Selepas sambut Merdeka,adakah akan jadi seperti ini?


Hai again...
Entri yang lepas me buat pasal sambut Merdeka kat mana kan..kalau uolls ada yang tak sempat baca entri yang lepas cer klik sini
So, kiranya entri kali ni sambungan dari entri yang lepas la..:)
Kalau entri yang lepas me cerita pasal nak sambut Merdeka kat mana, entri kali ni me nak tunjukkan apa yang terjadi selepas sambut Merdeka yang menggunakan kepala lutut bukan kepala otak ye...
So, me rasa biarlah hanya gambar yang berbicara dari me cerita panjang lebar kan...hehehe
Jom terjah tengok...








p/s : Aksi-aksi dalam gambar di atas ni berlaku di negara jiran kita..
Kredit : penpatah.blogspot.com

Malaysia kan AMAN...opss...cabutt..

Senyum lagi ^_^


Sambut merdeka kat mana???

Hai uolls..
Entri kali ni simple je..
Jom terjah baca kat bawah ni
Perbualan ini berlangsung di dalam rumah sewa bujang
Li : Ko tinggal sorang je ke La?Apasal tak ikut kengkawan pergi sambut merdeka
La : Ah!Nak buat apa pergi sambut merdeka tu semua..Sosial je semua tu.Takda pekdahnya
Li : Wah!Bagus la ko ni La
La : Abis tu, ko dok umah tak sambut merdeka la ek?
Li : Eh..apa plak tak sambutnya.Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita mesti la                    sambut.Baru la ada semangat patriotik.
La : Sambut apanya kalau sambut kat umah..
Li : Apa pulak sensorangnya.Aku sambut dengan awek aku la.Dia ada kat dalam bilik tu tengah tido
La : Memang nak kena mangkuk hayun ni...
me ambil dr mr.google
emm...dialog cerita biasa je tu..mesti uolls ingat macam tu kan..
Tapi kalau uolls semua baca dengan mata hati sure uolls semua faham kenapa me buat dialog macam tu..cehh..ayat nak serius pula..hihihi...
Dalam dialog kat atas, memang betul la kita sambut merdeka negara kita Malaysia sebab kita cinta,kasihkan negara kita sendiri..tetapi semuanya bergantung pada cara kita sambut..sambut guna akal atau ikut nafsu..
Ada akal guna dengan sebaik mungkin..ada nafsu kawal guna otak semaksimum mungkin..
Me buat entri ni berdasarkan dari pengalaman dulu-dulu di mana mesti ada kes kena tangkap basah la,rempit jalanan la,mabuk-mabuk kat kelab la..dengan alasan sambut merdeka..sambut apa bendanya kalau buat semua yang menunjukkan kita ni jahil..
Jadi, biarlah kita ni generasi yang merdeka dalm erti kata merdeka yang sebenarnya...

p/s: sambutlah merdeka di tempat yang sepatutnya kita sambut..bukannya di tempat yang akan menghancurkan diri sendiri...Peace :)

Senyummm ^_^

Soalan bocor dari dalam Kubur

Selalu uolls terintai-intai kertas soalan kat atas meja cikgu dengan harapan dapat soalan bocor kan..tapi ada soalan bocor yang sudah lama diketahui tapi uolls tak nak cuba jawab..
Apa soalan tu?
SIAPA TUHAN KAMU?
Ni soalan paling mudah nak jawab masa hidup tapi susah nak jawab bila dah mati.Tanyalah kat siapa-siapa, sure leh jawab tapi kalau hidup tak takut Tuhan, tak nak ikut arahan Tuhan, buat larangan Tuhan, rasa diri macam Tuhan, rasa-rasanya terjawab tak soalan ni nanti bila dah dikambus tanah?

SIAPA IKUTAN KAMU?
Kalau hidup ikut nafsu takkan kat dalam sana boleh tipu kata ikut Nabi pula kan..Sepanjang hayat idolanya Donald Trump,Bill Gates,Lionel Messi,..bla..bla..blaa...alih-alih kat sana nak tipu kata ikut Nabi Muhammad SAW pula?
SIAPA SAUDARA KAMU?
Jawapannya semua tahu, orang ISLAM..tapi semasa hidup betul ke macam tu?Beli barang kat kedai Cina, buat bisnis dengan India, kawan masa study mat saleh..tapi sedara SeISLAM pun dah tak ngaku sebab parti politik lain-lain
MANA KIBLAT KAMU?
Jangan bagi bacaan kompas menghala ke Makkah serta Kaabah pula..Masalahnya, masa hayat tak kisah kiblat kat arah mana sebab bukan solat pun..yang tahu menghadap TV 5 kali sehari..
Sekadar pengkongsian ilmiah biasa..semoga semuanya dapat mengambil pengajaran daripada info di atas termasuklah me sekali.. :)
Jangan lupa senyumm ^___^

Cinta 3 segi dalam rumahtangga


Hai uolls semua...watpe tu?hihihi...
Entri kali ini simple,ringkas dan padat..rasanya lah..
Apa tu cinta 3 segi dalam rumahtangga?
Uolls mesti ingat cinta 3 segi tu suami atau isteri main kayu tiga sehingga boleh menyebabkan cerai berai kan... :)
Sebenarnya cinta 3 segi dalam rumahtangga yang me maksudkan adalah cinta antara suami,isteri dan Allah swt... ^___^
Me share sedikit ye apa yang me dah baca..maksud cinta 3 segi dalam rumahtangga tu mestilah ada ketiga-tiga hubungan tersebut bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga..kalau ada yang bergaduh tu anggap la sekadar gaduh-gaduh manja..sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri kan...hehehe..bunyinya macam lirik lagu la pula kan... :)
Dalam rumahtangga mestilah ada kasih sayang dan cinta antara suami isteri kan..so bila masing-masing dah sayang menyayangi jangan pula leka dan sombong sehingga lupa pada Yang Maha Esa..Kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kebahagiaan dan dipanjangkan jodoh..rite..
INGAT...apa yang berlaku,akan berlaku dan telah berlaku semuanya atas kehendak dari Allah swt juga..
Dengan kuasa doa serta usaha yang berterusan memungkinkan semuanya boleh berubah..insyaAllah
Me tak berapa pandai sangat nak explain tapi yang me nak tekankan setiap hubungan mestilah ada Allah swt tau.. :)

Jumpa di lain entri...Senyumm je tau ^___^

"Hari-hari pengantin baru..." katanya

Sekadar perkongsian biasa...semoga perkongsian ini membawa manfaat dan berfaedah kepada uolls semua... :)
Beberapa bulan kahwin
Isteri : Abang nak pergi mana tu?
Suami : Abang nak pergi solat subuh kat surau la yang...
Isteri : Alaa..abang xpayah la pergi...
Suami : Kenapa ayang tak bagi abang pergi?
Isteri : Ayang rinduuu....
Suami : Ok la..abang tak jadi pergi..abg solat kat umah je..
Setelah 40 tahun kahwin
Isteri : Awak nak ke mana tu?
Suami : Saya nak ke surau solat subuh kat sana...
Isteri : Bagusla tu...
Suami : Selepas tu saya terus bersarapan kat warung Pak Jabit...
Isteri : Eloklah tu...kalau terus nak makan tengahari kat sana pun bagus juga..tak la saya rimas tengok muka awak kat umah ni je...
Suami : Saya pun bosan tengok awak 24 jam kat umah ni...saya pergi dulu la

Dah abis baca kan...
emm...apa pendapat uolls semua dengan dialog di atas..
Ada seorang ustaz ni bagi talk kalau boleh kepada suami isteri biarlah hari-hari adalah pengantin baru...
Tapi kebanyakkan fenomena sekarang ni asal usia perkahwinan dah jejak 20 tahun ke atas semuanya berubah..dah tak ada istilah pengantin baru..menurut kata ustaz tu la..
Me tak pandai nak terjemahkan lebih-lebih sebb me belum berumah tangga..
Cer uolls semua bagi pendapat tak kira la sama ada dah berkahwin atau belum...

me pinjam gambar ni dari mr.google


Jumpa di lain entri...senyummm ^_^

Suka tengok gambar ini ~~ tapi....



Hai uolls...
Gambar di atas di ambil time raya ke 2 hari tu..
Gambar me dengan siapa tu ekk?dengan anak ke..
tett..uolls salah teka..
Gambar tu me dengan sepupu merangkap anak makcik me...
But ada somebody cakap macam anak beranak
like mom like daughter gitu..
Actually me suka tengok gambar ni..tapi tak tau suka tengok tang mana..
So, me nak mintak TOLONG dari uolls, bantu me cari apa yang membuatkan me suka tengok gambar ni...
Uolls coret-coret semua kat ruangan komen ye...

p/s : sama tang matanya ka, hidungnya ka,mukanya ka..ishh..confiusss...help

Masih senyummm ^_^






Kat Malaysia ada tak macam ni??







Shop 24..masukkan duit,pilih barang yang hendak di beli then keluar barang yang dipilih..mudah kan..macam beli air gedegang (alaa...air dari mesin masuk syiling tu la..hehehe)
Shop 24 ni me rasa ada kat negara orang omputih je..kat Malaysia me tak pasti dah ada ke belum..yang me tahu kedai 7eleven je yang 24 jam..tu pun ada orang yang jaga...
Memang mudah kalau Shop 24 ini ada tapi kebarangkalian untuk tidak bertahan lama khususnya di Malaysia adalah tinggi..sedangkan mesin ATM pun depa boleh letupkan apa pula shop 24 yang terbuka ni kan...Malaysia kan aman...oppss...terlebih sudah..
See u next entri..

Smileee always ^_^

Merisik...




Merisik??
Benarkah diri me telah dirisik...emm

Wakil dari pihak lelaki datang merisik dan berbincang mengenai
majlis kahwin ^_^

Cer uolls tengok..me ke tu?hehehe

Actually, bukan me yeee yg dirisik..dalam gambar tu adalah bakal adik sepupu me..maksudnya bakal wife adik lelaki sepupu me..ehh..betul ke ayat me tu..uollss pandai-pandai la bagi faham sendiri je..hihihi
Me saja je menjoinkan diri ikut rombongan merisik..nak tengok macam mana proses merisik.. :)



my aunts and my mom yang ikut pergi merisik
Sempat lagi bergambar dalam kereta
Me, akak sepupu dan anak buah me
Me doakan semoga adik sepupu dengan bakal pasangannya dapat menempuhi detik-detik menuju ke alam rumah tangga dengan penuh kesabaran dan bertolak ansur ye..cewahh..me bagi nasihat macam dah ada pengalaman je kan... :)
Anyway, wish me luck...



p/s : InsyaAllah..lepas ni turn me pulak kot..ahakss...lariii

Smilee ^___^







Syawal 2013


Hai uolls...apa khabar?Dah start bekerja ke..me dah start keje tapi still dalam mood raya lagi..
Macamana suasana raya uolls tahun ni..meriah ke tak.. :)
Pada me raya tahun ni seperti raya-raya tahun yang sudah juga...
Pagi Syawal pergi solat sunat Aidilfitri dan bersalam memohon ampun maaf kat mak ayah,adik beradik,pakcik makcik dan sanak saudara semua..
Time raya ni la dapat berkumpul semua family kan..
Juadah hari raya seperti biasalah mesti ada nasi impit,kuah lodeh, sambal kacang dan rendang daging..marvellous..hehehe

Gambar raya last year

Guess who??sure la mak dan ayah me la..suweet couple..moga mereka dipjgkn umur
di berikan kesihatan dan berkekalan kasih sayang forever and ever

Gambar raya tahun ni..we are one big family..soon, will be come bigger.. :)

Aksi adik beradik me yang ala-ala sengal..hihihi
p/s : me tak nak letak gambar banyak-banyak nanti uolls bosan lak tgok kan..

See u again...smilee ^____^


Gambar mintak di makan lagi...handmade cookies



Hari Raya tahun ni perancangan untuk buat kuih raya berjalan dengan lancar..means sehari sebelum hari raya semua dah siap...macam last year malam raya me still buat kuih lagi..good jobs to me kan..yeay.. :)
Pada last entri me ada share 2 jenis biskut yang lazim me buat untuk setiap tahun..cer tgok Nyummm
So, raya tahun ni me tambah lagi 2 jenis biskut yang simple berbanding raya last year..cer tengok gambar kat atas tu...cer uolls teka biskut apa yang me buat...yeee betul...uolls memang pandai teka.. :)
Biskut conflakes madu dengan biskut jejari coklat..actually 2 jenis biskut ni first time me buat tau..so hasilnya memang tak menghampakan la...nak buatnya pun tak susah..
Kalau uolls perasan biskut jejari coklat tu ada yang tak sama besar dan ada yang tak sama panjang kan...hehehe..al maklumlah..me first time guna paiping bag..mengigil-gigil tangan time nak picit adunan bagi keluar..anyway, pada me ok la tu kan... ^_^
Thanks to my sisters sebab banyak tolong me buat biskutttt...love u la  ^_^
Di kesempatan ini, me nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sahabat handai di alam nyata mahupun di alam maya khususnya sahabat blogger me semua...juga kepada mak, ayah, adik beradik, makcik pakcik dan sanak saudara semua..minta di halalkan semua nya...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Dari : ungu tinta

^_^




Gambar mintak di makan


Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari lagi untuk kita menjalani ibadah puasa kan..kejap je masa berlalu...
Dah dekat nak sambut raya ni banyak persiapan yang kena buat terutamanya bab membuat kuih raya..time gini la kaum wanita sanggup bersengkang mata untuk buat kuih raya...termasuk la juga dengan me :)
Since mak me dan resign buat kuih raya ni me la yang kena take over buat semua kuih raya..Mak me cakap time ni la turn orang muda tunjuk bakat buat kuih jangan tahu makan je..hehehe...Seperti tahun-tahun yang sudah me buat kuih tak banyak pun, adalah dalam 2 3 jenis je..bila memikirkan nanti takut tak habis so me buat "cukup-cukup makan" je...hehehe...walaupun "cukup-cukup makan" je tapi lepas la juga me bagi pada sedara mara walaupun sedikit..bak kata orang berbahasa bagi orang rasa kan...
Biskut yang biasa me buat london almond dan biskut gadis melayu..wahh..biskut gadis melayu pun ada tau... 
rasanya macam bangkit tapi di modenkan  ^_^



London almond yang baru siap di celup dengan coklat...rasa mcm nak ngap je kan...hehehe


Ni la dia biskut gadis melayu...

For next planning, me nak buat conflakes madu dan jejari biskut bersalut coklat...coklat lagi kan..well..dah me penggemar coklat lagipun kalau bebudak datang beraya biskut yang ada coklat la yang akan habis dulu...

Jangan terlalu leka membuat kuih raya sampai lupa nak tambah amal ibadah tau..

p/s : rasa malas nak buat kerja..mood nak cuti raya je ni :D

Senyumm sokmo  ^_^


Dugaan menahan sabar


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan dan akan diganti pula dengan kedatangan bulan Syawal..bulan kemenangan bagi ummat Islam yang menjalani ibadah puasa dengan sempurna..
Terasa kesedihan menggamit sanubari tatkala menghitung hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini..tertanya-tanya pada diri sendiri adakah aku mempunyai ruang kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang..adakah segala amal ibadahku di terima oleh Allah..jawapannya hanya Allah swt saja yang tahu..
Dalam rasa kesedihan itu, terselit rasa kecewa, geram, rasa nak beri penumbuk pun ada..haa..sampai tahap macam tu sekali me rasa...
Kenapa me rasa sedemikian rupa?
sebabnya..cer uolls baca kat bawah ni :
  • Dah berumur pun tapi tak berpuasa (rumah dah kata pergi,kubur dah kata mari)
  • Dah la tak puasa, dengan rasa tak malu makan, minum, merokok dengan selamba
  • Jual/main nombor ekor dengan rasa tak bersalah
  • Bila azan, masjid yang sekangkang kera pun tak reti-reti nak pergi berjemaah
  • Bahasa pula memang tak reti nak jaga main sedap mulut je cakap yang bukan-bukan
  • Bulan puasa dengan bulan tak puasa sama je
Wahh..sikit punya banyak me punya alasan yang membuatkan me rasa nak beri penumbuk pada mereke-mereka yang berkaitan kan...
Astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim...
Buat bersabar banyak-banyak...


Me rasa sedih sangat dengan fenomena zaman sekarang ini...Bila yang dah berumur pun berperangai macam tu apatah lagi yang muda belia ni..usah cakap la kan.. :(
Mudah-mudahan Allah memberi hidayah pada mereka-mereka yang berkenaan...

p/s : Me buat entri ni bukan sebab me seorang yang baik sempurna tapi mengenangkan generasi akan datang membuatkan me terdorong nak buat entri ini..nak bagi uolls semua buka mata,buka hati dan buka minda dengan fenomena sekarang ini..waallahulam

Senyumm je  ^_^

Dugaan untuk sekian kalinya


Hai...uolls cer tengok gambar apa kat atas tu...yee..gambar minyak cap kapak kan..
Lately, asal berterawikh sure me akan bersin-bersin dan selsema lepas tu.. :(
Bukan setakat masa berterawikh je, asal lepas bersahur pasti akan bersin..bukan sekali tau uolls..tapi berkali-kali me bersin..sampai hidung me sakit la...then, kepala me akan sakit lepas bersin banyak kali..
so, minyak cap kapak la yang me guna bagi nak kurangkan selsema...
Maybe, ini adalah salah satu ujian bagi me dalam bulan Ramadhan kali ini..pape pun think positive kan..
Semoga me terus bertahan untuk menempuhi saki baki hari untuk berpuasa.. :)
senyumm lagi ^_^

Mencungkil kreatif


Hai uolls...apa khabar semua?Alhamdulillah..kita pun sudah masuk ke fasa akhir dalam bulan Ramadhan iaitu 10 malam terakhir sebelum masuk bulan Syawal..me harap kita semua dapat menjalani saki baki puasa pada tahun ini dengan memperoleh keberkatan dari Allah..insyaAllah..
Entri kali ni me nak share hasil air tangan anak didik me dalam menghasilkan kad raya kreatif...ekk..anak didik ke...actually bukan la anak didik sangat tapi bebudak yang rajin dan sporting nak belajar dalam dunia perkomputeran ini...
Minggu lepas tempat me kerja ada buat contest buat kad raya kreatif dengan menggunakan software Microsoft Publisher...contest yang simple menggunakan software yang tak complicated sangat untuk diorang guna..cer uolls tengok hasil kerja diorang kat bawah ni...


Ok la kan...untuk permulaan...
Kad raya yang diorang hasilkan ni me lekatkan kat tempat me kerja boleh juga jadi penghias suasana raya kan.. :)


Ok la uolls..jumpa di lain entri

semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam Lailatulqadar
InsyaAllah..

Senyumm selalu ^__^

Copyright by ungutinta.blogspot.com