Maafkan Rindu

Entri kali nie me nak kongsi satu kisah...kisah ini mcm cinta 3 segi la melibatkan 2 orang perempuan dan seorang lelaki...perempuan yang pertama me kenalkan dia sebagai Kasih dan yang kedua sebagai Sayang...lelakinya me kenalkan sebagai Rindu..

Kisah nya bermula pabila Kasih telah berkenalan dengan Rindu secara tidak sengaja..pada awal perkenalan mereka semuanya ok sehingga pada satu hari Rindu telah berterus terang akan status dirinya yang sebenar..

Alangkah terkejutnya Kasih tatkala mendengar pengakuan dari Rindu...Rindu telah mempunyai Sayang dan mereka telah pn bertunang..tetapi Sayang tidak tahu yang rindu telah berkenalan dengan Kasih...

Dalam tempoh perkenalan antara Kasih dan Rindu, Rindu telah jatuh hati kepada Kasih tanpa dia sedari...dan rupanya Rindu tidak bertepuk sebelah tangan kerana Kasih pun telah sama sama jatuh hati...

Tetapi semuanya telah terlambat...setelah mengetahui status diri sebenar Rindu, Kasih telah berkata pada diri sendiri yang dia tidak akan jadi pihak ketiga kepada hubungan antara Rindu dan Sayang...ini kerana Kasih tidak mahu melukakan hati Sayang walaupun Kasih tidak pernah mengenali diri Sayang...

Hubungan antara Rindu dan Kasih terus sepi..Kasih telah meyepikan diri dengan tidak menghubungi Rindu lagi sebagai cara untuk menjauhkan diri...

Dan pada satu hari, Kasih telah mendapat email dari Rindu dalam bentuk video...


Walaupun perit untuk Kasih terima, Kasih harap ini adalah penyelesaian yang terbaik...
Sehingga sekarang kiriman video dari Rindu masih lagi Kasih simpan sebagai kenangan...
Ketahuilah Rindu,Kasih tidak pernah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Rindu..
Kasih dan Rindu memang tidak ditakdirkan untuk bersama...Kasih redha dengan ketentuan semua ini...

# Salam sayang dari me

Semua orang gila tuan!

Seorang pegawai polis sampai di lokasi kemalangan.Kelihatan seorang lelaki India terbaring lemah di tepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan.Pegawai polis tadi memangku lelaki India yang sedang terbaring itu dengan sayu dan belas kasihan


Polis : Anil, apa pasal boleh eksiden?


Anil : Semua orang gila tuan, bawa laju-laju.


Polis : ( lagi sayu campur kasihan )Siapa bawa laju Anil?


Anil : Saya dari rumah,bawa motor juga,pigi kidai.


Polis : oooo...


Anil : Saya pigi kidai.Balik kidai saya bawa moto.Ada lori laju.Banyak laju, makan saya punya jalan.Mau langgar saya punya motor.Nasib baik saya sempat elak.Tarak jadi eksiden.


Polis : Banyak nasib baik Anil.Habis siapa langgar Anil?


Anil : Ini cerita belum abis la tuan.Lagi, satu kereta makan saya punya jalan.Mau langgar saya punya depan, saya elak.Tarak jadi eksiden.Ini Tuhan punya kuasa.


Polis : Nasib baik Anil.Jadi siapa yang langgar?


Anil : Itulah tuan.Dua kali saya boleh elak.Lalu itu selekoh, ada satu pokok.Bawa banyak laju.Saya sudah banyak kali hon sama dia,dia tarak pigi tepi.Boommmm, itu pokok sudah langgar sama saya...


Polis : Citt...confirm mabuk todi haram ni.Kostabel, gari Anil ni,check level alkohol dia sekali....


hehehe...Apa la Anil nie pokok dengan kenderaan pun tak boleh nak beza...
Moral : berhati hati ketika memandu & ingatlah orang yang tersayang


# salam sayang dari me

Cantikkk

Siapa yang nak jadi cantik, meh cepat angkat tangan ( me pun angkat tangan juga nie...hihihi )
Majoriti terutamanya kaum HAWA ingin menjadi cantik di mata semua orang kn...so,untuk entri kali ini me nak kongsi beberapa tips/petua untuk menjadi CANTIK...jomm baca...

  • Nak bibir kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik
  • Nak mata cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain
  • Nak bentuk badan langsing, kongsilah makanan dengan orang lapar
  • Nak rambut lembut mengurai, biarkan anak-anak membelainya setiap hari
  • Nak sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan kamu tidak akan keseorangan
  • Manusia perlu di baiki, diperbaharui, dipulih, ditebus dan di selamatkan ; jangan pinggirkan sesiapa pun
  • Jika perlukan bantuan, kamu akan temuinya di hujung kedua dua tangan kamu
  • Apabila semakin meningkat tua, kamu akan dapati yang kamu mempunyai 2 tangan, satu untuk membantu diri sendiri & satu lagi untuk membantu orang lain

Ok tak tips/petua untuk CANTIK dari me..senangkan...tak perlu mengeluarkan beribu ribu ringgit untuk menjadi CANTIK...rupanya semuanya terletak dari dalam diri kita sendiri untuk menjadi CANTIK secara semulajadi... ^_^

# salam sayang dari me

Sihat Cara Rasulullah

Sebelum ini me ada terbaca tips kesihatan cara Rasulullah dalam sebuah akhbar...rupanya dari zaman Nabi lagi dah ada cara-cara bagaimana untuk jaga kesihatan diri.. ( orang dulu2 lg advance dr kita rupanya..hihihi )
So,entri kali ini me nk kongsi tips kesihatan yang selalu Rasulullah amalkan...
  • Beribadat Malam - selalu bangun sebelum subuh ; kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah boleh juga menjadi terapi untuk penyakit Tibi.  Ia juga turut dapat memperkuatkan minda & perasaan
  • Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih.  Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi pada setiap hari khamis atau Jumaat
  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang ; makan berlebihan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan
  • Rasulullah gemar berjalan kaki - dengan berjalan kaki keringat akan mengalir, pori-pori akan terbuka untuk membantu peredaran darah menjadi lancar.  Ia juga mampu mencegah penyakit jantung
  • Rasulullah bukan seorang yang pemarah - kesihatan seseorang bukanlah hanya terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga bergantung pada kesihatan jiwa & mental
  • Rasulullah adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih.  Sikap Rasulullah tersebut jika di amalkan akan dapat memberi impak positif terhadap psikologi manusia
  • Madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah.  Ini kerana madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan

Di atas adalah antara tips-tips kesihatan yang telah Rasulullah amalkan bagi menjaga kesihatan diri Baginda..
So, marilah kita mengamalkan & mengikut tips-tips dari Rasulullah ini sebagai titik tolak untuk menjalani kehidupan yang sihat...

# salam sayang dari me

Jomm Cari Kebahagiaan

Tujuh petanda kebahagiaan dunia
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :




*Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
*Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
*Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
*Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
*Al malul halal, atau harta yang halal
*Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
*Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.


# salam sayang dari me...

Wanita



WANITA ITU IBARAT SEPERTI EPAL, YANG RANUM MASAK DAN AMAT BERNILAI SERTA BERHARGA SEKIRANYA IA BERADA DI PUNCAK TERTINGGI DAHAN...AKAN TETAPI KADANG-KADANG EPAL ITU BERFIKIR KENAPA DIRIKU BELUM DIPETIK?...LANTAS IA MERENDAHKAN MARTABATNYA DAN MENGUGURKAN DIRI MENYEMBAH TANAH SEDANGKAN IA SEBENARNYA TELAH ALLAH JADIKAN SETINGGI MARTABATNYA SEHINGGA TIADA SIAPA YANG BERANI MEMETIKNYA, HANYA PEMUDA YANG BENAR-BENAR HEBAT SAHAJA YANG MAMPU...MUNGKIN BUKAN CINTA DI DUNIA TETAPI CINTA DI AKHIRAT...BIARLAH JODOH BUKAN DI DUNIA ASALKAN CINTA ILLAHI MENGIRINGI...


# salam sayang dari me

Di mana....

Sayang,
Setelah kau pergi...
Sekian lama aku mencari teman yang jujur
Ikhlas dan mulia hatinya
Tetapi masih belum ku temui
Dari semasa ke semasa...
Insan yang ingin menyayangiku
Semuanya pernah berdusta padaku
Alangkah indahnya...
Jika aku dipertemukan
Dengan insan yang sering mengajakku
Ke masjid dan tidak berdusta lidahnya
Bila berbicara dan berjanji denganku
Lalu aku terus bersabar...
Mudah mudahan sebelum terpejam mataku
Aku dipertemukan dengan seorang insan
Yang bakal menjadi ahli syurga Mu...


# salam sayang dari me

Ipad 3 vs Galaxy Tab

Antara Ipad 3 dengan Galaxy Tab mana satu la pilihan hati kan..kalu ikutkan hati,dua dua me nak.. (alamak la pulak...) Tapi antara 2 tu terpaksa me lepaskan 1 kn...( ala..mcm dalam masalah ekonomi tu ada kos lepas )
Dua dua bagus, dua dua ada kelebihan masing2..
Kalu me pilih Ipad 3 senang untuk me edit blog kn...ta kalu me pilih Galaxy Tab pulak lagi fleksibel saiz nye lebih kecil dari Ipad...ohh...ku dalam dilema (ehh...mcm tajuk lagu kumpulan..ntahla me lupa apa nama kumpulan nye...hihihi )


                                                                     VS

Rumah ku Syurga ku

Hidup tidak selalunya indah langit tak selalu cerah..begitu juga dengan alam berumah tangga tidak selalunya indah..Ada ketikanya akan bergolak dan terpaksa juga lalui walaupun bukan yang kita kehendaki...
Walaupun me belum berumah tangga ( InsyaAllah,mungkin tak lama lagi kot..aaminn ) tapi me nak berkongsi beberapa tip yang boleh me kongsi kepada semua...beberapa tip ini me perolehi melalui pembacaan dan juga melalui pemerhatian kepada keadaan fenomena skrg nie...Jom kita baca sama sama tip di bawah ini :

  • Sumber kewangan - fokuskan pengurusan perbelanjaan bulanan dan simpanan untuk masa depan.Cuba uruskan segala perbelanjaan dengan cara yang berhemah.Berbincang dengan pasangan bagi mengelakkan berlakunya perbelanjaan yang mendatangkan pembaziran.
  • Sikap terus terang - suami isteri perlu menerapkan sikap berterus terang bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham ketika berkomunikasi.Jujur dengan setiap kata kata yang diucapkan kepada pasngan anda.



  • Berfikir sebelum bertindak - walaupun mengalami sesuatu masalah,jangan bertindak melulu sebelum berfikir dengan wajar.Jangan bertindak bodoh hanya semata-mata mahu menyelesaikan masalah dengan segera.Buatla berbincang dengan pasangan dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
  • Terima pasangan seadanya - beri tumpuan pada kelemahan dan kekuatan pasangan anda.Belajarlah untuk menghargai kebaikan,kelebihan pasangan serta memaafkan keburukan pasangan anda.Ini kerana manusia tiada yang sempurna.
  • Berbaik sangka pada keluarga pasangan - berbuat baik la dan terima keluarga pasangan seperti keluarga sendiri.Hal ini kerana, berbuat baik pada keluarga  pasngan adalah pengaruh yg kuat jika berlaku perselisihan faham dan mereka mungkin akan dapat memahami.
tip-tip kat atas adalah antara cara yang boleh dipraktikkan untuk menjamin keharmonian dalam sesebuah rumah tangga...tip-tip ini adalah antara cara yang dapat me kongsi..yang selebihnye me lum melalui alam berumah tangga lagi..coming soon...hihihi...salam sayang dari me

Ramadhan & Merajuk

Tiap kali tibanya bulan Ramadhan,mesti me akan teringat satu peristiwa yang pada me bila diingat ingat balek boleh ketawa sendiri...
Biasala bulan puasa pasti mak akan masak untuk juadah berbuka puasa kan...so,mak me pun telah mengamanahkan untuk menyiapkan bahan-bahan untuk di masak nanti...al maklum la,masa tu me masih muda belia lg me rasa dalam tingkatan 3 lg kot so buat2 la endah tak endah pesanan mak me tu...
Di pendek kan cerita, mak me balek kerja agak lewat..bile dengar je bunyi kereta mak, me dengan segera berlari ke arah dapur untuk masak nasi dan siapkan bahan-bahan untuk mak me masak ( alamak,mati aku kene bebel pasni )...bila mak me jengah je ke dalam dapur terus mak me berleter marahkan me...masa tu me tengah basuh beras untuk masak nasi..lepas siap basuh beras dan masak nasi,terus me masuk bilik ( konon-kononnye touching kene marah dengan mak )...me dok diam2 dalam bilik tak tolong pun mak me masak...
Sedar tak sedar me dok dalam bilik sampai la masa nak berbuka puasa..mak ayah panggil me untuk berbuka puasa tapi disebabkan dah kene marah tapi hati pun degil me tak kuar dari bilik untuk buka puasa...
Bile azan berkumandang je me terus batal kan puasa dengan menghisap jari (me teringat ustaz ada pesan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka leh batalkan puasa...) mujur la kat dalam bilik me ada sebotol air mineral dapat la me teguk untuk basahkan tekak...( degil kan me nie..mak dah panggil tok buka puasa tak nak,merajuk konon..hihihi )


Akhir nye,mak me bawa kn me sepinggan nasi dengan lauk...mak me suruh makan tak baik lambat-lambatkan buka puasa...touching juga mak me wat macam tu...
Pengajaran yang me dapat adalah :
  • pabila mak atau sesiapa saje bg amanah atau pesanan hendaklah kita buat dan tunaikan
  • terima segala teguran dengan hati terbuka janganlah cepat merajuk dan terasa hati
  • andai kita lakukan kesalahan dan memang kita yang salah baik kita mengaku daripada berselindung..
So selepas peristiwa itu, hubungan me dan mak me semakin akrab diibaratkan sebgai sahabat karib..me ambik semua segala teguran dan leteran mak me sebagai pengajaran yang positif dan akan me cuba lakukan hal yang sama bila me sudah bergelar seorang "MAK" nanti...insyaAllah...salam sayang dari me...

Acha Septriasa

Sampai Menutup Mata

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

# Lirik lagu kat atas nie telah mengingatkan me pada zaman me study dulu..agak-agak time tu me ngah jiwang me akan layan dengar lagu nie..kalu betul2 hayati lirik lagu nie leh tangkap leleh tau..segala kenangan zaman2 study dulu tak akan dapat diulang semula walaupun kita cuba mengembalikan semula (flash back) dengan cara melakonkn semula memang tak kan sama dengan apa yang telah berlaku...( sedih la pulak )..so, kita hanya dapat mengenang segala memori yang telah berlaku dan menyimpan ia di dalam lipatan ingatan kita dengan sebaik mungkin..salam sayang dari me

gambar ihsan dr mr.google

Copyright by ungutinta.blogspot.com