5 Penyembuh terbaik sepanjang zaman

Entri kali ni me nak kongsi apa yang telah me baca dari majalah Mastika berkaitan dengan agen penyembuh yang terbaik sepanjang zaman...me harap apa yang akan me kongsi ini dapat memberi info dan maklumat kepada sahabat semua...

HABBATUS SAUDA
-Habbatus Sauda dapat membantu meningkatkan antibodi badan untuk melawan AIDS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Gunakanlah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali as sam (maut)."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
-Habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu antibodi melawan penyakit sekali gus membantu merawat kanser,HIV dan AIDS

BUAH TIIN
-Allah telah berfirman pada ayat pertama dari surah al-Tiin : "Demi buah tiin dan buah zaitun."
Sesungguhnya Allah swt telah bersumpah dengan nama dua jenis buah ini, tiin dan buah zaitun bahawa terlalu banyak faedah dan keberkatan pada buah hasil ciptaan Allah ini.
-Kandungan serat,kalium,magnesium,glukosa dan fruktosa di dalam buah tiin dapat megurangkan serangan angin ahmar dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta kencing manis."
-Menurut Imam Ibnu al-Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat.Antaranya dapat megurangkan penyakit sesak nafas,membersihkan hati dan limpa,mencairkan kahak serta membuang toksik.
-Buah tiin bagus untuk penyakit sembelit,masalah hati,masalah saluran kencing,pedih hulu hati,sakit dada,buasir dan penyakit sawan.

KURMA - MENCEGAH STROK
-"Dengan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu buah kurma yang masak."- surah Maryam ayat 25
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas.
-Penemuan kajian saintis tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium membuktikan bahawa makan kurma lebih baik daripada mengambil ubat-ubtan moden yang dicampur dengan dadah.
-Buah kurma mempunyai kuasa penyembuh menyamai dengan aspirin bagi mereka yang migrain,sakit perut,deman dan muntah-muntah.

MADU- AWET MUDA
-Rasulullah saw bersabda ; al-Quran."Ambillah,manfaatkan oleh kamu sekalian dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran" - Hadis riwayat Ibnu Majah
-Allah telah menyatakan bahawa madu adalah penawar bagi segala jenis penyakit.Dan madu juga adalah kesukaan Nabi Muhammad saw untuk kesihatan tubuh baginda
-Madu lebah juga dikenali sebagai "minuman dari segala jenis minuman" dan "ubat dari segala jenis ubat"

BADAM - MENCERDASKAN MINDA & INTELEKTUAL
-Amalan memakan badam di kalangan masyarakat Timur Tengah dipercayai dikesan ribuan tahun lalu
-Dipercayai badam turut menjadi makanan kegemaran para Nabi,salafus soleh dan para mujahid dulu
-Badam dapat meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kecerdasan.
-Memakan badam dapat membantu mengurangkan risiko mengalami nyanyuk atau penyakit alzheimer's disease

sharing is caring  ^_^

Sumber : Majalah Mastika

#salam sayang dari me

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com