada seekor lagi kucing nie, bulunye kelabu tapi gebu...me nak snap gambarnya ia terus sedar dari tidur...kucing nie garang sikit...
muka baru bangun tidur...


Me sebenarnya suka dengan kucing dan teringin nak bela..tapi di sebabkan me ada lelah dan alah pada bulu kucing, so mak me tak bagi me bela kucing...
Kepada yang membela kucing, me harap korang semua jagalah ia dengan baik..haiwan juga mempunyai perasaan cume mereka tidak boleh menzahirkan apa yang di rasa...

#salam sayang dari me  ^_^

Memohonlah sesudah solat

Daripada Muaz bin Jabal r.a., beliau berkata :

"Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata : "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata : "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah ; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasulullah berkata : "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan : "Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu,"

(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

Pengajaran
Mohonlah kepada Allah SWT selepas tiap kali kita bersolat kerana DIA YANG MAHA BERKUASA

#Salam sayang dari me

Gulung-gulung je...

Salam..hihihi...macam kelakar je bunyi tajuk entri kali nie kan...
Apa tu gulung-gulung ekk...
Haa....me nak tunjuk hasil kerja me dalam menggulung roti bersama dengan sosej...
Alaa..orang selalu panggil roti gulung sosej tu la...tu la yang me buat masa adik beradik me berkumpul..memang laku la macam goreng pisang....
Kat bawah nie me letakkan gambar rupa roti yang dah me gulungkan dengan sosej...

roti yang dah siap digulung bersama dengan sosej

roti yang dah siap di celup dengan telur dan serbuk roti

roti sosej dah siap di goreng..nyumm...nyumm...

Antara bahan yang me guna untuk buat roti gulung sosej ini adalah :
-Roti ~ me gune roti gardenia
-Sosej ~ me gune sosej AYAMAS
-Telur
-Serbuk roti ~ m gune serbuk roti sbb nak bagi crunchy bila gigit
-Minyak masak untuk mengoreng

Makanan yang dibuat dari tangan sendiri lebih sedap dari makanan di kedai..lagipun leh jimat kan...

#salam sayang dari me  ^_^

Di tepian pantai...

Salam semua..wahh...sudah bersarang blog me nie..dah lame me x mengupdate blog kan..al maklumlah sejak kebelakangan nie me kurang sihat so mood nk mengupdate blog pun tak ada...
Kali nie me nak share beberapa keping gambar semasa me balek ke kampung hari tu...

Kalau me balik kampung, mesti me akan lepak kat pantai...bila tengok laut tenang je me rasa..rasa hilang semua segala masalah..hati yang sedih, kecewa boleh terubat dengan sendiri..





tenang je tengok gambar-gambar alam semula jadi nie kan...

Sambil lepak-lepak kat tepi pantai nie, adik me yang bongsu sambut birthday dia sekali..so kami bawalah makanan, minuman dan yang penting kek la kan...

Nie la adik me yang bongsu..ada rupa me tak?emm...

nie la kek hari jadinya...

 So kepada adik bongsu me NUR IZZATY ABD MAJID semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti pada mak ayah..study betul betul ikut jejak langkah akak-akak...LOVE YOU...

Sampai bertemu kembali pada entri yang akan datang..daa...

#salam sayang dari me

Trivia LELAKI

gambar ambil dr mr.google

  • Lelaki mempunyai lebih 1 juta sel darah dan tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.Namun lelaki kurang 25% kelenjar peluh berbanding wanita
  • Kemampuan lidah lelaki mengecam rasa masam,manis dan masin lebih rendah beerbanding wanita.
  • Lebih ramai lelaki buta wrna berbanding wanita.Tiada siapa mengetahui puncanya.
  • Purata masa tenang sepasang lelaki dan wanita yang keluar membeli belah bersama ialah 72 minit sahaja sebelum pertengkaran bermula..
  • Purata lelaki menipu adalah sebanyak 1092 kali setahun (lebih kurang 3 penipuan sehari) berbanding 728 kali oleh wanita
  • Lelaki mengingati kereta pertama berbanding teman wanita.
  • Apabila melakukan sesuatu kerja, lelaki hanya mengoptimumkan penggunaan fungsi sebelah otak sahaja sedang wanita menggunakan kedua-dua bahagian (multi-tasking)
  • Skala berani : lebih 55% perempuan memeriksa giginya secara rutin berbanding 40% lelaki.Dan jangka hayat lelaki juga lebih pendek berbanding perempuan.Mungkin ia berpunca daripada keengganan mereka berjumpa dengan doktor!
sharing is caring

#salam sayang dari me  ^_^

Rindu kat adik ted

Salam semua...wahh..rasa dah lame tak mengupdate blog nie...beberapa hari nie kesihatan me tidak mengizinkan lah..me terpaksa ulang alik ke klinik dan akhir sekali ke hospital baru lah reda kesakitan yang me tanggung..huhuhu..memang sakit giler..hanya Allah je yang tahu..
So, sejak sakit nie me dapat mc dan me apply cuti la..alang-alang dh cuti me balek kampung rumah mak ayah me la...setelah sekian lama tak balek rumah mak ayah me, dapat la juga me lepaskan rindu kat bilik dan adik ted me...sukenya..hihihi...
Sapa tu adik ted?nak tahu ye...
Teddy bear me la adik ted tu..me saja je letak nama adik ted...adik ted nie la teman me di kala sunyi..banyak luahan rasa yang dia simpan tau...
Diam tak diam dah hampir 6 tahun adik ted bersama dengan me..wahh..dah lame rupanye..hehehe
Adik ted ada dengan me dari zaman me study lagi..adik ted la teman me tidur,teman study,teman luahan perasaan...
Lagipun adik ted sedap dipeluk tau....
nie la adik ted me...

akhirnya dapat juga me peluk adik ted   ^_^



#salam sayang dari me


Pahit dan manis


Sepahit apa pun kejadian,
apabila ia membuatkan diri semakin kenal dan dekat dengan Allah
Ia adalah kurniaan yang amat berharga.



Tetapi,
semanis apa pun kejadian,
apabila ia semakin membutakan hati dan menjauhkan diri dari Allah,
ia adalah sebenar-benarnya musibah


#salam sayang dari me  ^_^

Selamat tinggal jerawat!

Ohh Jerawat!!tidakkkk...
Kita semua pasti akan rasa risau tak tentu arah bila jerawat mula tumbuh meliar kat muka kita kan..
Oleh itu, entri kali ini me nak kongsi bagaimana cara untuk menangani jerawat.
Alamak.!!jerawat dah tumbuh..

Antara cara yang boleh kita praktikkan untuk masalah jerawat ini adalah :

  1. Pembersih wajah - Air merupakan unsur semulajadi merawat wajah.Pilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit wajah kerana ia membantu membersihkan wajah dari bahan kotoran.
  2. Jangan picit jerawat - memicit atau mencucuk jerawat akan menyebabkan jerawat bertambah serius selain akan meninggalkan bekas hitam pada wajah
  3. Hindari terdedah pada sinar matahari - Bagi anda yang lebih banyak berada di luar, hindari mendedahkan diri terus pada sinaran matahari.Sinaran ultra ungu boleh menyebabkan kulit wajah menjadi merah dan akan membuatkan kulit wajah menjadi kering.
  4. Kunjungi spa - Apa kata sesekali pergi tenangkan hati dan rawat tubuh di spa.Kalau boleh carilah spa yang menyediakan rawatan untuk membantu mengubati masalah jerawat.
  5. Banyakkan makan buahan dan sayuran - Amalkan pengambilan buah dan sayuran segar kerana ianya dapat membantu membuang racun serta dapat membantu melancarkan darah.Pengambilan buahan setiap hari dapat membantu menjauhkan kulit dari jerawat.
sharing is caring

#salam sayang dari me  ^_^

"Hanya sayang yang abang ada"

Sepasang suami isteri telah bergaduh pada suatu hari...

Suami : Kenapa nie sayang?
Isteri   : Menyesal betul la saya kawin dengan abang
Suami : Tapi kenapa sayang?
Isteri   : Ye la! Selama ini abang bohongkan saya.Rupanya kereta yang kita pakai tu abang pinjam dari kawan.Abang pun tak ada kerja...Rupa-rupanya abang langsung takde apa-apa
Suami : Kan abang pernah cakap kat sayang..Sayang dah lupa ke?
Isteri   : Bila abang cakap?
Suami  : Abis yang abang cakap " Hanya sayang sahaja yang abang ada di dunia ini"...
Isteri   : Aaaaa....

ish..ishh..ishh....rupanya gaduh pasal takde apa-apa si suami nya...yang suami nya pun tak kan la tak boleh cari kerja kan...kepada kaum Adam yang sudah berumahtangga juga kepada yang bakal berumahtangga, jalankanlah tanggungjawab yang telah di amanahkan dengan sebaik mungkin...
Juga kepada kaum Hawa, janganlah terlalu memandang kebendaan dan harta...yang penting carilah seseorang yang mempunyai hati yang bersih dan baik..InsyaAllah

Hati yang baik akan terpancar pada wajah..

#salam sayang dari me

Antara kulit dan hati


Jika melihat buah durian
Tentu ngeri lihat kulitnya
Jelas memang duri luarnya
Tapi ternyata manis isinya

Begitu pun menilai orang
Jangan di lihat dari kulitnya
Yang kita sangka madu
Isinya malah racun
Yang kita sangka racun
Isinya malah madu

Jangan menyangka orang lain buruk
Siapa tahu kita lebih buruk dari dia
Jangan menyangka orang lain rosak
Siapa tahu kita lebih rosak dari dia

gambar dr mr.google

Jika ada manusia yang nampak hitam
Kita jangan terus melabelkan dia hitam
Sebab di alam fana segala berubah
Dalam satu detik manusia boleh berubah

Yang tadinya hitam akan jadi putih
Yang tadinya putih akan menjadi hitam
Bimbinglah yang hitam untuk jadi putih
Jagalah yang putih biar tetap putih

Sumber : majalah Ujang

Sharing is caring

#salam sayang dari me



Menci bakar membakar nie...

Kosmo! Online - Negara
Gambar dr berita Kosmo

Wahh...sekarang nie manusia makin berani buat sesuatu yang menjerut diri sendiri tanpa berfikir panjang.Dah kene balasan baru nak menyesal...sudah terlambat la beb nak menyesal menyesal nie..
Kes dalam akhbar Kosmo hari nie pasal tak puas hati sebab hubungan cinta terputus.Dah tu siap main bakar bakar harta benda orang pulak tu..Mane la pergi otak manusia yang buat kerja nie kn..
Nampak sangat la manusia tersebut tak dapat terima Qada dan Qadar dari Allah.Apa salahnya lapangkan dada terima segala ketentuan dengan seikhlas hati..senang cakap redha je la..Ini tidak, nak balas dendam segala bagai la hanya semata-mata nak puas kan hati sendiri yang kecewa konon...
So, kalau tengah kecewa sebab putus cinta ke sbb kecewa dengan hidup ke atau sebagainya kembalilah semula kepada yang asal..maksudnya dekatkan diri lagi kepada Pencipta kita iaitu Allah swt..setiap apa yang berlaku adalah aturan dari Allah dan mesti ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku...
Jangan hanya kerana sebab yang remeh temeh kita makin jauh dengan Allah swt..lagi teruk hubungan sesama manusia juga takut-takut akan terjejas..Wanauzubillah..

sekadar berkongsi pendapat
 
#salam sayang dari me

Kenapa mak tak ajak..?

Di malam yang sunyi, terdapat 2 orang sahabat duduk melepak berbual bual kosong di simpang jalan Kg.Tak Ada Nama..

Badrul : Halim, kau sayang tak mak kau?
Halim  : Mestilah aku sayang kat mak aku..
Badrul : Betul nie kau sayang kan mak kau..
Halim  : Betul la
Badrul : Sikit pun kau tak menci mak kau..
Halim  : ehh..watpe aku nak menci mak aku..kita mestilah sayang kat mak sendiri
Badrul : Abis tu kenapa masa mak ayah kau kahwin mereka tak ajak kau sekali?
Halim  : emm...a'ah laa..kenapa mak aku tak ajak aku kan...sampai hati mak aku...
mencilah macam nie...
Badrul : heheheh (sengal juga member aku nie...)
merajuk la Halim setelah tahu Badrul menyakat dia..hehehe

Pengajaran : Janganlah kita sengaja menyakat atau mengenakan kawan-kawan kita lebih2 lagi kepada kawan kawan yg suam-suam kuku@lambat pick up ye...tak baik tau...

#salam sayang dari me

Antara rupa dan hati


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu ."
(Riwayat Muslim)
cantik kan..me ambik kat mr.google la

Pengajaran : Jika hati dan jiwa kita bersih dan tiada penyakit, maka dengan sendirinya wajah akan menjadi berseri-seri. Marilah kita sama-sama hiasi peribadi dengan akhlak dan hati yang baik..InsyaAllah

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Info : percaya jangan tak percaya (Alam Semesta)

Indahnya ciptaan Allah swt..gambar nie me ambik kat mr.google

  • Planet Zuhrah merupakan planet paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih 450 darjah celsius
  • Disebabkan tarikan graviti yang rendah, seseorang yang berat badannya 100kg di bumi menjadi hanya 39kg di permukaan Marikh
  • Utarid mempunyai graviti permukaan yang amat rendah. Kerana ia berhampiran dengan matahari, suhu siangnya mencecah lebih 400 darjah celcius
  • Udara di planet Zuhrah sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida. Permukaan planet ini selalu digambarkan sebagai " gurun ribut ", penuh dengan lubang ledakan dan gunung berapi yang aktif

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me
Copyright by ungutinta.blogspot.com