Cerita dongeng ~ Masih relevankah?

 
 Entri kali ni me nak share beberapa cerita dongeng yang sampai ke hari ini ceritanya masih segar dalam ingatan me..
Actually, zaman kanak-kanak dulu, me suka tengok kartun...biasalah budak-budak kartun memang tak boleh dipisahkan zaman me dulu..lain zaman sekarang ni teknologi semakin canggih budak-budak 3 tahun pun dah pandai main game..itu belum cerita pasal facebook,tweeter lagi..
So, dulu me suka sangat tengok cerita Cinderella sehinggalah ke hari ini..uolls mesti ingat me ni suka berangan kan...hihihi...tapi memang suka tengok cerita tu bukan sebab suka berangan tapi pengajaran dari cerita itu..
 
Mungkin zaman kanak-kanak dulu belum boleh fikir apa pengajarannya, tapi bila makin meningkat dewasa baru kita nampak nilai-nilai murni dalam sesebuah cerita itu..
Pada uolls semua, adakah masih releven cerita-cerita dongeng pada masa sekarang ni?
Masing-masing punya jawapan sendiri..apa kata uolls share kat me,uolls suka tengok cerita apa dan apa pengajaran yang uolls dapat..kita boleh tukar-tukar pendapat kan...
Jangan lupa share kat komen di bawah
 
Smile always like me..hihihi
^_^


Segarkan diri

 
Hai semua...
Apa khabar?
Fuhh...sekarang ni dah mula musim panas kan...kadang-kadang haba panas tu menyengat sampai ke kulit..
Tapi kita kita tahan sebab api neraka lagi panas kan.... ^_^
Bila musim panas, kita asyik nak cari air je untuk basahkan tekak..lagi-lagi kalau dapat ais kan...fuyoo..memang syok...
Pastu, kalau kurang minum air bibir akan jadi kering badan pun boleh terhidrat..senang cerita badan akan jadi kurang air...
So, uolls semua kena lebihkan minum air kosong ye..kalau boleh elakkan mengambil ais kerana ais boleh melemahkan badan...
Atau uolls boleh mengambil air isotonik macam air 100plus ke,barli ke kan...ikut pilihan masing-masing
boleh buat hilang dahaga ni..me ambil dr mr.google
 
Ok la..kita jumpa di lain entri ye...
 
Smile always like me...hihihi
^_^

Info IT : Shareware


Entri yang lepas me ada share berkaitan dengan Freeware kan..pada yang terlepas baca entri yang lepas pasal Freeware KLIK SINI 

me ambil dr mr.google gambar di atas

So, entri kali ini pula me nak share pasal Shareware pula..

Apa itu Shareware?
Memberikan peluang untuk muat turun atau mencuba bagi sesuatu tempoh tertentu sebelum dikehendaki membuat pembayaran.Dalam bahasa mudah 'cuba sebelum bayar'

Istilah bagi Shareware
Pada tahun 1982, Bob Wallace membangunkan PC-Write sebuah program pemproses perkataan dan diedarkan sebagai Shareware.Istilah juga dikatakan diguna dalam majalah InfoWorld pada tahun 1970

Lesen & Hak Cipta
Undang-undang hak cipta turut terpakai kepada perisian jenis ini tetapi pemegang hak cipta atau pembangun berhak ke atas semua hak dengan beberapa pengecualian tertentu.

Ciri-ciri
Untuk sesuatu tempoh masa, ciri-ciri pada perisian ini tidak boleh digunakan atau mempunyai penggunaan yang terhad.Untuk akses penuh, anda perlu membuat pembayaran

Pengedaran
Mungkin boleh dan tidak boleh diedarkan secara bebas.Kebanyakkannya memerlukan kebenaran dari pembangun.

Contoh
Winzip, AVG Antivirus, AnyVideo Converter



Seikhlas hati



Hai uolls...jumpa lagi di entri kali ini..
Kali ini me buat simple entri saja..
Me nak uolls semua like blog me ini andai pada pandangan mata uolls blog me ini ok..
Ok macamana tu..?
Ok dari segi warna,display blognya,kandungan cerita dalam blog dan sebagainya..
Andai ada komen,cadangan atau kutukan uolls boleh tulis dekat ruangan komen..
Kalau ada yang silap tegurlah me..InsyaAllah me akan terima kutukan dengan pandangan yang positif..yang penting uolls semua ikhlas jengah,komen dan like blog me


psstt...jangan lupa like kotak dekat bawah ni..


^_^


Pesan opah upin ipin



Sekarang me bergelar seorang anak,wanita,muslimah..insyaAllah suatu hari nanti status itu akan berubah menjadi isteri,ibu..
Jangka masa untuk peralihan itu mungkin akan berlaku pelbagai masalah yang membolehkan diri me dan kaum hawa semua menjadi lebih matang dan kuat untuk dijadikan satu azimat bagi meneruskan hidup sehingga ajal datang menjemput...
Bersabarlah,bertabahlah dalam menempuh dugaan dalam hidup
Jangan sesekali berputus asa sehingga akhirnya

p/s : tetaplah senyum walaupun hati kita sakit,pedih bagai di hiris belati tajam... ^_^



Membudayakan tulisan JAWI


Apa khabar?sihat la hendaknya...
Sebelum me nak share cerita dalam entri kali ni, uolls semua pandai baca jawi dan tulis dalam tulisan jawi tak?..Mesti uolls semua pandai kan..
So,entri kali ni me nak share pasal pembacaan dan tulisan jawi yang semakin lama kita lupakan...
Secara amnya, kita belajar baca dan tulis jawi masa zaman sekolah agama kan..lepas habis sekolah kita terus lupa dan jarang baca dan tulis jawi...
Ejaan dan tulisan jawi sekarang telah banyak yang berubah berbanding dengan zaman me sekolah agama dulu...ada huruf tambahan dalam huruf-huruf jawi..kadang-kadang ada perkataan yang susah me nak sebut terpaksa eja dulu barulah boleh di sebut..wahh..ada transformasi juga kan dalam tulisan jawi ni..jangan ingat perkataan dan tulisan rumi je yang boleh ada transfomasi tulisan jawi pun boleh setanding dengan tulisan rumi..
Sekarang ni pun, dalam majalah Mastika, suratkhabar utusan ada slot untuk tulisan jawi ini..bagus usaha mereka memartabatkan tulisan jawi supaya tidak tenggelam dengan arus perubahan sekarang.
Dan yang terbaru terdapat tulisan jawi dan huruf-huruf jawi di pen..uolls tak percaya, cer tgok gambar kat bawah ni...




Betul tak..?
Di harap kita semua jangan pinggirkan tulisan jawi ini.Ada masa cuba kita baca bacaan jawi dan menulis dalam tulisan jawi...

p/s : Teacher English me berbangsa cina pun pandai baca tulisan jawi...


Selamat datang bulan Rejab


Pejam celik pejam celik dah masuk 1 Rejab 1434 H kan..kejap je masa berlalu..lebih kurang 60 hari lagi kita akan berjumpa dengan bulan Ramadhan..seronoknya nak puasa..
So, dalam bulan Rejab ni marilah kita sama-sama tingkatkan lagi amalan dan memperbanyakkan puasa-puasa sunat ye..insyaAllah...

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah ( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih


p/s : kepada sesiapa yang belum habis puasa ganti jangan di lambat-lambatkan nanti tak sempat nak ganti     
^_^





Info IT : Apa itu Freeware?

 
Hai uolls...entri kali ni me nak share ilmu berkaitan dengan IT..khusus kepada perisian yang selalu kita download..hope info yang me share ini dapat beri uolls semua info tambahan dalam dunia IT..
 
Lets read..
Apa itu Freeware?
Freeware ialah perisian yang boleh dimuat turun daripada internet dan digunakan secara percuma
 
Istilah Freeware
Istilah freeware pertama kali digunakan oleh Andrew Fluegelman pada 1982 apabila beliau ingin menjual 
program komunikasi PC-Talk
 
Lesen & Hak Cipta
Lesen pengguna atau EULA (Perjanjian Lesen Pengguna Akhir) adalah penting untuk freeware.Setiap lesen spesifik untuk setiap freeware.Undang-undang hak cipta turut terpakai kepada perisian jenis ini.
 
Ciri-ciri
Semua ciri penggunaan adalah percuma
 
Pengedaran
Perisian freeware boleh diedarkan secara percuma tanpa kos
 
Contoh perisian freeware
Adobe PDF, Google Talk, Yahoo! Messenger, MSN Messenger

Maruah sama di jaga

 
Hai uolls semua...sihat?dua tiga hari lepas me sibuk tak sempat nak mengupdate blog.Al maklumlah sibuk dengan hari mengundi.So, kita pun dah tahu siapa yang akan mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang.Kepada parti yang kurang berjaya, me pasti andai terus berusaha dan beristikhamah insyaAllah akan boleh kemenangan juga..yang penting nawaitu dalam hati kita kan..actually, me sebenarnya bukan nak cerita pasal siapa menang siapa kalah siapa yang patut memerintah dalam pilihanraya yang lepas tapi me nak share satu pengalaman yang pada me boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.
Pengalaman me bukan lah hebat mana...ringkas saja
Kejadian ini berlaku pada 4 hb yang lepas..berlaku dalam perjalanan pulang pengundi di dalam bus ekspress..biasalah me balik single so me ambil sit single la dalam bus..
Sebelah sit me terdapat sepasang suami isteri..dari pendengaran me depa orang utara..
Dalam bus ketika itu tak ramai penumpang...yang me perasan si suami ni muka ketat sangat dan me perasan yang muka si isteri merah lagi lagi kat tang hidung...dalam hati cakap mungkin tak sihat kot..
Bila bus gerak je si suami dok bercakap dengan si isteri dengan nada yang marah..me buat biasa je mungkin cara cakap si suami macam tu...tapi lama kelamaan cara cakap si suami makin bernada yang teramat marah..bila me toleh ke sebelah me tengok si isteri menangis..hidung merah dan di tangannya ada sapu tangan...
  Me tak tahu pasal apa si suami tu dok marah sebab me bukannya jenis yang suka pasang telinga dengar perbualan orang..perjalanan masih jauh lagi me pun terlelap..selang dalam setengah jam me tersedar dari tidur..sedar je me dengar lagi suara si suami dok bercakap lagi..dalam hati me cakap tak kan tak berhenti bercakap lagi tadi..dasyatnya kan..
Bila me toleh sebelah kebetulan bertentang mata dengan si isteri..me perasan muka si isteri sayu dan ada rasa malu..maunya tak malu bila si suami marah sampai orang lain pun dengar..
Kenapa me cerita pasal ini kat uolls?mungkin ada yang cakap itu kisah rumah tangga orang buat apa nak masuk campur kan...
Tujuan me cerita adalah untuk memberi pengajaran untuk diri me dan untuk uolls bahawa jangan mudah menjatuhkan maruah dan memalukan insan lain.Lebih-lebih lagi kepada suami isteri,anak beranak,adik beradik dan sesama manusia.
Macam cerita di atas tu, sepatutnya si suami tidak wajar memarahi si isteri sampai di dengari oleh orang luar sehingga boleh membuatkan si isteri berasa malu.Sepatutnya si suami perlu banyak bersabar dan beristighfar andai dalam hati terlalu marah yang tidak terkira.Si suami wajib menjaga maruah isteri dan begitu juga sebaliknya.

^_^
 

Wahh..panjang pula cerita dalam entri kali ini kan...hihihi..
Andai ada tersilap kata dan fakta minta di perbetulkan.Tegurlah andai me ada melakukan kesilapan di dalam entri ini...

Selamat Hari Ibu

 
Hai uolls...simple entri je kali ini..
Me nak wish SELAMAT HARI IBU khasnya kepada mak me Kamariah bt Md Yusof dan juga kepada ibu-ibu di seluruh dunia...
 Actually me tak berapa pasti bila hari ibu yang sebenarnya tapi takpelah me nak wish awal kan..
 
^_^
 
Happy watching
 
 

Jadilah seperti aku!!


Walaupun bertubuh kecil, tetapi aku kuat.Mengangkat beban yang kadang kala lebih besar dari tubuhku tetapi aku tidak pernah mengeluh.Jauh sekali bersungut!
Apabila aku tidak mampu mengangkatnya seorang diri, teman-teman yang lain akan datang menghulurkan bantuan tanpaku pinta.Kami akan sama-sama mengembeling tenaga.
Tidak pernah kami menyalahkan satu sama lain.Kerjasama kami amat erat kerana kami tahu, hasilnya akan kami kongsi bersama tanpa sebarang rungutan.
Sebarang peluang dan kesempatan yang hadir di depan mata, aku tidak tunggu lama untuk segera menggapainya.Tidak ada rasa takut, sangsi atau mengharapkan orang lain untuk mendapatkannya.
Bentangkan apa saja halangan di depanku.Tidak pernah aku kenal erti putus asa mencari jalan keluar.Maju,mundur,ke kiri, ke kanan, tidak pernah aku berhenti berusaha untuk melepasi halangan itu.
Setiap masa yang berjalan sangat berharga dalam hidupku.Kerajinan itu penting jarang sekali aku berhenti untuk bersahaja.Aku tidak kenal erti MALAS!dan juga peluang yang aku temui itu membuahkan hasil yang banyak, akan aku panggilkan teman-teman lain untuk turut berkongsi hasilnya.
Kami gembira dapat menikmati bersama.Kerana aku tidak kenal sifat tamak, tidak suka mementingkan diri sendiri.
Wahai manusia, alangkah baiknya jika kalian juga mempunyai sikap seperti aku. Kerana sesungguhnya Allah telah menganugerahkan sifat terpuji ini kepada golonganku.
Siapakah aku?
Aku hanyalah seekor semut...

gambar dari mr.google


Sumber: Majalah Mastika

Sharing for today



We can change our life with work hard and pray to Allah

lots of love

^_^
Copyright by ungutinta.blogspot.com