I'm sorry

          Zorro dan Robin Hood bertemu dalam satu pertandingan memanah sebiji epal di atas kepala seorang gadis.Siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.
         Dalam jarak 50 meter Zorro membaling PRDANGnya ke arah epal di atas kepala si gadis itu.
         Zuuupppp!
         Terbelah dua epal itu.
         Dengan bangga, si Zorro menjerit : "I'M ZORRO...!"
         Tiba giliran Robin Hood pula.Dia mengambil jarak dalam 100 meter, menggunakan busur ANAK PANAHnya.
         Zuuppp!
         Terbelah dua epal yang baru diletak di atas kepala si gadis.Si Robin Hood memekik : "I'M ROBIN HOOD!"
         Tiba-tiba lalulah seorang penduduk kaum asli di situ.Dia merasa tercabar dengan kehebatan Zorro dan Robin Hood.Lalu dia menyumpit dari jarak 150 meter!
         ZZZUUPPPP!!!PPRRAAPP!!
         Terkenalah kepada si gadis tadi, lalu mati.
         Dengan selamba orang asli itu berkata : "I'M SORRY!"



Hehehee..hanya mampu tersenyum

Cerita di atas hanya lah rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.

#salam sayang dari me



Mutiara kata II

          " Suatu tanda kelebihan orang berakal ialah apabila dia telah sanggup menggunakan
            akalnya seperti mempergunakan pelita pada malam yang gelap "

          " Dalam pergaulan janganlah menggunakan kata-kata yang kasar, tidak ada ruginya
            berkata manis dan ramah tamah.Demikian juga dengan memuji, bererti satu
            keuntungan dan bukan satu kerugian "

          " Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu.Dan tidak
            sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal "


#salam sayang dari me

Info : Percaya atau tidak inilah realitinya

Cuba baca dulu baru boleh percaya atau tidak...



  1. Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia
  2. Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter (1000 inci) di Cherrapunji, India
  3. Kucing boleh menjadi pemburu maut kerana apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya.Ini akan mengurangjan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat
  4. Dengan memakan saderi, korang semua sebenarnya boleh membakar kalori dengan hanya mengunyah saderi (cepat ke pasar cari saderi..boleh jadi kurus nanti..hehehe)
  5. Matahari adalah 300,000 kali lebih besar daripada bumi..SubhanaAllah...
  6. Gurun yang terbesar di dunia adalah gurun sahara.Ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!
  7. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di bumi,kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
shaing is caring ^_^

#salam sayang dari me

Assalammualaikum

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

                 " WAHAI ANAKKU! APABILA KAMU MASUK KE DALAM RUMAH BERILAH SALAM. KAMU DAN AHLI RUMAH AKAN MENDAPAT BERKAT "

(riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran

Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama muslim.Silaturrahim sesama kita juga akan bertambah kukuh..InsyaAllah
ambil dari mr google
p/s : jangan sombong untuk memberi salam kepada yang kita kenal..dan juga jangan lokek untuk memberi senyuman...

#salam sayang dari me

Handmade : Blueberry cheese tart gituu

                     Salam semua sahabat me...entri kali me nak kongsi salah satu hobi terbaru me..hehehe..sekarang nie me suka mencuba memasak resepi yang tak pernah me masak...puncanya dari suka-suka menonton rancangan masakan di TV,so me jadi macam seronok nak mencuba masak-masak..(angan-angan nak masuk masterchef tau...hihihi..)
                     Disebabkan hobi terbaru me ini,me rajin melayari blog-blog atau laman web masakan...asal ada masa terluang me akan search resepi-resepi untuk me cuba...
                     Baru-baru ini me telah cuba satu resepi kuih moden boleh di kategorikan sebagai pencuci mulut/dessert...gali punya gali cari resepi akhirnya dapat la me resepi untuk buat BLUEBERRY CHEESE TART...kelasss ko....hihihi..kredit me beri pada laman web www.tiffinbiru.com kerana me selalu mencuba resepi dari laman web ini...semuanya menjadi tau...
                     Jadi kat bawah ini me nak tunjuklah hasil air tangan me kepada semua...jangan yang meleleh air liur dah ler ye...
pastri yang sudah siap dibakar,belum diisi dengan  blueberry & cheese
pastri yang sudah siap diisi dengan blueberry & cheese
blueberry cheese tart yang sudah siap dibakar...apa lagi makann la....


                       Macamane..agak-agaknya lepas ini me boleh buka bakery ke tak...hihihi...tapi banyak lagi yang perlu me belajar..almaklumlah perempuan ini kene pandai masak ye tak..kalau dah kahwin nanti tak kan lah tiap-tiap hari makan kedai je..kesiannnn kat suami nanti...

p/s : blueberry cheese tart yang me buat ini,pastri nya tebal...kalau berniaga rugi la..sedap bau masa bakar pastri ini tau...^_^

#salam sayang dari me


Bersujudlah..!!!

Di saat kita di dalam jiwa yang difujurkan oleh Allah swt kerana tidak redha dengan apa yang belaku..maka BERSUJUDLAH...

  • Di saat kita kecewa....sujudlah
  • Di saat kita kesunyian....sujudlah
  • Di saat kita gelisah....sujudlah
  • Di saat kita geram....sujudlah
  • Di saat kita dengki....sujudlah
  • Di saat kita buntu,tidak mampu berfikir....sujudlah
  • Di saat kita bahagia....sujudlah
  • Di saat kita menerima sesuatu rezeki...sujudlah
  • Di saat kita disayangi dan dihargai...sujudlah

  • Di saat kita menyedari....sujudlah
  • Di saat kita rindukan Allah....sujudlah
  • Di saat kita ingin kembali kepada Allah...sujudlah

Oleh itu, ketika mendirikan solat lakukanlah SUJUD dengan benar dan kita kan merasai betapa nikmatnya sujud kepada Allah SWT..

sharing is caring ^_^

#salam sayang dari me

Perginya seorang SAHABAT

                Salam semua sahabat me...pada tanggal 28 September 2012 me telah kehilangan seorang sahabat yang telah me anggap sebagai adik sendiri..pemergian arwah cukup memeranjatkan me dan sahabat-sahabat me yang lain..tapi kami redha dengan pemergian arwah..yang hidup lawannya mati...
                Me tak dapat melawat jenazah tapi me telah sempat melawat keluarga arwah dan menziarahi pusara arwah bersama-sama dengan sahabat me yang lain...arwah sahabat me telah lama menderita sakit kanser dan arwah juga telah terlalu banyak menjalani kimoterapi...bermacam-macam jenis ubat telah arwah makan dan mak ayah arwah juga telah berusaha sehabis mungkin bagi melihat arwah sihat semula...namun kuasa penyembuh sebenar adalah di tangan Allah swt..Allah swt lebih sayangkan arwah..
               Segala kenangan yang tercipta ketika bersama-sama dengan arwah sentiasa segar dalam ingatan..gelak tawa,senyuman,suka duka ketika sama-sama menuntut di kolej dulu akan me dan sahabat me semua kenang sampai bila-bila..
              Semoga Allahyarhamah Nor Hidahyu Bt Yem di tempatkan di dalam golongan yang beriman..dan tenang 'di sana'..aaminn...
AL-FATIHAH


p/s: setiap yang hidup pasti akan mati..cuma kita sahaja yang tidak tahu bila,bagaimana dan di mana..sama-samalah kita sentiasa menjaga serta menambah iman dan ibadah sebagai bekalan kita 'di sana'..insyaAllah

#salam sayang dari me


Apa itu GAMOFOBIA ekk...

me ambil kat mr.goorle
                GAMOFOBIA...apa tu ekk..tak pernah dengar pun perkataan tu...pelik je kan..hhaa...(suspen je dengar kn..hehehe)..kali ini me nak kongsi serba sikit apa tu gamofobia tu sebenarnya...
                GAMOFOBIA ini macam sejenis gangguan psikiatrik..maksudnya seseorang itu takut atau fobia terhadap alam perkahwinan..(ada juga ek orang mcm nie..ntah ntah me pun tergolong dalam golongan gamofobia ni kot...huhuhu)..antara simptom-simptomnya adalah cepat merasa panik,berpeluh peluh dan jantung berdegup kencang..(haa..cer check ada tak tanda-tanda mcm tu...hihihi)
                Golongan gamofobia ni bukannya tak nak berkahwin tetapi mungkin mempunyai sejarah atau pengalaman yang buruk samada pernah nampak kemusnahan rumah tangga orang lain atau telah di momok momok yang buruk-buruk pasal alam perkahwinan...
                Me pun tak berapa berani nak cakap lebih-lebih sebab me sendiri pun belum berumah tangga lagi..(still available lagi nie..hehehe..cewahh..sempat promote diri sendiri nampak..just kidding ye..)...seeloknya bagi yang mengalami gangguan gamofobia ini perlulah di beri kasih sayang dan cinta yang betul-betul ikhlas bagi mengembalikan keyakinan dan juga perlulah memberi gambaran yang baik-baik berkaitan dengan alam perkahwinan...
              Hidup membujang ada hadnya..Jika sudah cukup syarat,teruskanlah untuk menjadi kenyataan..

Seperti firman Allah swt dalam surah Al-Nuur ayat 32 :
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu.."

Hadis Rasulullah saw
"Nikah adalah sunnahku,maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.."
(riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)

             Petua dari me untuk yang menghadapi masalah gamofobia ini dengan cara mengambil 1 biji vitamin cinta, 1 biji vitamin sayang dan 1 biji vitamin rindu...gurau-gurau aje...

p/s : ramai sahabat me yang sudah berumah tangga,ada anak,tengah mengandung dan ada juga tengah tunggu saat kelahiran...me doakan semoga mahligai rumah tangga yang dibina akan kekal hingga ke syurga..doa-doa kan yang baik-baik untuk me juga ye... ^_^

#salam sayang dari me

                
               

10 Pulau terbaik di Malaysia

           Salam semua sahabat me...kali ini me nak kongsi cerita berkaitan dengan PULAU..bukan panggilan pulau atau di sebalik pulau tapi cerita pasal keindahan dan keaslian pulau yang terdapat di Malaysia..
          Desiran ombak,hamparan pasir putih, serta lautan yang membiru pasti menjadi idaman setiap insan yang mahu lari daripada kesibukan kota...jadi tidak hairanlah ramai yang memilih pulau-pulau untuk menenangkan diri dan fikiran..
         Kali ini me nak senaraikan pulau-pulau yang "awesome" di Malaysia : 
  • PULAU TIOMAN - Pulau ini cukup popular di seluruh dunia semenjak tahun 1960-an lagi.Majalah TIME turut menyenaraikan pulai ini sebagai "pulau terbaik dunia" pada tahun 1970-an. 
  • PULAU PERHENTIAN - Menjadi pilihan utama para 'backpackers' yang rata-ratanya datang untuk mnikmati keindahan alam semula jadi serta hidupan laut.  
  • PULAU LANGKAWI - Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini serta pusat membeli belah pada kadar yang murah
 
  • PULAU PINANG - Destinasi makanan dan kebudayaan pastinya menjadi tarikan pada negeri ini.Bandar Georgetown telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. 
  • PULAU LABUAN - Terletak di antara Sabah dan Sarawak menjadi naungan Wilayah Persekutuan.Keistimewaannya sebagai pusat kewangan pesisir pantai menjadikannya terkenal di kalangan para pelabur. 
  • PULAU LAYANG-LAYANG - Keindahan terumbu karang menjadi tumpuan utama para pelancong terutamanya para penyelam skuba.Pulau yang berada di Kepulauan Sparatly ini menjadi antara 10 lokasi menyelam terbaik dunia. 
  • PULAU SIPADAN - Jacques Cousteau, seorang penjelajah bawah laut terkenal telah menggambarkan Sipadan sebagai hasil seni yang tidak pernah disentuh.Menjadi lokasi wajib setiap tahun kepada penyelam skuba,pulau ini secara rasminya menjadi milik Malaysia pada 2002. 
  • PULAU RAWA - Pulau ini dimiliki oleh keluarga Diraja Johor terletak 16 kilometer dari pantai semenanjung Malaysia.Menjadi tumpuan popular pelancong dari Singapura yang menjadikan pulai ini sebagai lokasi berhujung minggu. 
  • PULAU REDANG - Selain dikelilingi dengan pasir memutih,pulau ini juga didiami pelbagai hidupan liar seperti monyet,rusa dan biawak. 
  • PULAU PANGKOR - Kedudukan geografinya berdekatan Lembah Klang menjadikan pulau ini pilihan warga kota.Pulau ini mempunyai pelbagai kemudahan penginapan daripada bertaraf enam bintang hinggalah motel yang diusahakan penduduk tempatan...
 Marilah kita sama-sama melawat tempat yang menarik di negara kita Malaysia.. ^_^

#salam sayang dari me

Nak pergi kursus kahwin....

              Salam semua sahabat me..semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu...emm..entri kali ini me nak cerita pasal kursus kahwin...wahh...dah nak menikah ker..hehehe...bukan bermakna me nak ambik kursus kahwin,me dah nak menikah ye...tapi sebagai persediaan walaupun belum tahu siapa jodoh untuk me kan...

              Me rancang nak ambik kursus kahwin nie dengan adik me tapi kene tunggu dia cuti sem la...walaupun me ada belajar dulu bab-bab kahwin nie masa kat sekolah agama dulu tapi me rasa kursus kahwin nie perlu di ambik sebagai nilai tambah kepada pengetahuan yang telah sedia ada pada me...yela kan, nak kahwin nie bukannya untuk sehari dua tapi biarlah sampai ke syurga kan...(dalam hati bercita-cita nak jadi suri hati yang solehah pada si suami..insyaAllah )



Firman Allah swt :

" Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."

(Yaasin :36) 
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan,mungkin kecantikan itu memburukkan hidup.Jangan mengahwini mereka kerana harta,mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.Tetapi kahwinilah mereka ataas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam,berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah) 


              Sekarang ini,me tengah survey tempat untuk me ambik kursus kahwin nanti..harap semua sahabat me dapat doakan yang baik-baik untuk me ye...InsyaAllah..

#salam sayang dari me ^_^

           
    

Mutiara kata


" Berbahagialah orang yang dapat menjadi 'tuan' kepada dirinya, menjadi 'pemandu' untuk nafsunya dan menjadi 'kapten' untuk bahtera hidupnya "
( Sayidina Ali bin Abi Talib )

" Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya."
( Tun Dr.Mahathir Mohamad )

" Hidup ini ibarat menunggang basikal.Untuk mengekalkan keseimbangan, anda mestilah terus bergerak dan mengayuh sedaya upaya mungkin."
( Albert Einstein )

#salam sayang dari me ^_^

Akulah harapan....

             Seorang budak lelaki menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap.Lalu, terdengarlah lilin pertama bersuara :
" Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjagaku.Mereka lebih suka huru hara, mengganggu kedamaian.Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar." Lalu padamlah lilin pertama itu.

             Kemudian, lilin kedua pula menyambung : " Namaku IMAN.  Sayangnya tidak ramai manusia magu mengenaliku.Hiburan duniawi lebih berguna daripadku.Apalah gunanya aku terus menyala." Dan padamlah lilin kedua itu.

            Lilin ketiga pula menyambung perbualan : " Namaku CINTA.   Tapi manusia tidak menganggapku berguna.Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri.Tiada gunanya aku terus menyala." Padamlah lilin ketiga itu.

           Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis.
           " Apakah yang sudah terjadi?Mengapa hanya satu lilin yang menyala?Aku tak mahu begini.Aku takut kegelapan.Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik yang gelap ini," ujarnya tersedu-sedu.

           Melihat budak kecil itu ketakutan, lilin keempat pun bersuara : " Jangan takut.Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walau sebanyak mana ia padam."

           " Siapa engkau?" tanya budak itu.
           " Akulah HARAPAN..." jawab lilin keempat.
           Budak itu berhenti menangis.Diambilnya lilin keempat itu lalu dicucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang telah mati tadi.

           Bilik itu terang benderang semula.Budak itu tersenyum.HARAPAN tidak pernah mati, sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang...

Sumber : Majalah Mastikan keluaran Oktober

#salam sayang dari me ^_^

Kuburkan saja!!

Ada seorang lelaki berjumpa dengan seorang ulama dan bertanyakan soalan berkaitan solat...Bermula la perbualan mereka...

Lelaki  : Ya Syeikh,apakah hukum untuk orang yang sakit?
Syeikh : Hukumnya wajib.Dia hendaklah menunaikan solat dengan berdiri jika mampu..
Lelaki  : Kalau dia tidak mampu?
Syeikh : Hendaklah dia melakukan solat dengan cara duduk...
Lelaki  : Kalau duduk pun dia tak boleh?
Syeikh : Hendaklah dia solat dengan berbaring
Lelaki  : Kalau berbaring pun dia tak mampu?
Syeikh : Hendaklah dia melakukan solat dengan isyarat..
Lelaki  : Kalau dengan isyarat pun tak boleh?
Syeikh : Hahh! Kalau dah macam tu...lagi senang! Terus kuburkannya..!!



Moralnya : Islam itu mudah..pelbagai cara kita boleh lakukan untuk bersolat andai terdapat kekangan untuk melakukannya...jangan bagi alasan yang tak masuk akal untuk mengelak dari melakukan kewajipan..

#salam sayang dari me ^_^

Bahagiaaa....Adam & Hawa

Salam semua...wahh gitu tajuk entri me kan...hehehe..sekarang ini me ngah kemaruk dengan drama Adam & Hawa nie...sesuai sgt Aaron Aziz danNadiya Nisa berlakon kan..me suka tengokk...

Me dah baca novel Adam&Hawa ini lebih dari 2 kali..suke dengan plot-plot jalan cerita hasil garapan dari penulis Aisya Sofea...terdapat juga pengajaran dalam cerita ini lebih-lebih lagi kepada sesuatu perhubungan...
me ambil dr mr google


Dalam cerita Adam&Hawa ini banyak diterapkan unsur-unsur yang boleh dijadikan pengajaran dan pegangan dalam hidup :
  • Kejujuran
  • Tertawa
  • persahabatan
  • Hormat antara satu sama lain dan kompromi
  • Memaafkan
  • Bersikap realistik
  • Lupakan masa lalu
  • Berdoa
Mana yang baik jadikan sempadan,mana yang buruk jadikan tauladan... ^_^

#salam sayang dari me

Beli buku baru

Salam semua sahabat me...yeay..yeay..me beli buku baru..rasa teruja nak baca buku ini sebab ada kartun..hihihi...tak adalah..me teruja nak baca buku ini sebab ianya nampak menarik pada cover muka dpannya..tajuknye "101 Rekreasi Hati"..

Intipati buku ini diambil dari hadis-hadis Nabi dan diterjemahkan dalam bentuk kartun dan lukisan agar para pembaca tidak bosan dan ianya juga mudah untuk di fahami...memang best la baca buku ini..tak rugi beli tau...hihihi


 Kat sebelah ini,adalah gambaran apa yang terkandung dalam buku ini...pandai juga ye penulis dan pelukis mengolah buku ini..ini adalah salah satu cara bagaimana untuk menarik minat para pembaca bagi memahami sesuatu hadis dan riwayat dengan mudah...



 Jom semua sahabat me kita sama-sama jadikan membaca sebagai amalan untuk menambah pengetahuan... ^_^

Sharing is caring

#salam sayang dari me

Yeke..emm...

Salam semua sahabat me...dh baca tajuk entri me kali ini..macam pelik bunyinya kan...tak percaya pun ada kn..kan...kan...

Ok la..meh baca apa yang nak me kongsi kali ini

ambil dr mr.google
  • Bakar lemak dengan kulit mangga ~ kajian dari Universiti Queensland,Australia telah mendapati kulit mangga boleh membakar timbunan lemak yang terdapat di tubuh manusia ( aikk...kulit mangga pun boleh jadi bahan pembakar lemak...ajaib.. ) Tapi kulit mangga yang tertentu sahaja yang boleh membakar lemak di badan iaitu kulit mangga jenis Irwin dari Australia dan mangga Doc Nam Mai dari Thailand.2 jenis mangga ini telah dikenal pasti mengandungi senyawa yang mampu menghambat pembentukan sel lemak manusia...Dengan menggunakan kulit mangga ini, para pengkaji cuba menghasilkan suplemen mencegah obesiti menerusi molekul dalam kulit mangga dalam menghambat pembentukan sel lemak...Tapi mangga dari jenis Kensington Pride pula dikenal pasti memiliki senyawa yang mendorong pertumbuhan sel lemak dan boleh menyebabkan kegemukan...( laa...rupanya ada juga mangga yang boleh mendorong jadi gemuk...ishh...ishh..ishh... )
 
  • Kuasa perubatan kacang panjang ~ kacang panjang boleh menjadi agen penting dalam merawat beberapa penyakit antaranya penyakit batu karang...caranya dengan mengisar 200gm kacang panjang bersama dengan 200gm asparagus, rebus kisaran tersebut hingga didih dan minum sewaktu masih panas...( wahh...bagi resepi gitu.. )...untuk mengubati masalah sembelit pula, makanlah 200gm kacang panjang dan 100gm daun ubi secara teratur...kacang panjang juga jika digoreng bersama kacang buncis,brokoli dan lobak merah boleh berupaya mencegah serangan kanser...( wahh...bagus ini,boleh amalkan selalu...mencegah lebih baik dari mengubati kan... )
 
  • Keju kurangkan risiko diabetes ~ merujuk dari American Journal of Clinical Nutrition; pengambilan keju sebagai kudapan secara rutin mampu mengurangkan risiko diabetes...hal ini kerana keupayaan keju berpunca daripada proses fermentasi susu yang memicu reaksi tubuh untuk melindungi diri daripada serangan diabetes serta jantung..Namun begitu,masyarakat tidak digalakkan untuk memakan keju secara berlebihan biarpun ia turut mengandungi lemak yang baik untuk tubuh...amalkan diet yang seimbang ok...


sharing is caring... ^_^

#salam sayang dari me

5 Tips Sukses di usia Muda

Salam semua sahabat me...Alhamdulillah, entri kali ini me nak kongsi beberapa tip melalui pembacaan me untuk sukses dalam hidup di usia muda..mungkin tip-tip ini mampu memberikan motivasi kepada semua untuk berjaya di awal karier

Tip-tip Sukses
mr google me ambil gambar ni tau

  1. Niat yang kuat ~ Segalanya bermula dengan niat.Jika ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, maka potensi untuk berjaya sangatlah tinggi
  2. Berani mengambil langkah ~ Tentukan langkah dari mana mahu memulakan kerjaya.Ketahui secara jelas tujuan kerjaya yang dipilih.Pastikan pilihan yang dibuat tidak akan jadi sesalan dalam hidup
  3. Terus belajar ~ Perlu sentiasa berkeinginan untuk terus belajar dan menambah pengetahuan.Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang dilakukan dan sentiasa mahu buat yang terbaik dari yang sebelum ini.
  4. Tidak pernah putus asa ~ Kegagalan adalah adat dalam kerjaya tidak semua jalan akan kita lepasi dengan mudah.Anggaplah kegagalan salah satu daripada proses pembelajaran untuk jadi yang terbaik serta dapat meningkatkan lagi semangat untuk lebih berjaya.
  5. Beribadah ~ Sokongan spiritual juga harus dilakukan selain berusaha dengan gigih untuk berjaya.Urusan duniawi dan akhirat perlulah diseimbangkan dengan betul.Beribadah juga adalah salah satu terapi untuk diri dalam mendapatkan ketenangan diri.
Jomm semua sahabat me kita sama-sama mencuba,mengamalkan tip di atas untuk jadi lebih sukses dalam hidup di dunia mahupun di akhirat..InsyaAllah... ^_^

#salam sayang dari me

Muslim adalah bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" SEORANG MUSLIM ADALAH SAUDARA KEPADA SEORANG MUSLIM YANG LAIN; IA TIDAK MENZALIMINYA DAN TIDAK MENGHINANYA. "

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Pengajaran :

Kepada sahabat me sumua tidak perlulah kita menyakiti, membenci, menuduh sesama kita dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

#salam sayang dari me

Blackoutt....Kene Karen....!!!

Tarikh 7 September 2012 bersamaan dengan 20 Syawal (Jumaat) yang lalu, maka terjadilah satu peristiwa yang me sendiri tak jangka berlaku...sedikit sebanyak beri juga kesan pada diri me sendiri...( mcm suspen je bunyi nya...hihihi )..pada tarikh tersebut, rezeki Allah bagi hujan yang lebat di tambah pula dengan petir dan kilat.. (cukup 1 pakej kan Allah bagi...)..

Sedang sedap me layan jiwa dengan rezeki yang Allah bagi itu,tiba-tiba petir berserta dengan kilat berdentum kuat...rupa-rupanya tempat me mencari rezeki telah kena panahan petir sehingga menyebabkan blackoutt dan terdapat beberapa perkakasan yang rosak...dan yang paling me tak sangka me sendiri telah terkena renjatan elektrik...huhuhu
tangan me terus kebas dan telinga me berdesing..saat tu hanya Allah saja yang tahu dalam hati me...

mr.google punya gambar


Segala kerosakan, pihak ibu pejabat yang selesaikan cuma me hantar laporan dan senaraikan barang-barang yang rosak..jenuh jugalah me nak kena check satu-satu perkakasan yang mane satu ok yang mana yang tak ok...dalam masa yang sama badan me bisa-bisa akibat kene karen..badan me pun panas,demamm...... (ohh..tidak.....)

Me nak kongsi serba sikit mcmane nak hadapi andai tiba-tiba kome semua alami seperti yang me lalui...

  1. Jangan panik dan tarik nafas dalam-dalam
  2. Bangun dan tutup semua suis
  3. Telefon pihak yang berkaitan dan maklumkan apa yang terjadi
  4. Periksa mana-mana peralatan yang berkemungkinan menjadi mangsa petir
  5. Baru periksa peralatan yang lain satu persatu dan senaraikan segala kerosakan
  6. Buat laporan secepat yang mungkin supaya segala kerja tidak tergendala
Me harap apa yang telah kongsikan di atas dapat menjadi manfaat pada semua ^_^

Moral : jangan main karen time hujan...hihihi

#salam sayang dari me


Adam & Hawa

" Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengan untuk dilindungi
dan dekat di hati untuk dicintai...."

Siapa ingat lagi dengan bait-bait kata indah di atas...haa...ada yang dah tahu tu kan...ye betul di petik dari kata-kata dari novel ADAM & HAWA karya Aisya Sofea..



Me percaya ramai yang dah baca novel ADAM & HAWA nie kan...termasuk la me ntah dah berapa kali me dah baca...berkahwin tanpa cinta yang akhirnya membawa bahagia..memang sweet jalan cerita dalam novel nie..

Sekarang nie pulak, dah ada pula drama ADAM & HAWA nie yang sedang di tayangkan kat saluran ASTRO kn..tapi me tak dapat tengok ceritanya...me suka sgt Aaron Aziz berlakon...huhuhuhu...

Me harap pada lelaki,jejaka di luar sana hargaila perempuan,wanita sebagaimana kita menghargai dan menghormati ibu,emak,ummi,mummy,mama kita..... ^_^

#salam sayang dari me

Korang macam tak ada perasaan bila...

Salam semua...kali ini me nak kongsi perangai@peel sesetengah orang terhadap sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling...di harap kita semua dapat mengambil perkara yang baik sebagai panduan dan yang buruk hendaklah ditinggalkan...

mr google punya gambar

  • Makanan yang korang makan masin yang amat sangat tapi korang boleh makan sampai licin.Paling ngeri bila korang minta nasi tambah...
  • Buang air tepi jalan yang orang tengah lalu lalang kemudian ada pula yang membunyikan hon tapi korang boleh toleh sambil abgkat tangan lagi macam tak ada buat apa-apa kesalahan pun..(orang macam nie pun ada ka...)
  • Orang minta sedekah sedikit makanan yang tengah korang makan kerana sangat lapar tapi korang pula cakap korang pun lapar dan terus habiskan makanan di depannya...(zalimnya orang peel mcm nie...ishh..ishh )
  • Ada awek duduk kat stesen bas sebelah korang itu punyalah cun melecun gila yang sepatutnya korang tackle tapi makcik rugged yang dah ada anak korang dok usha...(hehehe...)
  • Makcik tua yang sama tren dengan korang sekejap mencangkung,sekejap berdiri sebab dah tak larat tapi korang pula yang sedang duduk sambil dengar lagu tak teringin nak pelawa tempat duduk kepadanya.Harap muda bertenaga tapi akhlak hampeh...


#salam sayang dari me

7 Kalimah Agung

Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

Ya Allah, begitu mudah untuk kita mendapat pahala dan di ampuni dosa-dosa hanya dengan menghafal dan mengamalkan 7 kalimah agung dengan penuh istikhomah..



7 kalimah agung tersebut ialah :


  1. Bismillahhirahmanirrahim : Pada tiap-tipa hendak melakukan sesuatu
  2. Alhamdulillah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu
  3. Astagfirullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk
  4. Insyaallah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
  5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk
  6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian
  7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya
Marilah kita amalkan selalu..semoga kita tergolong di dalam kalangan orang-orang terpilih oleh Allah SWT
InsyaAllah...

#salam sayang dari me

Info menarik : Rugi tak baca

gambar ini ambil dr mr.google

Salam semua sahabat me..entri kali ini me hendak berkongsi beberapa info menarik yang berkaitan dengan Nabi Muhammad & sahabat handai baginda yang kita sayangi, agama Islam yang kita cintai dan banyak lagi..di harap semua sahabat me sudi membacanya...

  1. Rasulullah telah mengetuai umat Islam dalam peperangan menentang orang kafir sebayak 23 kali.  Sepanjang 23 kali itu, cuma sekali sahaja umat Islam tewas iaitu sewaktu Perang Uhud
  2. Nama nabi Musa A.S merupakan nama yang sering disebut dalam al-Quran manakala nama Mariam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam al-Quran
  3. Nabi Muhammad S.A.W dikurniakan 7 orang anak iaitu 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan
  4. Batu Hajar Aswad diturunkan dari syurga.  Pada asalnya ianya berwarna putih (lebih putih dari susu) akan tetapi disebabkan dosa-dosa umat manusia yang terlalu banyak, warna batu bertukar menjadi warna hitam
  5. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia.  Oleh itu, keaslian dan kesuciannya selalu terjaga
  6. Agama-agama lain memiliki lebih dari 4 versi kitab suci dan berbeza antara satu sama lain.  Akan tetapi kitab suci al-Quran hanya ada 1 versi sahaja dan tiada langsung percanggahan dalam setiap isi kandungannya.
  7. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah " ummatii..ummatii...ummatii " yang mengungkapkan betapa besar cinta dan sayangnya baginda kepada umatnya
  8. Penganut Islam bertambah 2.9 peratus setiap tahun.  Pertumbuhan ini lebih cepat jika dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3 peratus setahun.
  9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam sedang berkhidmat dalam angkatan tentera.
  10. Seramai 8 juta oarang muslim kini ada di Amerika Syarikat dan seramai 20,000 orang rakyat Amerika masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11 berlaku
  11. Banyak sumber menyatakan pertumbuhan Agama Islam merupakan yang paling pantas berkembang dan dijangka menjadi agama nombor 1 dunia pada tahun 2030...InsyaAllah
  12. Negara Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang mana 90% penduduknya beragama Islam....Alhamdulillah

#salam sayang dari me

KAUM HAWA : Berhati-hatilah walau di mana berada

Entri kali ini me hendak berkongsi dengan semua berkaitan dengan ilmu " PUKAU "

Ilmu pukau sering dikaitkan dengan kegitan jenayah yang bertujuan meletakkan mangsa berada di bawah sedar sehingga memudahkan penjenayah mengambil kesempatan seperti melarikan wang dan barang kemas mangsa.

Apa itu PUKAU?
- sejenis ilmu sihir yang bertujuan menjadikan mangsa tidak sedar dan keliru dengan apa yang berlaku.
- sihir adalah perbuatan berkaitan dengan jin dan syaitan sehingga menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
- ilmu pukau ini berbeza sama sekali dengan kaedah hipnosis.  Kaedah hipnosis berbeza kerana pesakit boleh dikawal sepanjang masa

Kaedah PUKAU
ikhsan dr mr.google
  • pukau menggunakan gambar penuh mangsa di laman sosial
  • hembusan asap rokok
  • renungan mata
  • jampi SMS
  • bersalaman
  • tepuk bahu
  • buang najis, pakaian buruk di hadapan rumah
  • senyuman 

Golongan yang mudah di PUKAU
  • individu yang lemah semangat, didatangi haid, ada saka, mudah percaya atau taksub perkara tahyul
  • meninggalkan amalan wajib
  • tidak menutup aurat

F.A.M.I.L.Y


Siapa sangka di sebalik perkataan FAMILY membawa maksudnya yang tersendiri..me pun tidak terfikir perkataan FAMILY dapat memberi makna yang bermakna pada kita semua..

                                   F = FATHER
                                  A = AND
                                 M = MOTHER
                                  I  = I
                                  L = LOVE
                                 Y = YOU


Sweet kan maksud disebalik perkataan FAMILY..
Di harap sahabat me semua dapat menyayangi dan menghormati kedua ibu bapa...

 #salam sayang dari me

Munajat seorang pencinta

Tuhanku...
Mengapa mimpiku panjang sekali sehingga aku terlena dalam arus yang mengkhayalkan...
Sekali pun tidak pernah terlintas di hati ini bahawa mimpiku akan berakhir dengan realiti...
Tersungkur aku..Ya Allah..
di dada bumi-Mu yang telah hilang merah..betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari padahal rembulan sudah lama menghuni..

Tuhanku...
Andainya aku tersasar jauh dari jangkauan-Mu, kembalikanlah aku dalam selimut kasih-Mu supaya aku tidak tergolong dalam kalangan yang tertipu bukan oleh siapa-siapa tetapi tertipu oleh bayang-bayang sendiri..
Tiada apa yang aku inginkan selain kelestarian sebuah bahtera kehidupan yang kulayari bersama dia...ditemani kuntum-kuntum cinta kami...
Namun andai tiba-tiba berpusar ganas riak yang tenang, taufan melayang tanpa undangan...tunjukkanlah aku jalan supaya lidahku tidak terus kelu..juga agar lidahku tidak membidas buas..
Lontarkanlah buah-buah bahasa yabg mampu menyusup ke hati seorang lelaki...
seorang lelaki yang dahulu pernah membawa kau berlari lari di sekitar pelangi yang sama-sama meredah belantara, meneruni lembah, mengharung onak...dan kami bahagia..

Tuhanku...
Barangkali pengertian bahagia dari sudut pandanganku jauh sekali dengan pengertian dari sudut pandangan dia...
Barangkali dia sudah puas berada di puncak bahagia bersamaku..lalu dia meneruni lembah untuk mencari kebahagiaan yang baru...
Mungkin kerana saban hari aku meneguk secawan luka, menghirup secangkir lara, aku menjadi biasa.  lantas, luka itu mampu ku rawat sendiri..
Lara itu kujahit sendiri...

ikhsan dr mr.google

Keluarga Bahagia,Keluarga Sakinah




" Keluarga yang bahagia terbina di atas tapak tangan ibu bapa yang beragama dan berakhlak mulia.  Ibu dan bapa adalah teladan yang paling dekat dengan anak-anak.  Keharmonian ibu bapa dan anak-anak yang wujud atas dasar kasih sayang seperti yang dituntut oleh agama, akan dapat membina kehidupan yang berbahagia "



#salam sayang dari me

Takut Kahwin...!!!

Takut kahwin...!!!....agak-agaknye ada tak yang memang takut nak kahwin?mungkin ada yang takut untuk berkahwin tapi bukan dalam kalangan majoriti yang ramai...mungkin juga ada sebab tersendiri mengapa seseorang itu takut untuk berkahwin...kalu sesiapa yang tanya kat me "nak kahwin ker tak", me akan jawab sapa yang tak nak kahwin kn...hihihi

ehh..melalut pulak me nie..saje je me letak tajuk entri me macam itu..bukan sbb me takut kahwin tapi itu adalah tajuk novel yang telah me beli..unik kan tajuk novel nie...


mula-mula nampak novel nie pelik juga me rasa..tapi bila me dah baca sinopsis nye ceritanya macam best..skrg nie me tengah baca novel ini...nanti me share cerita novel ini pada entri yang lain pulak..ok...

#salam sayang dari me


Petua Meningkatkan Perhubungan ( 8P )

Salam semua...sihat?me harap pembaca blog me sentiasa dalam keadaan sihat selalu..."PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN" tajuk entri post me kali ini..wahh gitu tajuk post me kn...saje je me nk kongsi ape yang me telah me baca walaupun me belum berumah tangga lagi...( ooppss...me single lg tau )..so, mari kita sama-sama baca ape petuanya...

gambar ni me ambik dr google

  • Puji
  • Peluk ( petua nie boleh bagi yang sudah berkahwin ye..yang tengah bercouple tu jangan nak mengada-ngada nak peluk-peluk )
  • Penghargaan
  • Perhatian
  • Persefahaman
  • Pergaulan
  • Percutian ( kalau yang sudah berumah tangga lebih dari 5 tahun, petua ini amat penting bagi mengembalikan semula kehangatan bercinta dan kasih sayang dalam rumah tangga...)
  • Permohonan
Petua-petua di atas adalah salah satu cara untuk mengekalkan hubungan yang telah sedia ada...

SELAMAT MENCUBA

Sharing is Caring

#salam sayang dari me

Wanita & Epal

 " Wanita itu seperti sebiji epal yang ranum masak dan amat bernilai dan berharga, sekiranya ia berada di puncak tertinggi dahan.  Akan tetapi kadang-kadang epal itu berfikir, "kenapa diriku belum dipetik?".  Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan baginya setinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya.  Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.  Mungkin bukan cinta di dunia tetapi cinta di akhirat.  Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Illahi mengiringi...."

#salam sayang dari me ^_^

Raya 2012

ikhsan dr mr.google
Salam semua..entri kali nie me nak kongsi beberapa kegembiraan ketika raya baru-baru ini...tahun nie me dan family seperti biasa akan beraya di Muar..dan setiap tahun pasti akan ada jadual untuk me dan adik beradik me perlu buat ( arahan dari pihak atas gitu...hihihi )...


Kebiasannya me dan adik beradik akan wat sama-sama...seperti kata wonderpets,apa yang penting..KERJASAMA...dari pagi sebelum raya sehingga la ke malamnya kami wat mcm2 kerja...

Betullah kata orang,saat paling membahagiakan adalah saat ketika bersama-sama dengan family..mcm me,adik2 study jauh2...so,masa cuti beginila kami dapat luangkan masa bersama-sama...kalu dah berkumpul tu tahu tahu je la mcm2 adegan yang berlaku kan...hihihi...the best moments...
me bersama adik beradik dan ayah tersayang

Pagi raya, me akan bangun awal untuk sediakan semua juadah sebelum pergi solat sunat Aidilfitri...balik dari solat,sesi bermaaf maafan antara satu sama lain...dah mintak maaf semua time untuk bergambar dengan family..this is the best part for Hari Raya..walaupun me tak berapa suke bergambar, tapi disebabkan hari raya terpaksa me menyelitkan diri untuk bergambar...hehehe

Harapan me,semoga ikatan dan ukhuwah antara me sekeluarga akan sentiasa di dalam lindungan Allah swt..begitu juga dengan pembaca blog me nie semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt...InsyaAllah...


me bersama adik adik dan emak tercinta


p/s : mane la satu me kn...sape pandai cer cari mane satu me....


 #salam sayang dari me



Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka!!!

Salam semua...rasanye dh lame me x mengupdate blog nie kn...belum terlambat rasanya me nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ( Merdeka Raya )...bkn nye ape, sejak awal Ramadhan lagi me dh sibuk (ala...mcm la sibuk sgt kn...hihihi )...almaklum la orang pmpuan nie banyak yg kene pikiq lg2 kalu bab nak sambut raya..pasal baju raya la,kuih raya la,nak masak untuk raya nt la dll...termasuklah juga pada me sendiri...

Raya tahun nie segala biskut me yang wat sendiri...wahh gitu...ala..bkn banyak jenis pn yg me wat adalah dlm 2 jenis je..itu pn biskut simple2 je...tapi me wat dalam kuantiti yg banyak sebab banyak umah yang nk di bagi...

Kebetulan pula hari kemerdekaan negara kita jatuh pada bulan Syawal kn...so kita sebagai ummat Islam khasnya dapat sambut 2 perayaan dalam sebulan...

Alhamdulillah...negara kita Malaysia kini bebas dari penjajah...sudah 55 tahun kita merdeka dari segi luaran tapi sebenarnya kita belum lagi merdeka sepenuhnya dari segi dalaman..knp me ckp mcm tu..??sebabnya pada zaman sekarang nie anak-anak muda terutamanya terlalu mudah dipengaruhi dengan gejala-gejala dari luar tanpa membuat pertimbangan sewajarnya...sebelum ape-ape yg terjadi,SEDAR & BANGKITLAH WAHAI ANAK-ANAK MUDA...

Alamakk...ayat me di atas mcm teks ucapan Guru Besar je kn...hihihi...maafla kalau ada pihak yang tersinggung dengan ayat me di atas..ini semua hanya pendapat bebas me sahaja melalui penglihatan dan fenomena skrg ini...

Apa-apa pun Syawal masih ada lagi..siapa-siapa yang masih belum puas beraya masih boleh diteruskan tradisi kunjung mengunjungi...jangan kuburkan amalan kunjung mengunjungi ini bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama manusia... ^_^

#salam sayang dari me
ikhsan dari mr.google

Copyright by ungutinta.blogspot.com