Menjelang setahun

 
Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu sekarang kan...tau-tau dah masuk bulan Mei hampir masuk ke pertengahan tahun..
Bulan Mei..emm...Bulan yang memberi me kenangan yang akan me ingat sampai bila-bila.
Bulan Mei la juga di mana me telah kehilangan insan yang me sayang untuk selama-lamanya..
Sekejap je masa itu berlalu..
Dalam entri sebelum ini me ada cerita pasal pemergian arwah..Klik Sini
Segala kenangan dengan arwah akan me simpan dalam lipatan memori..
Semoga arwah tenang di sana..
Al-fatihah
 

Glurpp...


Di suatu malam yang belum pukul 12 tengah malam, me dan mak me duduk berbual di meja makan..berbual di meja makan tak makan pun..borak-borak je..maka terjadilah perbualan antara kedua anak beranak..
Me : Mak, tok Midah dengan mak umur sebaya ke?
Mak: Yela, sebaya..
Me : ooo...
Mak : Cuma dia dah bermenantu, cucu pun dah ada..cuma mak ni je la bila nak ada cucu...emm..
Me : Glurrpp...

Hihihi..me dah tak tahu nak jawab apa bila mak me cakap macam tu..
Sabar ye mak..insyaAllah ada rezeki dan jodoh anak mu ini..cuma tak tahu cepat atau lambat sahaja...
Kita doa yang baik-baik je mak ea...


Segmen :Klik-klik iklan


Hai uolls...jumpa lagi tapi di lain entri...hihihi...
Kali ini me nak wat segmen klik-klik..
klik-klik apa tu cik ungu?emm...klik-klik iklan la  ^_^
Apa kata uolls singgah blog me,like dan klik iklan dalam blog me..
Tapi uolls jangan lupa tinggalkan komen kat entri ini beserta link blog uolls tau...
Nanti me akan klik balik iklan kat blog uolls semula..
Nak mudah uolls klik je link iklan kat bawah ni..

http://www.milo.com.my/breakfast/pages/gallery.aspx
http://blog.nuffnang.com.my/2013/04/15/tm-manutd-mencari-ramli-blog-contest-win-old-trafford-trip/
http://weeclicks.com.my/?p=1199
http://heartbeat.my/index.asp
http://www.hishop.my/yadah/yadah-brightening-ampoule-30ml?utm_campaign=dealsnavigator_cpa_1063792&utm_medium=nn_banner&utm_source=nn_9095801



Jangan lupa klik tau..

^_^

100 dah...

my followers...sayang korang semua  ^_^

Alhamdulillah
Dah genap 100 followers dalam blog me...mungkin angka 100 tu tak banyak pada pendapat dan penglihatan uolls kan..tapi pada me ianya satu angka yang amat-amat besar...(touching jap...)
Terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah,mengomen,meng'like' dan seterusnya menjadi followers dalam blog me ini...me hargai sangat-sangat.. ^_^
Di ucapkan terima kasih juga kepada followers me yang ke-100 iaitu Encip Zamri Spoon kerana telah mengenapkan followers me... ^_^

Di atas kesudian uolls semua singgah ke blog me, membuatkan me akan terus berblog,berkongsi info,berkongsi kisah dan banyak lagi...yeehaa...

So, semoga bertemu di lain entri..
Take care uolls semua

lots of love

^_^


New header..yeahaa

 
Alhamdulillah....
Untuk pertama kalinya me berjaya buat header blog sendiri..walaupun nampak simple tapi untuk percubaan pertama ok la tu kan...hihihi
Lambat laun kalau rajin mencuba mana la tahu leh jadi expert kan..
Header me mcm biasalah tema ungu...i like ungu..
cer korang tengok hasil percubaan me membuat header..alaa..header biasa-biasa je..budak sekolah rendah pun boleh buat...

simple je kan...
So,bila me dah upload header tu ke dalam blog jadi la macam kat bawah ni..

jadilah mcm ni rupanya...
Me tengok pun mcm kelakar je kan..mcm ada yang tak kena je...uolls perasan tak..betul kan ada smthing wrong smwhere kan...
Ok la uolls,jumpa di lain entri ye..me nak pergi tengok apa yang tak kena header yang me buat tu..

lots of love

^_^

Bukan cerita politik

 
Hai uolls...sihat?ada yang deman tak...sekarang ni kan tengah sibuk di landa dengan penyakit demam..demam pilihanraya kan..tapi me tak demam pun..uolls ada yang demam pilihanraya tak...hihihi
Entri kali ini bukannya me nak sentuh pasal isu politik..atau membincangkan parti politik mana yang akan menang atau sebaliknya...tapi me nak cerita pasal calon-calon yang akan mentadbir,tanggungjawab dan amanah yang akan di pikul nanti..sebelum itu, me bukannya seorang yang taksub dengan politik ini tapi ianya hanyalah sekadar pandangan dan luahan dari seorang rakyat Malaysia seterusnya seorang muslim.
Sekarang ini negara kita tengah hangat dengan pilihanraya yang akan diadakan 5 Mei nanti..kepada calon-calon yang bertanding sibuk ke sana ke mari berkempen bagi meraih undi.Bermacam-macam kata,janji dan hujahan di sampaikan kepada rakyat sehinggakan apabila me dengar segala hujahan tersebut membuatkan me bertepuk tangan..(bukan tepuk amai-amai ye...)
Adakah segala kata-kata,janji-janji tersebut akan tertunai andai seseorang calon ini menang nanti?
Jangan nanti bila dah nak habis penggal,baru la sibuk nak menunaikan janji..baru la nampak muka turun melawat kawasan..buat-buat muka senyum yang pada awalnya memang tak tahu nak senyum...mungkin masa itu sudah terlambat bagi rakyat yang tahu menilai...
Berjanji bila dapat ditunaikan..jangan hanya omong kosong saja dong...
 
Andai ada yang membaca entri me ini tidak setuju dengan apa yang me sampaikan di sini, me tak marah dan tak kisah...sebab semua manusia/rakyat berhak bersuara menzahirkan apa yang di rasa kan...

Me harap pilihanraya kali ini berjalan dengan aman
Walaupun kita berkempen sakan tapi jangan sampai lupa dengan tanggungjawab kita sebagai muslim
Seimbangkanlah hal duniawi dan akhirat..

Peace no war!!!

Naik motor dapat pahala

 
 
Entri kali ni me nak share satu video pasal nak dapat pahala dengan mudah..Pernah dengar tak naik motor ke memandu kereta atau apa je jenis kenderaan dapat pahala..Mudah kan Allah nak bagi kita pahala cuma kita je belum tahu atau buat-buat tak tahu kan..
So, uolls semua cer klik link kat bawah untuk tahu macam mana caranya untuk dapat pahala bila memandu kenderaan..
Naik motor dapat pahala..klik sini 
 
Selamat menonton dan beramal
 
^_^

Sinisnya sebaris ayat dari Sang Arjuna

 
 Sang arjuna memang suka bercakap dengan menggunakan ayat yang "berbunga-bunga" kan...kadang kala kita tak pasti adakah ayat itu memuji,memerli atau sebenarnya ayat yang manis tapi mempunyai maksud yang pahit.
Jom ketahui maksud di sebalik kata-kata dari sang arjuna di bawah ini.
 
Katanya : "Semalam keluarga saya ada bertanya tentang awak."
Maknanya : Si dia betul-betul serius dengan kamu! (bagus kalau sang arjuna ada bercakap macam ni kan..)
 
Katanya : "Kenapalah baru sekarang saya berkenalan dengan awak, kenapalah tidak dari dulu?"
Maknanya : Si dia memang mengagumi kamu dan kamu berjaya mencuri hatinya!
 
Katanya : "Jom lepak sama-sama!"
Maknanya : Bukan senang si dia mengajak seseorang lepak dengannya, tetapi jika dia mengajak kamu itu bermakna si dia sangat selesa dengan kamu.
 
Katanya : "Setakat nak lepak dengan kawan-kawan, kenapa mesti nak pakai cantik-cantik?"
Maknanya : Dia cemburu dan takut kalau-kalau kamu di tackle orang lain
 
Katanya : "I need space dalam hubungan kita!"
Maknanya : Selamat tinggal pada hubungan kamu dan si dia.Si dia benar-benar sudah bosan dengan ikatan antara kamu berdua.
 
Katanya : "Jom date!"Saya jumpa awak terus di restoran,ok?"
Maknanya : Si dia memang tidak berminat dengan kamu kerana si dia tidak bersungguh-sungguh dengan kamu!"
 
Katanya : "Saya ni agak single"
Maknanya : Si dia mungkin sudah berpunya tetapi si dia masih tertarik dengan kecantikanmu.
 
Katanya : "Jangan risaulah, mak I memang macam tu.."
Maknanya : Ada kemungkinan ibunya tidak menyukai kamu
 
Katanya : "Buat masa ini saya masih tidak bersedia untuk gantikan tempatnya"
Maknanya : Si dia benar-benar hanya mahu berkawan dengan kamu, jadi jangan memaksa.
 
Sumber : Majalah dara.com
 
Kata-kata di atas hanya salah satu sign kepada perhubungan antara uolls dengan pasangan khususnya kepada kaum hawa.Tapi semuanya ketentuan dari Allah juga kan..
Me sarankan supaya janganlah terlalu sayang sepenuh hati kepada pasangan yang belum pasti jadi milik kita..

p/s : Masih mencari sang arjuna yang telah diciptakan untuk me  ^_^

Supplement SNE brand

Assalammualaikum semua...sihat tak?
Kali ni me nak wat simple entri je..me nak cerita pasal supplement yang me ambil..
Cer uolls tengok gambar kat bawah jenis supplement yang me ambil..me ambil 2 jenis pil dari brand SNE
Supplement yang me ambil ini untuk penjagaan secara menyeluruh dan kulit..
Dari muda ni la kita kena jaga kesihatan kan..mencegah lebih baik dari mengubati...
Ok, cer uolls share dengan me supplement atau makanan kesihatan yang uolls ambil..
Oohh ye sebelum terlupa..jangan lupa minum air kosong banyak kalau ambil apa apa supplement ye..

Jom kita hidup sihat..!!!

Years

Only to say happy watching this video from Aizat Hamdan (years from now) and 
Christina Perry ( A thousand years )




Really love this songs... ♥

Daftar,klik dan menang di WEECLICKS

 
 Hai uolls...sekarang tengah hot pasal segmen weeclicks kan..me sure ramai yang join sagmen weeclicks kat blog Abg Ben termasuk la me..saje je menjoinkan diri dalam segmen tu..lagipun leh tambah kenalan dalam alam maya ni kan..
So,pas join sagmen weeclicks tu, me terus sign up/daftar kat web weeclicks..uolls semua dah daftar belum kat weeclicks
Kalau belum cer klik link kat bawah ni untuk mendaftar
 
Weeclicks
 
 

Mudah je nak daftarnya.Pastu uolls copy and paste iklan weeclicks ke dalam blog,facebook atau twitter...
Mudah kan...oopss..tapi jangan lupa untuk sambungkan slogan di bawah ni
"Saya suka berkongsi di internet kerana......"
(uolls sambung dengan perkataan sendiri tanpa had perkataan)
Kemudian email kan kepada win@weeclicks.com.my

Untuk sebarang pertanyaan boleh klik SINI

Selamat mencuba..
Untung sabut timbul,untung batu tenggelam..
Tak cuba tak tahu kan...

Segmen: BEN ASHAARI dan WEECLICKS

 
 Uolls semua kenal tak dengan nama BEN ASHAARI..Memang tak patut kalau uolls semua tak kenal Abg Ben blogger terkenal kat Malaysia sekarang nie tau...Walaupun sibuk menjaga dak bam bam Qhaliff, Abg Ben sempat dan pandai bahagikan masa untuk mengupdate blog..Cayalah Abg Ben..Lagi-lagi tak lama Abg Ben insyaAllah akan dapat anak kedua..so mudah mudahan Abg Ben akan terus berblog..

Cer uolls klik link kat bawah nie, klik laa


BEN ASHAARI 
KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI?

Kerana dengan adanya talian internet ini ianya dapat memudahkan urusan perniagaan khususnya dalam bidang pemasaran.Selain itu ia juga dapat menjimatkan masa dan kos di tambah pula dapat menambah kenalan khususnya kenalan dari dunia blog ini.

 

Gi ngaji...

 

First time dengar lagu ini terus me suke..dengar berulang kali tu..walaupun lagunya sekejap tapi mempunyai mesej yang mendalam kan...
Sapa mahu comel?
Gi ngaji
Mahu di sayang Allah?
Gi ngaji
Mahu di cinta Nabi?
Gi ngaji
Mahu jadi kiut?
Gi ngaji
Mahu masuk syurga?
Gi ngaji

^_^

Bila bosan...

Assalammualaikum..hai uolls...watpe tu...boleh me jengah tak kalau bosan uolls watpe..me nak share salah satu hobi me yang terbaru..pernah dengar tak game 'pou'..game ni perlu kita bagi makan, medical, bagi tidur dan mainan kat pou ni..pou ni macam manusia juga dah makan tiba masa akan membuang juga..kena la bersihkan kalau dia membuang tu...bila dah kenyang minta tidur..kelakarkan..tapi dengan game ni tak lah me terlalu bosan kalau tak ada apa nak buat..sebab dalamnya dalam game lain yang boleh kita main untuk tambah coins.coins ni la boleh kita guna untuk beli makanan, pakaian, medical...me baru main sampai level 18 kalau tak silap me..
So kat bawah ni me ada wat screen shot game pou ni..

Teruskan memboikot

 
 
Alhamdulillah..segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam..yang telah menciptakan langit dan bumi..
Kalau nak bercerita pasal kekuasaan dan keagungan Allah memang terlalu banyak kan...
So,entri kali ini me nak cerita pasal memboikot...sehingga ke hari ini alhamdulillah me telah berjaya menahan diri dari menjebakkan diri dengan 'fast food' dari Mc Donald.
Sebelum ini me rajin la juga merajinkan diri ke Mc Donald.Rasa makanan kat situ sedap je exspecially burger dan buburnya kan..padahal kalau kita buat sendiri bubur kat rumah lagi sodapkan..
Tapi sejak peristiwa pencerobohan di Gaza dan Palestin yang telah mengorbankan ramai orang yang seagama dengan kita membuatkan me nekad untuk boikot McD.
Walaupun katanya McD kat Malaysia ni tidak menyumbangkan apa-apa dana membantu tentera zionis/israel di sana tapi di sebaliknya kita tak tahu kan..
Walaupun dengan cara yang sebegini tak dapat memberi impak yang besar tapi sekurang-kurangnya kita membantu penduduk Gaza dan Palestin yang seagama dengan kita dengan cara memprotes dan memboikot produk keluaran yahudi ini..Wahh..teremosi pula me kan...
InsyaAllah dengan istikhamah yang berterusan me akan tetap terus memboikot..jom pakat boikot ramai-ramai...
me ambil dr mr.google


Emak dah jadi YB..?

 
Apa khabar semua?Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat..Entri kali ini me nak cerita pasal emak me...insan yang paling...palinggg..paling me sayang,cinta,rindu,kasih...sama la juga dengan uolls semua kan..siapa yang tak sayang emak sendiri kan.. :)
Tanggal 1 Mac 2013 secara rasminya emak me telah jadi YB...ehh..betul ke mak jadi YB ini..YB yang berkhidmat untuk kawasan yang bertanding tu ke...wahh...tapi bila masa pula mak me ni masuk bertandingkan..
hehehe..uolls semua jangan salah sangka pula ye..bukan YB yang bertanding untuk parti-parti tu ye..ni YB khas untuk yang telah tamat berkhidmat dalam perkhidmatan..YB tu merujuk kepada Yang Bersara..
Ye, pada tarikh tu mak me telah bersara dari pekerjaannya.Hampir 30 tahun lamanya mak me telah berkerja mencari rezeki membantu ayah me untuk membesarkan anak-anaknya..siapa anak-anaknya tu,me la salah sorangnya...hehehe
So,dah bersara ni mak jadilah suri rumah sepenuh masa..tapi mak me ni tak boleh duduk diam..ada je kerja yang nak di buatnya..takpe la mak,buat la apa yang mak suka janji mak bahagia..di samping tu boleh la juga tambah amalan kan dekat rumah..insyaAllah...
Di kesempatan ini,me nak ucapkan semoga mak sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat dari Allah SWT.Semoga mak dipanjangkan umur,di beri kesihatan tubuh badan yang baik untuk membuat ibadah serta di murahkan rezeki...insyaAllah...Wani sayangggggg mak...
emak me yang pakai tudung warna biru..moh ler kalau nak berkenalan dengan bakal mak mertua..ahakss

 p/s : selepas ni ayah me pula akan jadi YB..sehati sejiwa depa berdua ni..semoga cinta mak ayah terus mekar hingga ke jannah...Aaminn...

Broken heart ( Hati rosak..ekk..)

 
 
Ouuchh..!!!
Sakitnya hati bila terluka atau dilukai...
Luka di dalam hati tiada siapa yang tahu...
Yang tahu cuma DIA yang satu..

Ohh..hati
Jagalah segumpal darah itu dengan sebaik mungkin
Berilah pada insan yang pandai hargai...
 
Andai terluka lagi,
Sujudlah,menangislah,meratapilah,di tempat sujudmu
Mengadulah kepada Tuhan Yang Maha Esa...

 

Percaya atau tidak inilah realitinya : Segmen OTAK

 
Hai semua..meh sat baca info yang me nak share ni..
Happy readings...
 
  • Teka teki,silangkata,sudoku atau yang sama jenis dengannya dapat membuatkan otak kita kekal dalam keadaan yang terbaik.Sama seperti otot,jika korang tidak berlatih secara kerap, ia akan kehilangan kemampuan untuk bekerja secara maksima.

     
  • Musim hujan memberi impak yang baik bagi otak.Pengkaji Australia mendapati,hujan mampu meningkatkan kemampuan otak untuk mengingat.Hal ini dibuktikan apabila sebuah kumpulan pengkaji dari University of New South Wales menjalankan ujian ingatan kepada pembeli di Sydney selama 2 bulan.Mereka mendapati mereka lebih mudah menjalani ujian ingatan itu lebih baik ketika cuaca buruk kerana ketika itu mereka sedang mengalami depresi.
     
    • Otak manusia lebih suka dengan segala sesuatu yang bergambar dan berwarna kerana gambar memiliki sejuta makna manakala warna pula akan membuat segala sesuatu menjadi lebih hidup daripada tulisan
       
      • Kome semua tahu tak,sebuah zoo yang terletak di Buenos Aries,Argentina membenarkan pengunjung-pengunjungnya menyentuh segala jenis haiwan yang terdapat dalam zoo tersebut.Lebih ekstrem,para pengunjung dibenarkan untuk memeluk beruang dan menunggang singa dan harimau(wahh...maunya tengah peluk atau tengah menunggang di 'ngap' nya kita..silap-silap tak sempat nak larikan diri...)
       

Kisah semalam : Epilog Cinta II

 
Ya...aku masih tidak boleh melupakan insan yang pernah aku sayang walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ini. Terlalu payah untuk aku melupakan segala kenangan yang telah tercipta antara kami dulu.Bagaikan baru semalam kami berjumpa dan tidak lama selepas itu kami berpisah mati.
"Maafkan aku Haziq kerana menolak cinta mu.." berkataku dalam hati.
Suara Azan membuatkan aku terjaga dari lamunan yang panjang ketika itu.Dengan segera aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk lantas ingin bersujud menyembah Allah yang satu.Bersujud dan berdoa memohon ketabahan hati serta petunjuk dari Sang Pencipta Alam semesta ini.
Esoknya, di pejabat seperti biasa aku menjalankan tanggungjawab menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah siap pada pandanganku.Hendak mengeluh tak baik sebab ini adalah punca rezeki dan tanggungjawabku.
Sedang aku leka menyiapkan tugasan, Haziq datang ke tempatku dengan muka yang serius.
Hatiku berdetik, "Alamak,dia datang nak tanya pasal hal hari tu lagi ke..apa aku nak jawab nanti.."
"Wani, laporan yang saya suruh siapkan hari itu dah siapkan ke belum?"tanya Haziq kepadaku.
"Aa..err..tinggal sikit lagi..",jawab ku tergagap-gagap
"Dah siap nanti tolong hantar kepada saya",jawab Haziq tegas.
Haziq merupakan ketua unit IT di mana aku adalah salah seorang staf di bawah penyeliaan dia.
Umur kami memang sebaya tetapi di atas tuntutan kerja di mana dia adalah bos, maka aku perlu mengikut arahan yang dia bagi.
Memang sepatutnya aku kena siapkan laporan yang dia mintak secepat mungkin tapi kerja aku makin bertambah-tambah kerana Aini kawan sepejabat denganku cuti bersalin.
Dengan segera aku menyiapkan laporan yang telah di minta dan menghantar terus ke pejabatnya.
Mujur, ketika aku menghantar laporan itu, Haziq tiada di dalam pejabatnya.kalau tak, terpaksalah aku berperang dengan perasaan sendiri.
Dengan kedudukan dia sebagai ketua aku juga membuatkan aku terpaksa menolak cinta dia.Aku tidak mahu ada mulut-mulut gatal yang jadikan aku sebagai bahan umpatan nanti.Aku dan Haziq bagaikan langit dengan bumi.Betapa jauhnya perbezaan antara kami sehingga diibaratkan sebegitu.\
Semenjak penolakan cinta dariku, aku perasan yang Haziq tidak banyak bercakap.Fokusnya hanya pada kerja sahaja.Dia semakin tegas denganku.Aku sebagai pekerja bawahannya akur dengan segala tugasan yang di beri tanpa mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja.Itu memang prinsipku.

Untuk hari-hari yang seterusnya,berlalu seperti biasa.Kisah antara aku dan Haziq dulu sudah lenyap begitu sahaja.Dia tidak lagi menghubungi atau menghantar pesanan ringkas kepadaku.Kalau ada pun semua yang berkisah pasal kerja semata-mata.Dan aku pun sudah selesa dan tenang dengan keadaan sekarang ini.

Hinggalah pada suatu hari aku telah mendapat sejambak bunga ros dan hadiah misteri dari pengirim yang tidak bernama.Kad yang ada pada jambangan bunga itu tertera nama penuh ku.Sambil memikirkan siapakah yang bagi, aku disergah oleh Aini.

"Wahh...wani,siapa yang bagi bunga tu?"tanya Aini kepadaku.
"Entahlah..tak tau siapa yang hantar.Tak ada nama pengirim pula tu" jawabku.
"Ada orang admire kat kau la tu..." usik Aini.
"Ishh...mana ada.Pandai je la kau ni Aini..siapalah yang nak admire kat aku ni.." balasku.

Aini pun berlalu meneruskan kerja.Aku masih memikirkan siapalah yang bagi semua ini.
Aku perhatikan sekeliling di pejabatku.Tiba-tiba mataku tertacap ke arah bilik Haziq.Terberhenti pandangan mataku ke bilik dia dengan sendirinya.

"Ishh..tak kan lah dia yang bagi semua ni..mustahil" kataku dalam hati
"Tidak..tidak..tidak...bukan dia yang bagi",bentak hatiku.

"Astaghfirullah..apa kena dengan kau ni wani..asyik memikirkan siapa yang bagi semua ini nanti semua kerja kau terbengkalai.." kataku pada diri sendiri.
Aku meneruskan kerja dan buat seperti tiada apa yang berlaku.Tapi, kepala otak aku ini tidak boleh berhenti dari terus memikirkan siapakah gerangannya yang menghantar bunga dan hadiah misteri itu.
Lagi pelik si pengirim tahu nama penuhku.

Bersambung.....







Lukisan sebuah kedamaian

 
gambar ehsan dr mr google
      Seorang raja mengadakan satu pertandingan melukis. Temanya mudah, tentang kedamaian. Maka,ramailah rakyat jelata yang ikut sama bertanding. Berkelilinglah sang raja melihat hasil-hasil karya yang di lukis. Daripada ribuan lukisan itu, ada dua buah lukisan yang memikat hatinya.
     Lukisan pertama mengambarkan sebuah permukaan telaga yang tenang. Air telaga itu bagaikan cermin yang memantulkan gunung-ganang yang indah dengan langit membiru dan awan yang berarak. Karya itu di lukis oleh seorang pelukis handalan.
     Manakala lukisan kedua, di lukis oleh seorang remaja yang pakaiannya compang-camping. Gambarnya hanya sebuah pergunungan yang tampak kasar dan gondol.
     Langitnya gelap kemerahan dengan kilat saling menyambar, tanda hujan ribut akan melanda. Di sisi gunung itu pula mengalir air terjun deras yang berbuih. Sedikit pun tiada ciri-ciri kedamaian pada gambar itu.
     Namun, ada sesuatu menarik perhatian sang raja dalam lukisan itu. Di tepi air terjun, tumbuh semak-semak kecil di celah-celah batu. Di celah-celah semak itu, ada seekor burung pipit tetap tenang mengeram telurnya tanpa menghiraukan hiruk-pikuk alam sekitarnya.
     Lalu raja bertanya pada remaja itu, "Di manakah kedamaian yang digambarkan kamu dalam lukisan ini?"
    "Tuanku, kedamaian bukan bererti anda harus berada di tempat yang tenang dan mendamaikan. Kedamaian sebenar adalah hati yang tenang, meskipun berada di tengah kesulitan dan keributan.".
Jawapan remaja itu membuatkan sang raja terus memilih lukisannya sebagai pemenang.
 
p/s : Ya, kedamaian ada di mana-mana. Asalkan hati kita sentiasa tenang meskipun dunia ini sentiasa dilanda pelbagai musibah dan malapetaka.
Copyright by ungutinta.blogspot.com