Ilusi luas di bilik air

Entri kali ni me nak berkongsi beberapa cara/panduan untuk membuatkan bilik air kediaman korang nampak lebih luas:

  1. Pilih jubin yang sesuai - Kehadiran jubin dalam bilik air amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ruang bilik air yang kecil.Pemilihan jubin yang bersaiz lebar dan besar dapat membantu membuatkan bilik air tampak lebih luas
  2. Mainan warna - Bagi ruang bilik air yang kecil korang perlulah menggunakan warna yang lembut dan cerah.Ianya dapat memberi efek luas serta dapat membangkitkan keselesaan penghuni tatkala menggunakan bilik air.
  3. Binaan siling - Pastikan siling bilik air korang berada dalam ketinggian yang tepat dan agak tinggi.Ia sekaligus dapat memberikan ilusi bilik air yang lebih luas dan selesa.
  4. Penataan cahaya - Korang harus memilih lampu yang menyebarkan cahaya secara menyeluruh dan yang paling penting ia terang dan jelas.
p/s : walaupun bilik air korang cantik dan luas tapi kalau malas nak basuh/cuci tak dapat la den nak nolongnye...jangan marah... ^_^

#salam sayang dari me

Berfikirlah...


Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara penyelesaian masalah yang paling berkesan

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah.Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah.Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah

sharing is caring

9 mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad saw bersabda :
"Sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrak ke langit!

 - aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan berkat ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua-dua ibu bapanya
- Aku melihat seorang dari umatku disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, kemudian dia diselamatkan keberkatan wudhuknya yang sempurna.
- Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah kemudian dia diselamatkan oleh keberkatan zikirnya yang ikhlas kepada Allah Taala
- Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab, kemudian dia dilepaskan oleh keberkatan solatnya yang khusyuk dan ihklas kepada Allah Taala.
- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia didatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya kemudian dia diberi minum sehingga puas berkat pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah Taala
- Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kal dia datang dia akan diusir kemudian dia dibenarkan menyertai kumpulan para nabi dan duduk disebelahku berkat mandi junub yang ditepati segala rukunnya.
- Aku melihat seorang dari umtku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah keberkatan haji dan umrahnya yang mabrur lalu mengeluarkanya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang
- Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, kemudian sapaan dan bicaranya berbalas berkat akhlaknya yang suka menghubungkan silaturrahim dan menjauhi permusuhan sesama umatku.
- Aku melihat umatku sedang menepis nepis percikan api ke mukanya, kemudian terbentenglah muka dan kepalanya daripada sambaran api neraka berkat sedekahnya yang ikhlas kerana Allah Taala.

Nabi Muhammad saw kemudian bersabda :
"Sampaikanlah pesanku ini kepada umatku yang lain walaupun sepotong ayat!"

p/s : Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan tambahkan,tingkatkan amalan kita di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak...InsyaAllah

5 sebab anda memilih laptop

Ultrabook telah muncul dengan pelbagai jenis model dan jenama baru dengan sistem operasi (OS) Windows 8 pastinya mengujakan pemint laptop jenis nipis dan ringan ini.
Namun, tidak semua orang mengutamakan gaya kerana ada faktor lain yang lebih utama.
Justeru ada yang lebih gemar menggunakan laptop standard untuk memenuhi pengkomputeran mereka

5 sebab boleh dijadikan alasan untuk memilih laptop standard berbanding ultrabook :
  1. Grafik lebih berkuasa - untuk ultrabook grafiknya adalah daripada Intel sahaja.Berbanding dengan laptop yang mempunyai grafik dari Intel, Nvidia dan AMD di mana grafik-grafik ini terdapat dalam banyak model atau jenama laptop standard di pasaran.Grafik khas ini menawarkan prestasi yang lebih berkuasa.
  2. Storannya lebih besar - untuk ultrabook ianya dilengkapi dengan Solid State Drive (SSD) sebagai storannya.Untuk laptop standard pula menggunakan cakera keras (HDD).Ini memberikan peluang untuk memiliki storan yang besar,paling kurang 500GB.Malah harganya lebih murah dari SSD.Ruang yang lebih besar in sesuai bagi menyimpan lebih banyak fail.Selain itu,"partition" boleh di buat dua atau lebih bagi menempatkan sistem operasi (OS) yang berbeza.
  3. Memiliki banyak port - rata-rata ultrabook cuma menyediakan port asas iaitu port USB 2.0/3.0 dan HDMI.Jika ada sekalipun jumlahnya terhad atau menggunakan port saiz mini.Berbeza dengan laptop standard yang menawarkan port asas yang lain seperti port LAN dan VGA.
  4. Peluang menaik taraf - rekabentuk ultrabook sangat kompak dan hampir menafikan peluang untuk menaik taraf peranti dalamannya terutama sekali memori (RAM) dan storannya.Laptop standard pula mempunyai 2 slot untuk memori.
  5. Senang diselamatkan - ultrabook sebenarnya sukar untuk diselamatka jika peranti dalamannya rosak.Sedangkan ruang yang menempatkan RAM atau HDD pada laptop standard lebih mudah di buka dengan menggunakan sebilah pemutar skru.

 sharing is caring
p/s: fikir dulu sebelum beli ye..

Kata semangat

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui,jangan berbelanja semua yang kamu miliki,jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

#salam sayang dari me

Klik..klik..

INTERNET itu mesra pengguna, bersifat global dan di buka setiap waktu.
Dengan internet anda boleh :
  • Mencari dan berkongsi maklumat dengan lebih efektif
  • Nenudahkan urusan harian dan perniagaan
  • Berkomunikasi dan berinteraksi bersama keluarga dan rakan-rakan tidak kira di mana mereka berada
  • Mendapatkan berita terkin dan mengetahui hal ehwal semasa
Risiko-risiko yang mungkin anda hadapi:
  • Melalui internet seseorang itu terdedah kepada sesiapa sahaja yang ingin memanipulasi anda
  • Melalui internet anda terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral
  • terdapat beribu-ribu iklan di dalam internet yang boleh memperdayakan anda
Di sini terdapat beberapa panduan penggunaan internet selamat dan berhemah untuk dikongsi bersama:
  • Jangan berkongsi kata laluan dan nama yang digunakan - tukar kata laluan sekerap yang mungkin, gunakan kata laluan yang kompleks dan panjang tetapi mudah untuk anda ingati & jangan berkongsi maklumat peribadi anda seperti nama sebenar, alamat dan nombor telefon dengan orang yang tidak dikenali.
  • Bijak apabila berkongsi - Fikirkan dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar atau kandungan yang ingin dikongsi,ingat apa-apa kandungan yang dikongsi berkemungkinan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari alam siber
  • Berbudi bahasa dan jangan sebarkan fitnah - Hormati orang lai ketika anda berkongsi pandangan dan jangan membiarkan emosi mempengaruhi anda, jangan sebarkan khabar angin & elakkan daripada menggunakan perkataan yang berbaur perkauman atau lucah
 

 *INGAT, Bersama-sama kita KLIK DENGAN BIJAK untuk membudayakan penggunaan INTERNET secara SELAMAT dan BERTANGGUNGJAWAB

Sharing is caring
Sumber : Flyers dari SKMM

Aku hanya seekor lalat

         Tubuhnya kecil, memiliki dua sayap.Namun, sayapnya mampu berkibas sehingga 200 kali dalam sedetik.Pada setiap sayap terdapat banyak pembuluh berongga menjadikan ringan tapi kuat.
          Pada sayap itu juga, terkandung rerambut halus dengan pelbagai struktur dan ukuran yang membantu mengawal udara yang mengalir sewaktu terbang.Tepian sayapnya pula bergigi membantu mengawal gelombang udara.
         Bayangkanlah sayapnya begitu tipis namun frekuensi kibasan sayapnya begitu tinggi hingga mengeluarkan bunyi 'dengung' sewaktu terbang.
         Matanya pula terdiri dari ribuan struktur heksagon kecil.Setiap bahagian struktur ini pula mempunyai ciri lensa tersendiri dan sel pigmen yang berfungsi mengesan sesuatu di depannya dengan kecepatan seperti polarisasi cahaya.
        Mulutnya yang tidak memiliki gig seperti paip yang panjang dengan hujungnya bagaikan span untuk mengesan rasa.Jadi apabila hinggap pada sesuatu, bahagian hujung mulutnya menyentuh dan memastikan apakah itu makanan.Jika ya, lantas dari hujung mulut itu dirembes sejenis enzim yang akan meluruhkan makanan tersebut menjadi cecair sebelum diserap oleh mulutnya.
       Rerambut yang ada di tubuhnya pula berfungsi sebagai penerima signal yang memberi kelebihan untuk ia mengesan setiap getaran walaupun berskala sangat kecil.
       Selain itu, sejenis protein iaitu 'chitin' membaluti tubuhnya agar kalis air.Manakala kakinya sangat kecil dan nipis namun memiliki kelebihan seperti hujung kail memudahkannya mendarat di bahagian vertikal yang sukar.
       Amat kompleks dan hebat kejadian makhluk ini, walaupun cuma seekor LALAT.Haiwan yang begitu kecil dan dianggap remeh ini sebenarnya satu ciptaan Allah yang sangat luar biasa.
Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 73 yang berbunyi :
"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu.Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tdak dapat menciptakan sesekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya.Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu.Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."

sharing is caring
Sumber : Majalah Mastika

Ohh Hijau..sejuk mata memandang...



Sejuk mata memandang kan..Hijau je..
Mata pun jadi segar dan sihat...
Semuanya indah dan cantik hasil ciptaan Yang Maha Esa..

#salam sayang dari me

Kreatif :Seni pita tali kaset

Dalam tahun 80-an dan ke bawah adalah zaman menggunakan pita kaset/kaset untuk mendengar lagu.Sekarang ini memang payahla nak jumpa kaset kebanyakannya lagu-lagu dihasilkan dalam bentuk CD.
pita kaset

Walaupun zaman pita kaset ini dah berlalu, namun ada insan yang kreatif telah menggunakan tali pita kaset sebagai bahan yang boleh memukau mata siapa yang meilihatnya
Erika Iris Simmons yang berumur 26 tahun berkelulusan dari Washington University di St.Louis pada tahun 2006.Erika Iris Simmons ini gemar mencari benda-benda yang terpakai atau yang sudah tidak digunakan lagi sebagai bahan eksperimen untuk karya seninya.
Idea untuk menggunakan tali pita kaset ini hadir ketika dia bekerja di Hard Rock Hotel di Orlando, Florida.
Antara hasil karya Erika Iris Simmons




Sikap orang yang mengenal Allah

Seorang ahli hikmah mengatakan bahawa sikap orang yang mengenal Allah itu ada 6 ciri iaitu :

  • Ia merasa bangga apabila berzikir kepada Allah
  • Ia merasa rendah apabila mengingat diri sendiri
  • Ia mengambil pelajaran apabila melihat tanda-tanda kebesaran Allah
  • Ia segera berpaling apabila hatinya bergerak untuk melakukan maksiat atau menuruti hawa nafsu
  • Apabila ingat ampunan Allah maka merasa senang
  • Apabila ingat dosanya maka mohon ampun.
sharing is caring

#salam sayang dari me

Sentiasa di dalam kenangan dulu,kini dan selamanya...




Gambar-gambar di atas di ambil masa raya tahun 2009...masa nie arwah Atok me sihat lagi..me panggil arwah atok me atok milah...
Raya tahun 2010 kami tak bergambar sebab arwah Atok me demam...rupanya raya tahun tersebut merupakan raya yang terakhir me dan keluarga sambut dengan arwah..
Kerana pada tanggal 9/2/2011, arwah telah meninggal kan kami semula untuk selama-lamanya...
Arwah lah satu-satunya atok perempuan yang me ada setelah atok dan nenek sebelah ayah me meninggal dunia ketika me masih di alam knak-kanak..
Dengan arwah la me dapat merasa kasih sayang antara atok dengan cucu...(sedihla pulak me rasa nak nangis pun ada..sabar..sabarrr...)

Gambar di atas ni pula gambar Atok sedara me...me panggil atok munah..dia adalah adik ipar merangkap best friend arwah atok me la..orang nya kecil-kecil molek je..comey...
Masa arwah atok me masih ada, mereka berdua ni jadi rakan berborak,menanam tanaman keliling rumah sama-sama..pergi yassin sama-sama...pergi rewang rumah orang kerja kahwin pun sama-sama...
Arwah atok me dan atok sedara me ni memang tak reti duduk diam kalau kat rumah..ada saja kerja yang hendak di buatnya...
Sekarang ni, me hanya menumpang kasih seorang atok dengan atok sedara me ni la...(wuawua..sedihla lagi...)
Me doakan semoga atok munah sihat selalu, dipanjang umur...
Tahun ni masuk tahun ke 2 arwah atok me meninggal dunia...semoga arwah atok aman serta di tempatkan bersama-sama di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah...
Al-Fatihah...

Kata-kata

Apabila seorang lelaki duduk selama sejam dengan seorang perempuan ia dirasakan cuma seminit tetapi jika orang yang sama duduk di atas dapur panas selama seminit ia dirasakan terlalu lama dari mana-mana masa di dunia.Itulah relativti.
(Einstein)

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya, tetapi orang yang berada di pihak yang benar itu berani seperti seekor singa.
(Goethe)

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimanakah pula jika tiada agama?
(Benjamin Franklin)
gambar nie me ambil dr mr.google

sharing is caring
#salam sayang dari me

"Dia" bagi kek


Nyum..nyum..sedap tau kek nie..pandai "Dia" pilih..
Me suke krim vanilla nya..mmg memenuhi citarasa me la..
Krim vanilla sedap kek coklatnya mmg maveollus...
Walaupun birthday me dah lepas "Dia" tetap nak bagi me kek..
Anyway, terima kasih banyak-banyak ye kat "Dia"
Me hargai sangat-sangat

p/s : macam tau-tau je me suka kek coklat kan..
#salam sayang dari me

Di petang Ahad lalu


 

tiket masuk RM1 je..

Assalammualaikum....
Me nk share apa aktiviti petang Ahad yg lepas kat korang...
cite Ahad lepas baru hari nie nak share kan..apa daa...
Kat kg me skrg ngah ada wat Liga Bola Sepak Persatuan Belia Bersatu Lenga 2013..
pertandingan nya di buat pada hari Sabtu dan Ahad je..time weekend la orang ramai leh datang tengok kan..
Time me pergi tu mmg ramai yang datang tengok bagi sokongan...Nampak lah yang program nie dapat menarik minat penduduk sekeliling..
Selain itu, ianya juga dapat memupuk semangat kesukanan antara satu sama lain..
Liga bola sepak ini di buat sebagai salah satu aktiviti tahunan di kg me nie
Me harap aktiviti seperti ini dapat di teruskan untuk tahun-tahun yang akan datang..

#salam sayang dari me


Magis angka 7

           Angka 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi Allah.  Malah angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan bumi.  Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri dari 7 lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi.
           Angka 7 disebut pertama kali dalam surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi :
" Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan jadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
          Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam surah an-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi:
" Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh."
          Di antara permulaan surah al-Baqarah sehingga surah an-Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali.  Surah al-Fatihah yang merupakan penghulu segala surah juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.
Rukun solat ke 7 ialah sujud.  Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.  Juga, solat diperintahkan apabila kanak-kanak mencapai usia 7 tahun.
          Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat raya.  Manakala ayat tentang kiamat dalam al-Quran disebut sebanyak 77 kali.  Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sai, melontar, dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.
         Jangan lupa, Allah menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.
         Dalam kehidupan manusia pula, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan.  Ada 7 hari dalam seminggu.  Di kategorikan 7 benua dan 7 lautan di bumi.
         Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai "safe prime" iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permaasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya.Jangan lupa ya juga, heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.
        Keindahan pelangi terdiri daripada 7 warna.Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekul heptana.Angka 7 juga adalah nilai 'nuetral' antara sifat asid dan alkali.Manakala atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7.Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepala mempunyai 7 'cervical vetebratae'
        Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini.Ia bukan semata-mata unik, malah mengandungi hkmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.
me ambil gambar ni kat mr.google
Sumber : Majalah Mastika
p/s: setiap yang Allah jadikan pasti ada tujuan dan hikmahnya termasuklah pada nombor mahupun abjad..

Sharing is caring

#salam sayang dari me

Apa tu PHISHING??

Assalammualaikum semua...
Entri hari nie me nak share maklumat yang penting terutama kepada sesiapa yang sering menggunakan talian internet..khususnya kepada mereka yang menggunakan internet perbankan
Ok..Apa itu PHISHING?
Kebanyakkan korang mesti tak berapa tahu apa PHISHING tu kan..ada juga yang tak pernah dengar kan perkataan itu..
So, me nak share beberapa info mengenai PHISHING nie..baca dan fahami tau

Maksud PHISHING secara amnya memancing.Maksudnya di sini seseorang yang tidak bertanggungjawab(penjenayah siber) ingin mencuri maklumat peribadi seseorang di dalam atas talian
PHISHING adalah bertujuan untuk menipu selalunya dilakukan menerusi e-mel untuk mencuri maklumat.
E-mel Phishing biasanya muncul seperti ianya daripada organisasi yang sangat dikenali dan meminta maklumat peribadi seperti:
  • nombor kad kredit
  • nombor akaun
  • nama login
  • kata laluan
 Penjenayah Siber ini akan membuat laman web palsu yang seakan-akan sebuah laman web perbankan yang sah.Hal ini dilakukan dengan menghantar e-mel yang menyamar dengan link/pautan tersembunyi yang membawa anda semua ke laman web yang palsu apabila di klik.
Apabila ada telah terpedaya dan mengisi maklumat yang di minta, maklumat tersebut akan diperolehi oleh jenayah siber dan memudahkan mereka untuk mengakses ke akaun perbankan internet anda.

Cara untuk mengenal pasti e-mel PHISHNG
  1. Mengancam/mengugut untuk menutup atau menamatkan akauan anda jika tidak memberi maklum balas.
  2. Memberitahu bahawa akaun anda telah terancam atau telah berlaku aktiviti penipuan/salahlaku dalam akaun anda
  3. Perubahan/aktiviti yang tidak mendapat pengesahan oleh akaun anda
  4. Bank membritahu/menuntut telah kehilangan maklumat penting dan perlu info peribad anda untuk mengesahkan akaun anda.
Bila dah tahu cara mengenal pasti e-mel PHISHING, kat bawah nie ada beberapa cara untuk melindungi diri
  1. Elakkan daripada memberi maklumat peribadi kepada permintaan yang anda tidak yakin.Samada permintaan tersebut melalui e-mel atau telefon
  2. Jika anda was-was bahawa pemanggil atau penghantar tersebut sah atau tidak, anda boleh menghubungi sendiri dengan pegawai rasmi institusi kewangan anda untuk meminta kepastian
  3. Jangan mendedahkan kata laluan anda melalui saluran komunikasi yang mencurigakan atau bukan atas permintaan anda.
  4. Sentiasa pantau akaun anda untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak sah.Pastikan anda menerima laporan bulanan pada masa yang sepatutnya dan memeriksanya untuk mengesahkan transaksi anda.

Booklet ini me dapat dari SKMM.Perkongsian info berkaitan dengan IT adalah salah satu tugas me..
 Me harap selepas korang dah baca info kat atas tu,korang dapat sedikit info berkaitan dengan PHISHING ini dan berhati-hati serta berwaspada dengan apa-apa e-mel yang korang dapat selepas ini..

sharing is caring

#salam sayang dari me

Si Debabku...





 Apa ke halnya la ye muka me macam tu kan...kelakarnye me tengok..hehehe
Gambar nie masa me pergi Mydin Ayer Keroh, Melaka..nampak tak troli barang tu...me pergi belanja barang-barang dapur dengan keluarga me..
Orang yang kat sebelah me tu adik me yang nombor 2 kiranya kak ngah la..adik me nie OKU @ orang istimewa...
Me sayang sangat sangat kat adik me nie...bukannya me tak sayang adik beradik yang lain me sayang semua tapi me banyak beri perhatian kat adik me yang nombor 2 nie...
Me panggil dia debab...hehehe..alaa...panggilan manja-manja je tu...
Debab me nie rajin tau boleh lah di harap walaupun dia OKU... kalau kat rumah part angkat dan lipat baju memang dia yg incharge...dia la peneman mak ayah me kat rumah..almaklum la semua adik beradik me dah pergi stdy jauh-jauh..me sendiri pun duduk jauh dari mak ayah atas sebab tuntutan kerja...
Me doakan semoga adik me yang istimewa ini serta adik beradik dan mak ayah me dipanjangkan umur, di beri kesihatan yang baik..aamiin...
So, kepada sesiapa yang mempunyai adik,anak atau sahabat yang OKU nie jangan sisihkan mereka..layan,jagalah mereka seperti manusia normal yang lain..mereka juga punya hati dan perasan seperti kita juga...

p/s : doakan me semoga dapat suami yang dapat memahami diri me, seorang kakak yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga adik me yang istimewa ini pada masa akan datang..insyaAllah

#salam sayang dari me




Tambah hobi baru...

Assalammualaikum korang...sihat tak?
Kali nie kan me nak share buku masakan yang buat pertama kalinya me beli..
Majalah Rasa..mesti korang pernah dengar kan nama majalah nie..
Sebab ape me beli majalah nie..sebabnya dalam majalah tu ada kisah pasal blogger masakan yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia blog..
Tiap-tiap hari me akan buka blog "Dapur Tanpa Sempadan"...nie ha link blognya www.tiffinbiru.com..nanti korang try la  buka blog nie macam-macam resepi korang boleh cari dan cuba..


Nama pena tuan empunya blog tersebut ialah Mat Gebu...Mat Gebu nie telah terpilih masuk dalam majalah Rasa tu sebab kepopularan blog masakan beliau...apa lagi me teruja la nak tengok rupa Mat Gebu nie so teruslah me beli Majalah Rasa tu...
Lagipun kalau bab bab memasak, makan memang me suka...sapa tak suka makan kan...
Comel kan Mat Gebu tu walaupun gambar beliau di blurkan...
Dalam Majalah Rasa nie terdapat bermacam-macam jenis resepi yang boleh kita cuba...
Me rasa lepas nie tiap-tiap bulan la me beli majalah nie..dah boleh jadi hobi baru me..i like..
Ok la..daa korang semua...

#salam sayang dari me

Dah telefon mak,ayah belum...?






Pesan Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah,

Kalau ada masa jenguk atau telefonlah kedua ibu bapa kita.Jangan sampai ibu bapa kita berkecil hati sebab anak-anak tak ada masa untuk jenguk atau bertanya khabar.Takut-takut kita akan jadi anak derhaka nanti..
Wanauzubillah..mintak di jauhkan lah kan...
Kalau ada yang terjadi sedemikian, cepat-cepatlah mintak ampun dan maaf pada kedua ibu bapa tau..jangan di tangguh-tangguh sebelum terlambat...
Jadi, apa tunggu lagi..dail cepat nombor mak ayah korang tanya khabar mereka...

Untuk renungan kita semua ye..

#salam sayang dari me

Follow & friend with me

Wahh..speaking london me ha..
Ala..saje je tu me letak tajuk entri dalam bahasa Inggeris...hehehe
Kepada korang semua silalah follow twitter dan add FB me ye...
Boleh kita sama-sama tambah kenalan...
Kat bawah nie page FB dan Twitter me
Add jangan tak add..follow jgn tak follow...
Follow me @NurHam23


Add me at HazwaniMajid

#salam sayang dari me


Menentang?Menyokong?Membenci?


Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci 
dan
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...
gambar tiada kaitan dengan tajuk...hehehe


Fikir fikirkan wahai manusia...

#salam sayang dari me

Terlambat sudah....



















Hehehe...macam tahu je tajuk buku nie kan..."Setia Hujung Nyawa"
Tipulah kalau korang semua tak tahu..mesti ramai yang masih teringat ingat akan cerita ni di TV kn..Alaa...kat TV3 tu la...haa..senyum la tu sebab dah ingat...
Jujur me bagitahu, me tak pernah tengok walau 1 episod drama ni kat TV..
Baru ni lah me nak baca novelnya, itu pun selepas drama kat TV dah abis kan...
Tak ape, tak tengok dramanya dapat baca novelnya jadi la..itu pun me pinjam novel ni dari makcik..hehehe
Ok la...me nak start baca novel ni...korang jangan buat bising tau...syuhh...syyuhh...diam diam tau..hihihi...
Daa...

#salam sayang dari me



Ohh Hujan....

Hujan..oo..hujan..kenapa engkau turun..
Macamane aku tak turun, Allah SWT yang perintahkan aku turun membasahi bumi..
Alhamdulillah kan Allah bg kita merasa suasana hujan di Malaysia nie berbanding dengan penduduk di Afrika kn..
So, dalam suasana hujan tentulah akan sejuk,membeku,dingin...
Me biasalah kalau kat tempat keje mesti nak cari air panas bagi menghangatkan badan sikit..hehehe
Hari nie me buat air milo makan bersama dengan biskut gula..makan tengahari merangkap minum petang sekali...jimatt...hihihi..

Tapi,lepas tu...

Ke sini la me akan pergi bila dah tak tahan sejuk sangat..asyik nk terkucil je..huhuhu...
Betul kan..bukan me je kan yang jadi mcm nie korang semua pun sama kan kalu tak tahan sejuk lagi2 kalau musim hujan...hehehe
Ok lah, me nak sambung buat kerja sambil menikmati ar milo yang masih lagi panas nie..
Jumpa lagi...

#salam sayang dari me


Ada beza tak???

Assalammualaikum semua...
Jumpa lagi ye...
Entri kali nie me nak korang semua gambar kat bawah nie..pastu cer komen ada perbezaan tak antara kedua dua gambar tu..
Cer la korang bg komen ke,kutukan ke...tak ape semua me boleh terima..Hati kebal nie...hehehe



gambar 1:muka me zaman stdy  gambar 2: muka me sekarang

#salam sayang dari me

Mencegah lebih baik dari mengubati


Cuba teka apa yang ada kat tangan me tu?
Tulah biji aprikot..sekarang nie me amalkan makan 7 biji aprikot setiap hari..
Walaupun pahit hanya Allah saje yang tahu me tetap juga kunyah dan telan..
tapi sebelum me nak telan me kena ada jus oren baru leh telan...
Biji aprikot nie bagus kita amalkan makan..insyaAllah boleh menghalang dari penyakit kanser...
Tak salah kita mencuba kan...lebih baik kita mencegah dari awal kan..
Untuk sahabat semua, me doakan semoga korang sentiasa sihat dan di jauhkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini...InsyaAllah

#salam sayang dari me

Sama dan Serupa

Assalammualaikum semua....
Hai you all..
Entri pertama di bulan februari..
Dah lame kan me tak mengupdate blog nie
So, entri kali nie me nak korang semua cari persamaan dalam keempat-empat gambar kat bawah nie...







korang cari tau apa yg samanya
Selamat mencari...

#salam sayang dari me


Copyright by ungutinta.blogspot.com