Bukan cerita politik

 
Hai uolls...sihat?ada yang deman tak...sekarang ni kan tengah sibuk di landa dengan penyakit demam..demam pilihanraya kan..tapi me tak demam pun..uolls ada yang demam pilihanraya tak...hihihi
Entri kali ini bukannya me nak sentuh pasal isu politik..atau membincangkan parti politik mana yang akan menang atau sebaliknya...tapi me nak cerita pasal calon-calon yang akan mentadbir,tanggungjawab dan amanah yang akan di pikul nanti..sebelum itu, me bukannya seorang yang taksub dengan politik ini tapi ianya hanyalah sekadar pandangan dan luahan dari seorang rakyat Malaysia seterusnya seorang muslim.
Sekarang ini negara kita tengah hangat dengan pilihanraya yang akan diadakan 5 Mei nanti..kepada calon-calon yang bertanding sibuk ke sana ke mari berkempen bagi meraih undi.Bermacam-macam kata,janji dan hujahan di sampaikan kepada rakyat sehinggakan apabila me dengar segala hujahan tersebut membuatkan me bertepuk tangan..(bukan tepuk amai-amai ye...)
Adakah segala kata-kata,janji-janji tersebut akan tertunai andai seseorang calon ini menang nanti?
Jangan nanti bila dah nak habis penggal,baru la sibuk nak menunaikan janji..baru la nampak muka turun melawat kawasan..buat-buat muka senyum yang pada awalnya memang tak tahu nak senyum...mungkin masa itu sudah terlambat bagi rakyat yang tahu menilai...
Berjanji bila dapat ditunaikan..jangan hanya omong kosong saja dong...
 
Andai ada yang membaca entri me ini tidak setuju dengan apa yang me sampaikan di sini, me tak marah dan tak kisah...sebab semua manusia/rakyat berhak bersuara menzahirkan apa yang di rasa kan...

Me harap pilihanraya kali ini berjalan dengan aman
Walaupun kita berkempen sakan tapi jangan sampai lupa dengan tanggungjawab kita sebagai muslim
Seimbangkanlah hal duniawi dan akhirat..

Peace no war!!!

1 comment:

Copyright by ungutinta.blogspot.com