Takbur

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini
tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan
akhlaknya yang buruk...

Iman Al-Ghazali telah memberi panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia iaitu:

pic ambik kat mr.google

  • Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa
  • Apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita
  • Apabila berjumpa dengan orang yang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu didadanya
  • Apabila berjumpa dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahui
  • Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya hidup kita
  • Apabila bertemu orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya..
Sharing is caring

Sumber : Majalah Ujang

#salam sayang dari me

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com