Walaupun me belum berumah tangga ( InsyaAllah,mungkin tak lama lagi kot..aaminn ) tapi me nak berkongsi beberapa tip yang boleh me kongsi kepada semua...beberapa tip ini me perolehi melalui pembacaan dan juga melalui pemerhatian kepada keadaan fenomena skrg nie...Jom kita baca sama sama tip di bawah ini :
- Sumber kewangan - fokuskan pengurusan perbelanjaan bulanan dan simpanan untuk masa depan.Cuba uruskan segala perbelanjaan dengan cara yang berhemah.Berbincang dengan pasangan bagi mengelakkan berlakunya perbelanjaan yang mendatangkan pembaziran.
- Sikap terus terang - suami isteri perlu menerapkan sikap berterus terang bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham ketika berkomunikasi.Jujur dengan setiap kata kata yang diucapkan kepada pasngan anda.
- Berfikir sebelum bertindak - walaupun mengalami sesuatu masalah,jangan bertindak melulu sebelum berfikir dengan wajar.Jangan bertindak bodoh hanya semata-mata mahu menyelesaikan masalah dengan segera.Buatla berbincang dengan pasangan dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
- Terima pasangan seadanya - beri tumpuan pada kelemahan dan kekuatan pasangan anda.Belajarlah untuk menghargai kebaikan,kelebihan pasangan serta memaafkan keburukan pasangan anda.Ini kerana manusia tiada yang sempurna.
- Berbaik sangka pada keluarga pasangan - berbuat baik la dan terima keluarga pasangan seperti keluarga sendiri.Hal ini kerana, berbuat baik pada keluarga pasngan adalah pengaruh yg kuat jika berlaku perselisihan faham dan mereka mungkin akan dapat memahami.
No comments:
Post a Comment