Siapa nak sihat dan cantik...?


Hai uolls...
Entri kali ni nak promote blog sahabat me ni..sahabat me ni ada jual produk kesihatan dan kecantikan khususnya kepada kaum wanita..apa salahnya kita bantu sesama sahabat kan...yeayy...inshaAllah semoga usaha sahabat me ni akan membuahkan hasil...
So..pada uolls yang ingin tahu lebih lanjut boleh ke SSAD BeautyCare..
Owner nya kecik molek, cantik dan merupakan ibu kepada 2 hero yang hansem... :)

p/s : kecantikan bermula dari dalam diri...

Teka teki : Mencari bijak pandai

Selamat berhujung minggu uolls...
Me nak bagi soalan teka teki ni..pada uolls yang ngah santai-santai tak ada buat apa-apa tu meh cuba jawab teka teki ni :)

  1. Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar? (muat ke kapal terbang masuk gua kan...hihihi)
  2. Ada leher tapi tiada kerongkomg.Apa ia?
  3. Soalan apa yang jawapannya sentiasa berubah setiap masa?
  4. Atas berbulu, bawah pun berbulu.Kalau digosok kuat-kuat ia kan menjadi merah.Apakah ia?
  5. Binatang apakah yang ada kaki tapi malas nak berjalan?
  6. Berjalan setiap hari, tetapi tidak keluar dari tempatnya.Apakah ia?
  7. Yang dikejar tidak boleh berjalan dan yang mengejar pula tidak mempunyai kaki.Apakah itu?
Selamat mencari jawapan...kalau ada yang tahu jawapannya jawab kat ruangan komen tau... :)

Madu,bermadu


Entri kali ni me nak cerita pasal madu..madu lebah ke hidup bermadu???
Madu memang sedap dan manisnya original..tetapi dalam manisnya madu kadang-kadang ada terselit pahitnya..nak cari madu yang betul-betul asli dan bermutu memang payah...hanya orang tertentu sahaja yang dapat rasa kemanisan madu yang asli...
Haa...uolls dah dapat tangkap belum apa yang sebenarnya me nak cerita ni..agak-agaknya cerita pasal madu lebah atau hidup bermadu ni...hihihi...
Ok la..actually me nak share sikit cerita dan pandangan pasal hidup bermadu ni..hakikatnya me belum lagi merasai alam berumahtangga tapi tak apa la kan me nak share pendapat peribadi..
Kaum wanita memang kalau boleh tak nak hidup bermadu atau dimadukan..Namun ada juga sesetengah kaum Adam tu teringin sangat nak beristeri lebih..andai diri tu mampu dari segi zahir dan batin serta boleh bersikap adil tak apa la juga..tapi ada juga yang nak beristeri lebih hanya sebab nafsu semata-mata...dan ada juga beri alasan sebab tak ada zuriat...emmm
Kalau alasannya sebab tak ada zuriat itu semua rezeki dari Allah..dan sekiranya dapat persetujuan dari isteri untuk berkahwin lain tak apa la juga..tak ada la berlaku perang dunia ke dua kan..tapi mana ada wanita beri persetujuan dengan rela hati..mesti sebelum beri jawapan berapa banyak kali kena fikir kan...selagi boleh usaha untuk dapatkan zuriat berusahalah..jangan sampai runtuh masjid yang di bina...
Tetapi kalau suami cari atau berkahwin lain sebab salah diri wanita sendiri itu boleh dielakkan..ramai yang kata lepas ada anak ketrampilan tidak dapat diuruskan dengan baik..maksud me dari segi kecantikan di mata suami la..kena la pandai berhias dan pandai ambil hati suami..bak kata mak me la, penampilan isteri kena seiring dengan penampilan suami...tapi jangan la sampai berlebihan pula kan...hihihi
Yang penting tepuk dada tanya sama hati... :)
Oppss...me rasa terlebih sudah berceloteh pasal madu bermadu ni..hehehe
See uolls next entri...

p/s : ohh...payung emas



Semoga cepat sembuh

Assalammualaikum...
Alhamdulillah..masih lagi di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini..esok lusa tak tahu la kan...semuanya di dalam perancangan dari Allah...
Lately ni me kurang sihat..selesema,batuk...sometimes badan rasa seram sejuk..nak kata demam tak juga..
Almaklumlah kan...cuaca sekarang ni tak menentu..kejap panas..kejap berangin..ni pun kat tempat me rasanya dah hampir 2 bulan tak hujan..cuma berangin je..
Tempias dari keadaan cuaca yang tak menentu ni, adik me yang nombor 2, angah pun tak sihat..kene selsema, batuk...
Adik me no 2 tu sindrom..so bila dia tak sihat tu hati kami sekeluarga memang risau...uolls faham-faham je la orang sindrom ni antibodinya macam mana kan..
So, dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, kena minum air kosong banyak-banyak, elakkan dari minum ais..

Semoga kak ngah cepat sembuh tau..

Kenduri kahwin + reunion (Part 3)






Kat atas tu adalah antara view dalam bilik penginapan me kat hotel..kat hotel mana??cer baca kat entri SINI kalau nak tahu me stay kat hotel mana..hihihi
Harganya pun boleh tahan juga woo untuk satu malam dan malam berikutnya..almaklumlah hotel antarabangsa yang ada cawangan di beberapa negara..tapi servis dan makan memang best..me bagi 4 bintang... :)
Next...me cerita pasal wedding kawan me pula ok..
Cer uolls tengok gambar-gambar indah suasana wedding kawan me ni..memang awesome la..



Kat bawah ni pula gambar-gambar kami bila dah berkumpul..mengalahkan pengantin pula ambil gambar..hihihi...memang happening la..cer uolls cari me yang mana satu..hihihi..



Rasanya kitorang la yang paling ramai bergambar kat pelamin dengan pengantin :)



Kepada sahabat me Joomizan Binti Nordin dan suami, me doakan semoga mahligai yang di bina kekal hingga ke syurga di samping di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..juga kepada sahabat me yang lain juga me doakan kalian dan pasangan bahagia hingga hujung nyawa di bawah Rahmat Allah swt..aaminn..
"Aku sayangggg korang semua dunia akhirat...."

p/s : friends potrait :)

















Kenduri kahwin + reunion (Part 2)

Ok la..entri kali ni adalah sambungan dari entri yang lepas..alaa..entri me pergi KL siap mabuk sebab dah lama tak naik bus tu...hihihi
Dalam entri yang lepas tu, me janji ada nak cerita kat mana wedding kawan me tu kan..
Actually..wedding kawan me tu di buat kat Hotel Pullman Putrajaya Lakeside...memang grand la...first time tu me pergi wedding kat hotel..hotel 5 bintang pula tu...
Kat bawah ni antara view kat hotel yang sempat me snap..mana la tahu antara uolls nak buat wedding kat hotel ni kan...







Kat hotel ini la juga, berlaku pertemuan antara me dan kawan-kawan sekolah dulu..kiranya macam reunion la..dalam entri sebelum ni pun me ada cerita pasal kawan sekolah me yang dah lama tak jumpa..memang best sesangat.. :)
Masing-masing dah berkahwin dah ada anak..me juga yang masih single mingle lagi...hihihi
Kat bawah ni antara kawan me yang hadir awal sebelum wedding..ohh ye..wedding nya belah malam..



Sementara tunggu majlisnya belah malam kitorang lepak dan berbual bual mengimbau kenangan katakan... :)
Next entri me akan tunjukkan pula view dalam bilik hotel pula ye...check it out...





Copyright by ungutinta.blogspot.com