Carilah yang HALAL


Assalammualaikum semua..


Me nak share beberapa info yang amat berguna kepada uolls semua terutamanya kepada mereka yang rajin pergi bercuti dan menginap di hotel atau resort.
Sebagai ummat Islam kita mestilah perlu mementingkan sesuatu tu halal atau tak terutaman dari segi makanan dan minuman kan..
So, menurut Ustaz Dr.Izhar Ariff iaitu merupakan seorang Panel Tertinggi Halal Negeri Selangor dan JAKIM umat Islam bertanggungjawab untuk mencari hotel yang halal.
Maksud hotel yang halal adalah mencangkupi layanan kepada pelanggan muslim dan makanan yang dihidangkan sama ada halal atau tidak.
Menurut kata Ustaz itu lagi, antara kriteria yang di titik beratkan oleh pihak JAKIM dalam pemberian sijil halal kepada pihak hotel adalah ruangan dapur.Pihak hotel perlu menyediakan dua bahagian dapur iaitu dapur untuk makanan halal dan satu lagi untuk kegunaan dapur untuk memasak makanan yang tidak halal.
Selain daripada itu, pihak hotel juga perlu meletakkan tanda arah kiblat di setiap bilik botel dan menyediakan peralatan solat seperti sejadah dan kain telekung.

Dalam entri ini me share sebahagian hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM

BORNEO HOTEL SDN BHD,KOTA KINABALU,SABAH
11@CENTURY HOTEL JB,JOHOR BAHRU,JOHOR
A'FAMOSA RESORT HOTEL SDN BHD,ALOR GAJAH,MELAKA
ADMIRAL MARINA BERHAD(HOTEL),PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN
BARATEGUH SDN BHD(NOUVELLE HOTEL SDN BHD)SERI KEMBANGAN,SELANGOR
BATU BUROK BEACH RESORT SDN BHD,TERENGGANU
BAYVIEW BEACH RESORT PENANG,PULAU PINANG
BAYU BEACH RESORT SDN BHD, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD,KUALA LUMPUR
BUKIT MERAH RESORT SDN BHD,SEMANGGOL, PERAK

Untuk mengetahui lebih lanjut uolls boleh kunjungi laman web JAKIM tau..yang list kat atas tu hanya sebahagian hotel je yang dah dapat sijil halal..

Sumber : Majalah Mingguan Wanita

Senyuumm...senyumm.. ^___^


Wajah yang di mamah usia itu...


Assalammualaikum

Wajah yang di mamah usia itu adalah muka kesayanganku...
Wajah yang di mamah usia itu hendak ku tatap setiap hari..
Biar pun berasa bosan ingin ku lihat wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu yang memerah keringat mencari rezeki...
Wajah yang di mamah usia itu sentiasa ada di kala ku sedih atau kecewa...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah yang sanggup terima tatkala aku tersimpang jauh dari landasan hidup...
Wajah yang di mamah usia itu jugalah menjadi pendorong hidup buatku...

Walaupun usia makin menginjak ke senja,akan ku cuba untuk 
membahagiakan...
mengembirakan...
dan
mengukirkan senyuman di wajah yang di mamah usia itu...

Wajah yang di mamah usia itu wajah emak dan ayah ku...


.....senyummm ^___^


Klik Dengan Bijak ~ Puzzle Shuffle


Assalammualaikum..
Kabare?wes mangan?..ehh..apasal me ngomong jawa pula ni..hehehe..
Ok la, me nak wat simple entri kali ini..
Uolls pernah dengar tak kempen Klik dengan Bijak (KDB)


Kempen ini menggalakkan para pengguna internet macam kita ni la menggunakan internet dengan cara yang betul dan berhemat..
Kalau uolls nak tahu lebih lanjut leh jengah kat laman web SKMM dan FB Klik Dengan Bijak
Dalam FB Klik Dengan Bijak ini juga sedang di jalankan satu pertandingan Puzzle Shuffle.
Untuk syarat dan cara-cara penyertaan boleh uolls tengok kat link yang me bagi tu.
Ohh..sebelum tu uolls kena klik butang like page FB Klik Dengan Bijak dulu baru boleh join contest..

Selamat Klik Dengan Bijak!!!

p/s : salah satu tugas me adalah menyampai kempen klik dengan bijak ini kepada semua golongan :)

Senyumm ^__^




Penilaian yang sangat berharga


Assalammualaikum semua...
Cer uolls pandang kat bawah ni jap...
^
^
^
^
Taaaraa...blog me telah di review oleh Tun Aidil owner/admin kepada blog Geng Entry


Terima Kasih la bebanyak kepada admin Geng Entry kerana sudi jengah blog me dan review kat blog dia..
Actually blog me biasa-biasa je..apa yang terlintas dan ada masa me akan kongsi di blog..
Terima Kasih juga sebab admin sudi beri komen yang membina..me akan ambilnya sebagai tunjuk ajar ku sifu..ehh..boleh ke macam tu..hehehe
Sebelum ini blog me juga pernah di review oleh Nurfara Hani
Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka berdua kerana sudi review blog me...
Ini membuatkan me semakin bersemangat membara untuk aktif dalam berblog ni..cewahh..insyaAllah
Semoga jumpa di lain entri..daaa

p/s : me rasa touching la pula ;(

Senyumm selalu ^___^

Rajin vs Romantik

Assalammualaikum semua..
Apa khabar?buat apa tu.. :)
Entri kali ini me nak share beberapa pendapat ekoran daripada bual-bual kosong dengan sahabat-sahabat me yang telah berkahwin...
Sebelum tu, me nak tanya antara lelaki romantik dengan lelaki yang rajin mana satu pilihan uolls semua?
Kalau me, me pilih lelaki yang rajin dan ringan tulang..biar tak romantik tak hansem janji rajin.. :)

Ok..macam ni ceritanya..bagi pasangan suami isteri yang bekerja dan dah mempunyai anak pasti akan tak menang tangan untuk menguruskan kedua-dua tanggungjawab sebagai pekerja dan parents kan..
Pasti akan ada timbul cerita rumah bersepah la, tak sempat masak, basuh, sidai dan lipat kain baju pun seminggu sekali..pada uolls yang dah berkahwin pasti akan melalui situasi macam tu kan...
Pada para isteri yang mempunyai suami yang rajin dan ringan tulang tanpa disuruh alhamdulillah la..sekurangnya boleh ringan kan beban..tetapi kepada suami yang "rajin" hanya tolong bila disuruh pun alhamdulillah juga..at least, ada juga membantu walaupun perlu di suruh..apa-apa hal pun semuanya ada kebaikan masing-masing...

Walaubagaimanapun, para isteri perlulah mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi situasi di mana si suami akan membantu bila di suruh saja..dengan alasan kerja banyak,stress dengan kerja dan macam-macam la..pada me dalam urusan rumahtanggan masing-masing mesti tahu peranan dan tanggungjawab..jangan serah semua urusan rumahtangga kepada bahu si isteri..si suami seharusnya memahami walaupun ada masanya terpaksa merajinkan diri membantu isteri..
Ini semua hanya pendapat me... :)

Sikap rajin,ringan tulang adalah secara semula jadi..
Romantik tu istilahnya meluas..
Dengan membantu isteri di dapur,mengemas rumah sama-sama juga boleh di kira romantik..
So secara tak langsung, bila sikap rajin tu ada keromantikan tu akan ada juga..


p/s : Jom pergi gym tuk ringankan tulang..ehh..boleh ke macam tu..hehehe

Senyumm tak perlu kata apa-apa  ^_^



Aauuchum, alhamdulillah...


Assalammualaikum semua...
Aauuchumm..alhamdulillah..me bersin tu..heheh
Tu belum masuk bab batuk-batuk lagi..
Lately ni, me mengalami gangguan kesihatan..exspeacially pada tekak..
Bila tekak dah sakit secara tak langsung telinga dan kepala turut sakit juga..
Me rasa nak garu je tekak ni..rasa gatal sangat-sangat..dengan batuknya lagi..
Tapi, alhamdulillah me masih boleh bangun dan pergi kerja :)
Apa-apa hal mesti think positive bahawa kesakitan yang kita alami adalah kifarah atas hal-hal yang kita telah lakukan sama ada baik atau buruk..dapat menghapuskan dosa-dosa kecil..
InsyaAllah
Jangan fikir kesakitan yang kita hadapi ini satu bebanan atau sesuatu yang rumit..tiap penyakit ada penawarnya kecuali mati kan...


Senyum tetap senyum walaupun sakit
^_^




Walaupun sama tetap ada bezanya


Teruskanlah bersabar dan bertabah dalam mengharungi saki baki kehidupan yang ada...


^_^ senyumm

4 amalan penyelamat dari API

Di riwayatkan dalam Kitab Jauhar Mauhub, apabila di hantar mayat ke dalam kubur, akan datang kepadanya empat api
  1. Api pertama di padam oleh SOLATNYA
  2. Api kedua di padam oleh PUASANYA
  3. Api ketiga akan di padam oleh SEDEKAHNYA
  4. Api keempat akan di padam oleh SABARNYA
InsyaAllah..marilah kita sama-sama berusaha supaya dapat memadam keempat-empat api tersebut sebelum di jemput ajal..
Teruskan senyum walaupun dalam hati bergelora duka  ^_^

Bukan memilih, tapi....


Situasi 1
Kawan : Ko dah ada boyfriend belum?
Me : Kawan-kawan ada la..yang special tu belum ada lagi..
Kawan : Alaa..ko tu mesti memilih sangat...

Situasi 2
Kawan : Ko ni bila nak kahwin?tengok aku ni anak dah nak masuk 2 orang.ko tak kahwin-kahwin lagi
Me : Belum sampai jodoh aku lagi..nanti dah sampai masa aku khabar-khabar kan la..
Kawan : Ko tu mesti demand sangat..kalau kau demand sangat sampai ke tua la ko tak kahwin

Emm..uolls dah baca kan dialog dalam 2 situasi di atas..
Agak agaknya lepas uolls baca apa kesimpulan yang uolls dapat buat?
Nanti uolls komen tau..
Actually situasi kat atas tu biasa dah dilalui oleh wanita yang belum berkahwin,like me la...
Puas kita jawab yang baik, ada je balasan jawapan yang kadang-kadang menyentap jiwa kita dapat kan..
Siapa yang tak mahu kahwin kan..siapa yang tak mahu ada family dan anak-anak sendiri..
Masing-masing mempunyai takdir sendiri..mungkin juga ada yang mempunyai pengalaman sehingga membuatkan berhati-hati dalam memilih pasangan..
Apa-apa pun, hanya Allah swt saja yang tahu ajal,maut,jodoh,rezeki kita masing-masing..
Be positive...yeayy...

Senyumm lagi  ^_^

p/s : falsafah hidup me ada 2; kesabaran yang tinggi membuahkan hasil yang lumayan dan biar pun lambat kebahagian hidup pasti ada untuk kita..


1 like, 1 doa..boleh gitu?

Hai uolls..apa khabar?
Nak tanya, uolls nampak tak gambar kat atas tu?agak kabur kan..
Tulisannya pun berbalam-balam juga kan..
Actually me print screen dari FB tu pasal status hubungan me..
Ramai la juga yang meng'like' nya walaupun tak sehebat orang lain..
Me tak mengharapkan jumlah like nya tapi me mengharapkan doa yang ikhlas dari sahabat yang like juga dari uolls semua...
Tak rugi apa-apa kan kalau kita mendoakan sesama kita..malah Allah lagi bertambah-tambah sayang kat kita...
Tak semestinya bila bilangan like nya banyak bermakna kita ni popular/hot..betul tak?
Yang penting nawaitu kita betul atau tak..
Doakan yang baik-baik untuk me ye..
Love u uolls.. :)
Senyumm ^_^
p/s : doa orang mukmin kan senjata yang paling tajam

Rumah pengecas...apa tu?


Hai uolls...i'm back again..kali ni me nak share info yang berguna..
Griffin Multidock....siapa tu?
Rumah pengecas...apa tu?
Griffin Multidock adalah pengasas kepada rumah pengecas..apa pula rumah pengecas tu kan?
Rumah pengecas tu adalah peranti yang hanya memerlukan satu palam kuasa tetapi boleh mengecas 10 peranti dalam satu masa..
Andai di rumah tidak cukup plug untuk cas handphone,tab atau gadget yang lain, rumah pengecas ni boleh digunakan..
Agak-agaknya kat Malaysia dah ada ke macam ni?mesti harganya mahal kan...
Jom..layan gambar model rumah pengecas kat bawah ni...



Kredit : penpatah.blogspot.com
Cer klik SINI untuk maklumat lanjut...

Senyummmlah... ^_^


Info : Percaya atau tidak ~ inilah realitinya

Jom..jom..baca entri me ni..sedikit info yang me nak share
Check it out...

  • China Mobile adalah sebuah syarikat operator telekomunikasi yang memiliki jumlah pelanggan yang terbesar dengan catata 200 juta orang pengguna; melampaui Vodafone mencatat sekitar 186 juta orang pengguna.
  • Bandaraya Tokyo memiliki purata penduduk seramai 33 juta orang sekaligus mencatatkan bandaraya itu sebagai sebuha bandaraya terbesar di dunia selepas bandaraya New York dan San Paulo dengan jumlah penduduk masing-masing sekitar 17 juta orang
  • Internet networking pertama kali diperkenalkan pada 1969 oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency) dengan nama ARPANET.Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protocol rangkaian pusatnya dari NCP ke TCP/IP dan inilah internet yang kita kenal hari ni
  • Menurut kajian beberapa penyelidikan, khinzir dikatakan mempunyai kemampuan berfikir yang unik malah khinzir juga mampu membuat apa saja yang dilakukan oleh anjing dengan lebih pantas malah deria bau khinzir lebih tajam dari deria anjing
Lepas baca senyummm ^_^


Copyright by ungutinta.blogspot.com