So,entri kali ini me nk kongsi tips kesihatan yang selalu Rasulullah amalkan...
- Beribadat Malam - selalu bangun sebelum subuh ; kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah boleh juga menjadi terapi untuk penyakit Tibi. Ia juga turut dapat memperkuatkan minda & perasaan
- Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih. Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi pada setiap hari khamis atau Jumaat
- Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang ; makan berlebihan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan
- Rasulullah gemar berjalan kaki - dengan berjalan kaki keringat akan mengalir, pori-pori akan terbuka untuk membantu peredaran darah menjadi lancar. Ia juga mampu mencegah penyakit jantung
- Rasulullah bukan seorang yang pemarah - kesihatan seseorang bukanlah hanya terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga bergantung pada kesihatan jiwa & mental
- Rasulullah adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih. Sikap Rasulullah tersebut jika di amalkan akan dapat memberi impak positif terhadap psikologi manusia
- Madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah. Ini kerana madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan
Di atas adalah antara tips-tips kesihatan yang telah Rasulullah amalkan bagi menjaga kesihatan diri Baginda..
So, marilah kita mengamalkan & mengikut tips-tips dari Rasulullah ini sebagai titik tolak untuk menjalani kehidupan yang sihat...
# salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment