Bulan meningkatkan amalan,bulan dugaan

Hai uolls...alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa kan...rasanya macam baru semalam kita berpuasa, tup..tup..dah 2 minggu...So, dalam masa 2 minggu kita berpuasa ni macam-macam yang telah kita lalui sama ada yang pahit mahupun yang manis..kalau yang manis tu sure la dapat pergi berterawikh, dapat berkumpul dengan family kan...tapi tak kurang juga dengan perkara yang pahit ada juga yang berlaku kan..like me :(
Pada awal malam puasa yang pertama means malam pertama kita berterawikh la me telah melalui perkara yang pahit sehingga menggeletar la kepala lutut me ni ha..
Maunya tak menggeletar kepala lutut bila kereta kesayangan ayah me telah tercalar..ha..siapa yang buat tu,cepat angkat tangan..siapa lagi kalau bukan me la..kalau tak tak la jadi perkara pahitnya kan...huhuhu...
Kejadian tu terjadi bila me nak pergi masjid untuk berterawikh..dengan confident me reverse la kereta ayah me dengan laju tau-tau je bahagian kiri kereta telah bergesel dengan tiang lampu sehingga calar..bukan setakat calar cat kereta siap tertinggal bekas kat tiang lampu tu..dasyat tak dasyat kan..maunya me tak terkejut..cuak jangan tanyalah...tapi hendak tak hendak me kena la mengaku kan..dah buat salah..masa mengaku kat ayah tu memang muka ayah berubah sangat menahan marah agaknya..sejak tu lebih kurang dalam 2 hari la me takut nak bercakap,berbual dengan ayah me..tapi lambat laun dah jadi seperti biasa..
Tiang lampu yang menjadi saksi pada malam first terawikh 

Kereta yang telah menjadi mangsa keadaan..ohh tidakkk...
Kejadian kedua yang berlaku dalam minggu pertama kita berpuasa dalam hidup me bila mana me mengalami demam selesema yang boleh menganggu gugat kelancaran berpuasa me..puasa yang ke 6, me dah rasa tak sedap badan, bersin usah cakap la entah berapa kali..hidung me pun dah naik merah akibat bersin yang terlampau dan gatal..memang dugaan betul..seingat me lately setiap bulan puasa me akan tak sihat tapi me anggap itu semua dugaan dari Allah kan..think positive..yeayyy...
Ok la uolls, rasanya dah panjang lebar me berceloteh dalam entri kali ni...sehingga jumpa di lain entri..

p/s : marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa yang tinggal ini dengan sebaik mungkin..insyaAllah..

Senyumm..senyummm ^_^



3 comments:

  1. byk2 bersabar bulan puasa nie...:)

    ReplyDelete
  2. mcm tak nmpk sgt je benda tu.. mungkin cobaan ramadhan.. :)

    ReplyDelete
  3. gambar calar kat kereta tu selepas di polish..xsempat nak snap gambar selepas kejadian menggeletar lutut punya pasal :)

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com