Isteri mithali

Setiap lelaki mendambakan seorang wanita,isteri yang taat dan mampu menjadi kawan dan ibu yang baik kepada anak-anak kelak.Namun, ada juga sebilangan lelaki sekarang ini masih memandang kecantikan rupa paras dan harta sebagai asas utama dalam memilih pasangan hidup.
Oleh itu, para lelaki perlulah tahu beberapa ciri-ciri utama yang boleh dikategorikan seseorang wanita itu layak untuk menggalas gelaran isteri mithali.


Antara ciri-cirinya ialah :
  1. Saling ingat mengingati - Secara dasarnya seorang lelaki inginkan seorang isteri yang hebat dan mampu membuat dirinya berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.Kesibukan suami mencari rezeki ada kalanya membuatkan suami isteri berasa tertekan.Di sinilah isteri perlu memainkan peranan penting untuk memberi semangat agar suami terus berjuang demi keluarga." Di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya pasti ada seseorang wanita "
  2. Taat dan mendengar kata - Seorang suami akan berasa bahagia mendapat isteri yang mendengar kata, menghargai, menghormati serta menyayangi dirinya sepenuh hati.Malah isteri yang baik adalah isteri yang bijak menjaga air muka suami.Tidak sekali kali memperlekehkan suami di hadapan orang lain.
  3. Kuat pegangan agamanya - Andai seorang isteri itu mempunyai sikap yang baik tetapi pegangan agamanya lemah maka takkan mampu menggalas gelaran ibu mithali.Ini adalah ciri yang paling penting sekali.Ibu mithali mampu mendidik anak-anak tentang kewajipan sebagai umat Islam dan berupaya mendorong anak mematuhinya.

Ibu mithali, ibu yang sejati
kasih sayang mu kasih yang suci
pengorbanan mu di sanjung tinggi
jasamu tetap di sanubari
P/S : Moh kita sama-sama hiasi peribadi dengan akhlak yang baik...InsyaAllah



 sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Cantik di hati

Kadang-kadang kita terlalu banyak merancang
tetapi kurang memohon untuk diperkenankan.

Kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir
tetapi kurang tawakal

Kadang-kadang kita terlalu banyak risau dan kurang optimis
kerana kita kadang-kadang terlupa UJIAN itu tarbiah dari Allah

sharing is caring

#salam sayang dari me

Tanan,siram dan baja

Jom tanam pokok..hihihi

Tanamilah benih cinta,
Siramilah ia dengan kasih sayang,
Berbajakan pengorbanan agar ia subur
dan menjadi buah yang penuh kebahagiaan

Cintailah Allah, Rasul, ibubapa dan diri sendiri
Suburkanlah dengan cara memupuk kasih sayang yang ikhlas dalam hati
Melakukan pengorbanan untuk pengabdian kepada Allah dan ibu bapa adalah tidak sia-sia
Supaya akhirnya kita beroleh keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat..
InsyaAllah....

 #salam sayang dari me ^_^

Jodoh tidak kenal siapa

gambar nie ambil dari HMetro
myMetro | Jodoh silap dail

Salam semua sahabat me...dah baca surat khbar Metro tajuk "Jodoh silap dail" hari ini?
Hanya dengan tersilap dail nombor telefon jodoh datang tanpa di duga..begitu la kekuasaan Allah swt..
Dalam artikel tersebut, pengantin lelaki nya normal tetapi pengantin perempuan nya sorang OKU..
Tapi cinta dan sayang tidak dapat menjadi penghalang untuk mereka bersatu...jodoh tidak kenal siapa pun..
Ini semua ketentuan dari Allah, kita sebagai hambaNYA janganlah menidakkan apa yang telah ditetap oleh Allah swt...

Ingat tu, jangan terlalu memilih dalam mencari pasangan..yang penting hati budinya baik...

Sharing is caring

#salam sayang dari me


Pakaian hidup


Pakaian ILMU itu adalah AMAL
Pakaian PEMIMPIn adalah ADIL
Pakaian kaya/miskin adalah SEDEKAH
Pakaian CINTA adalah SETIA
Pakaian SUAMI adalah TANGGUNGJAWAB

Tiada KEJAYAAN tanpa KERJA KERAS
Tiada KERJA KERAS tanpa KEIKHLASAN
Tiada KEIKHLASAN tanpa KEIMANAN


#salam sayang dari me

Berwajah baru

Salam...wahh..rasa dah lame me tak update blog nie kan...bukannya apa me sibuk sikit la kebelakangan ini...
Alhamdulillah...dalam sibuk-sibuk tu ada juga rezeki me dipanggil temuduga kerja..
Punya la nebes nak temuduga tu padahal bukannya me tak ada pengalaman tapi nebes nya lain macam sikit ditambah pula penat dengan kerja..apa-apa pun rezeki Allah tu ada di mana-mana kan...
Haa...korang ada nmpak perbezaan tak kat blog me..hehehe...
Ye betol...me dah tukar template blog yang lain..tapi still warna purple kan...i like purple...
Saja je me nak berubah angin dan me suka kan sesuatu yang baru...
Hope korang semua dapat like dan follow blog me nie ye...
Mana yang kurang mintak di tambah mana yang lebih dikongsi bersama...

Ok la..me nak terus mengupdate blog ini..terima kasih di atas sokongan korang semua..

#salam sayang dari me

Seindah mawar berduri

               Sungguh cantik mawar ini. Kelopaknya berseri, harum mewangi.  Kembangnya mekar di taman larangan menggamit mata yang memandang. Kecantikannya mengundang kekaguman sang kumbang.
               Pada mawar yang indah ini, dititipkan duri tajam. Sebagai benteng pertahanan untuk melindungi keindahannya. Agar tidak sewenangnya dipetik atau diganggu sang kumbang.
              Tajamkanlah duri itu, kerana ia pagar sang mawar. Yang melindungi keindahan dan memartabatkan nilainya. Suburkanlah duri itu dengan akhlak, iman dan takwa. Semakin tajam duri itu, semakin kuat ia menjaga kesucian sang mawar.
              Jangan sesekali dibuang duri itu. Hilang duri, hilanglah pelindung, menjadi si mawar cantik pada luaran tetapi tiada nilai. Sesiapa saja boleh menyentuh dan memetiknya sehingga layu sebelum waktunya.
             Sebaliknya, mawar berduri akan terus mekar. Sukar untuk disentuh. Kuntumannya akan sentiasa terpelihara, tidak akan sekadar dipegang atau dipermainkan. Sehingga datang sang kumbang yang benar-benar berani menghadapi duri itu untuk memetik si mawar idaman.
             Mawar berduri...harumnya kerana ketinggian agamanya, pesonanya kerana keluhuran akhlaknya, anggunnya kerana perhiasannya.
             Janganlah mengeluh kerana duri itu. Tajamnya duri itu kerana keteguhan menjaga maruah, kerana manis bicara, kerana ketinggian takwa dan kerana kekuatan iman.
             Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri tajam. Indah dipandang tetapi sukar dipetik.
Rasulullah saw bersabda : " Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah adalah wanita solehah."
(Hadis Riwayat Muslim)

sharing is caring

#salam sayang dari me  ^_^

Tanda korang dah kurus

Penat sudah wat senaman siang malam....
Makan hanya beberapa butir nasi..(nampak sangat menipunye kan...hehehe)
Tetapi still tak ada yang cakap " eh, kau nampak kurus sikit la..."
Jangan risau atau gundah gulana....
So, kat bawah ini antara tanda-tanda yang korang dah nampak kurus..
gambar nie me ambik kat mr.google

  1. Dulu asal jumpa orang tak kenal diorang akan panggil korang Bob tapi sekarang tidak lagi
  2. Bila pakai baju yang biasa dipakai tapi dah nampak macam pakai selimut
  3. Bila pakai tali pinggang sampai dah habis lubang korang masukkan tapi tetap longgar, akhirnya korang terpaksa pakai tali rafia baru seluar korang tak longgar...hehehe
  4. Bila kawan-kawan dah tak takut nak ajak korang ke rumah bila ada kenduri...(hampeh tol ada kawan mcm nie...hehehe)
  5. Bila tiada lagi budak-budak yang menyorok di belakang korang bila kena marah dengan mak
  6. Bila awek yang tak layan korang ngorat dulu kini dia yang terhegeh-hegeh nak korang pulak..
  7. Bila tiada lagi salesman menghulurkan risalah ubat pelansingan badan kat korang

p/s : apa yang me senaraikan di atas adalah sekadar gurau-gurauan je...hakikatnya hanya kita sendiri yang tahu keadaan badan kita sendiri kan...  ^_^

#salam sayang dari me

Kita nak pinjam buku je...

Pada suatu petang yang suam-suam panasnya, Alif berjalan kaki ke rumah Bob...
Setibanya Alif di rumah Bob, maka terjadi la perbualan antara mereka berdua..


Alif   : Bob, boleh tak aku nak pinjam buku latihan matematik kejap?
Bob  : Buat apa? Ni mesti tak siap kerja sekolah kan..
          Lepas tu kau nak tiru aku punya pulak...
Alif   : Bukan la...
Bob  : Abis tu awak nak buat apa pinjam buku latihan aku?
Alif   : Aku nak check jawapan kau, sma tak dengan jawapan yang aku buat..
Bob  : Oooo..okey, nah bukunya..
Alif   : Terima kasih Bob, nanti dah siap check aku pulangkan semula kat kau...


P/S : siapa perasan maksud tersirat Alif nak pinjam buku kat Bob...hehehe..kecik-kecik lagi dah pandai putar belit ayat ye...ish..ishh..ishh...
Adik-adik kat luar sana jangan tiru cara Alif nie..kalau betul tak dapat selesaikan latihan cube mintak tolong dan buat perbincangan dengan kawan-kawan ye...tak elok tiru meniru nie...

#salam sayang dari me

Info : Cer baca nie dulu

mr.google me ambik pic nie tau


  • Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal
  • Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat
  • Seorang pemandu kereta F1 rata-rata akan kehilangan berat sebanyak 2kg dalam setiap perlumbaang dan beratnya akan semakin menurun jika perlumbaan berlangsung di atas litar yang panas seperti di Litar Sepang dan Bahrain
  • Merebus telur unta memerlukan masa selama 40 minit
  • Satu kajian yang dilakukan di england mendapati kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu berbanding dengan kanak-kanak perempuan
  • Korang tahu tak, korang boleh menaip perkataan "LOLIPOP" di keyboard dengan sangat pantas berulang-ulang kali walaupun dengan hanya menggunakan tangan kanan....


sharing is caring

#salam sayang dari me  ^_^

Duit tak bermakna lagi...

Dalam dunia semua perlukan duit kan..ada duit semua boleh jadi tapi pada perkara yang berfaedah la...
Tapi ada juga beberapa situasi di mana duit tidak lagi bermakna terutamanya bila....



  1. Bila mengantuk yang amat sangat - antara duit dengan bantal dah semestinya bantal yang akan jadi pilihan kan...
  2. Bila sakit perut yang amat - dah tentu korang akan cari toilet dulu...
  3. Bila hujan lebat yang amat sangat - bila hujan sure akan cari payung, lain la kalu duit korang leh bertukar jadi payung pulak...
  4. Bila perut lapar yang amat sangat - antara kedai nasi dengan bank mesti akan cari nasi dulu..lain la kalu korang tak ada duit nak beli nasi kan...
  5. Bila kantoi malu yang amat - surat khabar juga yang korang guna untuk tutup muka...mana ada orang guna duit tutup muka bila malu..
  6. Bila korang kedekut yang amat - alaa..watpe la nak kedekut sangat...bukannya duit bawa ke kubur pun..
P/S : gunakanlah duit dengan berhemah..beli apa yang perlu jangan ikut nafsu..  ^_^

#salam sayang dari me

Assalammualaikum cinta

Assalammualaikum cinta,
Semoga hari ini, Allah anugerahkan senyuman manis dibibirmu..
Sahaja di hatimu kecintaan yang bertambah atas keluargamu


Yakinlah akan janji-NYA
Allah akan menganugerahkan cinta yang bertambah-tambah
kepada pasangan yang telah bernikah...



#salam sayang dari me  ^_^



Ya Allah, Jadikan dia pendampingku

     
     Duhai sahabat, jangan risau akan jodohmu...
     Kerana pasangan yang bijaksana tidak akan terpaut hanya pada keindahan fizikal..

     Telah tercatat jodoh untukmu di Lauhul Mahfuz
     Hanya tinggal peribadinya sahaja yang ditentukan oleh sejauhmana ketinggian peribadimu...

     Jika engkau tetap di atas jalan yang diredhai,
     InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama...




#salam sayang dari me  ^_^




Suka-suka ungu

semuanye ungu... hihihi

Kali ini me saja je suke suke mengupload gambar dalam bentuk animasi..
Semuanya ungu kan...

Selamat menonton...

P/S : gambarnya tak la banyak sangat...hehehe

#salam sayang dari me  ^_^

Indahnya alam semesta




Aku bersyukur kerana dapat menikmati keindahan alam semesta yang telah Engkau ciptakan ini...terasa diriku begitu bertuah dapat melihat ciptaanMu...

Terima kasih Ya Allah....

SubhanaAllah


BETAPA BESARNYA CIPTAAN ALLAH
YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI...

Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada hambaMu ini melihat menikmati ciptaan Mu yang indah ini...

Takbur

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini
tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan
akhlaknya yang buruk...

Iman Al-Ghazali telah memberi panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia iaitu:

pic ambik kat mr.google

  • Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa
  • Apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita
  • Apabila berjumpa dengan orang yang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu didadanya
  • Apabila berjumpa dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahui
  • Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya hidup kita
  • Apabila bertemu orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya..
Sharing is caring

Sumber : Majalah Ujang

#salam sayang dari me

Perkataan ajaib

Salam semua sahabat me...
Apa khabar?
Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat selalu
Entri kali nie me nak share "Perkataan ajaib" dalam family me..
Nak tahu ape dia perkataan tu...tungggguuu....




Nak tahu apa perkataannya, cer baca dialog kat bawah nie kejap...

Dialog I

Emak : Adik, TOLONG mak angkat baju nie kejap..
Adik  : Baik mak...

Dialog II

Along : Acik, nah barang yang acik pesan tadi..along dah tolong belikan..
Acik   : TERIMA KASIH..along...

Agak-agaknye, korang semua dapat tangkap tak apa "perkataan ajaib" family me...
Haa...pandai pun korang ye...
Ye betul...perkataan ajaib tu ialah TOLONG dan TERIMA KASIH
2 perkataan ini telah me terapkan dalam family dan adik beradik me..walaupun pada mulanya memang payah tapi lama kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan dalam hidup..
Kenapa 2 perkataan tu me kategorikan sebagai perkataan ajaib dalam family me..jeng..jeng..jeng...

Sebabnya dengan menggunakan 2 perkataan tersebut kita dapat membentuk peribadi dan mendidik diri untuk menjadi seorang yang tahu beradap..walaupun hanya dengan perkataan yang mudah tapi bila ia diterapkan dengan betul dapat memberi  kesan yang besar dalam keperibadian seseorang..

Jadilah seseorang yang tahu beradab tidak kira dengan siapa pun...jangan pula kita dilabel sebagai makhluk yang kurang di ajar pula nanti..didikla anak-anak yang masih kecil yang mudah diasuh ini dengan perkataan-perkataan yang dapat mencerminkan keperibadian diri kelak..

Wahh..panjang pulak me menaip untuk entri kali ni kan...me hanya ingin membuka mata semua pembaca bahawa zaman sekarang ini terlalu banyak orang yang sudah " kurang di ajar "...
So, ringan-ringan kan lah mulut untuk mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja...

P/S : Apa semua yang me post dalam entri ini hanyalah pendapat me sahaja...me hanya berkongsi sesuatu yang bagus sebagai nilai tambah untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Biar rupa tak lawa asalkan keperibadian kita dipandang cantik...  ^_^

#salam sayang dari me

Ini tidak COOL

i'm cool man...


  • Pakai spek hitam memang nampak cool, tapi kalau pakai waktu malam ini tidak cool
  • Makan gula-gula getah memang nampak cool, tapi kalau makan gula-gula getah sambil makan nasi ini  tidak cool (ada ke spesis mkn gula getah dengan nasi..pelikk)
  • Memandu sambil keluarkan separuh tangan ditingkap kereta memang nampak cool, tapi bila hujan lebat pun buat juga ini tidak cool
  • Berjalan sambil mendengar lagu menggunakan earphone memang nampak cool, tapi bila berjalan di tengah konsert rock ini tidak cool
  • Menjadi terkenal di sekolah memang nampak cool, tapi terkenal sebab selalu kena denda ini tidak cool
  • Berjalan selamba dalam hujan renyai memang nampak cool, tapi bila berjalan dalam ribut taufan ini tidak cool
Hahaha....  ^_^

#salam sayang dari ne

Madah cinta versi Facebook

Masa bercinta banyak sangat luahan atau madah cinta yang keluar tapi itu zaman dahulu. Sekarang ini zaman facebook.Kenal dan bercinta melalui facebook...Jom tengok apa akan jadi kalu madah cinta difacebookkan...
kenapa tu?malu nak baca ke...

" Tak dapat tengok orang, tengok bumbung pun jadilah!" - Madah biasa
" Tak adapat tengok orang, tengok profile pic pun jadilah!" - Madah facebook

" Kalau tak percaya, ambil kapak belahlah dada." - Madah biasa
" Kalau tak percaya, ambil password checklah private message." - madah facebook

" Keranamu kusanggup redah lautan api." - Madah biasa
" Keranamu, kusanggup online sampai pagi." - Madah facebook

" Jika cinta itu buta, butakah mataku?" - Madah biasa
" Jika benar akaunku dihack, engkaukah hack akaunku?" - Madah facebook

" Cinta tak kenal siapa." - madah biasa
" Aku approve friends tak kira siapa." - Madah facebook

Hahaha....  ^_^

Sharing is caring

#salam sayang dari me

Malu...

Daripada Abu hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga. "
(Riwayat al-Tirmizi)
malunye....

Pengajaran : Malu tidak mendatangkan hasil tapi mendatangkan kebaikan...

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Jeles sungguh...!!!

Al-kisah, pada suatu petang..si isteri menunggu suaminya balik kerja dengan muncung yang panjang di rumah (alaa...macam muncung itik tu la...hehehe)..maka terjadilah perbualan di bawah ini...

Suami : Ai..kenapa panjang nye muncung awak tu...
Isteri   : Cakap bang, sapa naik kereta abang tadi...
Suami : Ha...mana ada sapa-sapa..Apa awak cakap ni?
Isteri   : Jangan tipu, ada orang nampak abang bawak pompuan tadi..muda pulak tu...Abang jangan tipu saya
            bang....
Suami : Pompuan?Yang mana satu?ramai tadi yang naik dengan abang...
Isteri   : Ramai?Jadi betul la abang curang dengan saya...
Suami : Curang mendenye...abang kan bawak teksi..bukan setakat pompuan dan lelaki, mak nyah pun
            pernah naik teksi abang..awak nie itu pun nak jeles jugak...
Isteri   : Tak kira..nak jeles jugak...
Suami : ....
comel pulak kucing nie..me ambik tau gambar nie mr.google

Hahaha....apa pun tak boleh...  ^_^

P/S : kalu si isteri jeles tu tandanya dia sayang & ambik berat akan suaminya..tapi nak jeles pun biarlah kene pada tempatnya..jangan jeles membuta tuli je (cemburu buta la tu maksudnya...hehehe)

#salam sayang dari me


Awal kegagalan, akhirnya beroleh kejayaan

Sampai sekarang Muiz masih teringat kata ayahandanya,Ustaz Mansor, sebelum dia melangkah ke bumi nabi ini...

" Hang jangan utamakan soal remeh, pentingkan soal hidup, hidup ini usaha dan usaha ini susah.Tetapi dengan kesusahan itu akan dapat pengalaman, hang akan menjadi orang yang bijaksana jika pandai belajar dari pengalaman ", katanya berbaur semangat.

Betul juga kan..kalu sesekali fikir, tak ada sesiapa pun yang inginkan kegagalan dan kesedihan. Siapapun tak mampu untuk bersugul di sepanjang perjalanan.

Kita sedar untuk menghasilkan kejayaan itu perlukan pengorbanan yang bukan sedikit untuk diikhtiarkan. Semua orang berpeluang dan punyai ruang untuk membuat penentuan.

Berteraskan apa?
Masing-masing punya rasa...
Masing-masing ada nyawa yang belum melepasi kerongkong...

Duduk diam-diam...
Tenung dalam-dalam korang akan tahu kejayaan itu punyai persepsi yang brbeza di antara kita.
Ikut nafsu lesu...
Ikut hati mati..
Ikut rasa binasa...kan orang tua dulu dah bagi pesan

Fikiran Muiz masih lagi melayang terkenang desa yang damai. Wajah mak abah menanti kepulangan Muiz dengan segenggam kejayaan...
InsyaAllah..suatu hari senyuman mereka akan segar mewangi di bibir.
Senyuman yang menandakan berakhirnya sebuah keperitan dalam mencari erti kejayaan...

Wallahu a'lam...

P/S : cerita di atas ini hanya lah rekaan semata-mata   ^_^

#salam sayang dari me

Senyumlah



" Senyumlah walaupun dirimu disakiti "

"Senyum itu adalah sedekah"
(maksud hadis)



P/s : senyumlah walaupun tak ada gigi janji senyuman itu ikhlas dari hati yang suci...tak rugi apa-apa pun kalau kita senyum kat orang lain kan....  ^_^

#salam sayang dari me
 

Mata hati

Jangan melihat penampilan,
kerana ia boleh menipumu...
Jangan melihat kekayaan,
kerana ia boleh menghancurkan..
Pergilah kepada seseorang yang boleh membuat
kamu tersenyum...
Kerana hanya dengan sebuah senyuman
hari yang gelap menjadi terang...
Carilah seseorang yang akan membuat hatimu tersenyum...


#salam sayang dari me  ^_^

Kerana dirimu begitu berharga


CANTIK wanita kerana kejernihan wajah
MANIS wanita kerana senyuman yang indah
AYU wanita kerana kesedehanaan lahiriah
HEBAT wanita kerana keimanan yang teguh

Sayangi diri...kasihi diri...kerana dirimu begitu berharga

#salam sayang dari me  ^_^

Baskin Robbins,Nikon,Sate...???




Emm....antara Baskin Robbin, kamera Nikon atau sate mane satu pilihan hati...semuanye best2...Kalu pilih Baskin Robbins tekak jadi sejuk lagipun dah lame me nk makan aiskrim nie...kalu pilih kamera nikon,boleh snap gambar banyak2 kan then leh upload kat blog..dan kalu pilih sate,surela perut me kenyang sebab sate is a one my favourite dish...wahh..speaking london me...hehehe

Actually, ketiga-tiganya me dapat..Alhamdulillah..rezeki me kn...

Nak tahu siapa yang belikan Baskin Robbins, kamera Nikon dan sate ini..??cer teka siapa yang baik hati belikan me semua ini...

A.Y.A.H....ye betol..pandai pun semua eja kan...ayah me la yang belikan semua ini...Baik kan ayah me..
Tapi bukan me makan sorang2 tau..me makan share dengan adik beradik...sharing is caring kan...

So, me nak ucapkan terima kasih banyak2 pada ayah me sebab belikan makanan kegemaran me juga belikan me kamera untuk kegunaan kerja me...cehh..cehh...yela tu kn kegunaan untuk kerja kamera tu...tapi betul la me nak gune kamera tu untuk buat assignment kerja tau..betul, tak tipu...

Semoga Allah swt akan murahkan lagi rezeki kedua ibu bapa me serta semoga Allah swt berikan mereka kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan membuat ibadah kepada Allah swt..aaminn...InsyaAllah...

#salam sayang dari me




Tip mengelak pokai

Kadang-kadang belum cukup bulan ada di antara kita duit gaji dah kering...ada juga duit gaji yang kita dapat dah licin buat enjoy..Kat sini me nak kongsi beberapa tip yang mungkin dapat membantu dari pokai sebelum tiba waktunya...

mr.google me ambik tau gambar nie

  • Selain dari pergi keje, korang melepak je kat umah.Dapat jimat duit minyak dan belanja kn...
  • Jangan beli baju,seluar,kasuh dll...makan nasi dengan kicap je...
  • Jangan mengada-ngada nak pasang awek..banyak guna modal tu
  • Tapi kalu gatal juga nak ada awek,cubalah cari awek yang sanggup keluar kn belanja..cehh..mcm ni org pun ada ka...hehehe
  • Kerja,makan, tidur kat umah mak abah...dapat je gaji terus simpan dalam bank
Tip-tip kat atas ni..hanya rekaan semata-mata..

P/s : apa yang penting berbelanjalah kita pada perkara yang perlu bukannya ikut nafsu...

#salam sayang dari me  ^_^

Rekreasi hati


Memelihara Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."
(Riwayat Ahmad)

Pengajaran : Memelihara wuduk bererti kita berada dalam keadaan suci

Penyebar fitnah

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."
(Riwayat Muslim)

Pengajaran : Lebih-lebih lagi orang yang difitnah itu sedang melakukan perkara kebaikan.Ini adalah salah satu penyakit hati yang berkait dengan sifat dengki, iri hati, dendam dan sebagainya.

Memilih sahabat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Pengajaran : Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa.


Sharing is caring

#salam sayang dari me  ^_^

5 Penyembuh terbaik sepanjang zaman

Entri kali ni me nak kongsi apa yang telah me baca dari majalah Mastika berkaitan dengan agen penyembuh yang terbaik sepanjang zaman...me harap apa yang akan me kongsi ini dapat memberi info dan maklumat kepada sahabat semua...

HABBATUS SAUDA
-Habbatus Sauda dapat membantu meningkatkan antibodi badan untuk melawan AIDS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Gunakanlah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali as sam (maut)."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
-Habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu antibodi melawan penyakit sekali gus membantu merawat kanser,HIV dan AIDS

BUAH TIIN
-Allah telah berfirman pada ayat pertama dari surah al-Tiin : "Demi buah tiin dan buah zaitun."
Sesungguhnya Allah swt telah bersumpah dengan nama dua jenis buah ini, tiin dan buah zaitun bahawa terlalu banyak faedah dan keberkatan pada buah hasil ciptaan Allah ini.
-Kandungan serat,kalium,magnesium,glukosa dan fruktosa di dalam buah tiin dapat megurangkan serangan angin ahmar dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta kencing manis."
-Menurut Imam Ibnu al-Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat.Antaranya dapat megurangkan penyakit sesak nafas,membersihkan hati dan limpa,mencairkan kahak serta membuang toksik.
-Buah tiin bagus untuk penyakit sembelit,masalah hati,masalah saluran kencing,pedih hulu hati,sakit dada,buasir dan penyakit sawan.

KURMA - MENCEGAH STROK
-"Dengan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu buah kurma yang masak."- surah Maryam ayat 25
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas.
-Penemuan kajian saintis tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium membuktikan bahawa makan kurma lebih baik daripada mengambil ubat-ubtan moden yang dicampur dengan dadah.
-Buah kurma mempunyai kuasa penyembuh menyamai dengan aspirin bagi mereka yang migrain,sakit perut,deman dan muntah-muntah.

MADU- AWET MUDA
-Rasulullah saw bersabda ; al-Quran."Ambillah,manfaatkan oleh kamu sekalian dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran" - Hadis riwayat Ibnu Majah
-Allah telah menyatakan bahawa madu adalah penawar bagi segala jenis penyakit.Dan madu juga adalah kesukaan Nabi Muhammad saw untuk kesihatan tubuh baginda
-Madu lebah juga dikenali sebagai "minuman dari segala jenis minuman" dan "ubat dari segala jenis ubat"

BADAM - MENCERDASKAN MINDA & INTELEKTUAL
-Amalan memakan badam di kalangan masyarakat Timur Tengah dipercayai dikesan ribuan tahun lalu
-Dipercayai badam turut menjadi makanan kegemaran para Nabi,salafus soleh dan para mujahid dulu
-Badam dapat meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kecerdasan.
-Memakan badam dapat membantu mengurangkan risiko mengalami nyanyuk atau penyakit alzheimer's disease

sharing is caring  ^_^

Sumber : Majalah Mastika

#salam sayang dari me

Warkah buat AKU

 Kepada : AKU

             AKU...dilahirkan hasil dari kasih sayang dan cinta dari kedua ayah dan emakku...AKU...dijaga,dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga ke hari ini...tanpa ayah dan emakku,tidak wujudlah AKU di muka bumi yang indah ini...
              Terima kasih wahai ayah dan emakku di atas kerelaan kalian untuk menjaga,membesarkan,dan melayan karenah AKU...segala pengorbanan dan penat lelah kalian akan AKU balas tanpa rasa ragu-ragu dalam hatiku..
              Akan AKU sapukan jurai-jurai peluh di dahi kalian dengan rona-rona kegembiraan.
              Akan AKU tawakan kalian dengan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat
              Akan AKU hadiahi kalian dengan 1001 keceriaan dan keharmonian hidup
              Akan AKU bawakan 7 keajaiban di dunia dengan seluruh kudratku untuk kalian

Dengarkanlah wahai ayah dan emakku..rintihan dari hati kecilku ini...
Akan AKU doakan kesejahteraan kalian di dunia dan di akhirat...InsyaAllah

Yang Benar,
AKU



Hasil Nukilan : Me la..sape lagi...hehehe

#salam sayang dari me

Cinta

Cinta,
Mengapa ianya perlu hadir
Jika akhirnya akan mengundang kecewa..

Cinta,
Lahirnya dari hati
Dari hati yang tulus menyayangi..

Cinta,
Hadirmu tanpa di undang
Pergimu tidak di pinta..

Cinta,
Aku mencari cinta hakiki
Cinta yang kekal abadi
Hanya padamu Ya Allah...

Hasil nukilan : Me sendiri la yang karang...amacam ok tak..hehehe

#salam sayang dari me

Tiada tajuk

 Kusedari...betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni.Kuakui...mengujiku adalah mainan-Mu.Memberi juga adalah limpah kurnia-Mu.Mengambil juga adalah hak-Mu..Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.

"Jangan kau menangis,perempuan...kerana lara itu.Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu."

"Aku menangis kerana lanjurku..Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta."

"Oleh itu, kau perlulah mencari cinta hakiki yang tidak pernah buta dan sentiasa akan berada di sisi kau. DIA yang tidak akan pernah tinggal kan sampai ke akhir hayat."


#salam sayang dari me  ^_^

Jom ketawa

Kisah 1

KONSEP KITA

Di suatu petang, sepasang suami isteri berbalah tentang perkara kecil di rumah mereka

Isteri : Apalah abang ini, asal kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang,kereta abang,TV abang,sofa abang.Tak adillah macam ni.Asyik-asyik abang saja

Suami : La...habis ayang nak cakap macam mana?

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita...bukankah semua harta benda ni hak milik kita bersama

Suami : Aahh...iyalah..iyalah...

Isteri : Hmm..abang ni dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?

Suami : Haa..ada ayang nampak..seluar dalam KITA???

Isteri : %@!*$!%!

Kisah 2

TEMUDUGA WARDEN

Amin memasang impian untuk menjadi warden penjara dan impiannya jadi kenyataan apabila dipanggil untuk ditemuduga

Pegawai : Awak ada pengalaman?

Amin : Tak ada

Pegawai : Kerja kat sini semuanya dahsyat-dahsyat tahu...

Amin : Kenapa tuan?

Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya.Boleh ke awak handle?

Amin : Oooohh...tak ada masalah.Kalau diorang menyusahkan saya,saya keluarkan je..!!

Pegawai : %#@!!*&@

Sumber : Majalah Mastika

p/s : hahahaha...apa pun tak boleh..

#salam sayang dari me


Doa pendekat jodoh

Salam semua sahabat me...entri kali me nak kongsi doa untuk mendekat kan jodoh...mari kita sama-sama amalkan doa ini ye...

Selepas membaca surah Al-Fatihah, baca doa ini

" Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.Allah swt adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."

Doa di atas hendaklah di baca oleh ibu bapa untuk anak-anaknya,antara adik beradik dan juga sesuai untuk membantu sahabat handai...
Kita hanya berusaha selagi termampu semuanya atas kuasa Allah swt...yang penting jangan putus asa ye...

sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Memori tercipta,mengimbau kenangan

Sahabat semua pernah dengar tak lagu 'Memori Tercipta'....alaa..lagu Shila Hamzah la...sure pernah dengarkan..me suka dengar lagu tu...bila dihayati bait-bait liriknya memang indah...boleh tangkap nangis tau kalau betul-betul hayati...meh cuba hayati lirik lagu ni ye...

mr.google me ambil pic ni tau...

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Amacam..leh touching kan kalau betul-betul hayati...

Jumpa di lain entri ye..

#salam sayang dari me

Malas boleh bawa MAUT....???

Malas boleh bawa maut...yeker...eemm...cer baca entri me ini dulu baru dapat tahu jawapannya...

         Tahukah sahabat me semua, sikap malas memiliki kesan yang sama dengan merokok?
Kajian telah dilakukan di Unversiti Harvard,Britain, mendapati bahawa setiap satu daripada 10 individu meninggal dunia kerana pola hidup malas.
         Dalam kajian tersebut juga telah menunjukkan jumlah kematian yang disebabkan oleh pola hidup malas adalah sebanyak 90,000 orang setiap tahun.
        Malas di sini merujuk kepada individu yang tidak melakukan sebarang aktiviti senaman bagi menjamin kesihatan tubuh badan.Bagi mengelakkan diri daripada maut akibat malas, individu digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin.Sekurang-kurangnya dua setengah jam pada setiap minggu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Jika enggan bersenam, lakukanlah aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh agar tubuh sihat dan bertenaga...
ambil dari mr.google...kucing pun ada malas juga ke...

Saranan dari me,kalau tak sempat juga nak bersenam banyak kan berjalan kaki..boleh juga keluar peluh dari badan kan...

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Madah Pujangga

Salam semua sahabat me...kali ini me nak bermadah pujangga ala-ala tengah jiwang gitu...hehehe
Madah me bukannya jiwang-jiwang pujangga tapi madah yang berkisar tentang kehidupan kita seharian...

 Kita Membawa Jarum Untuk Menjahit, Dia Menyambut Dengan Gunting
 Maksudnya : Kita menunjukkan jalan supaya bersatu padu tapi dia berikhtiar untuk berpecah belah

Jangan Jadi Si Buta Mematahkan Tongkatnya
Maksudnya : Jangan Bermusuh dengan orang yang menolong kita

Bukannya Bersuluh Batang Pisang, Bersuluh Bulan Matahari
Maksudnya : Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang biasa tapi juga oleh orang berkuasa

Hendak Singa Di Tengah Padang Lagi, Daripada Ular Di Dalam Semak
Maksudnya : Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil yang tersembunyi

Harimau Tidak Merendahkan Tarafnya Untuk Menangkap Cicak Sebagai Mangsanya
Maksudnya : Orang yang berkuasa tidak akan melakukan tindakan yang boleh merendahkan martabatnya

Keras Ditakik, Lunak Disudu
Maksudnya : Perintah haruslah dilakukan dengan bijaksana

Kita Baru Mencapai Pengayuh, Orang Sudah Sampai Ke Seberang
Maksudnya : Orang yang bijaksana selalu terlebih dulu berjaya mencapai matlamat yang dirancang

Jangan Bijak Terpijak, Biarlah Bodoh Bersuluh
Maksudnya : Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan, tetapi orang yang merendah diri suka bertanya selalu beroleh kejayaan

Hendak Belajar Berenang Dapatkan Itik, Kalau Hendak Belajar Memanjat Dapatkan Tupai
Maksudnya : Kalau hendak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang yang arif dalam bidangnya

Sharing is caring  ^_^

#salam sayang dari me

Copyright by ungutinta.blogspot.com