Kenduri kahwin + reunion (Part 1)


Wahh..rasa macam dah la tak update blog..ada la dalam 4 hari..bukan 4 bulan bukan 4 tahun ye..hihihi
Sebenarnya me tak sempat nak update blog sebab me pergi kenduri kahwin kawan..kawan satu sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah
Me pergi naik bus dari Muar..tapi dalam perjalanan ke terminal bus kat Muar me mabuk..bukan mabuk sebab preggy ye..mabuk sebab me dah lama tak naik bus..siap kepala miong-miong lagi :(

Sampai je kat terminal bus Muar me terus beli tiket ke KL turun di TBS
Sebelum tu me sempat singgah kedai beli asam bagi nak hilangkan rasa mabuk..dasyat kan me ni..hehehe


Dalam perjalanan ke KL pun me mabuk juga..aaishh...mabuk lagi..tapi kali ni ada aircorn kurangla sikit rasa mabuknya berbanding sebelum tu..dapat la juga me lelapkan mata kejap..
Kat mana wedding kawan me tu dan apa event yang ada tunggu me update nanti ye... :)

p/s : ada petua tak macamana nak hilangkan mabuk dan apa puncanya...share ye :)





Masak sesedap rasa je


Sempena dengan hari lahir me hari ni, me merajinkan diri memasak untuk family.Lagipun mak me puasa hari ni so me take over la kat dapur kan..me masak yang simple je tapi biar puas hati kan
Me masak lauk ayam..ayam masak ros..macam kat dalam gambar kat bawah ni..

Rasanya macam ayam masak merah atau sambal..buatnya pun simple je..
Janji family me boleh makan dah memadai pada me..nak jadi sedap datangnya dari hati yang ikhlas memasak..haa..tu ramuan paling utama :)
Lauk ayam masak ros tu boleh di makan dengan nasi putih,nasi ayam,nasi minyak atau nasi tomato..
Selain tu, me ada juga buat puding kastard dengan kuah campur buah-buahan dalam tin..
Uolls pasti pernah buat kan puding kastard ni..simple sangat nak membuatnya..yela,last week kan dah sambut birthday mak me dah ada kek semua..rasa muak pula nak makan kek lagi..so me decide buat puding kastard ni jela..makan time sejuk lagi layan woo...
Selagi kita boleh makan, kita makan... :)




Tambah umur tambahlah amal juga

Selamat hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi Hazwani..selamat hari jadi... :)
Cewahh..nyanyi lagu selamat untuk diri sendiri nampak..hari ni hari jadi me yang ke 29 tahun...
Bertambah lagi setahun umur..Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk me bernafas lagi sehingga hari ni..
Tiada sambutan..tiada potongan kek yang besar..tiada keraian pun..Cukup la hanya sekadar mendapat doa yang ikhlas dari family dan kawan-kawan...
Semoga dengan pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal ibadah dalam hidup..inshaAllah


p/s : merancang dan melaksanakan apa yang telah di rancang..semoga dipermudahkan :)

Memori tercipta



Wahhh....gambar kenangan dengan adik-adik serumah masa study dulu..ini semua kisah hampir 7 tahun yang lepas..susah senang,suka duka kami bersama..ketawa bersama menangis pun bersama..ehh..macam pernah dengar pula ayat tu tapi kat mana ekk...hihihi


Time tu me dalam kategori kecik molek la..tapi sekarang bukan kecik molek lagi tapi dah jadi debab tergolek...hehehe.."aku yang dulu,bukan yang sekarang ye..." :(
Betapa jelesnya me lihat gambar me sendiri kat atas tu...waahuuhuhu...
Walau apa pun, me harap ukhwah yang terbina antara kami dulu akan terus kekal hingga akhir hayat

p/s : kenangan lama menjelma dalam memori yang tiada sempadan



Seekor merpati kecil


"Kau umpama merpati putih, patah sayapnya di udara..."
Ingat lagi tak lirik lagu kat atas tu...ala...lagu dari kumpulan OAG la, merpati putih...
Apa kena mengena dengan burung merpati pula kan...actually me nak share sikit cerita pasal merpati ni..
Burung merpati adalah burung yang tidak menduakan hatinya.Adakah merpati suka berganti pasangan??Jawapannya tidak.Ia tetap setia dengan satu pasangan hingga akhir hayat.
Walau sejauh mana merpati terbang, ia tidak pernah sesat untuk mencari jalan pulang.
Jawapannya tidak.Ia tidak akan sesat kerana ia cukup menghafal jalan untuk kembali.
Sifat merpati adalah romantik.Perhatikan tatkala merpati jantan berlagu memberi pujian kepada merpati betina sehingga merpati betina tertunduk malu.Pernahkan ia saling membenci?Jawapannya tidak.
Merpati faham erti bekerjasama.Apabila membuat sarang, merpati jantan dan betina akan silih berganti terbang mencari ranting.Apabila merpati betina mengeram, merpati jantan akan berjaga di luar sarang.Pernahkan melihat ia saling tidak mempedulikan tanggungjawabnya?Jawapannya tidak.
Merpati si burung yang tidak mempunyai hempedu.Oleh itu, ia tidak menyimpan kepahitan sehingga membawa kepada rasa dendam.Kenalkan ia dengan perasaan sebegitu?Jawapannya tentu tidak.
Me harap uolls semua dapat ambil iktibar dan pengajaran dari cerita pasal merpati yang me share ni ye... :)

p/s : jika seekor merpati kecil boleh melakukan perkara di atas, kenapa pula kita tidak boleh lakukannya..kan..kan...kan...

Terbaik : Parking bawah tanah


Uolls pernah tak mengalami masalah nak cari parking bila nak pergi shooping complex dan sebagainya...?
Me kalau keluar drive paling lemah bila nak cari parking..asyik penuh je memanjang..kadang-kadang dekat 10-15 minit mencari/menunggu kalau ada parking kosong..fuhh..mungkin ada jalan penyelesaian bagi masalah ini..tapi sebelum tu cuba uolls tengok gambar kat bawah ni jap :)

Gambar apa tu kan..?Haa..tu la gambar bagaimana rakyat Itali menyimpan/parking kereta mereka.Di sana mereka ada parking bawah tanah.Ianya tidak memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan kereta.


Tapi kat Malaysia belum ada lagi sistem parking macam ni..mungkin sebab kos pembinaan atau struktur bawah tanah yang rumit untuk buat sistem parking macam ni...

Sumber : Penpatah





Kawan lama yang dah lama tak jumpa


Tak sabarnya nak tunggu hujung minggu ni..nak pergi jemputan kahwin kawan me...kawan dari zaman sekolah rendah..yang mana satu ek yang nak kahwin tu?alaa...yang gambarnya besar di tengah-tengah tu la bakal pengantinnya :) pergi jemputan kahwin sekali dengan reunion la ni..hihihi
Gambar-gambar kat atas tu actually kawan rapat me dari sekolah rendah dan ada dari sekolah menengah..ada hampir 10 tahun lebih woo tak jumpa..ada juga beberapa tahun lepas me jumpa..
Almaklumlah..bila lepas SPM semua buat haluan masing-masing kan..semua nya dah kahwin dah ada anak-anak..
InshaAllah lepas ni, me dan kawan yang belum berumah tangga akan menyusul kemudian :)ehem..ehem...

p/s : Rumahtangga yang bahagia di bina dari asas agama yang kukuh :)


The wedding breaker,berikan aku bahagia



The Weeding Breaker atau Berikan Aku Bahagia??
Actually, kedua dua novel tu me dah beli..novel TWB tu dah habis baca pun..novel Berikan Aku Bahagia me tengah baca sekarang ni.. :)
Uolls semua dah tahu kan cerita Ariana Rose yang ditayangkan kat TV3 tu di adaptasi dari novel TWB kan...awalnya me tak tahu yang cerita kat TV3 tu di adaptasi dari novel TWB..yela, tajukknya pun lain dari tajuk novel..me sebenarnya tak tengok pun ceritanya kat tv..me baca novelnya je..me lagi teruja nak baca novel dari tengok cerita yang dilakonkan..pada pendapat me la, jalan cerita dalam novel adalah jalan cerita yang sebenar diluahkan oleh penulis..bila dah dijadikan cerita mesti ada yang ditokok tambahnya...tu yang jadi tak berapa nak cantik jalan ceritanya dari yang asal..
Sebenarnya ada pro dan kontra bila cerita yang ditanyangkan kat TV di adaptasikan dari novel...
Hanya jauhari yang mengenal manikam kan....

p/s : membaca jambatan ilmu :)



Makan sedulang,tidur sebantal...


Ada apa dengan gambar kat atas tu kan..haa..tang tu la yang me nak story morry dalam entri kali ni..
Sejak kecil lagi, kalau waktu makan malam terutamanya mak me mesti senduk nasi dan letak dalam dulang..siap letak lauk pauk atas nasi..lepastu mak suruh makan dengan adik beradik yang lain..waktu tu me tak adala pula terfikir kenapa mak letak nasi dalam dulang dan kami di suruh makan sama-sama.
Tapi bila menginjak umur masuk alam remaja, kami dah tak makan lagi dalam dulang seperti sebelum tu.
Bila kami masing-masing dah masuk ke alam dewasa sekarang ni, terimbau kembali apa yang pernah kami buat dulu bila nak makan.Sekarang, baru me faham kenapa mak me letak nasi dan lauk pauk dalam dulang dan kemudian suruh kami makan sama-sama..semuanya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama adik beradik.Memang seronok makan sama-sama dalam dulang ni..sambil-sambil tu kita boleh bual-bual kosong antara satu sama lain kan :) walaupun lauknya kadang-kadang masak bening dengan ikan goreng je, bila makan sama-sama berselera memang tak ingat la..hihihi...
Mak me ada cakap juga, dari kecil la kita kena belajar jaga hubungan adik beradik dan kekeluargaan.
Senang cerita, susah senang kita tetap bersama :)
InshaAllah..bila me dah berkahwin ada anak me akan cuba praktikkan apa yang mak me buat kat me dan adik beradik yang lain...

p/s : dah makan sedulang, tidur pun kami sebantal juga... :)


Selamat hari lahir mak


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu berdua
Allah selamatkan kamu

Tanggal 17 Januari yang lepas, mak me genap umurnya 57 tahun.Semoga mak dipanjangkan umur dan di beri kesihatan yang baik berpanjangan sehingga akhir hayat :)
So, me dengan adik beradik me yang lain telah buat plan yang simple-simple je untuk sambut hari lahir mak.Ayah me pun join juga dalam plan kitorang.Alaa...me buat suprise kek je untuk mak me potong.Pastu beli KFC sikit..makan ramai-ramai..kebetulan adik beradik me semua ada kat rumah..lagi cun la kan..hihihi...



p/s : tanpa kedua ibu bapa kita tak kan wujud kat dunia sekarang ni kan...

Kene hulur duit baru boleh buat kerja ke...

Emm..sikit punya panjang da tajuknya...bukannya apa nak bagi uolls mengerakkan bola mata lama sikit..senaman katanya...hihi
Sebenarnya me geram kat satu agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan ni..takrif dah naik tapi kerja tak buat betul juga..
Macam ni ceritanya..dalam bulan November lepas, ayah me ada hantar surat kat agensi ni..surat permohonan untuk mengalihkan tiang elektrik..sebabnya tiang tu block kat laluan masuk ke rumah..dari cerita yang mak me bagitahu bila sampai je kat pejabat agensi ni, staf yang jaga kat kaunter cepat-cepat ambil surat dari ayah me selepas ayah me cerita apa tujuan datang.Staf tu cakap nanti dia akan hantar orang tengok dulu.Selang dalam 2 hari macam tu la, ada la orang datang tengok tiang elektrik tu dan siap cakap akan alihkan kemudian.So, ayah me tunggu je la sejak dari hari tu sampai sekarang haram tak ada tindakan langsung.Bila telefon tak berangkat langsung..macamana buat kerja ni oiii...
Tak kan la kene hulur duit baru nak datang buat kerja..itu dah kira rasuah encik oii...bukannya jauh nak alihkan tiang elektrik tu setakat selangkah dari tempat asal pun...bila lambat bayar atau ada tertunggak dapat la surat amaran siap cakap nak potong elektrik bagai..tapi bila rakyat buat permohonan yang tak seberapa buat tak tahu je..
Kepada pihak yang berkenaan tolonglah buat kerja itu bagi telus..jangan sampai bila dah ada aduan baru terhegeh hegeh nak selesaikan masalah..

p/s : menahan geram ni...

Pengutip gula-gula getah

Jika bercakap pasal kebersihan, semua orang ingat membersihkan kawasan, mencuci longkang, tandas dan sebagainya.Tetapi ada tak uolls terfikir di sebalik membersihkan kawasan pasti ada serpihan gula-gula getah yang bersepah-sepah.Dan uolls ada tak pernah terdengar kerjaya yang menawarkan khidmat khas mengutip gula-gula getah?
Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang janggal dan kelakar tetapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud.Jawatan tersebut di beri nama sebagai Gum Removal atau pengutip gula-gula getah.Pekerjaan ini hanya ada di beberapa tempat sahaja seperti di Washington, Amerika Syarikat.
Kerjaya mengutip gula-gula getah ini bertanggungjawab memastikan seluruh kawasan di Washington khususnya bersih dari gula-gula getah.Difahamkan kerjaya pengutip gula-gula getah ini boleh mencecah sehingga 5 angka...(banyak tu..kalah gaji me...)Cuba uolls bayangkan betapa lumayannya, jika dipilih menjadi salah seorang pengutip gula-gula getah...hihihi

Gambar kat atas tu menunjukkan pekerja sedang mengutip gula-gula getah yang melekat di jalan dengan menggunakan mesin yang khas.
Gambar kat atas tu pula adalah peralatan khas yang digunakan untuk mencuci kesan kotoran hitam gula-gula getah.
Seperti yang sedia maklum, negara jiran kita Singapura telah mengadakan undang-undang larangan memakan gula-gula getah kepada rakyatnya kan...tujuannya adalah untuk memastikan negara mereka bersih dan tiada kesan kotoran akibat daripada gula-gula getah ini.
kat Malaysia belum ada lagi larangan memakan gula-gula getah lagi kan...mungkin sebab rakyat kita ni pembersih kot..tahu makan tahu buang...tetapi ada juga yang tahu makan tapi tak tahu buang kat mana kan...
So, jawatan pengutip gula-gula getah belum wujud lagi kat Malaysia...hehehe

p/s : isu pembuangan sampah yang tidak terkawal menjadi salah satu isu yang hebat di perdebatkan...


Salam MaulidurRasul 1435H



"KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI"
~Nabi Muhammad SAW~
Di lahirkan pada 20 April bersamaan dengan 12 Rabiuawal tahun gajah di Kota Makkah.Kelahiran baginda membawa rahmat dan anugerah yang teragung kepada seisi alam.Dari kecil lagi baginda telah menunjukkan sifat keperibadian yang terpuji sehinggalah baginda wafat.
Baginda mempunyai akal yang bijak, pandangan yang jauh,mempunyai semangat juang yang tinggi serta berani menempuh cubaan dan dugaan ketika melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah dan selepasnya.Sifat dan semangat baginda perlulah kita contohi bagi menyambung segala dakwah dan perjuangan yang telah baginda tinggalkan kepada ummatNya.Semoga syiar Islam akan terus mekar dan bersinar ke serata dunia..inshaAllah



p/s : Blogger berselawat :)

Diet DIY

Do it yourself...lakukan sendiri

Rambut sihat - minum banyak air, sayuran berdaun hijau, buah-buahan segar, kekacang dan kentang.Elakkan makan makanan yang pedas, bergoreng dan berminyak.Elakkan minum minuman yang berkafein.

Perut kempis - Ambil makanan dan minuman ketika masih panas.Bantuan anti-toksin perut adalah dengan mengambil kacang badam dan buahan kering.Berpuasa juga dapat membantu mengempiskan perut yang buncit.

Lengan cantik - Gandakan pengambilan sayuran dan buah-buahan ketika makan tengahari dan malam agar kulit anjal.

Daya tahan badan - Makan sedikit tetapi kerap agar badan bertenaga.Sentiasa bawa bekalan buah-buahan dan kekacang kaya tenaga ketika beribadah.Minum banyak air dan air adalah penambah tenaga ketika bersenam.

Kadang-kadang datang lupanya

Assalammualaikum

Semenjak negeri Johor bertukar cuti hujung minggu ni, me actually macam biasa je sebab hujung minggu memang me kerja.Tapi ada masanya me terkeliru juga juga...hihihi
Yela, sebelum ni sabtu dan ahad me ada buat training class komputer..tapi bila dah tukar cuti hujung minggu ni kadang-kadang me terlupa hari..
Bagi penjawat awam yang bekerja di negeri Johor, mesti pada awalnya agak kekok kan nak bekerja pada hari ahad.Tapi kalau tak silap me awal tahun 1990-an keadaan seperti ini pernah berlaku juga.Pada awal tahun 1990-an tu me baru masuk alam persekolahan, so sempatlah me bersekolah pada hari ahad.
Sebenarnya tak ada perubahan sangat bila kene bekerja dan bersekolah pada hari ahad.Yang penting hari Jumaat cuti dan dapat tumpukan lebih pada ibadah kan..itulah tujuan utama perubahan cuti hujung minggu ini di ubah..semoga niat baik ni diberkati oleh Allah..inshaAllah
So, selepas negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad, negeri Johor pula telah mengikut jejak langkah bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.
Agaknya lepas ni ada lagi tak negeri lain mengikut jejak langkah ke empat-empat negeri ni..

p/s : selepas ni kena plan buat kerja kahwin hari Jumaat la...hihihi


Mini GA Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Pada yang nak join itu, pastikan uolls ikut syarat-syarat yang telah di tetapkan..
Me dah join, uolls bila lagi... :)


Pretzel coklat..makan lagi


Biskut pretzel coklat...me baru first time try..not bad..
Ia ada pelbagai jenis ada pretzel coklat badam,strawberi pun ada kalau tak silap me la..tapi me cuba pretzel coklat biasa je..
Lately ni, me asyik post pasal makanan je kan...niat di hati nak diet sebab badan me dah smakin naik :(
Tapi alangkah sedihnya bila melihat makanan melambai-lambai mengoda minta di makan...hihihi
Bak kata makcik me, selagi kita boleh makan kita hargai nikmat nak makan tu..bila nikmat nak makan tu dah tak ada tak dapat la makan apa yang kita nak kan..tapi nak makan tu berpada-pada la juga kan :)

p/s : mulut ni asyik nak menguyah je...


"Makanan" untuk rambut

gambar hiasan dari mr.google
"Rambut Rasulullah SAW tidak terlampau keriting, tidak pula lurus kaku, rambutnya mencapai kedua daun telinganya."
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jariri bin Hazim, dari Hazim yang bersumber dari Qatadah)

Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita.Memiliki rambut yang cantik adalah satu lumrah idaman setiap wanita.
Namun, bagi wanita yang bertudung usah memandang remeh terhadap rambut anda walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi dari pandangan luar.
Berdasarkan kajian, ramai para wanita mengalami masalah keosakan rambut atau mudah mengalami keguguran rambut.Di sebabkan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya.
Antara masalah utama rambut bagi mereka yang bertudung adalah :
  1. Rambut berbau
  2. Rambut mudah gugur
  3. Kulit kepala berminyak
  4. Hujung rambut berbuah
  5. Berkelemumur
Berikut adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut
  • Telur - Telur mempunyai vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut untuk kekal sihat dan bermaya
  • Gandum - Gandum menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik unutk kekuatan rambut.
  • Beras merah - boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.
  • Ikan salmon - Kandungan omega 3 yang melimpah di tambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 yang menjadikan kulit kepala kekal sihat.
  • Sayuran hijau - sayuran hijau tedapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
  • Buah-buahan - Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi. lemon, kubis brussel dan jambu batu.Selain itu, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.
  • Minyak zaitun - minyak ini mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B  kompleks, vitamin C, vitamin E, vitamin D dan beberapa mineral lain.Cara menggunakan minyak ini adalah dengan membasahkan rambut dengan air, kemudian sapukan minyak zaitun ke seluruh bahagian rambut.Biarkan selama 20 minit kemudian bilas.Selain itu, minyak zaitun dapat membasmi kutu.Caranya dengan menyapu minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur dan tutup/balut kepala dengan kain.Minyak zaitun juga pun mampu menghilangkan kelemumur dengan cara titiskan minyak zaitun pada syampu kemudian usap sehingga berbuih di rambut dan bilas.
p/s : banyak kan khasiat minyak zaitun yang kita tak tahu...

Ikan siakap banyak rasa


Nampak tak mood memasak me menjadi-jadi sekarang ni..me pun tak tau kenapa..mungkin sebab me dah agak lama tak pegang sudip dan senduk kat dapur la ni..hihihi..kalau dah lama tak masak takut skill memasak tu dah tak ada kan..so me pun masak la yang simple je untuk family..
Uolls pun dah tahu apa yang me masak kan...tuuu..dalam gambar tu la..ikan siakap masak 3 rasa..tapi me rasa bukan 3 rasa, banyak rasa adalah...hehehe
Me bukannya expert bab memasak ikan besar-besar ni..main campak-campak je bahannya..
Kat bawah ni me share resepi ikan siapkap 3 rasa ala-ala campak versi me

Bahan-bahan
Ikan siakap
Tepung goreng serbaguna (me guna tepung tempura)
Bawang putih (dalam 10 ulas)
Halia ( 3-4 inci)
Timun
Lobak
Nenas
Tomato
Cili padi
Sos cili dan sos tomato
Sos tiram
Garam
Air
Minyak masak

Cara-cara
Ikan siakap yang telah disiang dan basuh di lumurkan dengan campuran bawang putih dan halia (bawang putih dan halia di tumbuk).Biarkan seketika
Timun ,lobak, nenas dan tomato di potong dadu
Bawang putih, halia dan cili padi di layang halus
Bancuh tepung serbaguna dan celupkan ikan kemudian goreng dengan minyak yang panas
Dah siap goreng ikan, tumiskan bawang putih,halia yang telah dilayang.Goreng sehingga layu.
Kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.Dan masukkan lobak, timun, nenas dan tomato yang telah dipotong dadu tadi
Masukkan garam.
Bila dah cukup rasa baru masukkan cili padi.Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah siap di goreng tadi.

hehehe...sebenarnya sama je kaedah masak ikan siakap ni..yang membezakan air tangan orang yang memasakknya... :)

p/s : ayah me siap cakap boleh buka restoran la lepas ni :)

Kalau aku kaya...?

gambar dari mr.google
Teruna : Haihh..kalaulah aku kaya..aku nak shopping gila-gila.Nak beli rumah besar, beli kereta ferrari..pastu              mesti ramai awek keliling pinggang aku nanti..wahh...syoknyaaaaa!!!
Bujang : Hmm..haihh..patutlah kau tak kaya..sebab nanti kau akan boros berbelanja..pastu terlibat dengan                  maksiat.Kita sepatutnya bila dah kaya tu belanjakan harta untuk amal jariah, ke jalan                                    kebaikan!Perbetulkan balik niat kau tu...
Teruna : Errkk...

Siapa yang tak nak jadi kaya kan..kaya wang ringgit, kaya budi pekerti, kaya budi bahasa...
Tapi hanya kita sendiri yang tahu definisi kaya yang macam mana yang kita nak... :)

p/s : mudah mudahan kaya di dunia, kaya juga di akhirat

Ikan baung masak Lenga

Assalammualaikum 


Me nak tanya, uolls makan tak ikan sungai?Selalunya kalau ikan sungai sesuai masak apa?
Kalau me jangan di tanya, memang me makan ikan sungai..walaupun kata orang hanyir me makan juga.
Kalau hanyir pun kan ada petua nak hilangkan baunya kan..basuh guna tepung dan asam jawa..
Macam gambar kat atas tu me masak ikan baung masak lenga..haa..pernah dengar tak nama lauk tu..
Me pasti uolls mesti tak pernah dengar punya..hihihi..masak lenga ni sesuai untuk ikan sungai..masak lenga ni juga hanya terkenal kat Kg.Lenga,Muar sahaja..Me sebenarnya pertama kali masak lauk ni dan alhamdulillah menjadi la kot..kalau ikutkan hanya otai-otai kat sini je yang handal masak lauk ni..boleh di kira sebagai lauk warisan dari dulu sehingga kini :)
Masaknya simple je semudah ABC..hehehe..Kalau ada uolls nak try masak lauk lenga ni, me share resepinya ye..
Bahan-bahan
Ikan baung / ikan sungai lain
Cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yang uolls nak)
Kunyit hidup (lagi banyak kunyit lagi bagus)
Belacan (bersesuai dengan jumlah lada dan kunyit yang digunakan)
Asam keping (terpulang pada tahap kemasaman yang uolls suka, lagi masam lagi best)
Garam
Air

Cara-cara
Tumbuk cilil padi,kunyit dan belacan sehingga lumat
Setelah lumat di tumbuk masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan ikan
Masukkan asam keping dan garam
Kacau sentiasa sehingga mendidih dengan api yang sederhana perlahan.

Masak lenga ni tak menggunakan minyak langsung.Sebenarnya masakan ini lebih kurang kita masak lauk singgang.Boleh juga masukkan terung sebagai bahan sampingan dalam lauk.

p/s : kena banyak belajar memasak ni dengan otai-otai lama :)



Rezeki itu luas...


Ye betul tu..rezeki milik Allah..bukan manusia sesama manusia yang beri rezeki,bukan menteri bagi kita rezeki..semuanya datang dari Allah..
Andai kita berusaha Allah pasti bagi ganjarannya..sama ada dalam bentuk wang ringgit, diberi kesihatan yang baik, mendapat anak yang soleh solehah, hidup bahagia tak ada gaduh-gaduh..
Pemberian rezeki itu meluas..bukan semata dalam bentuk wang ringgit sahaja.
Seandainya kita ikhlas berkongsi rezeki yang kita dapat, inshaAllah,DIA lagi memudahkan segala urusan rezeki dan hidup kita..
Kita ikhlas dengan setiap huluran yang di beri, lagi Allah ikhlas kasih dan sayangkan kita :)

p/s : Tangan kanan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..sorokkan tangan kiri supaya kita tak ambil semula pemberian yang kita bagi.. :)

Watermelon shake pun ada...



Kisah semalam la ni..semalam hari off day me..me keluar la ke bandar Segamat..kebetulan memang ada urusan ke sana..bila dan selesai semua urusan singgah la ke Giant Hypermarket sana...sebab ada barang nak beli..
Tengah asyik melayan perasaan jap, me terpandang satu kiosk ni jual coconut shake...pastu ternampak kiosk ni jual watermelon shake juga..
Dalam hati me cakap, macam sedap je..macam sedap je..watermelon shake ni..hihihi
Me apa lagi order la coconut shake sekali dengan watermelon shake...
Kalau coconut shake ada letak ais krim vanilla kan..so watermelon pun sama ada juga letak aiskrim vanilla..
Rasanya boleh tahan la..not bad..lain kali boleh cuba lagi.. :) warna air watermelon shake ni pun menarik..i like...hihihi

p/s : abg yang buat kedua-dua air ni kontrol macho tu...hehehe


5 rencah 1 adunan

Assalammualaikum

Gambar hiasan
5 rencah 1 adunan..apa tu?Me bukan nak ajar memasak ye..me nak share sedikit info yang me dapat pada uolls..harap ianya berguna :)
Apa tu 5 rencah 1 adunan?
5 rencah tu adalah perumpaan kepada 5 rukun Islam...ingat tak susunan rukun Islam..
Mengucap 2 kalimah syahadah
Mengucap dengan lidah,mengaku dengan hati dan mengamalkan melalui perbuatan.Setiap waktu kita mengucap dalam solat 5 waktu
Solat 5 waktu
Solat adalah tiang agama.Tanpa solat pincanglah hidup.Seorang muslim diwajibkan solat bila sudah masuk akil baligh sehingga ke akhir hayatnya.Ianya dapat mensucikan hati dan mengelakkan kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.Berpuasa mengajar kita erti kesabaran dan bersyukur atas nikmat yang telah di beri.
Mengeluarkan zakat
Membayar zakat bagi yang mampu dan di berikan kepada golongan yang berhak di terima.Zakat juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan meninggi diri.
Mengerjakan fardhu haji
Pergi menunaikan fardhu haji ke Makkah bagi yang berkemampuan.

Apabila kelima-lima rencah di atas ini di satukan, ianya dapat menjadi 1 adunan yang lengkap sekiranya kita mengamalkan rukun Islam yang sebenar..adunan yang lengkap ini juga boleh membawa kita ke arah kehidupan muslim yang sebenar..inshaAllah...
Wallahualam...

p/s : Jom kita cari kelima-lima rencah untuk buat satu adunan yang lengkap :)


Kanser payudara lelaki


Lelaki juga mempunyai potensi mengidap barah payudara?Betul ke..ingatkan wanita sahaja yang mempunyai potensi mengidap barah payudara..

Menurut Pertubuhan American Cancer Society, telah menganggarkan seramai 410 orang lelaki di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat kanser payudara.
Menurut kenyataan dari pertubuhan itu lagi, kanser payudara adalah kira-kira 100 kali lebih biasa di kalangan lelaki daripada wanita.
Bagi lelaki, risiko seumur hidup mendapat kanser payudara adalah kira-kira 1 dalam 1000 orang.Jumlah kes kanser payudara di kalangan lelaki berbanding populasi penduduk agak stabil sejak 30 tahun yang lalu.
Setakat tahun 2013 ini, sebanak 2240 kes kanser payudara di kalangan lelaki telah di laporkan.

p/s : penyakit sekarang tidak mengenal jantina, umur dan taraf kehidupan kita kan...

Ada otak pakai...


Otak manusia memang unik.Tahukah anda, orang yang selalu berfikir mempunyai sel neuron aktif yang banyak berbanding manusia yang kurang berfikir.
Di percayai individu yang gemar bermuhasabah diri setiap hari akan mengaktifkan sejuta sel neuron dalam otaknya.Kajian saintis mendapati individu begini mempunyai tahap kecerdikan yang sangat tinggi.
Dalam bahasa sains ia dikenali sebagai IQ (Intelligence Quatient).
Jadi bagi orang Islam, perbuatan berzikir dan memohon taubat setiap hari sebenarnya mengaktifkan sel otak untuk mempersiapkan diri bagi menyelesaikan masalah.
Perkara ini terbukti melalui sejarah apabila asas pelbagai ilmu moden hari ini seperti kimia, fizik, matematik, astronomi, perubatan, perundangan, kejuruteraan, teknologi, kemasyarakatan dan lain-lain lagi bermula dengan sarjana Islam sebelum Islam dilalaikan daripada berzikir dan bertaubat (muhasabah diri)

p/s : jom kita perbanyakkan zikir :)

Gaji...ohh gaji...

Isnin
9.00 pagi
Dalam pejabat bos

Pekerja : Bos, boleh saya tanya sikit..
Bos : Apa yang awak nak tanya?
Pekerja : Bos ada janji awal tahun nak naik kan gaji..
Bos : Ye, betul tu..
Pekerja : Tapi..sekarang kan dah masuk awal tahun..bos tak naikkan gaji pun..
Bos : Suka hati saya la nak naik kan gaji bila..tak kisah la tahun 2015 ke tahun 2020 ke...
Pekerja : #&%@*^...!!!!

Mahunya geram pekerja tu bila bos nya loyar buruk kan...
Kot ye pun bos tu dah janji nak naik kan gaji apalah salahnya bagitahu bila akan naik gaji..tak adalah para pekerja tertunggu-tunggu kenaikan gaji..
Biarlah gaji yang kita terima setimpal dengan skop kerja kita kan..cuba cari keberkatan dalam kerja yang kita lakukan..inshaAllah

p/s : Lagi naik gaji, lagi naik harga barang :(

Ada apa dengan nombor...


Assalammualaikum

Nombor 23??
Ada apa dengan nombor 23 tu??
Umur me 23 tahun ke...tarikh nikah me ke tu... :)
Yang penting memang me secara tak langsung suka dengan nombor 23 tu..
Me pasti uolls pun ada nombor feverat juga kan..cuba uolls komen suka dengan nombor apa pula...

p/s : 23 (3-2=1).....cuba rungkaikan :)

Hutang : Uruskan dengan sebaik mungkin


Betul ke apa yang di khabarkan dalam akhbar ni...?
Menurut kata dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sehingga November lepas seramai 244,517 orang mendapatkan khidmat kaunseling dan seramai 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang...wahh..satu jumlah angka yang besar kan
Kenapa keadaan ini boleh terjadi?
Mungkin disebabkan perancangan kewangan yang lemah, kos perubatan yang tinggi, kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.
Nampak gayanya kita kena ubah cara berbelanja la lepas ni kan..kene buat perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan dari menanggung hutang dengan cara menyenaraikan pendapatan dan menolak perbelanjaan yang tidak perlu.Selain daripada itu, kita seharusnya ada tabung kecemasan..alaa..macam yang me ada cerita kat sini sebelum ni :) selain dari potongan gaji tiap-tiap bulan untuk simpanan..
Apa yang penting kene mendisiplinkan diri supaya kita tidak membazir pada yang tidak perlu.Kita sebenarnya sedar akan situasi sekarang di mana kebanyakkan barangan harganya naik, tetapi jika kita tidak bertindak dari sekarang untuk berjimat dan mengelakkan dari hutang, ia boleh menjejaskan kehidupan sendiri.

p/s : buat majlis akad nikah je la kan, lagi afdal :)

Kek lapis cheese blueberry



Yummmmyyy....
Gambar kat atas tu me snap masa me join kelas masakan dengan persatuan wanita kat tempat me keje semalam..lari jap ke kelas memasak ni...maaf ye bos :) lagipun kelas memasak ni sebelah je dengan tempat me kerja...
Semalam me belajar buat kek lapis cheese blueberry..simple,mudah dan cepat..
Kalau ada antara uolls nak cuba buat, me share resepinya ye kat bawah ni
Bahan-bahan
  • 1 buku Tatura cheese (saiz yang panjang)
  • 1/2 tin susu pekat (bergantung pada tahap kemanisan yang uolls nak)
  • Jem blueberry
  • 1 tin susu cair
  • Biskut Khong Ghuan/ biskut yang ada krim kat tengahnya
Cara-caranya
  • Cheese di putar sehingga kembang & masukkan susu pekat.Pukul hingga sebati
  • Biskut direndam dalam susu cair dan susun dalam acuan
  • Sapu nipis cheese di atas biskut 
  • Kemudian susun lagi biskut di atas sapuan nipis cheese tadi (seeloknya di susun berlawanan)
  • Sapu nipis jem blueberry kemudian letakkan biskut lagi.Ulang proses tersebut sehingga habis.Terpulang pada uolls nak buat berapa lapis.
  • Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk.
Mudah kan...makan bila sejuk lagi sedap... :)
Selamat Mencuba

p/s : kena tanya bakal suami suka makan cheese ke tak..hihihi

Semuanya naik harga


Kesian budak sekolah tu kan tak dapat beli makanan di kantin sebab harga makanan mahal.
Kenapa perlu naikkan harga makanan di kantin sekolah?Budak-budak sekolah berapa la sangat bawa duit belanja ke sekolah..
Apa salahnya, kurangkan sedikit kuantiti makanan dalam pinggan atau kecik kan sedikit saiz kuih muih tanpa perlu naikkan harga makanan yang di jual...ini hanya pendapat me la...
Mak ayah pun pening nak bagi duit belanja sekolah kat anak-anak...berkira-kira takut lari budget perbelanjaan bulanan.Tetapi ada juga ambil inisiatif sediakan bekal makanan untuk anak-anak bawa ke sekolah.Sekurang-kurangnya dapat la jimat sedikit kan...
Dari sekarang ni la kita kena ajar anak-anak supaya berjimat dalam berbelanja.
"Meluntur buluh biar dari rebungnya"

p/s : teringat zaman sekolah dulu, tiap-tiap hari bawa bekal makanan ke sekolah :)




Yang berlalu tetap berlalu


Yang berlalu tetap berlalu..apa yang bakal berlaku pada hari mendatang sama ada yang baik atau sebaliknya, kita tempuhinya dengan penuh kesabaran dan bersangka baik dengan Tuhan..
Sebanyak mana umur kita, sebanyak itulah fail catatan yang kita ada..sama ada kandungannya baik atau tidak hanya kita sendiri yang tahu..isi kandungan yang ada dijadikan sebagai kenangan dalam hidup... :)

p/s : barang yang lepas jangan dikenang, kalau di kenang meracun diri :)

Alhamdulillah..selamat sudah kendurinya

Assalammualaikum

Alhamdulillah...selamat sudah kenduri semalam seperti yang di rancang..bukan kenduri kahwin ye..tapi kenduri tahlil arwah atok me..
Terima kasih kepada ahli jemaah masjid Kg.Lenga kerana sudi hadir juga kepada saudara mara me kerana sudi membantu dari awal hingga tamat kendurinya...
Sekejap je masa berlalu sekarang..diam tak diam dah 3 tahun arwah atok me meninggal..begitu juga dengan kita diam tak diam umur makin meningkat kan..
Semoga dengan peningkatan umur, amalan kita pun makin bertambah..inshaAllah...

antara 'orang-orang kuat' di belakang tabir kenduri tahlil arwah

Me tak sempat nak snap gambar banyak-banyak..gambar jemaah tengah tahlil pun me tak nak sempat snap..almaklumlah, me juga salah seorang dari 'orang-orang kuat' di belakang tabir...hihihi..tak pela kan,janji kenduri dah selamat.. :) sayang ketat-ketat kat mereka-mereka di atas tu...

p/s : masa kenduri kendara ni lah dapat tengok siapa yang ringan tulang dan siapa yang berat punggung nak menolong...

Bahagia : Rapuh bila iman tiada di dada


"Indahnya,damainya keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga
Namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga di redhai Allah...."
(Keluarga Bahagia - Saujana)

Kat atas tu adalah sebahagian senikata dari lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid Saujana.Me pasti uolls semua pernah dengar lagu ni kan..
Kenapa me letak lirik lagu tu dalam entri kali ni kan?
Sebenarnya me baru dapat berita yang agak menyentap jiwa dan kalbu..ianya melibatkan institusi kekeluargaan..memang agak kecewa setelah mendengar berita yang sentap tu..
Kenapa ianya boleh berlaku sehingga boleh meruntuhkan masjid yang telah di bina hampir 20 tahun..walaupuan ianya bukan berlaku dalam keluarga me sendiri tetapi berlaku kepada keluarga sanak saudara me, sedikit sebanyak memberi tempias kepada me..
Kita yang sudah tahu berfikir ni pasti banyak persoalan yang timbul..kenapa,mengapa,bagaimana,macamana boleh terjadi bermain-main dalam pemikiran me ni..memang me agak kecewa dengan tindakan yang diambil.Bagaikan tak ada iman ketika membuat keputusan.Semuanya atas dasar ikut kata hati tanpa fikir kesan kepada keluarga dan anak-anak..
Cuma kat sini yang boleh me jangkakan sebabnya adalah lalai dan alpa dalam menjaga hubungan kita dengan Allah..bila hubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan betul,bagaimana Allah nak jaga hubungan kita sesama manusia kan...mudah juga kepada syaitan untuk menghasut kita untuk buat sesuatu yang di luar pegangan iman kita..
Walaupun kita menghadapi masalah besar yang pada kita sukar untuk diselesaikan, kembalilah semula kepada Allah..sujudlah,berdoalah kepada Allah..

p/s : jangan biarkan hidup kita tanpa pegangan agama dan iman di dada..



Lucu : Dalam lucu ada pengajaran


Suami : Ke mana sayang nak pergi sempena ulangtahun perkahwinan kita esok?
Isteri : Mana-mana saja la bang...sayang tak kisah asalkan tempat tu sayang tak pernah pergi..
Suami : Kalau macam tu kita pergi ke dapur saja la ye...
Isteri : (Tersengih sambil berkerut dahi)

Uolls dan baca dialog simple kat atas tu..agak-agaknya uolls faham tak intipati dalam dialog tu...
Si suami memperli isteri secara halus dan lembut kan...rasa-rasanya ada tak antara uolls pernah melalui situasi kat atas tu terutamana pada yang dah berkahwin la... :)
Kita sebagai kaum perempuan walau belajar setinggi puncak gunung everest pun, sedikit sebanyak mestilah tahu menguruskan rumah tangga termasuklah memasak di dapur..tak kisahlah kita tidak sehebat chef terkenal untuk memasak..asalkan dari air tangan kita sendiri untuk suami dan keluarga kan...kata orang perut suami kena di jaga kan...hehehe
Tak kan la nak makan kat luar je..ada masa jemu juga.. :)
Me pun bukannya pandai sangat memasak, tahu lah sikit-sikit...kata orang lagi lepaslah kalau nak bagi family makan..hihihi..
Lagi pun makan masakan di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan... :)

p/s : kepada bakal suami, terimalah diri me seadanya ye :)

Copyright by ungutinta.blogspot.com