1MALAYSIA...



Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA...



TANGGAL 31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
HARI YANG MULIA HARI BAHAGIA
SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA
TANGGAL 31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
MERDEKA MERDEKA TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAH
MARI KITA SELURUH WARGA NEGARA
SAMA-SAMA MENYAMBUT HARI MERDEKA
31 BULAN 8 LIMA PULUH TUJUH
HARI MULIA NEGARA KU MERDEKA...


Setiap tahun kita merayakan sambutan hari kemerdekaan negara kita...tahun ini kita menyambutnya seiring dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan...mudah mudahan negara kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...kita sebagai warga Malaysia yang telah merdeka ini adakah benar-benar faham apa sebenarnya maksud kemerdekaan...bukan hanya semata-mata kita bebas dari belenggu penjajah tetapi kita juga mestilah memerdekakan minda dan cara pemikiran kita...hidup dan berpijaklah dengan kaki sendiri...pertahankan apa yang kita peroleh sekarang untuk diwariskan kepada generasi akan datang...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

AKHIRNYA...

Tanggal 13 Ogos 2009,tarikh yang tidak akan aku lupekan...aku telah grade pada tarikh tersebut...yahoo...tapi pada peringkat diploma je...tapi aku bangga sebab aku dapat juga merasai hari konvokesyen KUIM yang pertama...


-me-

Gambar ni diambil selepas tamat konvokesyen...bagaikan mimpi 3 tahun berhempas pulas belajar akhirnye tamat juga aku belajar...dapat juga aku naik stage ambik scroll hasil usaha aku belajar...aku grade dengan 3 pointer and above...


-me bersama dengan ayah tersayang-

Time nie aku rasa touching sgt sebab kedua ibu bapaku ada bersama dengan aku meraikan hari konvokesyen KUIM...tak dapat diungkap dengan kata-kata bagaimana perasaan dalam hati hanya Allah SWT saja yang tahu...


-me bersama dengan emak tersayang-

Cuma aku rasa frust sikit sebab insan yang bertakhta dihatiku tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan aku time tu...tapi apa kan daya tugasan yang membataskan untuk dia berada bersama meraikan kejayaan ku ini...aku harap dia akan sentiasa menyokong aku tidak kira walau dimana dia berada...

TAHNIAH...KEJAYAAN KU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) sempena dengan majlis konvokesyen pertama yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2009.
Tahniah juga diucapkan kepada para pendidik KUIM kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga kami dapat bergraduat.Kepada sahabat-sahabat ku dari FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN ingatlah segala memori-memori yang telah kita lalui selama 3 tahun bersama...
KEPADA :azie,wawa,farah,hidayu,yana,ila,hazida,ecah,hanim,teti,arfah,ayu,firdaus,ariff,razi dan aiman aku gembira dapat kenali kalian semua...aku harap ukhwah yang telah terbina ini tidak akan terputus di tengah jalan...aku sayang kalian semua...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Copyright by ungutinta.blogspot.com