Maruah sama di jaga

 
Hai uolls semua...sihat?dua tiga hari lepas me sibuk tak sempat nak mengupdate blog.Al maklumlah sibuk dengan hari mengundi.So, kita pun dah tahu siapa yang akan mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang.Kepada parti yang kurang berjaya, me pasti andai terus berusaha dan beristikhamah insyaAllah akan boleh kemenangan juga..yang penting nawaitu dalam hati kita kan..actually, me sebenarnya bukan nak cerita pasal siapa menang siapa kalah siapa yang patut memerintah dalam pilihanraya yang lepas tapi me nak share satu pengalaman yang pada me boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.
Pengalaman me bukan lah hebat mana...ringkas saja
Kejadian ini berlaku pada 4 hb yang lepas..berlaku dalam perjalanan pulang pengundi di dalam bus ekspress..biasalah me balik single so me ambil sit single la dalam bus..
Sebelah sit me terdapat sepasang suami isteri..dari pendengaran me depa orang utara..
Dalam bus ketika itu tak ramai penumpang...yang me perasan si suami ni muka ketat sangat dan me perasan yang muka si isteri merah lagi lagi kat tang hidung...dalam hati cakap mungkin tak sihat kot..
Bila bus gerak je si suami dok bercakap dengan si isteri dengan nada yang marah..me buat biasa je mungkin cara cakap si suami macam tu...tapi lama kelamaan cara cakap si suami makin bernada yang teramat marah..bila me toleh ke sebelah me tengok si isteri menangis..hidung merah dan di tangannya ada sapu tangan...
  Me tak tahu pasal apa si suami tu dok marah sebab me bukannya jenis yang suka pasang telinga dengar perbualan orang..perjalanan masih jauh lagi me pun terlelap..selang dalam setengah jam me tersedar dari tidur..sedar je me dengar lagi suara si suami dok bercakap lagi..dalam hati me cakap tak kan tak berhenti bercakap lagi tadi..dasyatnya kan..
Bila me toleh sebelah kebetulan bertentang mata dengan si isteri..me perasan muka si isteri sayu dan ada rasa malu..maunya tak malu bila si suami marah sampai orang lain pun dengar..
Kenapa me cerita pasal ini kat uolls?mungkin ada yang cakap itu kisah rumah tangga orang buat apa nak masuk campur kan...
Tujuan me cerita adalah untuk memberi pengajaran untuk diri me dan untuk uolls bahawa jangan mudah menjatuhkan maruah dan memalukan insan lain.Lebih-lebih lagi kepada suami isteri,anak beranak,adik beradik dan sesama manusia.
Macam cerita di atas tu, sepatutnya si suami tidak wajar memarahi si isteri sampai di dengari oleh orang luar sehingga boleh membuatkan si isteri berasa malu.Sepatutnya si suami perlu banyak bersabar dan beristighfar andai dalam hati terlalu marah yang tidak terkira.Si suami wajib menjaga maruah isteri dan begitu juga sebaliknya.

^_^
 

Wahh..panjang pula cerita dalam entri kali ini kan...hihihi..
Andai ada tersilap kata dan fakta minta di perbetulkan.Tegurlah andai me ada melakukan kesilapan di dalam entri ini...

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com