Ambillah waktu.....



hargailah waktu yang ada...


“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”

sharing is caring
#salam sayang dari me

Kita golongan yang mana...??


Terdapat 4 jenis manusia, iaitu :

  1. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai. Oleh itu, berilah mereka peringatan.
  2. Manusia yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkanlah mereka.
  3. Manusia yang tidak tahu, dan tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang jahil. Oleh itu ajarkanlah mereka.
  4. Manusia yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka
(Al-Khalil ibn Ahmadal Farahidi)

Marilah kita sama-sama renungkan kita jenis manusia yang mcmane..dan kemudian kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri..InsyaAllah..Allah swt sentiasa ada bersama-sama dengan hambaNya...

sharing is caring
#salam sayang dari me

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Hai semua...cakk...I'm back again...hehehe
Me nak share la apa yang me terfikir time ngah dok rehat-rehat balek dari kerja...
Me terfikir pasal pelaburan untuk diri sendiri atau boleh juga di buat oleh ibu bapa untuk simpanan anak-anak...yela kan..simpanan nie penting bukan untuk hidup bersenang lenang nanti tapi untuk kegunaan semasa tengah terdesak ke, belanja sekolah anak dan sebagainya...
Meh tengok apa yang me dah fikir, me ada wat contoh kira2 kat bawah nie...

Contoh kira-kira

Simpanan di buat ketika anak sehari baru dilahirkan sehingga umur 6 tahun ye...
setahun ada 365 hari kan..
so, jangka masa dari umur sehari hingga umur 6 tahun ialah :
     0-6tahun = 365 hari x 6 tahun
                   = 2190 hari
Kita andaikan sehari kita saving RM 1
So,             = 2190 x RM 1
                  = RM 2190.00
didiklah anak menabung sejak dari kecil lagi
gambar dr mr. google
Dalam tempoh itu, mungkin memerlukan perbelanjaan kecemasan ke..so, jadikan simpanan ini sebagai tabung khas untuk anak-anak..
Bila dah cukup umur, anak-anak akan masuk alam persekolahan, so duit simpanan tersebut boleh digunakan sebagai permulaan anak melangkah ke sekolah...
Tapi simpanan ini biarlah berterusan sehingga anak-anak dewasa...
Segala apa yang me share ini adalah hanya pendapat peribadi me sahaja...
Terpulang pada pendapat dan kemampuan individu sendiri ye...

Ok lah...semoga bertemu di lain entri...
Daa...

#salam sayang dari me

Go Malaysia Go...!!!

Wahh...semangat nya me kan...Tajuk entri pun dah mengmbarkan betapa bersemangatnya me menyokong pasukan bola sepak Harimau Malaya...aauummm....hehehe
Best sangat2 tengok match antara Harimau Malaya vs Garuda malam tadi...
Memang cun la diorang main walaupun kadang2 benteng pertahanan negara di serang berkali-kali...
Syabas juga di ucapkan kepada penjaga gol Harimau Malaya, Farizal...nampak dia berusaha keras menjaga gawang gol kita dari ditembusi gol pihak lawan...
Me harap kepada players Harimau Malaya dapat bermain dengan bersungguh-sungguh menentang Gajah Putih pula pas nie..
Kepada Safee dan Mat Yo, kami semua menunggu gandingan mantap kalian menembusi benteng pihak lawan untuk menghasilkan gol..seterusnya dapat membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki ini untuk mempertahankan kemenangan 2 tahun lepas...

BERJUANGLAH HINGGA TITISAN KERINGAT TERAKHIR...!!!







#salam sayang dari me

Anak lelaki & perempuan

Salam semua....wahh...nampak rajin lak me nak mengupdate blog kn...
Bukannya apa, me suka share apa yang telah me baca pada korang semua...
So, kali nie me nak share pasal didikan yang perlu di bagi pada anak lelaki & perempuan
Wahh...mcm me dah kahwin la pulak kan..xpe2..tak salah kan kalu kita berkongsi apa yang kita tahu kan...
Meh baca kat bawah nie ye...

ANAK LELAKI
  • Latih sifat kepimpinan dalam diri mereka
  • Dekatkan mereka dengan institusi masjid & keagamaan
  • Lebihkan gerak kerja yang lasak, aktiviti luar & berpanas
  • Latih mereka menjadi imam solat berjemaah
  • Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seseorang lelaki seperti ilmu mempertahankan diri, berkebun, membaiki jentera dan sebagainya
  • Elakkan membeli alat permainan untuk anak-anak perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • Galakkan mereka sertai kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan seperti gotong royong dan sebagainya
  • Latih mereka untuk berdikari
kecil-kecil lagi dah pandai solat jemaah ye...Alhamdulillah
Gambar me ambil dr mr google
ANAK PEREMPUAN
  • Didik mereka untuk menutup aurat sedari kecil.Jangan pakaikan pakaian lelaki
  • Galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah
  • Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti robot, kereta mainan dan sebagainya
  • Latih supaya bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut
  • Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka sudah baligh
  • Ajarkan kemahiran hidup yang patut diketahui oleh seorang wanita agar mampu berdikari untuk diri dan keluarga seperti belajar memasak, mengemas rumah dan sebagainya
  • Didiklah mereka dengan keimanan dan kekuatan taqwa.InsyaAllah merekalah punca dan nikmat syurga di dunia dan akhirat

Korang dan baca kan..mudah-mudahan kita semua dapat terapkan info yang me share nie dalam diri anak-anak...

sharing is caring
#salam sayang dari me

Hidup bertuankan duit

gambar dari mr google
Salam semua...korang semua apa khbr?me harap semuanya sihat2 selalu...
Wahh...tajuk entri me kali nie bunyi nye mcm gah je kan...
Kenapa tajuk entri me mcm tu...?
Sebab sejak dua menjak nie selalu dengar cerita sebab duit semuanya jadi huru hara...
Duit tak banyak gaduh, duit banyak pun leh gaduh juga..
Kadang2 me tak faham apa yang sebenarnya yang diorang cari dalam hidup..
Agaknya tak ada duit banyak tak boleh hidup..boleh mati agaknya...
Come on la..duit boleh di cari tapi berpada pada lah...
Dahulukan dulu kasih sayang dalam keluarga...baru fikir bagaimana nak cari rezeki duit untuk kegunaan keluarga
Ini tak, tak kan la di sebabkan duit sampai nak buang keluarga la, tak ngaku mak ayah la...apa jenis orang da mcm nie...tak boleh nak berfikir dengan baik...
emm...teremosi lak me bila cite pasal nie kan...bukannya apa me geram dengan orang yang hidup bertuankan duit nie...
Ok lah, sebelum me jadi makin geram merapu yang bukan-bukan, baik me stop dulu mengomel kan...
Jumpe di lain entri lagi...

#salam sayang dari me

Kenangan zaman study

Entri kali nie me nak share video yang me wat sendiri.. Gambar2 dalam video tu semua sahabat-sahabat zaman me study dulu... Segala apa yang berlaku memang menjadi kenangan yang terindah dalam hidup me... Korang tak akan me lupakan sampai bila-bila...
Me rindu kat korang semua..
1)Azie
2)Wawa
3)Fara
4)Ila
5)Teti
6)Arfah
7)Yana
8)Azida
9)Ayu
10)Hanem
11)Kak Ina
12)Arif
13)Razi
14)Aiman
15)Daus
16)Arwah Idayu...arwah telah pergi meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya...

I MISS YOU ALL....

#salam sayang dari me

Tuhan jagakan mereka


" Suka Duka
Susah Senang
Sakit Sihat
BERSAMA..."


Inilah ahli keluarga me... ^_^
Simple words tapi membawa makna yang mendalam...
Tiada siapa yang dapat bersama-sama dengan kita dalam saat-saat susah melainkan ahli keluarga kita sendiri..
Rasanya ramai yang setuju dengan ayat me kat atas kan...
Even kita mempunyai kawan rapat mahupun buah hati, kita tetap akan cari mak ayah adik beradik kita bila dalam keadaan susah...
Diorng lah tempat yang boleh kita luahkan perasaan kerana tiada siapa yang mampu menjadi seorang penyimpan amanah janji yang terbaik selain daripada ahli keluarga sendiri...
So, jangan sia-sia kan ahli keluarga terutama kedua ibu bapa kita...
Ada masa ziarahi lah mereka telefon lah mereka selalu...Doakan yang baik2 untuk ahli keluarga...

I LOVE MY FAMILY.....

#salam sayang dari me





Copyright by ungutinta.blogspot.com