Anak lelaki & perempuan

Salam semua....wahh...nampak rajin lak me nak mengupdate blog kn...
Bukannya apa, me suka share apa yang telah me baca pada korang semua...
So, kali nie me nak share pasal didikan yang perlu di bagi pada anak lelaki & perempuan
Wahh...mcm me dah kahwin la pulak kan..xpe2..tak salah kan kalu kita berkongsi apa yang kita tahu kan...
Meh baca kat bawah nie ye...

ANAK LELAKI
  • Latih sifat kepimpinan dalam diri mereka
  • Dekatkan mereka dengan institusi masjid & keagamaan
  • Lebihkan gerak kerja yang lasak, aktiviti luar & berpanas
  • Latih mereka menjadi imam solat berjemaah
  • Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seseorang lelaki seperti ilmu mempertahankan diri, berkebun, membaiki jentera dan sebagainya
  • Elakkan membeli alat permainan untuk anak-anak perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • Galakkan mereka sertai kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan seperti gotong royong dan sebagainya
  • Latih mereka untuk berdikari
kecil-kecil lagi dah pandai solat jemaah ye...Alhamdulillah
Gambar me ambil dr mr google
ANAK PEREMPUAN
  • Didik mereka untuk menutup aurat sedari kecil.Jangan pakaikan pakaian lelaki
  • Galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah
  • Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti robot, kereta mainan dan sebagainya
  • Latih supaya bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut
  • Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka sudah baligh
  • Ajarkan kemahiran hidup yang patut diketahui oleh seorang wanita agar mampu berdikari untuk diri dan keluarga seperti belajar memasak, mengemas rumah dan sebagainya
  • Didiklah mereka dengan keimanan dan kekuatan taqwa.InsyaAllah merekalah punca dan nikmat syurga di dunia dan akhirat

Korang dan baca kan..mudah-mudahan kita semua dapat terapkan info yang me share nie dalam diri anak-anak...

sharing is caring
#salam sayang dari me

1 comment:

Copyright by ungutinta.blogspot.com