FADHILAT SOLAT TERAWIKH...

Ini adalah fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh Saiyidina Ali
(r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat
(kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan
ramadhan:
malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.
malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh
serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan
dosa engkau.’
malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang
yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al
Quran.
malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang
bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan
masjid aqsa.
malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-
malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya
fir’aun dan hamman.
malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh
sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah
Ibrahim “Alaihissalam.
malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
didunia dan di akhirat.
malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).
malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam
syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara
di padang mahsyar).
malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar
didlam syurga daripada nur.
malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya seksa kubur.
malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar
malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat
diakhirat
malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000
kali haji yang mabrur.
malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang
berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa
sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan
didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga
yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada
telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama ‘al-Kauthar’”
-ihsan dari hamba Allah-

1MALAYSIA...



Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA...



TANGGAL 31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
HARI YANG MULIA HARI BAHAGIA
SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA
TANGGAL 31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
MERDEKA MERDEKA TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAH
MARI KITA SELURUH WARGA NEGARA
SAMA-SAMA MENYAMBUT HARI MERDEKA
31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
HARI MULIA NEGARA KU MERDEKA...


Setiap tahun kita merayakan sambutan hari kemerdekaan negara kita...tahun ini kita menyambutnya seiring dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan...mudah mudahan negara kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...kita sebagai warga Malaysia yang telah merdeka ini adakah benar-benar faham apa sebenarnya maksud kemerdekaan...bukan hanya semata-mata kita bebas dari belenggu penjajah tetapi kita juga mestilah memerdekakan minda dan cara pemikiran kita...hidup dan berpijaklah dengan kaki sendiri...pertahankan apa yang kita peroleh sekarang untuk diwariskan kepada generasi akan datang...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

AKHIRNYA...

Tanggal 13 Ogos 2009,tarikh yang tidak akan aku lupekan...aku telah grade pada tarikh tersebut...yahoo...tapi pada peringkat diploma je...tapi aku bangga sebab aku dapat juga merasai hari konvokesyen KUIM yang pertama...


-me-

Gambar ni diambil selepas tamat konvokesyen...bagaikan mimpi 3 tahun berhempas pulas belajar akhirnye tamat juga aku belajar...dapat juga aku naik stage ambik scroll hasil usaha aku belajar...aku grade dengan 3 pointer and above...


-me bersama dengan ayah tersayang-

Time nie aku rasa touching sgt sebab kedua ibu bapaku ada bersama dengan aku meraikan hari konvokesyen KUIM...tak dapat diungkap dengan kata-kata bagaimana perasaan dalam hati hanya Allah SWT saja yang tahu...


-me bersama dengan emak tersayang-

Cuma aku rasa frust sikit sebab insan yang bertakhta dihatiku tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan aku time tu...tapi apa kan daya tugasan yang membataskan untuk dia berada bersama meraikan kejayaan ku ini...aku harap dia akan sentiasa menyokong aku tidak kira walau dimana dia berada...

TAHNIAH...KEJAYAAN KU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) sempena dengan majlis konvokesyen pertama yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2009.
Tahniah juga diucapkan kepada para pendidik KUIM kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga kami dapat bergraduat.Kepada sahabat-sahabat ku dari FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN ingatlah segala memori-memori yang telah kita lalui selama 3 tahun bersama...
KEPADA :azie,wawa,farah,hidayu,yana,ila,hazida,ecah,hanim,teti,arfah,ayu,firdaus,ariff,razi dan aiman aku gembira dapat kenali kalian semua...aku harap ukhwah yang telah terbina ini tidak akan terputus di tengah jalan...aku sayang kalian semua...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BROWNIES COKLAT BUATAN KU...


Sedap x tgok brownies coklat kat atas...msti tgok sedap kan...kalu dpt rasa mesti lg sedap hingga menjilat jari...aku berjaya wat brownies coklat walaupun nie first time aku wat...bangga nye aku...hehehe gurau2 aje...selamat menjamu mata dgn brownies coklat aku nie...heheheeee....

TEMUDUGA...???


Pernah tgok logo kat sebelah x???Ye btol logo SPA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...semua skrg sdg mencari pekerjaan lbh2 lagi dr SPA ini...dan rezeki aku dpt g interview dr SPA ini.Dipendekkan cerita aku g la interview ini.Pagi2 aku dh kuar dr umah yela takut jalan sesak dan alhamdulillah aku selamat sampai n aku org yg ketiga yg awal sampai.Aku tunggula bile la nk start interview nie jantung aku dh xtentu arah berdegup.Tunggu punya tunggu akhirnye tibe la giliran aku kene di interview.Melangkah je masuk bilik interview ahli panel dh senyum kat aku..aku rasa jantung aku nk jatuh tp aku kuat kan semangat gak.Mcm2 soalan aku kene jawab dari yg peribadi hingga la isu2 semasa...aku duduk serba x kene dlm hati ckp bile la nk abis aku rasa dh dkt setengah jam aku di "soal siasat"...bile ahli panel ckp "terima kasih,Cik Nur leh kuar..."lega nya hati hanya Allah sj yg tahu...Alhamdulillah...skrg nie aku ngah tunggu result interview mkg pas raya br dpt tau samada aku berjaya or tak...smg aku berjaya dpt keje yg aku pohon nie...kalian semua doakan kejayaan aku k...

BUAT AYAH DAN EMAK KU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

11 JENIS MANUSIA DI DOAKAN OLEH MALAIKAT...

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Mohd Zawawi Yusoh
Editor: arisha27

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Sumber: Harian Metro

AYAHKU...ABD MAJID BIN MANSHOR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PERMATA HATIKU...AYAH DAN EMAK...



AYAH KU ABD MAJID BIN MANSHOR DAN EMAK KU KAMARIAH BT MD YUSOF...BERTEMU,BERCINTA SELEPAS KAHWIN DAN MEMPEROLEHI 5 CAHAYA MATA.SEMOGA KALIAN BERDUA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.DI BERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DI PANJANGKAN UMUR OLEH ALLAH SWT... DIMURAHKAN REZEKI SERTA DI BAWAH RAHMAT YANG MAHA ESA...

RINTIHAN HATI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kepada insan yang bertahta di hatiku,mengertilah bahawa diriku menyayangi dirimu dengan sepenuh hati...semoga engkau dapat membimbing diriku mengingati ALLAH SWT dan kita bersama-sama menuju ke jalan yang diredhai oleh-NYA...

SELAMAT HARI IBU DAN HARI GURU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA KU KAMARIAH BT MD YUSOF...ANAK MU INI BERTUAH MEMPUNYAI IBU SEPERTI MU...TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGANDUNGKANKU,MELAHIRKANKU,MENJAGAKU SERTA MENDIDIKKU SEHINGGA KE SAAT INI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT HARI GURU BUAT AYAHANDA KU ABD MAJID BIN MANSHOR SERTA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK KU...

PEMIMPIN DAN TANGGUNGJAWAB...

Setiap negara di seluruh dunia ada seorang pemimpin untuk menerajui pucuk kepimpinan.Kebanyakan pemimpin dipilih melalui undian dari rakyat mereka sendiri.Bagi yang berjaya menjadi pemimpin perlu memimpin dengan rasa tanggungjawab serta mengalas amanah yang telah di beri oleh rakyat.Corak pimpinan dari seorang pemimpin dapat mencerminkan kewibawaan dan ketelusan mereka dalam menjalankan tanggungjawab.
Namun,apa yang berlaku sekarang di dunia yang serba canggih ni aku lihat pemimpin sekarang hanya mementingkan kekuasaan dan pengaruh.Diorang semua ni hendak menjadi pemimpin hanya semata-mata inginkan nama dan hidup senang.Aku pelik la,apa yang diorang kejarkan hinggakan kebajikan rakyat terabai,berpecah belah,perpaduan entah ke mana.Aku tak nak nanti peristiwa 13 Mei berulang kembali.
Sebagai seorang pemimpin diorang tahu ker tak yang diorang la yang pertama akan di soal selidik terlebih dahulu apabila tiba masanya dihisab kelak.Kita ni kalu nak jadi pemimpin cerminkanlah dulu keperibadian,kewarasan otak dan sahsiah diri.Ini tidak asal ada pengaruh walaupun bodoh bedal je leh jadi pemimpin.
Aku tak cakap semua pemimpin berperangai macam tu.Masih ada lagi pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan telus.Apa-apa hal pun semuanya bermula dari dalam hati seseorang itu.
Korang semua dah lihat,dah baca,dah terasa...so lu fikir la sendiri...kalu ada kelancangan kata aku mintak maaf ini semua hanya pendapat yang aku rasa...

Aku

AKU,
TOLEHLAH KE BELAKANG
RENUNG DENGAN AKALMU YANG PANJANG
ADAKAH HADIRMU
BENAR-BENAR DIUNDANG…?
AKU,
KURNIA ILLAHI
MEMBERI SERIBU ERTI BUAT BONDA DAN AYAHANDA
MEMIKUL JANJI
AKU,
DARI SEBESAR TIGA JARI
HINGGA ENGKAU DI PUNCAK TINGGI
TERBALASKAH BUDI
JIKA KEJAYAAN INI
HANYA UNTUK DIRIMU SENDIRI…?
AKU,
SAMPAI SUDAH WAKTUNYA
ENGKAU PERLU BERSEMUKA
DENGAN KEWAJIPANMU
PADA BONDA DAN AYAHANDA
AKU,
APAKAH NASIB
APAKAH KHABAR
MEREKA BERDUA DI PINGGIR SANA
AKU…!
TOLEHLAH KE BELAKANG
MASIH ADA HUTANG
YANG WAJIB ENGKAU TEBUS
SEBELUM MEREKA BERDUA ‘ DI JEMPUT PULANG ‘



salam sayang dari me
Copyright by ungutinta.blogspot.com