Andaiku tahu...

 
'Andaiku tahu..kapan tiba ajalku..'
 
Rasanya semua dah fimiliar dan pernah dengar ayat di atas kan..ye betul..senikata lagu dari kumpulan ungu..oppss..ungu juga...hihihi...ok2..back to serious situation..emm..
Kenapa ek dengan ayat di atas..?Mesti ada sebabnya kan...
2 minggu lepas saudara me telah meninggal dunia..tak silap me hari rabu petang tarikhnya me tak ingat..
So,esoknya me pergilah ziarah ke rumah arwah.Ramai saudara mara jiran tetangga yang datang untuk menziarah arwah buat kali terakhir..
Apa yang membuatkan hati me tersentuh tatkala masa untuk memandikan jenazah..
Arwah seorang emak kepada 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan.
Anak-anak arwah lah yang telah memandikan jenazah emak mereka sambil di bantu oleh jemaah wanita yang lain..
Ya Allah..memang sangat-sangat tersentuh hati me ketika itu..
Kerana anak-anak arwah memandikan jenazah emak mereka dan menatap emak mereka kali terakhir..rasa nak menitik air mata me ketika itu..terus me berkata dalam hati yang me akan memandikan jenazah mak ayah me andai mereka meninggal nanti..insyaAllah...
Memang sepatutnya anak-anak memandikan jenazah kedua ibubapa sendiri supaya hanya kita sahaja yang tahu keaiban serta kekurangan kedua ibu bapa kita...InsyaAllah..
Suami arwah pula sangat-sangat tenang ketika jenazah di bawa keluar dari rumah untuk dikebumikan.Suami arwah jugalah yang mengetuai membawa jenazah arwah ke tanah perkuburan..Allahuakbar..
Begitu tenang dan sabar keluarga arwah menerima perkhabaran kematian ini..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..dan semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari yang mendatang..insyaAllah

p/s : terfikir bila me meninggal nanti ada ke tak yang akan menguruskan jenazah me dari memandikan,mengkafankan dan mengkebumikan jenazah me nanti..Wallahuallam..

Karnival RTC

Apa khabar semua..semoga sihat hendaknya...fuhh..penatnya badan me..rasa sengal semua urat sendi..hari ni 26 Mac me dan manager me wakil dari SKMM join buka booth sempena karnival RTC bertempat di Kg.Melayu Baru batu 28, Lenga, Muar...apa pulak RTC tu kan..? Hihihi..RTC tu singkatan kepada Rural Tranfomation Centre atau dalam bahasa melayunya Pusat Tranformasi Luar Bandar di mana sebelum ini dikenali sebagai Info Desa.So, me grab la peluang yang ada untuk tarik minat orang ramai untuk join program under SKMM pulak..Alhamdulillah...sambutan agak memberangsangkan..ada juga penduduk yang berminat dalam dunia IT ini..mereka semakin terbuka minda dalam kemajuan teknologi sekarang.
Apa-apa pun me nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada setiausaha merangkap pengurus RTC ini iaitu saudara Mohd Zainul Hilmi bin A.Hamid kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dalam karnival ini.
Ok..uolls..nak tengok tak gambar aktiviti time karnival ni..sure la nak tengok kan..hihihi..perasannya me..cer uolls ke bawahkan sedikit mata tu..bawah kan lah sedikit baru la dapat tengok gambarnya...aaa..dah nampak kan..selamat melihat...

Segmen:Info


  1. Dalam bahasa Inggeris dan Itali jurugambar dikenali sebagai paparazzi.Perkataan itu dipercayai diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960
  2. Menakjubkan! Sepotong coklat boleh membunuh anjing? Sepotong coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.Dengan auns yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  3. Tahukah anda yang nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah flutterby.
  4. Selain melukis, Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan dia mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa hanya pada bahagian bibirnya sahaja.
  5. Tahukah anda, bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu dan menjadi bendera yang paling lama di dunia.
  6. Kasawari adalah burung merbahaya.Ia boleh membunuh manusia atau haiwan dengan mengoyak mangsa menggunakan kuku yang melengkung.
  7. Seekor burung mamph pulang ke sarangnya semula walaupun sudah beribu ribu batu terbang.
  8. Tahukah anda, bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  9. Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.
  10. Tahukah anda, gunung berapi yang berusia 300 tahun masih aktif dan boleh meletup.
Sharing is caring

Setelah anda MENYAKITI seseorang

 
Sememangnya tidak ramai yang memiliki hati yang lunak.Kebanyakkan orang apabila sudah bergaduh dengan seseorang,dia akan menyimpan kemarahan itu selama-lamnya.Sesetengah kes dibawa ke mahkamah untuk membersihkan nama baik ataupun semata-mata untuk menjadi jutawan oleh wang pampasan.
Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang,kerana sesungguhnya di sana (di akhirat ) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran,(yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan),yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya."
(Bukhari)
Kita dituntut menyelesaikan segala kesalahan di dunia ini sebelum berpindah le alam akhirat, di mana jika ada apa-apa hak orang yang terambil mestilah dikembalikan dan jika tidak dapat hendaklah meminta pelepasan daripada pemiliknya.
Hal ini juga termasuk hak-hak Allah SWT hendaklah diselesaikan seperti qada amal-amal fardhu yang pernah ditinggalkan.
Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti orang adalah dosa.Oleh itu segeralah meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan.Jika tidak penyesalan yang amat besar ditanggung di akhirat kelak.
 
 
Sharing is caring
Kredit:Dr.HM Tuah Iskandar

Southern Tiger..terbaik la..

Hai uolls..entri kali ni me wat simple je..nk share perasaan bangga menjadi anak jati negeri Johor.Me rasa bukan me je yang bangga jadi anak jati negeri sendiri tapi mesti uolls semua pun bangga menjadi anak jadi negeri masing-masing kan..kita ketepikan hal-hal yang berkaitan dengan politik la, dengki mendengki, iri hati sesama kita..apa kata kita bersatu bergabung meletop..ehh..salah-salah..macam lirik lagu adam dan stacy pulak kan..hihihi..kita semua mestilah bersatu berganding bahu bersama -sama untuk membantu sesama bangsa kita...
Okla, stop dulu untuk entri kali ni..hingga jumpa lagi..daa

Permudahkan dan tenangkanlah

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran:Bersefahamanlah dalam segala hal kerana jika tiada persefahaman maka akan wujud perselisihan dan hilang kepercayaan.

Geramnya!!!

Entri kali ni me nak meluahkan rasa geram, ketidakpuasan hati me terhadap seorang hamba Allah ni..memang geram dengan apa yang dia cakap melalui mesej..ehh, jap..mesej boleh bercakap ke..hihihi...nak tau apa yang hamba Allah ni mesej sampai me rasa geram?..cer baca kat bawah ni
"Asyik sgt wat blog ke, mengarang cerita ntah ya tidak kisahnya"
Me baca rasa panas je..apa yang ada dalam blog semuanya banyak kisah yang berlaku dalam hidup dan tentu la kisahnya benar..kalau share info atau maklumat mestilah yang betul..kita tulis blog mesti ada etika dan peraturan kan..tak kan kita nak menipu pembaca kan..isshh..geramnya hati me ni..istighfar banyak-banyak...
Hanya orang yang dah terjebak dalam dunia blog akan faham tujuan dan kenapa kita berblog..sabar ye me..
Biar apa pun orang nak kata kita teruskan je dengan usaha kita berblog..cayokk..

Ariani sale lagi!!!

 
 
 Hai semua...cuba korang semua tengok banner kat atas tu..kat atas tu la..alihkan mata korang sikit ke atas..dah nampak kan banner pasal apa...hihihi
Ariani buat sale lagi sempena cuti sekolah ni..terujanya me tengok..leh kena heart attack tengok koleksi terbaru Ariani..
Dalam kepala otak ni berkira-kira nak beli yang mane satu,nak beli warna apa..macam-macam lagi la..tapi itu semua perlukan budget..huhuhu...Bila sebut tang budget tu jadi slow sikit fikir..yelakan,kenalah beli mana yang perlu bukan ikut nafsu kan...bijak..bijak...
Kepada peminat tudung Ariani macam me ni apa kata kita pergi window shooping dulu sambil-sambil tu boleh usha harga takut nanti terlari budget pula kan...dah kira baik punya budget apa lagi grab la mane yang berkenan..ok kan...hihihi
Jumpa lagi..daa...

Biarkan air mata itu mengalir


Air mataku mudah sangat mengalir tatkala duduk bersendirian
Duduk bersendirian bila memikirkan perjalanan hidup ku selama ini..
Hidup ku selama ini yang mungkin telah banyak melakukan khilaf..
Khilaf sesama manusia dan kepada Sang Pencipta..
Air mataku mengalir bila memikirkannya
Adakah aku masih punya masa untuk menebus semua kekhilafanku
Ya, aku tahu masih belum terlambat untuk aku memperbetulkan kekhilafanku
Andai dengan air mata ini dapat memberikan aku semangat untuk bangkit
Maka, biarlah ianya mengalir sendiri dari rasa insaf di hati..
Kerana suatu hari nanti pasti air mata itu akan berhenti sendiri


Nukilan spontan datang dari hati

Today's lunch pack

Assalammualaikum semua..selamat tengah hari..dh lunch?
Hari nie me bawa lunch pack dari rumah..nak tau apa yang me bawa tak..?
Cer tengok gambar kat bawah tu..
Taraa...roti je isinya..hihihi..
Cukup la tu kan ada air masak sekali..almaklumlah sekarang ni cuaca panas kene minum air lebih kan..kalau tak sure tekak akan sakit dan bibir akan jadi kering...
Cuba korang semua share dgn me korang lunch apa hari nie..share kat ruang komen ye..
Selamat makan semua :-)

Kelebihan BISMILLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Entri kali ni me nak share beberapa info berkaitan dengan kalimah bismillah..baca tau sampai habis..

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apbila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, anhin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demia Allah dan keangunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yanb ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat menjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas' ud berkata "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian, dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang menbaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca
Oleh itu, marilah kita sama sama mengamalkan bacaan BISMILLAH pada setiap apa yang kita lakukan..

Sharing is caring

Sharing with love

Assalammualaikum..hai u alls..sharing with love,wahh..tajuk entri me bukan main ye dalam bahasa inggeris..minah saleh mane la pulak sesat speaking london..hihihi..speaking la sgt me ni kan..
Entri kali nie me wat ringkas je..me nak rangkum kisah anekdot 1-5..
Siapa yang belum baca atau terlepas baca kisah anekdot nie, me mudahkan
koje kome semua ye...hihihi..baca tau
ikut link kat bawah nie ye..
Anekdot 1
Anekdot 2
Anekdot 3
Anekdot 4
Anekdot 5


Singgah dan baca tau u alls..with love :-)

Last :Anekdot 5

Seekor rusa sedang minum di tepi sungai lalu terlihat bayang-bayangnya di dalam air.
"Tandukku begitu cantik,"ujar rusa bangga.
Tapi, apabila melihat kakinya yang kurus dan panjang, rusa mengeluh.kakianya tampak hodoh, tidak sesuai dipadankan dengan tanduknya yang cantik itu.
Tiba-tiba muncul seekor singa, cuba menerkam ke arah rusa.Apa lagi rusa terus memecut laju menuju ke dalam hutan.Kakinya yang panjang membolehkan dia berlari dengan pantas dan mampu meninggalkan singa jauh di belakang.
Singa terus mengejar.Sang rusa berlari masuk ke dalam hutan.Tetapi, tanduknya yang bercabang menyukarkannya.Tanduknya tersangkut di celah dahan belukar.Puas rusa cuba menarik mahu melepaskan diri, sehinggalah sang singa sampai dan berjaya menerkam si rusa.
Tatkala nafasnya sudah nyawa-nyawa ikan, barulah rusa tersebuf merintih sendiri.Kakinya yang hodoh itulah yang banyak membantunya.Sebaliknya, tanduk yang jadi kebanggaannya itu membawa ajalnya tiba.
p/s:setiap kejadian manusia yang Allah jadikan pasti ada kebaikan dan keburukananya.Jadi, sentiasalah bersyukur dengan nikmat jadian yang telah Allah ciptakan.Sesal kemudian tidak berguna...
Sekadar perkongsian cerita biasa untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup

Hari yang memenatkan..

Assalammualaikum...hai reader semua..rasa macam dah lama me tak upadate blog ni kan..xpe, ni me nak update la..meh sat baca..
Ahad lepas tempat me kerja ada wat program untuk penduduk..macam-macam aktiviti ada..penduduk yang berniaga pun ramai orang yang membeli pun ramai juga..tapi sebelum tu, me nak bgtahu yang me ni weekend mmg kena kerja...alahai kesiannya kan...huhuhu..kerja me ni kena tranning penduduk pasal komputer...so, bos me suruh la me wat program dan tarik orang datang kat pusat komputer yang me kerja...nak dijadikan cerita, program hari ahad lepas tu bagai pucuk dicita ulam mendatang la..apa lagi me grab la peluang yang ada..me pergi la jumpa orang, edar flayers..semuanya wat sambil lewa je..dalam hati me frust la juga sebab tak ada sambutan...
Tapi berkat usaha walaupun tak seberapa usahanya dan dapat bantuan dari kenalan yang boleh dikatakan berpengaruh juga la kat sini, mak ayah pelajar sekolah tabika datang juga ke program me walaupun tak ramai..terima kasih ye pada yang sudi datang ke program me ahad lepas...so, lega la me..ada juga peserta yang nak join..walaupun program me bukannya seratus peratus berjaya tapi memberangsangkan...ok, kita stop cerita pasal program me ni..
Sekarang me nak cerita apa sebenarnya event ahad lepas tu..event pasal penghayatan 1 Malaysia gamaknya...so, time event ni ramai la penduduk yang melibatkan diri..me sempat la juga menjengah ke event ni..seronok la juga walaupun hari tu panas sangat..acara kemuncaknya bila tiba time nak sampaikan hadiah dan ada cabutan bertuah...me daftar la juga untuk cabutan bertuah tu, tapi me tak dapat pn...huhuhu...bukan rezeki me kan..dua program yang me buat dan join pada ahad lepas memang memenatkan..tapi walaupun penag, alhamdulillah ada juga hasilnya..wahh..panjangnya me berceloteh kali ni..ok la me stop dulu..lain masa me celoteh pasal lain pula ye..hihihi..kat bawah ni me share beberapa gambar program ahad lepas...
p/s:bila wat sesuatu event baru kita dapat tahu siapa yang boleh diharapkan dan siapa yang malas...

Anekdot 4

Seekor anak katak pergi bersiar-siar di tepi sawah.Ternampaklah seekor lembu yang sedang meragut rumput.
"Besarnya haiwan itu!" kata anak katak terkejut kerana belum pernah melihat haiwan sebesar itu.Dek kerana takut, dia segera pulang ke rumah.
"Ibu, tadi saya nampak seekor haiwan yang sangat besar," beritahu anak katak pada ibunya.
Ibunya bertanya:"Adakah haiwan itu sebesar ibu?".Katak kecil itu mengeleng-gelengkan kepala."Ia lebih besar dari ibu!"jawabnya.
Si ibu mengembungkan badannya dan bertanya lagi:"Adakah sebesar ini?"
Anaknya tetap mengatakan haiwan itu lebih besar lagi.Ibunya terus mengembungkan badannya lebih besar lagi, lalu bertanya soalan yang sama.
"Tidak ibu, haiwan itu jauh lebih besar lagi,"jawaba katak kecil.
"Argh...! Mana mungkin ada haiwan yanug lebih besar daripada ibu. Cuba lihat, adakah ia sebesar ini?"kata ibunya, sambil terus cuba memaksa mengembungkan dirinya menjadi lebih besar.
Dan tiba-tiba...popppp!
Anak katak itu terkejut mendengar bunyi letupan itu. Badan ibu katak pecah kerana memaksa diri untuk terus mengembang.Ibu katak mati sia-sia kerana perbuatannya sendiri.

p/s: Janganlah kita merasa diri kita adalah yang terbaik dari yang lain.Tiada sesiapa yang sempurna.

Air Cincau sejuk penghilang dahaga

Sekarang ni musim panas kan...tekak asyik kering je..dah minum air bergelen-gelen pun rasa tak hilang hausnya..
Meh kita pekena air cincau sejuk setin dua ker...
Jom...

Makan je yang lebih...

Assalammualaikum...hai semua..apa khabar? Pada 13hb yang lepas me  pergi ujian bertulis untuk jawatan kerja yang me mohon..
Pehh...memang payah gila soalannya nk jawab..pape pun me dah buat sehabis baik..ada rezeki tak kemana kan...
So, lepas abis ujian tu, me terus pergi makan..al maklumlah, tak breakfast sebelum ambil ujian tu nervous punya pasal..hehehe..
Me dengan family pergi makan kat foodcourt kat eon Jusco Ayer Keroh..not bad la makanan kat situ..janji halal kan..
Me harap ujian yang dah me ambil tu adalah rezekinya kan..kalau tak ada mungkin ada rezeki yang lain..yang penting jangan putus asa dengan Allah swt..
#salam sayang dari me
Copyright by ungutinta.blogspot.com