Anugerah : Insan istimewa



Assalammualaikum uolls...
Uolls dah tengok kan gambar di atas tu...ada apa dengan gambar di atas tu..uolls pun tahu me yang mana satu...tapi siapa yang bertudung pink tu pula kan... :)
Haa...yang bertudung pink tu la me nak share ceritanya kali ini..
Tu la adik me yang ke 2..kami sekeluarga panggil dia dengan panggilan "kak angah atau angah aziah" dan panggilan special me panggil "dedemok"..hehehe (jaat kan me.. :p)
Kalau uolls tengok secara luaran memang nampak normal kan..tapi di sebaliknya adik me ini adalah orang kurang upaya (OKU)...OKU dari segi sindrom down sejak dari kecil lagi..memang tak nampak perbezaan secara ketara kan..cuma saiz fizikal yang memungkin kan uolls akan kata adik me ni memang seorang yang OKU..
Walaupun adik me kategori OKU tapi alhamdulillah sebab dia tidak terlantar sakit dan mampu mengurus diri sendiri..kami sekeluarga bersyukur sangat-sangat..alhamdulillah.. :)
Kenapa boleh terjadinya sindrom ini?secara umum yang me baca sindrom terjadi apabila terdapat lebihan pada kromosom..kalau nak tahu lebih lanjut cer klik SINI
Dia la yang jadi peneman mak dan ayah me kat rumah bila me dan adik beradik lain tak ada di rumah..Meskipun dia seorang yang kurang upaya, namun mereka yang OKU ni punya hati dan perasaan juga..sebenarnya mereka lagi sensitif hatinya..cepat terasa dan tersentuh hati...
Bila kami sekeluarga keluar jenjalan ada saja mata yang memandang...ada yang memandang dengan pandangan yang sukar me nak tafsirkan..mungkin memandang dengan pandangan yang jengkel atau juga memandang dengan pandangan simpati dll..waallahualam..me pun kadang-kadang tak faham dengan pemikiran orang kita sekarang ni..Mereka juga berhak untuk hidup bebas seperti orang normal yang lain.Sebenarnya mereka yang OKU inilah ahli syurga yang Allah pinjamkan sementara kepada kita untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepadaNya..

"Tidak ku pinta lahir ke dunia..
tidak ku pinta cacat begini.
.bukan ku pinta kasih dan manja..
bukan ku rayu bantu simpati"
(bait lagu Namun Ku Punya Hati - Azmir Arif)

we love kak angah aziah :)

Senyummmm  ^_^





Ajal tiba: Sudah bersediakah kita?

Assalammualaikum...
Me telah mendapat perkhabaran sedih..mak sahabat kolej dulu telah kembali ke rahmatullah semalam.. (al fatihah)
Semoga arwah mak sahabat me di tempatkan bersama dengan kalangan orang-orang yang beriman..insyaAllah...
Uolls sedar tak, saban waktu setiap hari pasti ada kematian..malaikat izrail tetap setia melakukan tugasnya tanpa mengira masa atas perintah dan suruhan dari Allah swt..cuma kita sebagai manusia memang lumrah akan terleka dan terlupa bahawa ajal akan tiba pada bila-bila masa dan di mana sahaja..Allahuakbar..
Namun begitu, sudah bersediakah kita untuk menghadapi sakaratulmaut nanti..
Kadang-kadang me terfikir sendiri macam mana la keadaaan kematian me nanti...tapi itu semua rahsia Allah..
Andai kita di bagi seribu tahun hidup lagi belum tentu kita akan berkata bersedia menerima kedatangan ajal..itu sebab Allah rahsiakan tarikh kematian kita kan..
Me bukanlah seorang yang bijak pandai dalam bab-bab agama ini..tapi ini semua hanyalah untuk peringatan untuk diri me dan juga untuk sahabat me semua..tak nak lah nanti ada yang cakap,"esok-esok kalau mati pun kubur masing-masing.." :(
Selagi ada masa dan ruang waktu marilah kita sama-sama perbaiki diri yang kurang..insyaAllah..Allah sentiasa ada dengan kita..love u Allah :)
Jumpa di lain entri...zaasss...

Senyumm itu sedekah ^_^

Akulah lelaki paling kejam! : Siapakah itu?


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak share satu cerita pendek yang pada me boleh memberi pengajaran kepada semua khususnya kepada ummat Islam..
Jom baca di bawah ni :)

Ada tiga orang lelaki , bangga hendak menunjukkan siapa yang paling hebat antara mereka bertiga. Kita mula dengan lelaki pertama dahulu.
Dia menyerang seorang wanita, membelasahnya bertubi-tubi hingga darah berpercikan. Gigi wanita itu patah, matanya lebam. Darah mengalir dari hidung dan mulut.
Kemudian lelaki pertama itu berkata kepada dua temannya itu : "Hmm! Lihatlah! Akulah orang yang paling kejam!"
Bangun pula lelaki kedua. Dia mengoyakkan baju wanita yang sudah lemah itu. Dirogolnya di hadapan kedua-dua temannya. Masih belum cukup. Dia kemudian mencekik wanita yang sudah tidak berdaya itu sehingga mati.
"Hei! Lihat! Kekejaman aku lebih dahsyat. Bermakna aku yang paling kejam!" ujar lelaki kedua.
Lelaki ketiga pula bangun. Dia hanya tersenyum dan berkata : "Sebenarnya, akulah yang paling kejam antara kamu berdua! Aku hanya mampu menonton apa yang kalian lakukan tanpa berbuat apa-apa sedangkan wanita itu adalah keluargaku sendiri!"

Kredit : Majalah Mastika

Uolls semua faham tak situasi cerita pendek di atas. Siapa lelaki pertama, kedua dan ketiga malah siapa wanita tersebut sebenarnya...?

Ok la begini, lelaki pertama dalam cerita di atas adalah ISRAEL
Lelaki kedua pula adalah AMERIKA SYARIKAT dan sekutunya.
Wanita yang menjadi mangsa perkosa dan kebuasan itu pula adalah PALESTIN
Lelaki ketiga pula?
Sebenarnya lelaki ketiga adalah di kalangan kita sendiri iaitu UMMAT ISLAM.
Di mana kita hanya mampu melihat segala macam kedurjanaan dan kezaliman Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya..MasyaAllah...

Andai kita tidak mampu mengangkat senjata, angkat la tangan menadah tangan berdoa kepada Allah setiap masa bagi membantu saudara Islam kita di Palestin,Gaza,Mesir
Andai kita tidak mampu berhujah,berdebat untuk menuntut kebebasan saudara kita di sana, boikot la produk-produk keluaran Amerika Syarikat,Israel dan sekutunya.


Ini semua hanyalah luahan dan pendapat ikhlas dari me..semoga saudara Islam kita di sana terus tabah dan sabar menempuh dugaan hidup..insyaAllah

Tetap senyum walaupun hati merintih sedih  ^_^

Lawak : Persiapan perkahwinan

Assalammualaikum uolls...


Entri kali ni me nak cerita sikit pasal persiapan perkahwinan...tapiiiii.......bukan persiapan perkahwinan me tau...hehehe
Me nak share secara umum je pasal persiapan perkahwinan ni.. :)
Sebelum tu cer uolls baca dulu cerita pendek kat bawah ni jap...

Karim hendak berkahwin tidak lama lagi.Lalu Pak Imam bertanya :
"Hah!Karim, awak dah buat persiapan nak kahwin?"
"Ni hah!Adalah buat persiapan sikit Pak Imam," kata Karim selamba sambil menunjukkan seikat akar tongkat ali...

Hehehe...apa pun tak boleh kan...

Pada pendapat uolls la, apa maksud sebenar pertanyaan dari Pak Imam itu berkenaan persiapan perkahwinan kepada Karim...emm
Pada me la sebelum melangkah ke alam rumahtangga mental dan fizikal kene betul-betul bersedia..selain daripada itu persediaan rohani dan jasmani juga perlu ditingkatkan..jangan asyik fikir nak buat persediaan tuttt je...(uolls faham-faham sendiri la ye..)
Andailah sebelum berkahwin khususnya kepada perempuan boleh bangun lewat lepas subuh kan..tapi bila kita dah berkahwin kena la bangun awal untuk sediakan sarapan,membasuh dan sewaktu dengannya...so,sebelum menempuh alam perkahwinan kena la cuba mendisiplinkan diri dulu kan.. :)
Andailah juga sebelum berkahwin kita kurang mahir untuk memasak selalu tapau atau makan kat kedai je kan..so bila dah berkahwin kena la rajin-rajin turun ke dapur untuk memasak..lagi-lagi kalau duduk serumah dengan keluarga mertua kan..si suami mestilah nak rasa air tangan dari isteri walaupun masakannya tak sesedap dari air tangan mak sendiri...waallahualam
Ini semua hanya pendapat peribadi je..lagipun me pun belum berkahwin,tak tahu langsung asam garam dalam rumahtangga..takut-takut ada me tersilap kata dalam entri me habis me ke BANG...hihihi

Kepada sahabat handai dan saudara mara yang bakal menamatkan zaman bujang me ucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran dan tolak ansur.Semua masalah yang timbul,akan timbul dan bakal timbul semuanya ada penyelesaiannya.
Ok la uolls, jumpa di lain entri..

Senyummmm  ^_^


Kami satu keluarga..tak akan terpisah

Assalammualaikum...
Lenguh semua sendi urat saraf me..ehh, betul ke ayat tu macam janggal je..hehehe..penangan dari memandu seharian..
Walaupun penat tapi enjoyyy... :)
Biasalah bila off day me akan memanfaatkan sebaik mungkin dengan family..
So, bila ada masa free me akan hang out dengan family..tak kisah la pergi mana pun waima hanya pergi ke pasar cari lauk dan barangan dapur..pada me itu dah cukup berharga dapat menghabiskan masa dengan family..
Masa susah senang pun kita akan cari family kan...apa salahnya kita ada masa free guna dengan sebaik mungkin..
Lagipun me pun masih bujang memang sepatutnya luangkan lebih masa dengan family sendiri..
Ok la uolls..layaan dulu gambar gelagat adik dan mak me di dalam kereta..zaasss...

#masa kami jenjalan keluar ni, ayah me tak ada sebab dia ada urusan luar dan adik me lagi 2 orang pun tak ada

Tercapai hajatnya : Ibadah Korban 1434H


Assalammualaikum semua...
Setelah sekian lama menyepi kini me kembali lagi..cehh..ayat nak skema pula ye..hehehe
Bukannya malas nak update entri (padahal ada la rasa malas tu sikit..hehehe) tapi disebabkan tanggungan kerja yang super duper banyak membuatkan me kurang masa untuk mengupdate blog ini..
So, entri pertama dalam bulan 10 ni me nak share pasal ibadah korban..
Alhamdulillah..tanggal 15 oktober lepas bersamaan dengan 10 Zulhijjah family me telah melaksanakan ibadah korban..
Layan gambar di bawah ini dulu..zassss :p




Ramai sanak saudara,sahabat handai,jiran datang membantu dari mula awal penyembelihan,melapah dan mengagihkan daging kepada penduduk setempat..me nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua.. :)
Dan akhirnya...hajat arwah atok me tercapai...
See u next entri...tungggu...

Senyummm :)

Kredit : gambar me ambik dari FB makcik me..jangan marah haa.. :)

Copyright by ungutinta.blogspot.com