Carilah yang HALAL


Assalammualaikum semua..


Me nak share beberapa info yang amat berguna kepada uolls semua terutamanya kepada mereka yang rajin pergi bercuti dan menginap di hotel atau resort.
Sebagai ummat Islam kita mestilah perlu mementingkan sesuatu tu halal atau tak terutaman dari segi makanan dan minuman kan..
So, menurut Ustaz Dr.Izhar Ariff iaitu merupakan seorang Panel Tertinggi Halal Negeri Selangor dan JAKIM umat Islam bertanggungjawab untuk mencari hotel yang halal.
Maksud hotel yang halal adalah mencangkupi layanan kepada pelanggan muslim dan makanan yang dihidangkan sama ada halal atau tidak.
Menurut kata Ustaz itu lagi, antara kriteria yang di titik beratkan oleh pihak JAKIM dalam pemberian sijil halal kepada pihak hotel adalah ruangan dapur.Pihak hotel perlu menyediakan dua bahagian dapur iaitu dapur untuk makanan halal dan satu lagi untuk kegunaan dapur untuk memasak makanan yang tidak halal.
Selain daripada itu, pihak hotel juga perlu meletakkan tanda arah kiblat di setiap bilik botel dan menyediakan peralatan solat seperti sejadah dan kain telekung.

Dalam entri ini me share sebahagian hotel yang telah mendapat sijil halal JAKIM

BORNEO HOTEL SDN BHD,KOTA KINABALU,SABAH
11@CENTURY HOTEL JB,JOHOR BAHRU,JOHOR
A'FAMOSA RESORT HOTEL SDN BHD,ALOR GAJAH,MELAKA
ADMIRAL MARINA BERHAD(HOTEL),PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN
BARATEGUH SDN BHD(NOUVELLE HOTEL SDN BHD)SERI KEMBANGAN,SELANGOR
BATU BUROK BEACH RESORT SDN BHD,TERENGGANU
BAYVIEW BEACH RESORT PENANG,PULAU PINANG
BAYU BEACH RESORT SDN BHD, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD,KUALA LUMPUR
BUKIT MERAH RESORT SDN BHD,SEMANGGOL, PERAK

Untuk mengetahui lebih lanjut uolls boleh kunjungi laman web JAKIM tau..yang list kat atas tu hanya sebahagian hotel je yang dah dapat sijil halal..

Sumber : Majalah Mingguan Wanita

Senyuumm...senyumm.. ^___^


1 comment:

Copyright by ungutinta.blogspot.com