Jadilah seperti aku!!


Walaupun bertubuh kecil, tetapi aku kuat.Mengangkat beban yang kadang kala lebih besar dari tubuhku tetapi aku tidak pernah mengeluh.Jauh sekali bersungut!
Apabila aku tidak mampu mengangkatnya seorang diri, teman-teman yang lain akan datang menghulurkan bantuan tanpaku pinta.Kami akan sama-sama mengembeling tenaga.
Tidak pernah kami menyalahkan satu sama lain.Kerjasama kami amat erat kerana kami tahu, hasilnya akan kami kongsi bersama tanpa sebarang rungutan.
Sebarang peluang dan kesempatan yang hadir di depan mata, aku tidak tunggu lama untuk segera menggapainya.Tidak ada rasa takut, sangsi atau mengharapkan orang lain untuk mendapatkannya.
Bentangkan apa saja halangan di depanku.Tidak pernah aku kenal erti putus asa mencari jalan keluar.Maju,mundur,ke kiri, ke kanan, tidak pernah aku berhenti berusaha untuk melepasi halangan itu.
Setiap masa yang berjalan sangat berharga dalam hidupku.Kerajinan itu penting jarang sekali aku berhenti untuk bersahaja.Aku tidak kenal erti MALAS!dan juga peluang yang aku temui itu membuahkan hasil yang banyak, akan aku panggilkan teman-teman lain untuk turut berkongsi hasilnya.
Kami gembira dapat menikmati bersama.Kerana aku tidak kenal sifat tamak, tidak suka mementingkan diri sendiri.
Wahai manusia, alangkah baiknya jika kalian juga mempunyai sikap seperti aku. Kerana sesungguhnya Allah telah menganugerahkan sifat terpuji ini kepada golonganku.
Siapakah aku?
Aku hanyalah seekor semut...

gambar dari mr.google


Sumber: Majalah Mastika

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com