Rezeki : Untung sabut timbul

Assalammualaikum..hai uolls


Minggu lepas kalau tak silap hari sabtu, me ada join contest Klik dengan Bijak..macam kat dalam gambar di atas tu.. :)
Contest KDB word puzzle...saja je mencuba nasib mana la tahu ada rejeki..untung sabut timbul,untung batu tenggelam kan...
Dan akhirnya....setelah berusaha dengan agak bersungguh-sungguh...me dapat tempat ke-10 dari 10 peserta yang mendapat point yang tertinggi...Alhamdulillah...
Uolls tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah ni..kan nama me kat tempat ke 10 tu...hihihi
Jadilah kan...dapat hadiah powerbank dari SKMM.
Ni yang buat me bersemangat nak join contest lagi ni...hehehe

p/s : untuk nak dapatkan point yang tinggi me sanggup makan sambil siapkan word puzzle :p



Blogger's Birthday Segment

Assalammualaikum

Boleh di kira me dah join sagmen dengan jari..nampak sangat me tak berapa aktif berblog.. :p
Jadi kali ni me join Blogger's Birthday Segment
Jom kita join ramai-ramai

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 23 Januari 1985

Pekerjaan : Keberkatan hanya milik Allah SWT

Assalammualaikum

Entri kali ni me nak kongsi pasal keberkatan. Khususnya keberkatan dalam pekerjaan kita.
Dalam surah al-Maryam ayat 31 yang bermaksud 
" Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada."
Maksud di sebalik makna ayat tersebut ialah Allah SWT adalah pemberi rezeki/restu/berkat (al-Mubaarik) manakala kita sebagai hambaNya (al-Mubaarak) adalah seorang yang diberkati.
Sifat memberi berkat hanya milik Allah SWT

Antara tanda-tanda pekerjaan berada dalam keberkatan Allah SWT ialah
1) Bila wang yang diperolehi dibelanjakan ke jalan yang benar
2) Merasa seronok dengan pekerjaannya
3) Tugasannya tidak tergantung dan sentiasa selesai dengan baik
4) Pekerjaannya disenangi oleh orang lain
5) Senantiasa berasa cukup walaupun hasil yang diperolehi adalah sedikit
6) Hati merasa tenang dengan hasil yang diperolehi

Tepuk dada tanya iman sendiri. Adakah kita bekerja untuk mendapat keberkatan hidup atau hanya ingin mengejar dan memenuhi kehendak hidup yang tidak pernah puas...?
Hanya kita sendiri yang tahu jawapannya :)


Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



Siapa yang paling hina? : Siapa tu...?

Ada seorang pemuda.Dia belajar dengan seorang guru agama.Setelah beberapa bulan, guru itu pun memberinya satu ujian.
Kata si guru kepada pemuda itu,
 "Telah ku ajarkan bermacam-macam perkara kepadamu. Soalan yang ku beri, kau mampu menjawabnya dengan baik. Kini aku berikan kau ujian terakhir. Aku berikan masa selama tiga hari.Pergilah engkau mencari makhluk Allah yang lebik buruk dan hina berbanding dirimu. Dan kemudian datang kepada ku semula membawa jawapanmu."
Pergilah berjalan pemuda itu keserata tempat. Hari pertama, dia bertemu dengan seorang lelaki pemabuk. Setiap waktu kerja lelaki itu hanya meneguk minuman haram itu.
"Inilah orang yang lebih buruk dari aku. Lelaki ini menghabiskan setiap waktu mabuk, sedangkan aku tidak pernah lupa membuat amal ibadah." kata pemuda itu dalam hati.
Tetapi, tidak lama kemudian, terdetik semula di hati pemuda itu. Belum tentu lelaki pemabuk itu seorang yang hina. Siapa tahu jika akhir hayatnya, Allah akan memberinya hidayah dan dia kembali ke pangkal jalan. Bahkan mungkin ibadahnya jauh lebih baik daripada dirinya.
Pemuda itu tidak putus hati. Dia berjalan lagi dan bertemu dengan seekor anjing jalanan. Haiwan itu kotor. Di penuhi luka dan menjijikkan.
"Anjing adalah haiwan yang haram dimakan. Kotor dan buruk. Ya, anjing inilah lebih buruk dan hina daripadaku." getusnya dalam hati.
Namun, semasa duduk termenung, pemuda itu berfikir semula. Jika anjing itu mati, ia tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya semasa di dunia berbanding manusia. Sedangkan dirinya sudah pasti akan di kira segala dosa semasa masih hidup. Jikabanyak dosa, dia akan masuk neraka. Bermakna, anjing itu tidak seburuk seperti yang disangkanya.
Pemuda itu mengeluh. Merenung semula dengan jawapan yang di cari terhadap persoalan yang diberi gurunya.
Pada hari ketiga, pemuda itu datang menghadap gurunya.
"Sudahkah kau mendapat jawapannya?" tanya si guru
"Sudah. Yang paling buruk dan hina adalah diriku sendiri." jawab pemuda itu.
Guru itu tersenyum. Katanya,
"Benar. Selama kita hidup, kita tidak boleh sombong dan berasa lebih baik dari orang lain. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita kelak. Hanya Allah SWT yang berhak untuk berasa 'sombong' kepada hamba-hambaNya. Ya, kamu lulus ujian ini!"

Makan : Donut ayam keju

Assalammualaikum

Minggu lepas dalam tak berapa sihat me keluar juga jenjalan...kalau bab pergi berjalan buat-buat sihat je..hehehe
Saja je teman adik me pergi beli barang keperluan sebelum dia mula praktikal...bab pergi bershopping memang me suka... :p
Lagi-lagi kalau sampai bahagian makanan, memang me teruja.. (nampak sangat me ni pemakan kan...hihihi)
Sedang asyik mata dok memandang kat bahagian frozen food, me ternampak donut..bukan kuih donut tapi donut ayam plus cheese lagi tu..

So, me ambil la satu untuk try goreng.
Dan inilah hasilnya..memang rupanya macam kuih donut cuma isinya ayam dan cheese..boleh la tahan rasanya..boleh dibuat sebagai snacks


Kat bahagian frozen food tu juga me ada jumpa sesuatu yang buat me agak terkejut juga la..jeng..jeng..jeng...
Haa..ni la yang buat me konon-kononnya terkejut tu..tongkeng ayam pun dah jadi frozen food juga uolls...
Jadi pada penggemar tongkeng ayam boleh la cuba ye.. 

p/s : tetiba teringat lagu 'ayam' nyanyian Jalil Hamid 




Keranamu : Relaku makan

Assalammualaikum

Hai...i'm back..wahh..speaking london nampak lepas dah sihat ni ye :)
Entri sebelum ni kan ada cerita pasal keadaan kesihatan me..alaa..me kena demam,selesema dan batok la hari tu...
Baru-baru ni sahaja me dah sihat sepenuhnya..batok je yang mengambil masa yang lama untuk pulih..
Tapi me ada ubat mujarab yang special untuk hilangkan batok me..nak tahu tak apa dia.. :p

Taadaa...ni la ubat mujarab special tu..hihihi...
Ada orang cakap kalau makan aiskerim yang mahal batoknya boleh baik..and its works to me :)
Me kan 'hantu' aiskerim..hehehe

Get good healthy and life healthy  :)




Degil : Kan dah dapat pakej lengkap

Assalammualaikum

Me tak sihat la...batuk, demam, selesema..ambik ko sekali lengkap 1 pakej.. :( 
Puncanya me makin aiskerim berlebihan..tu yang dapat pakej lengkap tu..
Me kalau nampak aiskerim lagi-lagi kalau flavour keladi memang bedal sesedap rasa la..padahal memang dah tahu memang tak boleh makan makanan yang sejuk-sejuk..almaklumlah me ni ada lelah so kena la kawal pemakanan :(
Tapi kan kalau nampak aiskerim kesukaan tu memang tak boleh kawal diri lah...hihihi...
Di sebabkan kedegilan diri me dapat la pakej sakit 3 serangkai tu..nak tak nak terpaksalah ajak ayah me ke klinik di sebabkan me dah tak tahan batuk-batuk sehingga tak dapat tido malam tu :P
Sekarang masa tok kuarantin makan makanan yang sejuk..sedihnya...
Hope, me can get well soon..cehh..ucap selamat untuk diri sendiri nampak...hehehe


Kisah semalam : Epilog cinta III

sambungan dari sini

"Ehem...ehemm...."
Aku yang pada itu sedang leka memikirkan siapakah pengirimnya terkejut tatkala mendengar suara orang berdehem di belakangku.
Lantas aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya yang berdehem kepadaku.
Alangkah terkejutnya aku...rupa-rupanya orang berdehem di belakang aku adalah Haziq.
Malunya aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu
" Jauh mengelamun..dah sampai ke mana.." tegur Haziq bila mana dia melihat aku masih di dalam keadaan terkejut..
"Emm...bukan mengelamun la..cuma berfikir je" jawabku.
"Yeker...tapi saya tengok awak ni mengelamun tak nampak pun macam orang sedang berfikir..saya kat belakang awak pun awak tak perasan.." duganya lagi.
"Betul la saya sedang berfikir, mana ada saya mengelamun.Saya sedang sibuk berfikirlah sampai saya tak perasan awak kat belakang saya" jawabku spontan untuk menutup malu.
"Wahh..cantik bunga..siap ada hadiah sekali.siapa yang bagi tu?" tanya Haziq
"Sibuk betullah mamat ni..nampak je apa yang ada atas meja aku" rungutku dalam hati.
"Tak tahu la siapa yang bagi.Mungkin tersalah bagi kot.." jawab ku ringkas.
"Tak kan la tak ada nama pengirimnya.." tanya Haziq lagi.
"Entah.." jawabku. Hanya itu sahaja jawapan yang dapat aku bagi.
Haziq pun berlalu pergi menuju ke pejabatnya.
Walaupun aku tidak tahu siapa yang mengirimkan jambangan bunga itu, aku tetap menyimpannya..lagipun bunga mawar cantik dan segar..si pengirim pun macam tahu je aku suka bunga mawar.
Untuk hari-hari yang seterusnya berjalan seperti biasa. Hubungan antara aku dan Haziq masih di dalam jurang yang aku cipta sendiri. Ini kerana hati aku masih belum terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Pada aku biarlah masa yang menentukan semuanya.
Seminggu berlalu...
Aku telah ditugaskn untuk mengikuti kursus di Port Dickson.Memang seronok bila namaku telah naik untuk mengikuti kursus tersebut tetapi mood ku terganggu bila mengetahu yang Haziq pun akan turut sertai kursus itu..
"Ahh...kacau la mamat ni..baru je aku nak berasa tenang.." getus ku dalam hati.
Sedang aku mengemas meja untuk balik, Haziq menegurku
"Awak kena pergi krusus kan kat PD?" tanya Haziq
"Mamat ni dah tahu tapi tanya lagi.." sempat aku mengomel dalam hati..
"Aah.." ringkas jawapan ku
"Awak pergi naik apa nanti?Kita pergi sama je la nanti.." katanya lagi
Belum sempat aku menjawab dia telah berlalu pergi..
"Ishh...aku belum jawab apa-apa lagi dia dah bla..." kataku
"Aku kena cari alasan untuk mengelak pergi dengan mamat tu.." fikir ku
Aku mengambil keputusan untuk menyewa teksi pergi ke Port Dickson nanti.Malas aku nak menyusahkan siapa-siapa untuk hantar aku ke sana.Lagipun teksi boleh ambil aku depan rumah.

Tibalah hari untuk aku bertolak ke tempat kursus.Teksi telah menungguku depan rumah.Sedang aku bersiap-siap, Haziq telah menelefonku.
"Awak pergi naik apa?" tanya Haziq.
"Saya naik teksi" jawabku ringkas
"Ok la kalau macam tu.." jawabnya dan terus mematikan talian telefon
"Ehh..dah kenapa mamat ni..." omel ku sendiri.

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam dan akhirnya aku selamat sampai ke tempat penginapan yang telah ditetapkan sepanjang aku berkursus di Port Dickson.Keluar saja aku dari perut teksi muka pertama yang aku nampak adalah Haziq.Dia berdiri tercegat di depan pintu masuk hotel bagaikan pekerja 

"Ishh...kenapalah muka pertama aku nampak mesti mamat tu.." omelku geram.

Dengan bersahaja, sedikit pun aku tidak menegur Haziq tatkala aku berjalan menuju ke kaunter pendaftaran untuk mengambil kunci bilik.Dari ekor mataku, aku perasan dia berjalan mengikuti langkah ku di belakang.

"Saya ingin daftar masuk nama saya Hazwani.." kataku kepada pekerja di kaunter tersebut.
"Cik, bilik cik telah didaftarkan.Nombor bilik cik 213..." kata pekerja tersebut sambil menghulurkan kunci bilik kepadaku.
"Terima kasih.." jawabku sambil mengambil kunci.
Baru aku hendak melangkah ke lif, terdengar suara Haziq menegurku
"Nombor bilik awak berapa?" tanya Haziq
"Emm...213.." jawabku ringkas
"Ehh..kalau macam tu bilik kita sebelah je la..bilik saya 212.." katanya
Dengan selamba aku jalan laju untuk meninggalkan dia.Tapi rupanya dia sempat mengejarku dan kami naik satu lif yang sama untuk ke bilik masin-masing.

Sepi wujud antara kami di dalam lif.Tiba-tiba Haziq bersuara
"Nanti kita pergi lunch sama ye..." kata Haziq mengajakku
"Malas la...saya nak berehat, penat..." jawabku
"Yela.." jawab Haziq

Seminggu aku kena menghadiri kursus, seminggu jugalah aku kena menghadap muka Haziq.
Bukannya aku ingin bermusuh atau menjauhkan diri dari dia, tetapi aku tak nak dikatakan memberi harapan palsu kepada Haziq.Antara aku dengan Haziq memang tak ada apa-apa perasaan istimewa melainkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan aku sahaja.

Dan dalam seminggu kami berkursus, dia banyak mengambil berat pasal diri ku....

Bersambung...







Putus cinta : Apa nak buat?

Assalammualaikum
Hai uolls...apa khbar?
Lumrah dalam kehidupan, setiap manusia ingin disayangi dan menyayangi kan..dengan kata yang lebih mudah bercinta la :)
Tapi tak semua percintaan itu berakhir dengan kegembiraan..terputus di tengah jalan..
Me pun pernah mengalami putus cinta semenjak me kenal dengan alam percintaan..cewahh ayat tak boleh blah kan :p
So, bila dah putus cinta sure la akan keciwa kan..untuk menghadapi situasi putus cinta setiap orang mempunyai cara yang tersendiri kan..
Kat bawah ni me nak share beberapa tips yang boleh digunakan bila putus cinta :)
  • Shopping/window shopping ( kalau me, me suka pergi window shopping je..kata orang boleh jadi terapi untuk tenangkan hati..)
  • Melancong ( me suka pergi holiday kat tempat ada pantai bi..rasa tenang je tengok air dapat lupakan apa yang berlaku dengan tenang..)
  • Maraton filem ( cara ni me tak pernah buat lagi..tapi ada juga orang buat cara ni bila frust..)
  • Meluangkan masa bersama keluarga/sahabat ( cara yang ni betul-betul berkesan kepada me..dengan adanya ahli keluarga atau sahabat ianya boleh membantu kita untuk mengubati hati kita yang kecewa..ahli keluarga atau sahabat rapat sahaja yang memahami dan sebaik-baik teman untuk meluahkan perasaan :)
  • Kata-kata semangat untuk uolls
  • Berdoa dan redha ( tips yang terakhir ni memang betul-betul mujarab bila kita frust..jangan putus berdoa kepada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah..yang penting kene redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi kan :)
#tips kat atas ni adalah antara cara yang me buat andai me putus cinta.Lain orang ada lain caranya kan..Kalau uolls semua ada cara lain selain dari tips di atas boleh lah share kat ruangan komen di bawah ye :)

Senyum itu sedekah paling murah dan mudah  ^_^



3 dos : Supaya anda sentiasa dilindungi

Assalammualaikum

Uolls semua apa khabar?
Me harap semuanya dalam keadaan sihat.. :)
Ok la..entri kali ni me nak share sikit pasal kesihatan exspeacially untuk kaum wanita...
Kat Malaysia ni terdapat beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh dalam senyap khususnya kepada kaum wanita kan..iaitu kanser payudara dan kanser serviks..betul kan..
So, dalam entri ni me nak share sikit pasal kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser rahim dan pelalian HPV..
Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.
Antara penyebab berlakunya kanser serviks ini antaranya ialah :
  • memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda
  • kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • kurang daya tahan melawan penyakit
Gejala/tanda kanser serviks
  • pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
  • sakit
  • pendarahan yang banyak
  • pendarahan yang berpanjangan
  • berbau
  • bercampur darah
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati" adalah perlu untuk mengurangkan beban penyakit kanser serviks ini untuk masa hadapan.Oleh itu, Dasar Pelalian HPV Kebangsaan telah diwujudkan.
Laa..apa pula pelalian HPV tu kan... :)
Pelalian HPV adalah salah satu pelalian kanak-kanak sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada November 2007.Pelalian HPV di berikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.Tetapi pelalian HPV ini akan di beri kepada remaja perempuan yang mempunyai kebenaran bertulis dari ibu bapa.Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh rujuk SINI :)
Kepada uolls yang mempunyai adik/anak perempuan khabar-khabar kan lah pasal pelalian HPV ini ye.. :)
Jumpa di lain entri...daaa

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan malaysia

Senyum  ^_^


Lihat hidu rasa : Elakkan keracunan makanan


Assalammualaikum
Uolls pernah tengok tak logo kat atas tu? Me pasti ada yang pernah tengok kan..
Pada yang belum pernah tengok logo kat atas tu berkaitan dengan kempen/ promosi yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan
Nampak tak tagline promosi ni LIHAT, HIDU dan RASA :)
Kenapa promosi atau kempen ini di adakan?
Pada pendapat me, kempen ni diadakan adalah untuk menggalakkan para pengguna berhati-hati sebelum memakan atau membeli makanan di luar.Kebersihan dan keselamatan makanan mahupun minuman perlu di titik beratkan kerana ianya melibatkan kondisi tubuh badan kita juga.
Tagline dalam kempen ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah untuk mengenal pasti sesuatu makanan tersebut sudah basi/sudah tercemar.
Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh klik di page lihathidurasa
Me harap dengan adanya kempen ini, kita semua dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Jangan sampai nyawa sudah melayang baru kita nak ambil peduli....

Nota : Logo kempen kat atas tu me ambil dari page FB lihathidurasa :)

Senyum  ^_^

Info : Percaya atau tidak inilah realitinya

Kali ini me nak share beberapa info yang menarik...baca tau kat bawah ni :)


  • Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka.Selat yang paling lebar ialah Selat Mozambique
  • Perkataan "NEWS" sebenarnya adalah singkatan daripada empat mata angin iaitu North(utara), East(timur), West(barat), dan South(selatan) ~ wahh...baru tahu :)
  • Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula pada waktu siang kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur sehingga melebar kembali
  • Nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya.Tahukah uolls, nyamuk juga mempunyai 47 batang gigi?(yeker..patutlah bila nyamuk gigit kita rasa sakit kan..)
  • Tikus membiak sangat cepat.Dalam waktu 18 bulan, pembiakan 2 ekor tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan (fuyoo..makin banyaklah cik Ti kalau tak kawal...)
  • Bangunan Taj Mahal di Agra, India di bina oleh Maharaja MOgul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya.Ianya siap di bina pada tahun 1648.
Sharing is caring

Senyum selalu  ^_^

Menguji kesabaran : Hanya kerana ayam goreng

Assalammualaikum uolls...
Sihat tak?almaklumlah sekarang ni kan musim tak menentu kejap panas kejap hujan..me pun tak berapa nak sihat, tekak sakit dan batuk :(
Walaupun tak berapa nak sihat nafsu makan still ada tau..nak di jadikan cerita semalam me teringin la nak makan ayam goreng kat KFC..so me pun roger la adik ajak pergi pas me balik keje..dia on je kalau bab berjalan ni..hehehe
Dalam perjalanan, kami dok bincangla nak beli ayam goreng kat KFC atau kat "MM"..last decision kami pilih nak beli kat "MM" je la sebab kat "MM" ada jual bubur leh tapau sekali nanti..
Sebelum singgah beli ayam goreng tu, kami pergi dulu kat pasaraya beli barang dapur topup mana yang kurang..last sekali baru kami pergi ke "MM"
hanya kerana mu ayam goreng...
Masuk je dalam "MM" tu memang la ramai orang..so kami pun beratur sehingga la sampai giliran kami..bila dah siap ambil order kami di suruh tunggu jap sebab ayam belum di goreng..so kami tunggu la..tunggu punya tunggu dah hampir 15 minit...tapi pesanan kami tak siap lagi..lepas 30 minit baru pesanan kami siap..fuhh..lama tu menunggu bila di tanya belum siap,ayam sedang di goreng..nasib la masa tu tahap kesabaran me masih ada..hanya sebab teringin nak makan ayam goreng terpaksa me tahan sabar kalau tak dah lama me angkat kaki...
Ye, me faham ramai orang yang datang mereka tak cukup tangan tapi pada penilaian me la pekerja yang kerja kat "MM" tu kurang cergas..ye, me faham juga dah malam sure mereka penat tapi seharusnya mereka juga kena faham hujung minggu pasti akan ramai orang so dari situ mereka kene bersedia dari segi persiapan produk makanan mereka dan fizikal mereka juga..
Apa yang me luahkan ni bukan nak tunding jari atau mencari salah mereka yang bekerja di "MM" tu..tapi me cuma nak meluahkan ketidakpuasan hati dengan servis mereka...

#nama sebenar restoran fast food tu terpaksa me rahsiakan untuk menggelak dari timbulnya provokasi..peace no war.. :)

Raja buah : Ohh durian

Assalammualaikum....
Apa khabar semua...? Kejap je kan dah masuk bulan november tup..tup..tup..dah masuk tahun 2014..ishh..ishh..kejap je masa berlalu kan umur pun makin bertambah.. :D
Walaupun masa berlalu cepat tapi masa makan, tidur tetap ada kan..hehehe..sebelum nak cerita lanjut, me nak tanya adakah uolls semua penggemar buah durian..??
Mesti uolls semua penggemar dan makan buah durian kan..tapi me tak berapa gemar..asal makan je mesti akan rasa lidas kat lidah dan lelangit (macam makan buah nenas je kan lidas..hehehe) tapi adik beradik me yang lain semua bedal je makan ;) buat bubur pastu makan dengan pulut pun sodappp...hihihi
Tapi apa pun makan buah buahan ini memang bagus lebih lebih lagi buah buahan tempatan kan...
Ok la uolls layan gambar di bawah ni ye...zaass

Maal Hijrah 1435H : Luaskan Imanmu


Assalammualaikum...
Salam Maal Hijrah 1435 H
Kita tutup buku lama dan buka lembaran buku yang baru
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi kita semua semangat yang baru untuk menambah keimanan dan kebaikan dalam diri.
Luaskan Imanmu... insyaAllah :)


Senyummm selalu  ^_^

Deko : Kamar tidur kanak-kanak


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak cerita sikit pasal deko-deko..alaa..macam deko bersama Eric tu tapi ni deco bersama cik ungu..boleh gitu :p
Me suka mendeko deko ni walaupun tak la berapa kreatif sangat..me ada juga berangan kalau ada rumah sendiri me nak buat konsep moden untuk hiasan dalam rumah..wahh sampai macam tu sekali me berangan kan...hehehe..
my dream house...ohh bilakah... :)
Berbalik pasal cerita yang me nak share dalam entri kali ini, me nak cerita pasal menyediakan reka bentuk bilik untuk kanak-kanak..apa yang me share ini berpandukan pada info yang me dah baca so me share la pada uolls semua..sharing kan caring.. :)
Kat bawah ini adalah antara elemen-elemen penting yang perlu di ambil kira untuk mereka bentuk bilik tidur kanak-kanak...
elemen-elemen dalam mereka bentuk kamar tidur kanak-kanak

KOS - bergantung kepada keperluan dan keupayaan perbelanjaan uolls.Fikir dulu sebelum membeli keperluan berpandukan kepada peringkat umur kanak-kanak

TEMA PILIHAN - Uolls kena tanya pendapat dari kanak-kanak apa tema yang mereka suka

SKIM WARNA - Selalunya kanak-kanak lebih gemarkan warna yang terang.

SAIZ BILIK - sebelum membeli keperluan perabot pastikan dulu saiz bilik supaya kanak-kanak dapat berehat serta menjalankan aktiviti harian dengan selesa

RUANG PENYIMPANAN - pastikan perabot atau keperluan dalam bilik dapat menjimatkan ruang.Pilih barangan yang fleksibel di gunakan

KESELAMATAN DAN KETAHANAN - Pastikan uolls memilih perabot yang boleh memberi jaminan keselamatan dan bersifat tahan lama untuk tahun yang mendatang

PENCAHAYAAN - Pastikan uolls membeli lampu yang boleh di adjust mode pencahayaannya bersesuaian dengan suasana.

Me harap apa yang me share kan dalam entri kali ini memberi uolls panduan dan elakkan pembaziran itu yang penting
Jumpa di lain entri :)

Senyummmm  ^_^


Copyright by ungutinta.blogspot.com