Kita...semuanya dari DIA





Kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan Allah
Kita berkawan begitu lama bertahan pun Allah yang rancang
Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga Allah yang beri
Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa Allah yang aturkan
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana Allah sayang pada kita
Kita berjauhan untuk mencapai redha-Nya juga, DIA yang rancang
Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga Allah yang detikkan dalam hati kita
Tanpa Allah...kita sebenarnya tidak punya apa-apa


Senyummm  ^_^

Bulan meningkatkan amalan,bulan dugaan

Hai uolls...alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa kan...rasanya macam baru semalam kita berpuasa, tup..tup..dah 2 minggu...So, dalam masa 2 minggu kita berpuasa ni macam-macam yang telah kita lalui sama ada yang pahit mahupun yang manis..kalau yang manis tu sure la dapat pergi berterawikh, dapat berkumpul dengan family kan...tapi tak kurang juga dengan perkara yang pahit ada juga yang berlaku kan..like me :(
Pada awal malam puasa yang pertama means malam pertama kita berterawikh la me telah melalui perkara yang pahit sehingga menggeletar la kepala lutut me ni ha..
Maunya tak menggeletar kepala lutut bila kereta kesayangan ayah me telah tercalar..ha..siapa yang buat tu,cepat angkat tangan..siapa lagi kalau bukan me la..kalau tak tak la jadi perkara pahitnya kan...huhuhu...
Kejadian tu terjadi bila me nak pergi masjid untuk berterawikh..dengan confident me reverse la kereta ayah me dengan laju tau-tau je bahagian kiri kereta telah bergesel dengan tiang lampu sehingga calar..bukan setakat calar cat kereta siap tertinggal bekas kat tiang lampu tu..dasyat tak dasyat kan..maunya me tak terkejut..cuak jangan tanyalah...tapi hendak tak hendak me kena la mengaku kan..dah buat salah..masa mengaku kat ayah tu memang muka ayah berubah sangat menahan marah agaknya..sejak tu lebih kurang dalam 2 hari la me takut nak bercakap,berbual dengan ayah me..tapi lambat laun dah jadi seperti biasa..
Tiang lampu yang menjadi saksi pada malam first terawikh 

Kereta yang telah menjadi mangsa keadaan..ohh tidakkk...
Kejadian kedua yang berlaku dalam minggu pertama kita berpuasa dalam hidup me bila mana me mengalami demam selesema yang boleh menganggu gugat kelancaran berpuasa me..puasa yang ke 6, me dah rasa tak sedap badan, bersin usah cakap la entah berapa kali..hidung me pun dah naik merah akibat bersin yang terlampau dan gatal..memang dugaan betul..seingat me lately setiap bulan puasa me akan tak sihat tapi me anggap itu semua dugaan dari Allah kan..think positive..yeayyy...
Ok la uolls, rasanya dah panjang lebar me berceloteh dalam entri kali ni...sehingga jumpa di lain entri..

p/s : marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa yang tinggal ini dengan sebaik mungkin..insyaAllah..

Senyumm..senyummm ^_^



Sosej roll bukan steam roll ye...




Alhamdulillah...sekejap je masa berlalu kan..hari ni dah 14 hari kita berpuasa..dan malam ke 15 kita berterawikh..
Pejam celik pejam celik tau-tau dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan pula... :(
Semoga kita semua dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin pada baki hai hari terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini..InsyaAllah
Okla me nak share menu berbuka hari ni..cer uolls tengok di atas..yee..sosej roll..
Me buat pun atas request dari my sister yang katanya teringin nak makan...
Me buat pun tak banyak sebab takut tak habis nanti jadi membazir la pula kan...
seboleh bolehnya me cuba elak dari buang makanan...
Kalau uolls nak try buat sosej roll yang simple ini cuba klik SINI
Ok la...jumpa di lain entri..

Senyumm... ^_^

4 Perkara dalam 4 keadaan


Entri kali ni me nak share sedikit info yang me dah baca dari Majalah Lawak no 1 negara, Ujang..jangan ingat majalah lawak tak ada info yang berguna ye...
So, meh baca jap kat bawah ni :)


Sesungguhnya Allah SWT menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan :

Pertama : disembunyikan redhaNya pada ketaatan hambaNya. Maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit, kemungkinan pada amal tersebut ada redha Allah tanpa diketahui.

Kedua : disembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan hambaNya. Maka janganlah memperkecilkan dosa yang kecil, kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang tidak diketahui.

Ketiga : disembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka janganlah memandang remeh dalam berdoa. Boleh jadi doa tersebut bertetapan dengan waktu dimakbulkan doa, sedangkan manusia tidak mengetahuinya.

Keempat : disembunyikan juga wali dalam kalangan hambaNya. Maka janganlah di antara kamu memperlekehkan mereka yang berpakaian hodoh dan buruk. Barangkali dia adalah wali Allah sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

p/s : sebagai hambaNya kita cuma dituntut 2 perkara..buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang..insyaAllah

Senyummm... ^_^

Breeze

Love is a breeze that whishes through
the trees of my soul
It bends my bough and blows my woes away
I'm caught in this wind and glad that it sends me to you...

Smileee... ^_^

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Hai uollss..setelah hampir sebulan me menyepi dari dunia blog so I'm backkk....
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan kita sambut tinggal beberapa jam lagi ni me nak ucapkan

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN YANG MULIA INI AKAN DI TERIMA OLEH ALLAH SWT"...InsyaAllah

me design sendiri gambar kat atas ni..simple dan senang je
Bila bulan Ramadhan datang, masjid-masjid yang dulu lengang akan kembali ramai dan meriah dengan kehadiran ummat Nabi Muhammad untuk mengerjakan ibadah Terawikh...alhamdulillah...
Me pun tak sabar untuk merasai kenikmatan berterawikh lagi..rasa macam rugi je kalau ter'miss' satu malam kan...lagipun ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara yang muda dengan yang tua...
Ok la uolls...semoga kita bertemu lagi di lain entri..

^_^
Smile always like me



Copyright by ungutinta.blogspot.com