Lawak : Kisah bawang

gambar dari mr.google
Di suatu hari yang cerah, terjadilah satu perbualan antara suami isteri...

Isteri :Alaa bang...bawang merah dan putih dah abis la..tolong beli kan boleh tak..?
Suami : Yela..abang pergi beli..

10 minit kemudian

Suami : Nah ini bawangnya..
Isteri : Mana bawang merahnya..abang beli bawang putih je ni..
Suami : Semua kedai abang dah pergi tapi bawang merahnya tak ada..

Ketika si suami dan isteri tengah berbual pasal bawang, anak mereka Boboboy pun menyampuk,

Boboboy : Boboboy tahu kenapa bawang merah tak ada..
Suami : Macamana boboboy tahu?
Boboboy : Mestilah boboboy tahu, sebabnya bawang merah dah kena halau dengan mak tiri dia..
Isteri : Ehh..boleh pula ke situ fikirnya..
Suami : Aduhh..loyar buruk punya anak..(sambil menepuk dahi..hehehe)

p/s : kadang-kadang pengaruh sinetron amat kuat sehinggakan anak-anak mudah terpengaruh :)

2014 : Konsert atau majlis ilmu?


Assalammualaikum..

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya..suka duka selama menjalani kehidupan sepanjang tahun 2013 pasti dapat mencuit kehidupan kita kan..
Pada kebiasaannya, bila nak masuk je tahun baru pasti akan ada konsert semua.Apa kata kebiasaan yang selalu di buat bila tiba malam ambang tahun baru itu, kita ubah kepada satu majlis yang berbentuk ilmiah..kata orang majlis yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita kan..
Jangan pula tengah kita sibuk berkonsert Allah turun kan dugaan..nauzubillah mintak dijauhkan la :(
Sepanjang umur me sekarang, tak pernah pun pergi sambut ambang tahun baru mahupun ambang merdeka.Me lebih suka melepak di rumah..pada me hanya angka pada tahun je yang berubah janganlah pula perangai dan tingkah laku kita berubah juga..kalau berubah ke arah yang lebih baik sangat-sangat di galakkan :)
Me takut nanti ramai yang hanyut dari yang sambut... :(
Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih positif..inshaAllah

p/s : andai hanyut cepat sedar masih belum terlambat,andai hanyut sampai tenggelam mana nak cari jalan pulang..

2014 : Tahun berjimat cermat

Assalammualaikum


Tinggal lagi beberapa jam kita semua akan melangkah masuk ke tahun 2014 kan..segala kenangan pahit atau manis yang dilalui pada tahun 2013 pasti akan di simpan sebagai lipatan kenangan dalam hidup.. :)
Me pasti ada di kalangan uolls semua sedang menghitung waktu untuk melangkah ke tahun 2014 kan...pasti ada yang sedang mengira hari-hari yang bakal menjelma untuk di ijab kabulkan,menanti kelahiran cahaya mata,menanti kenaikan pangkat dan gaji,tamat pengajian dan sebagainya.. :)
Tapi pada me, kedatangan tahun 2014 ini adalah tahun yang memerlukan banyak pengorbanan dan semangat
So, azam tahun 2014 adalah untuk menjadi pengguna yang bijak berbelanja dan tahu berjimat cermat
Me pasti di kalangan uolls semua tahu tahun 2014 adalah tahun kenaikan harga barangan termasuklah air dan elektrik..( itu belum campur dengan kenaikan harga astro yang sememangnya dari awal dah naik...)
Mana yang perlu di kurangkan kita perlu kurangkan..mana perbelanjaan yang boleh di sekat, kita sekat..
Lepas ini, kita semua perlu melawan kehendak nafsu yang tak ada sempadan.
Semoga kita semua menjadi pengguna yang tahu merancang perbelanjaan yang berhemat :)

p/s : gaji tak naik,harga barang yang melampau naik... :(


Sewa : Dulukan hak penyewa atau kaut untung semata?

Assalammualaikum

Sikit punya panjang da tajuk entri me kali ini...hehehe

gambar sekadar hiasan
Ada tak antara uolls semua pernah duduk rumah sewa atau bilik sewa?Tak kira masa tengah study atau bekerja..me pasti ada yang pernah duduk menyewa kan...Me start duduk rumah sewa umur 18 tahun selama lebih kurang 2 tahun la sebab belajar..dalam tahun awal 2000 sewa rumah mahupun bilik masih berada dalam tahap boleh di kira murah la berbanding dengan masa sekarang kan..masa me dulu sewa sebuah rumah dalam RM250..so,bahagilah jumlah sewa tu dengan housemate yang lain tapi itu tidak termasuk bil api dan air ye..itu di kira sewa sebuah rumah bukan bilik ye..
Sebenarnya me nak cerita pasal adik me yang menyewa bilik ye bukan sewa rumah kat negeri X...itu pun sebab adik me nak praktikal terpaksalah cari bilik sewa..me nak uolls kira sendiri ok, sebuah rumah ada 3 bilik so satu rumah ada dalam 6 orang la kan..tuan rumah sewa tetapkan harga seorang penyewa kena bayar RM170 sebulan..jadinya jumlah semua tuan rumah dapat duit sewa sebanyak RM1020.00 sebulan kan...cuba uolls kira berapa kali ganda kenaikan harga sewa rumah dulu dan sekarang..itu tak termasuk bil api dan air juga..
Tetapi malangnya, ada juga tuan rumah sewa yang tidak tahu menjaga kebajikan penyewa mereka..hal ini juga berlaku pada adik me..tak kisah la berapa kena bayar sewa pun at least kebajikan kena la jaga kan..ada ke patut di biarkan penyewa mandi dalam keadaan yang gelap..susah sangat ke nak gantikan lampu yang rosak..dah la penyewa semuanya perempuan...pastu apa salahnya sediakan langsir bagi pintu rumah..yang menyewa bukannya datang dari satu keluarga tetapi perseorangan..dah pun namanya sewa bilik bukannya akan menetap lama..bila mula-mula masuk bukan main cakap nanti akan betulkan lampu yang rosak tu semua..lepastu senyap seribu bahasa..bila dah cukup masa kutip sewa baru muncul..ayoo..macam ni orang pun ada ka...
Moral of story kat sini yang me nak bagitahu, andai kita sebagai pemberi sewa kena la jaga kebajikan para penyewa dan tahu tanggungjawab sebagai pemberi sewa..dan juga kepada para penyewa juga kenalah tahu hak-hak sebagai penyewa dan tanggungjawab sebagai penyewa..tidak la nanti timbul ketidakpuasan hati di kedua dua belah pihak :)

p/s : duduk serumah dengan geng-geng yang sekepala memang best :)

Tuah : Bertuahkah kita?


Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa.Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka.Tapi, bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?
Bertauhnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel.Tapi, bertuahkan kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat negara?
Bertuahnya kita, apabila bangun daripada tidur, kita masih bernafas seperti biasa. Tapi, bertuahkan kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin, sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia?
Bertuahnya kita, apabila tamat belajar dapat kerja bagus, gaji besar dan hidup dalam kesenangan. Tapi bertuahkah kita apabila kesenangan itu menjadikan kita sombong, bongkak dan melupakan mereka yang susah?
Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex, kasut Jimmy Choo, baju Marc Jacob, beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit. Tapi bertuahkan kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang?
Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini.Tuah juga sentiasa menyebelahi kita. Tapi, adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin?

p/s : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu :)

Kes orang hilang : Makin membimbangkan

Assalammualaikum

Uolls dah baca berita dalam suratkhabar KOSMO(27/12/2013) bertajuk "4998 kes orang hilang dilapor"..?
Memetik kata dari Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye katanya, "Seramai 22337 orang atau 45 peratus daripada kes orang hilang yang direkod pada tahun ini adalah golongan remaja berumur 18 tahun ke bawah.."
Katanya lagi, " Statistik dalam tempoh itu turut menunjukkan tahap membimbangkan apabila hanya 2382 orang atau 48 peratus sahaja yang berjaya ditemui semula.."

Tak sampai separuh peratusan orang hilang yang ditemui.Di manakan baki peratusan yang tinggal tu pergi..?
Jumlah orang hilang yang dinyatakan di atas tu memang membimbang kan me..mungkin dari sehari ke sehari angka-angka tersebut akan meningkat.. :( Make me worried
Kes orang hilang ini mungkin berlaku atas beberapa faktor antaranya : (pada pendapat me)
  1. Mudah terpengaruh dengan pujukan kawan/teman terutamanya yang baru kenal (contoh : kenal melalui FB,Twitter dan sebagainya)
  2. Mungkin mengalami masalah dengan keluarga (ambil jalan mudah dengan melarikan diri)
  3. Ingin mencari kebebasan hidup
  4. Lari ikut kekasih
Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak berada di dalam keadaan yang selamat.Bukan perlu mengongkong hidup tetapi cuba dekati anak-anak secara diplomasi.Pantau aktiviti anak-anak bukan halang dari anak-anak beraktiviti.Banyak luangkan masa bersama anak-anak.
Apa yang me luahkan di entri kali adalah pendapat dan sekadar renungan kita bersama tau :)




Segar : Terbaik dari pokok

Assalammualaikum
Cuba uolls teka gambar pokok apa kat atas tu?Cepat teka...
Pokok rambutan?Pandainya uolls teka..betul la tu..sayang la kat uolls macam ni :)
Bulan lepas kita sibuk dengan musim durian kan..sekarang ngah musim rambutan pula...
Pokok rambutan tu kat rumah me...walaupun pokoknya kecil tetapi buahnya banyak tau..
Hasil dari air tangan atok sedara me yang menanamnya...
Lagi best kalau petik terus makan..fresh gitu..tapi me tak boleh makan banyak sebab me mudah kena batuk..rambutan kan ada selaput kat bijinya tu kan..selaput tu la akan buat me batuk :(
Uolls nampak tak somebody di sebalik rimbunan dedaun pokok tu?Haa..itu la pakcik yang super duper rajin mengait buah rambutan...hehehe
Seperti atok sedara dan makcik me sibuk membincangkan kat mana nak eksport buah rambutan yang telah di kait tu..hihihi..
Selagi kita ada tanah,cubalah berbakti dan gunakan tanah dengan sebaik mungkin :) pesanan ringkas yang tidak berbayar..hehehe

p/s : nampak gayanya mula tahun depan me kena la tolong mak me bercucuk tanam keliling rumah..boleh berjimat cermat :)





Y.E.S : Berjimat sebelum poket kosong


Biasalah kalau dah sampai hujung tahun pasti ada jualan akhir tahun..kononnya untuk penghabisan stok pada harga yang murah dan mampu beli..(yeker pada harga murah..hihihi)
So, ramai la yang ambil peluang untuk berbelanja atau beli barangan yang diingini termasuk la me..hehehe :)
Tapi me tak ada la berbelanja sakan sangat..kata orang berbelanja ikut kemampuan diri..
Me memang peminat tudung Ariani..bila ada sale me grab la pada kadar yang me mampu..kali ni me hanya grab sehelai je tudung Ariani ni..cukup la kan..ada rezeki boleh tambah koleksi lagi.. :)

p/s : tahun depan bermulalah hidup dengan berjimat cermat..semua barang naik harga woo...

Info : Tahu tak?

  Jom baca kat bawah ni :)
  • Tidur sekejap pada waktu siang dapat mengurangkan risiko tekanan sehingga 40 peratus.Tetapi jika anda lakukan ia di pejabat dan disaksikan oleh bos, nescaya risiko tekanan anda bakal menerima memo atau dipecat akan meningkat !
  • Kajian saintis mendapati, perbuatan menutup mata seketika sewaktu berfikir akan memudahkan manusia untuk mengingati.Tetapi, jika anda lakukan ketika memandu nescaya anda menghampiri ajal
  • "YAHOO" - merupakan satu portal dan enjin pencarian paling popular di internet.Nama "YAHOO" adalah singkatan daripada "Yet Another Hierarchical Officious Oracle" yang telah diilham oleh dua orang pelajar.
  • Jika seluruh batu pada Tembok Besar China diceraikan lalu disusun satu persatu,panjangnya cukup untuk mengelilingi bumi.
  • Bayangkan sebuah gelas kaca.Jika ia pecah hanya perlukan kelajuan masa 0.0005 saat untuk retakan itu berkembang sepanjang 4 inci.
  • Belang harimau bukan hanya pada bulunya, tetapi juga pada kulitnya.Ia berbeza dengan lelaki kerana lelaki berhidung belang tidak nampak belangnya pada hidung atau pada bulu hidungnya...hehehe
  • Hutan hujan Amazon adalah hutan yang paling luas meliputi 9 buah negara.Dalam kawasan hanya seluas 1.6 kilometer persegi dalam hutan ini mengandungi kira-kira 3000 jenis spesies tumbuhan.
  • Menurut kajian, secara purata kita menuturkan 30,000 patah perkataan sehari.Jika jumlah perkataan itu dituturkan tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dihabiskan.

Info : 10 Pengurus bolasepak termahal di dunia

Saja je me nak share info pasal pengurus pasukan bolasepak termahal di dunia ni kat uolls semua..mana la tahu ada yang berminat nak tahu kan..ok la,jom baca kat bawah ni


  1. Fellipe Scolari (16.6 juta Euro setahun = RM 71.57 juta) ~ Lahir pada 9 November 1948 di Passo Fundo,Brazil.Scolari terkenal dengan sifat panas barannya ketika perlawanan di padang.Mendapat jolokan nama "Big Phil" mula terkenal apabila membawa Brazil menjuarai Piala Dunia 2002
  2. Jose Mourinho (11 juta Euro setahun = RM 47.43 juta) ~ Lahir 26 Januari 1963 di Setubal,Portugal.Maurinho dikenali dengan gaya rapi dan aneh yang sering memancing kontroversi dalam siaran media.Namanya mula menonjol ketika meraih Liga Champion 2004 bersama FC Porto.
  3. Fabio Capello (10 juta Euro setahun = RM 43.11 juta) ~ Lahir pada 18 Jun 1946 di San Canzian d'Isonzo,Itali.Pengurus yang mementingkan hasil kedudukan permainan.
  4. Sir Alex Ferguson (7 juta Euro setahun = RM 30.18 juta) ~ Di lahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow,Scotland.Ia merupakan salah satu pengurus terbaik sepanjang masa.Merupakan tokoh penting di sebalik berdirinya empayar raksasa Eropah, Manchester United.
  5. Roberto Mancini ( 6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 27 November 1964 di Ancona,Itali.Sangat menyukai tipikal formasi penyerang.
  6. Carlo Ancelotti (6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 10 Jun 1959 di Reggiolo,Itali.Puncak kejayaanya sebagai pengurus apabila berjaya meraih berbagai piala bersama kelab AC Milan.
  7. Manuel Pellegrini (5.5 juta Euro setahun = RM 23.71 juta) ~ Lahir pada 16 September 1953 di Santiago,Chile.Kerjayanya banyak dihabiskan dengan pengurus sejumlah kelab-kelab di Amerika Latin.
  8. Louis Van Gaal (5.2 juta Euro = RM 22.42 juta) ~ Lahir di Amsterdam,Belanda pada 8 Ogos 1951.Memulai kerjaya jurulatihnya bersama Alex Amsterdam dan telah meraih pelbagai title bersama kelab tersebut.
  9. Guus Hiddink (5 juta Euro setahun = RM 21.56 juta) ~ Lahir pada 8 November 1946 di Varsseveld,Belanda.Berbagai kelab dan negara telah merasakan sentuhan manis Hiddink.Salah satu prestasinya adalah membawa pasukan nasional Korea Selatan sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2002.
  10. Arsene Wenger (4.8 juta Euro setahun = RM 20.69 juta) ~ Lahir di Strasbourg,Perancis pada 22 Oktober 1949.Merupakan saingan abadi dengan Alex Ferguson baik di media mahupun di padang.Mendapat jolokan nama "Professor" menjadikannya antara pengurus berjaya membangunkan Arsenal menjadi sebuah pasukan yang terbaik di BPL mahupun di Liga Champions.
p/s : Agak-agaknya jurulatih kat negara kita ni berapa nilainya ye... :)

Bercuti : Kami dah datang...


Assalammualaikum

Cantik tak gambar sunset kat atas tu..cantik kan..semua ciptaan Allah cantik..Gambar sunset tu me ambil di tepian pantai dekat dengan resort yang me pergi bercuti..kalau uolls ada yang tak tau me pergi bercuti kat mana boleh klik klik sini :)
Walaupun tak lama me pergi bercuti tapi memang best..sebabnya me dapat mandi laut...yeayyy :)
Bilik penginapan me pula memang berhadapan dengan laut memang rasa betul la berada di tepian laut..Bila tidur memang dengar bunyi ombak menghempas pantai..sampai sekarang memang terasa bayu laut tu..
Tempat penginapan yang telah me sewa ni ada menyediakan ruangan untuk buat BBQ dan ada juga menyediakan hiburan karaoke selain dari menyediakan peralatan untuk buat sukaneka...pada uolls yang nak pergi bercuti tapi budget tak besar me syorkan boleh la pergi ke sini...yang penting adalah masa berkualiti bersama keluarga kan :)
Ok la..jom layan gambar keseronokan,kandid dan gambar kepuasan me bersama dengan keluarga dan sepupu sepapat me... :)

Menghayati matahari terbenam di dalam air..memang owesome la :)

Acara karaoke dan BBQ..serta sambutan hari ulangtahun pakcik me...sedap kek coklat tu..homemade tau :)
Antara aktiviti yang dijalankan di tepi pantai..masa ni lebih teruja nak berendam dalam air dari join aktiviti tau
Antara keletah sepupu sepapat me di dalam air..Aktiviti yang me suka buat lompat ke dalam air..tapi hakikatnya me tak pandai berenang pun...hehehe

p/s: setelah seminggu baru me dapat update dan masukkan gambar dalam blog..almaklumlah dah hujung-hujung tahun ni banyak pula kerja yang perlu disiapkan... :)











Bercuti : Kami datang...


Assalammualaikum

Senangnya dalam hati..esok nak pergi bercuti.. :)
Esok me akan pergi bercuti ke Melaka...me akan stay kat D'Nelayan Beach Resort..macam kat dalam gambar kat atas tu..ada Family Day kat sana.. :)
Bercuti bersama keluarga adalah saat saat yang best dan indah kan...Ok la, nanti me akan cerita segala aktiviti yang me buat kat sana...
Tunggu tau :)

Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul


Assalammualaikum

Kali ni me join segmen dari Abe Mirul.Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger yang ada di Malaysia ni..selain itu kita juga boleh berkenal kenalan antara satu sama lain kan..
Kalau uolls nak join klik je kat gambar kat bawah ni :)


Dalam segmen ni, Abe Mirul ada suruh kita ceritakan bagaimana kita mula berminat dalam dunia blog ni.
So, uolls kena la cerita serba sedikit secara ikhlas kenapa uolls terjebak dalam dunia blog ini.
Dalam entri ni me nak kongsi bagaimana me boleh terjebak dalam dunia blog ni.
Sebenarnya me mula kenal dunia blog ni dari pensyarah kat kolej me dulu pada tahun 2008.Pada asalnya hanya sebagai assignment untuk menambah markah final exam.Dan akhirnya berterusan sehingga sekarang.Tetapi di sebaliknya, sebenarnya blog me telah terbengkalai 2 tahun.Sebabnya selepas habis belajar me banyak habiskan masa dengan mencari kerja.Dari satu kerja ke satu kerja.Sehinggakan me lupa pada kewujudan blog ni.Me hanya aktif berblog semula pada tahun lepas.Nama blog me sebelum ni ialah Duniaku tetapi telah di tukar kepada nama Ungu Tinta - bila lidah berbicara - perkongsian ilmu berilmiah - sekadar coretan isi hati -
Sepadan dengan tagline blog me tu, entri me kebanyakkan menceritakan pasal info,tips,cerita pendek, dan apa yang berlaku dalam hidup me.Memang blog me tak se gah dengan blog-blog yang lain tapi ianya adalah lahir dari keikhlasan hati untuk berkongsi apa saja ilmu,info yang me baca kepada pembaca semua.Apa yang me harapkan segala info,ilmu dan apa yang ada dalam entri blog me dapat memberikan para pembaca sesuatu yang bermanfaat dan tak sia-sia..inshaAllah... :)

Kontes U-Blogger

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 


Jom kita join ramai-ramai :)

Jodoh : Jangan di tanya bila

Assalammualaikum

Uolls dah baca kata-kata dari Ustaz Mohd Kazim Elias kat atas tu... :)
Bukannya tak nak berkahwin cuma belum sampai masa nya...semua itu aturan dari Allah kan...
Doa dari kalian amatlah bermakna :)

p/s : masih dalam perancangan..perjalanan masih jauh..Insha Allah

Cerita : Apalah guna ilmu yang ditimba selama ini...

    Al kisah di sebuah kampung, bertemankan dua orang sahabat baik.Mereka bersekolah, bermain dan membesar bersama-sama.Tamat zaman persekolahan, mereka membawa haluan masing-masing.
Seorang daripadanya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sehingga berjaya menjawat profesor di universiti terkenal.Dan seorang lagi hanya tinggal di kampung, menjadi nelayan kecil-kecilan.
   Si nelayan yang mendapat tahu sahabat lamanya telah pulang mengajak temannya itu ke tengah lautan menaiki perahu kecilnya yang usang.Sewaktu dalam perahu berbuallah kedua-dua sahabat karib ini.
  "Kau boleh berbahasa Inggeris?" tanya sang profesor kepada si nelayan.
  "Ah, aku tak pandai sangat.Maklumlah sekolah pun tak tinggi.Sekadar jadi nelayan, aku hanya abdikan hidupku untuk laut," jawab si nelayan tersenyum.Dia sedar dirinya tidaklah sebijak profesor itu.
  "Ruginya kat tak belajar tinggi.Kalau kau pandai bahasa Inggeris lebih mudah untuk kau faham apa yang ditulis dalam buku.Bila melancong ke luar negara pun, lebih mudah untuk kau komunikasi.
  "Orang asing mana faham bahasa Melau.Kau tahu, kalau tak reti berbahasa Inggeris ni, samalah seperti kau dah hilang 50 peratus hidup kau," si profesor mula megah dengan ketinggian ilmunya.
  Si profesor bertanya lagi: "Macam mana pula dengan ilmu matematik?"
  Si nelayan mula terasa terhina, namun masih menjawab dengan rendah diri : "Kalau setakat tambah dan tolak, aku masih boleh mengira.Tapi, kalau yang susah, aku tak pandai!".
  Jawapan sahabatnya itu membuat si profesor lebih angkuh. Tiba-tiba keadaan laut mula bergelora.Cuaca yang tadinya terang berubah menjadi mendung.Ombak semakin kuat menghempas perahu kecil itu.
  Si profesor yang tidak biasa dengan keadaan itu menggenggam kemas birai perahu.Wajahnya jelas ketakutan.
 "Jangan takut wahai sahabatku.Jika cuaca begini, adalah perkara biasa ombak besar akan melanda," kata si nelayan tenang.
  "Jika perahu ini terbalik, masih belum jauh untuk kita berenang semula ke tepian pantai," tambah si nelayan dengan harapan dapat menenangkan sahabatnya itu.
  Si profesor tiba-tiba menerpa ke depan lalu memeluk temannya itu sambil menangis ketakutan: "Tolonglah! Aku tak tahu berenang.Sebab itu aku takut sangat jika perahu ini terbalik dan humbankan kita ke tengah laut!". Si nelayan hanya tersenyum mendengar rayuan sahabatnya.
  "Apalah guna segala ilmu yang kau timba selama ini sahabatku, jika kau tidak boleh berenang.Sedangkan tadi kau kata, aku mensia-siakan 50 peratus hidupku kerana tidak boleh berbahasa Inggeris.
  "Tetapi, sekarang kau pula bakal kehilangan 100 peratus hidupmu, jika kau tidak mampu berenang dalam saat cemas dan laut bergelora seperti sekarang," balas si nelayan tersenyum melihat sang profesr panik dan asyik memegang tepi perahu sekuat hati

p/s : Sebagai hamba-Nya janganlah kita terlalu bermegah dan riak dengan segala kejayaan yang telah kita kecapi mahupun ilmu pengetahuan yang kita miliki.Setiap hamba-Nya yang dilahirkan ke dunia diberikan Allah pelbagai anugrah dan ilmu yang berbeza-beza antara satu sama lain.Oleh itu, jangan sekali-kali kita memperlekehkan orang lain yang nasibnya mungkin tidak sebaik kita..Waallahualam

Segmen Bloglist by Sha Purple


Assalammualaikum

Wahh..sekarang me tengah rajin nak join segmen..yeayy
Kali ni me join segmen bloglist dari blogger Sha Purple
Jom semua pakat join segmen ni..cer klik link kat bawah ni ye.. :)

Segmen ini bermula pada 10 hb dan berakhir pada 31 Disember 2013

p/s : sama suka warna ungu ni :)

Rezeki : Untung sabut timbul lagi



Assalammualaikum

Alhamdulillah...entri yang lepas me ada cerita pasal dugaan;cermin pintu kereta me pecah kan...so entri kali ni me nak kongsi cerita gumbira pula.. :)
Dalam entri Rezeki : Untung sabut timbul bulan lepas me ada share pasal contest yang me join kan..(pada uolls yang tak tahu contest apa yang me join,boleh klik kat link tu ye.. )..So gambar kat atas tu, adalah hadiah yang me dapat sebab menang contest yang me join tu..yeayyy...alhamdulillah...me dapat power bank... :) walaupun hadiahnya tak se gah mana, pada me itu semua tak kisah..janji datang dari usaha me sendiri kan...
Sebelum ni memang ada plan nak beli power bank ni, bila dah dapat power bank free ni tak jadilah me nak beli..hihihi..
Sebenarnya bagus ada power bank.Bila blackout atau travel jauh-jauh,handphone bateri low boleh recharge balik guna power bank ni kan...
Lepas ni, power bank akan sentiasa me bawa walau ke mana sahaja..manalah tahu ada masa emergency ke kan.. :)
Anyways, terima kasih kepada SKMM

p/s : Terima kasih juga pada abang posmen, hantar hadiah ke rumah dengan selamat :)


Dugaan : Cermin pecah



Assalammualaikum

Pada 071213, Sabtu cermin pintu kereta me telah pecah..me perasan masa nak balik keje..retak seribu...huhuhu
Puncanya me tak tahu kenapa...nak tanya kat pakcik-pakcik yang dok melepak dekat bangkel masing-masing buat muka tak tahu je..mulut longkang pun ye depa ni..tu sebab me malas nak tanya..
Bila sampai kat rumah, ayah me la yang tolong sattlekan..bila tengok-tengok balik kat cermin pintu yang pecah tu ada bekas macam kena dibaling atau terkena sesuatu..lagipun area tempat yang me parking kereta tu rumputnya baru di mesin..mungkin terkena batu..itu anggapan me la...tapi yang kesalnya tak ada yang datang jumpa me cakap maaf sebab cermin pintu pecah kerana terkena batu..bukannya me nak mintak ganti rugi tapi sekurang-kurangnya tunjukkan adab la... :(
Nak kata ada orang yang dengki atau ada cubaan nak curi kereta pada me tak mungkin..me tak nak bersangka buruk yang lebih-lebih..biarlah hanya Allah saja yang tahu di sebalik kejadian ini..

p/s : Allah sedang menguji :)





Pemakaian : Serupa tak payah pakai baju

Assalammualaikum


Dah tengok gambar keratan akhbar di atas tu...apa pendapat uolls semua dengan tajuk yang me bulatkan tu...?
Emm...itu adalah pendapat dari seorang pembaca berkaitan dengan cara pemakaian kaum Hawa khusunya kepada kakitangan awam..antara luahan hati si pemberi pendapat yang me ingat adalah berkaitan pemilihan baju ke pejabat..kenapa baju kurung,jubah yang dipakai menampakkan bentuk tubuh dan sempit..kenapa tudung yang dipakai pendek sehingga ada yang menampakkan leher..
Pada pendapat me pula, kita sebagai kaum Hawa perlulah menjaga etika pemakaian tidak kira ke pejabat atau ke mana mana dan tidak kiralah bekerja dengan kerajaan mahupun swasta..dah pun di namakan kaum Hawa yang beragama Islam perlulah menjaga aurat kan... :)
Ini semuanya bertitik tolak dari dalam hati sendiri juga..apa yang me luahkan ini bukan bermakna me seorang yang sempurna dari segi pemakaian tetapi me masih cuba untuk menjadi kaum Hawa yang tahu menjaga aurat..in sha Allah..
Mari kita doakan semoga kita semua di lindungi dari azab api neraka

p/s : jangan biarkan arus perkembangan zaman menenggelamkan agama kita :)

5S :Di rumah boleh amalkan


Assalammualaikum



Gambar apa tu ek kat atas tu..?emm..nampak macam barang makanan je biskut ada,jajan ada,milo,gula,horlick ada...siap ada tanda nama pula...ada apa dengan gambar kat atas tu kan... 
Ok..ok...ok...Sebenarnya me nak cerita pasal susun dan melabel barangan yang ada di rumah.Kalau kat pejabat kita panggil amalan 5S(sisih,susun,sapu,seragam dan sentiasa amal).
Dekat rumah sebenarnya kita juga boleh amalkan 5S ini juga..
Barangan yang dah dilabel dalam gambar kat atas tu kerja me la..hehehe...bukannya apa ianya untuk memudahkan ahli keluarga me juga kan..
Tak ada la nanti ada yang tersilap, nak ambil gula terambil garam pula ( ni kes main ambil je tanpa tengok betul-betul ) :p
Uolls semua pun boleh buat macam ni..selain dari melabel barang makanan, uolls juga boleh melabel barangan seperti ubat ubatan,perkakasan kereta,bahan untuk kegunaan luar rumah (racun,minyak tanah,petrol dan sebagainya )
Selain dari memudahkan urusan ia juga dapat membantu kita supaya tidak tersilap mengambil barang.
Semoga ianya berguna kepada uolls semua... :)

p/s : abaikan jajan yang ada dalam gambar tu..semuanya dah habis di makan :)


Segmen Blogwalking November-Disember By Kinah

Assalammualaikum...

Kali ni me join segmen blogwalking pula.. :)
Pada uolls semua yang nak join sagmen ini, klik kat bawah ni :)


Segmen ini akan berakhir pada 31 Disember 2013
Jom join ramai-ramai :)

Manusia : Arkitek kehidupan





Kita yang merancang perjalanan kehidupan tetapi semuanya di atas perkenan dari Yang Maha Esa.
Berdoa dan berusaha yang berterusan untuk menjamin apa yang kita rancang menjadi kenyataan.
In shaa Allah :)

Pengalaman : Tips awal sebelum banjir

Assalammualaikum...

Sejuknya...sekarang kan musim hujan dan berangin..kena pakai baju yang tebal sikit, bagi mengelakkan badan menjadi dingin supaya tidak aachumm..!!! (selesema la... :p)
Bila hujan tak berhenti-henti membuatkan hati me risau yang amat.Takut air naik dan banjir. Al maklumlah kawasan kampung yang me tinggal sekarang ni pernah banjir. Banjir yang paling teruk pada tahun 2006 dan seterusnya tahun 2010..
Bila dengar daerah dan kawasan yang berhampiran dah naik air lagi la buat me risau..sekarang ni pun me dalam keadaan berjaga-jaga..walaupun dah ada pengalaman menghadapi situasi banjir tetap perlu berwaspada..sebarang kemungkinan kan boleh berlaku..
Gambar ehsan me ambil dari FB.Keadaan air sungai di bandar Segamat
So, dalam entri kali ni me nak kongsi beberapa langkah yang perlu di buat bila hujan berlanjutan tak berhenti dan menunjukkan tanda-tanda yang kawasan uolls itu akan banjir.( mengikut pengalaman dari diri me sendiri ye..)

  1. Jangan panik. :)
  2. Letakkan dokumen,barangan yang berharga seperti kad pengenalan,surat beranak,sijil-sijil,barang kemas ke dalam satu beg khas dan letakkan di tempat yang mudah di capai bila di arahkan untuk berpindah
  3. Andai di rumah ada buat simpanan stok makanan seperti tepung,gula,mee segera dan sebagainya asingkan juga di tempat yang selamat. Bekalan makanan ini boleh di gunakan sementara menunggu agihan bantuan makanan.
  4. Sediakan segala ubat-ubatan yang berguna seperti panadol,koyok,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.Juga sediakan juga lampu suluh atau lilin. (kadang-kadang kalau banjir, elektrik akan diputuskan)
  5. Sediakan juga barangan peribadi khusunya bagi kaum wanita dan bayi seperti tuala wanita, tuala, lampin pakai buang dan sebagainya.
  6. Pesan pada anak-anak atau adik beradik untuk tidak sesuka hati bermain air banjir tanpa pengetahuan orang dewasa.
  7. Bila air dah mula naik selamatkan dulu orang-orang tua dan budak-budak kecil ke tempat yang selamat
  8. Ikuti perkembangan terkini mengenai banjir dari semasa ke semasa dan dengar arahan dari pihak berkuasa
Langkah-langkah kat atas tu berdasarkan dari pengalaman me yang pernah melalui situasi banjir.Kalau ada di antara uolls semua pernah melalui situasi macam me boleh kongsi cerita,pengalaman kat dalam ruangan komen ye... :)

p/s: time banjir makan apa pun tetap rasa sedap... :)

Anekdot : Cerita pasal susu

Me nak kongsi beberapa cerita pendek..Jom baca jap :)


Anekdot 1
Di kandan, si ayah sedang memerah susu kambing. Di rumah pula, anak perempuannya sedang mengisi susu kambing yang segar itu ke dalam botol untuk di jual. Di belakang rumah pula, si ibu sedang memberi minum anak kambing yang kehausan dengan susu lembu. Keluh anak kambing dalam hati : "Tak dapat susu ibuku, susu lembu jadilah."

Anekdot 2
Di sebuah rumah banglo, seorang ibu muda jelita sedang membancuh susu. Untuk suami tersayang, dihidangkannya susu kambing segar. Kan khasiatnya baik untuk kesihatan. Manakala untuk bayinya pula, dia membancuh susu formula. Eh, itu susu mahal tau. Susu dari baka lembu terbaik ditambah dengan kandungan makanan tambahan yang bagus untuk pembesaran bayinya. Ibu jelita itu tahu, dia sudah memilih susu yang terbaik untuk keluarganya.

Anekdot 3
Di sebuah ladang penternakan lembu, para pekerja sibuk memerah susu. Permintaan tinggi. Susu itu akan dijual. Boleh diminum segar atau diproses menjadi susu formula dan keju. Tidak ada hari susu ibu-ibu lembu itu tidak akan diperah. Manakala anak-anak lembu hanya menatap sayu. Keluh anak lembu dalam hati : "Air susu ibuku yang sepatutnya jadi hak aku telah dirampas untuk diminum manusia dan kambing."

Anekdot 4
Suara hati anak lembu didengari oleh anak kambing. Lalu dengan kuasa telepati, anak kambing pun menjawab: " Sahabat, jangan salahkan aku minum susu daripada ibumu. Aku sendiri pun gagal minum susu ibuku kerana ia telah dirampas oleh manusia."

Anekdot 5
Suara hati anak kambing didengari oleh si bayi. Lalu bayi itu juga menjawab :"Maafkan aku wahai anak lembu kerana aku telah meminum susu ibumu yang sepatutnya menjadi hak kamu. Jika aku diberi pilihan, aku lebih suka minum air susu ibu sendiri daripada susu ibumu(lembu). Tapi, aku tidak boleh memilih kerana pilihan itu terletak di tangan ibuku."

Kredit : Majalah Mastika

p/s : susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak :)

Melodi : Lagu dulu dan sekarang

Assalammualaikum, hai uolls semua

   "Hatiku di curi lagi tidak dapat ku cari                  
    Jauh di bawa pergi entah ke mana
    Kau datang dalam hidupku
    Bagai cahaya yang terang
    Pernah suatu masa dunia ku gelap.."

Cuba uolls teka lirik lagu apa kat atas tu?
Agak-agaknya tahu tak....boleh cuba teka lagi..me bagi peluang teka.. :)
Dah cuba cari tapi tak tahu juga lirik lagu apa...ok la..me bagitahu jawapannya ye..
Lirik lagu kat atas dari lagu "Hatiku dicuri lagi" nyanyian dari biduanita negara kita Dato' Sharifah Aini
Sejujurnya me memang minat lagu-lagu beliau...beralun alun melodinya mengikut irama jiwa me..cewahh..ayat nak puitis kan...hehehe..pada me lagu-lagu beliau ada "soul"
Lagu-lagu beliau semuanya ada jiwa dan mempunyai maksud yang mendalam..tak ada lagu yang bernada terlalu tinggi sampai boleh memeritkan telinga yang mendengar..
Sebab itulah lagu-lagu beliau "evergreen"..sampai sekarang masih berkumandang di corong-corong radio dan di dalam cd player kereta me juga...hehehe
Nampak sangat me jiwa klasik kan..tak kisah lah janji jiwa me tenang bila dengar lagu-lagu lama...
Bukannya me tak suka lagu-lagu zaman sekarang, ada juga yang me suka..tapi kebanyakkan lagu-lagu sekarang hanya menjadi "hit" sekejap dan tidak menjadi "evergreen" seperti lagu-lagu lama...mungkin sebab penyanyinya saja yang "hot" tidak pada lagunya...ini semua hanya pendapat peribadi me saja..

p/s : suka juga lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. :)

Usaha : Jangan di nilai dari luaran

Assalammualaikum

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember.Bulan yang terakhir dalam kalendar Masihi kan... 
Dan...umur kita pun akan semakin bertambah juga...hehehe

Ehh...gambar apa pula kat atas tu kan...macam tin biskut je kan..hehehe
Itu bukan tin sebarang tin biskut tau..tin biskut berisi wang besar.. :)
Tin biskut tu la tabung simpanan me...bila dah gaji me akan simpan duit dalam tin tu sikit..kenapa me letak nama tin tu tabung kosovo ek...?Sebabnya duit dalam tin tu la me akan guna bila waktu terdesak..lebih-lebih lagi bila dah nak hujung bulan kan.. :p Maksudnya tabung itu akan digunakan bila tiba waktu darurat..
Tujuan me bukannya nak menunjuk-nunjuk, tetapi me cuma nak mengingatkan diri sendiri dan uolls semua bahawa kita mesti ada simpanan walaupun sedikit untuk kegunaan waktu kecemasan dan juga untuk masa depan.. :) Me percaya setiap bulan uolls semua pasti akan buat kira-kira perbelanjaan masing-masing kan..jika ada lebih apa salahnya kita simpan sedikit selain dari potongan dari gaji kita setiap bulan kan...
"Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit"

p/s : Mula tahun depan takrif elektrik dah naik...mula kan dari sekarang kita belajar berjimat cermat :)



Rezeki : Untung sabut timbul

Assalammualaikum..hai uolls


Minggu lepas kalau tak silap hari sabtu, me ada join contest Klik dengan Bijak..macam kat dalam gambar di atas tu.. :)
Contest KDB word puzzle...saja je mencuba nasib mana la tahu ada rejeki..untung sabut timbul,untung batu tenggelam kan...
Dan akhirnya....setelah berusaha dengan agak bersungguh-sungguh...me dapat tempat ke-10 dari 10 peserta yang mendapat point yang tertinggi...Alhamdulillah...
Uolls tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah ni..kan nama me kat tempat ke 10 tu...hihihi
Jadilah kan...dapat hadiah powerbank dari SKMM.
Ni yang buat me bersemangat nak join contest lagi ni...hehehe

p/s : untuk nak dapatkan point yang tinggi me sanggup makan sambil siapkan word puzzle :p



Blogger's Birthday Segment

Assalammualaikum

Boleh di kira me dah join sagmen dengan jari..nampak sangat me tak berapa aktif berblog.. :p
Jadi kali ni me join Blogger's Birthday Segment
Jom kita join ramai-ramai

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 23 Januari 1985

Pekerjaan : Keberkatan hanya milik Allah SWT

Assalammualaikum

Entri kali ni me nak kongsi pasal keberkatan. Khususnya keberkatan dalam pekerjaan kita.
Dalam surah al-Maryam ayat 31 yang bermaksud 
" Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada."
Maksud di sebalik makna ayat tersebut ialah Allah SWT adalah pemberi rezeki/restu/berkat (al-Mubaarik) manakala kita sebagai hambaNya (al-Mubaarak) adalah seorang yang diberkati.
Sifat memberi berkat hanya milik Allah SWT

Antara tanda-tanda pekerjaan berada dalam keberkatan Allah SWT ialah
1) Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar
2) Merasa seronok dengan pekerjaannya
3) Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik
4) Pekerjaannya disenangi oleh orang lain
5) Senantiasa berasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit
6) Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi

Tepuk dada tanya iman sendiri. Adakah kita bekerja untuk mendapat keberkatan hidup atau hanya ingin mengejar dan memenuhi kehendak hidup yang tidak pernah puas...?
Hanya kita sendiri yang tahu jawapannya :)


Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



Siapa yang paling hina? : Siapa tu...?

Ada seorang pemuda.Dia belajar dengan seorang guru agama.Setelah beberapa bulan, guru itu pun memberinya satu ujian.
Kata si guru kepada pemuda itu,
 "Telah ku ajarkan bermacam-macam perkara kepadamu. Soalan yang ku beri, kau mampu menjawabnya dengan baik. Kini aku berikan kau ujian terakhir. Aku berikan masa selama tiga hari.Pergilah engkau mencari makhluk Allah yang lebik buruk dan hina berbanding dirimu. Dan kemudian datang kepada ku semula membawa jawapanmu."
Pergilah berjalan pemuda itu keserata tempat. Hari pertama, dia bertemu dengan seorang lelaki pemabuk. Setiap waktu kerja lelaki itu hanya meneguk minuman haram itu.
"Inilah orang yang lebih buruk dari aku. Lelaki ini menghabiskan setiap waktu mabuk, sedangkan aku tidak pernah lupa membuat amal ibadah." kata pemuda itu dalam hati.
Tetapi, tidak lama kemudian, terdetik semula di hati pemuda itu. Belum tentu lelaki pemabuk itu seorang yang hina. Siapa tahu jika akhir hayatnya, Allah akan memberinya hidayah dan dia kembali ke pangkal jalan. Bahkan mungkin ibadahnya jauh lebih baik daripada dirinya.
Pemuda itu tidak putus hati. Dia berjalan lagi dan bertemu dengan seekor anjing jalanan. Haiwan itu kotor. Di penuhi luka dan menjijikkan.
"Anjing adalah haiwan yang haram dimakan. Kotor dan buruk. Ya, anjing inilah lebih buruk dan hina daripadaku." getusnya dalam hati.
Namun, semasa duduk termenung, pemuda itu berfikir semula. Jika anjing itu mati, ia tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya semasa di dunia berbanding manusia. Sedangkan dirinya sudah pasti akan di kira segala dosa semasa masih hidup. Jikabanyak dosa, dia akan masuk neraka. Bermakna, anjing itu tidak seburuk seperti yang disangkanya.
Pemuda itu mengeluh. Merenung semula dengan jawapan yang di cari terhadap persoalan yang diberi gurunya.
Pada hari ketiga, pemuda itu datang menghadap gurunya.
"Sudahkah kau mendapat jawapannya?" tanya si guru
"Sudah. Yang paling buruk dan hina adalah diriku sendiri." jawab pemuda itu.
Guru itu tersenyum. Katanya,
"Benar. Selama kita hidup, kita tidak boleh sombong dan berasa lebih baik dari orang lain. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita kelak. Hanya Allah SWT yang berhak untuk berasa 'sombong' kepada hamba-hambaNya. Ya, kamu lulus ujian ini!"

Makan : Donut ayam keju

Assalammualaikum

Minggu lepas dalam tak berapa sihat me keluar juga jenjalan...kalau bab pergi berjalan buat-buat sihat je..hehehe
Saja je teman adik me pergi beli barang keperluan sebelum dia mula praktikal...bab pergi bershopping memang me suka... :p
Lagi-lagi kalau sampai bahagian makanan, memang me teruja.. (nampak sangat me ni pemakan kan...hihihi)
Sedang asyik mata dok memandang kat bahagian frozen food, me ternampak donut..bukan kuih donut tapi donut ayam plus cheese lagi tu..

So, me ambil la satu untuk try goreng.
Dan inilah hasilnya..memang rupanya macam kuih donut cuma isinya ayam dan cheese..boleh la tahan rasanya..boleh dibuat sebagai snacks


Kat bahagian frozen food tu juga me ada jumpa sesuatu yang buat me agak terkejut juga la..jeng..jeng..jeng...
Haa..ni la yang buat me konon-kononnya terkejut tu..tongkeng ayam pun dah jadi frozen food juga uolls...
Jadi pada penggemar tongkeng ayam boleh la cuba ye.. 

p/s : tetiba teringat lagu 'ayam' nyanyian Jalil Hamid 




Keranamu : Relaku makan

Assalammualaikum

Hai...i'm back..wahh..speaking london nampak lepas dah sihat ni ye :)
Entri sebelum ni kan ada cerita pasal keadaan kesihatan me..alaa..me kena demam,selesema dan batok la hari tu...
Baru-baru ni sahaja me dah sihat sepenuhnya..batok je yang mengambil masa yang lama untuk pulih..
Tapi me ada ubat mujarab yang special untuk hilangkan batok me..nak tahu tak apa dia.. :p

Taadaa...ni la ubat mujarab special tu..hihihi...
Ada orang cakap kalau makan aiskerim yang mahal batoknya boleh baik..and its works to me :)
Me kan 'hantu' aiskerim..hehehe

Get good healthy and life healthy  :)




Copyright by ungutinta.blogspot.com