Pada sayap itu juga, terkandung rerambut halus dengan pelbagai struktur dan ukuran yang membantu mengawal udara yang mengalir sewaktu terbang.Tepian sayapnya pula bergigi membantu mengawal gelombang udara.
Bayangkanlah sayapnya begitu tipis namun frekuensi kibasan sayapnya begitu tinggi hingga mengeluarkan bunyi 'dengung' sewaktu terbang.
Matanya pula terdiri dari ribuan struktur heksagon kecil.Setiap bahagian struktur ini pula mempunyai ciri lensa tersendiri dan sel pigmen yang berfungsi mengesan sesuatu di depannya dengan kecepatan seperti polarisasi cahaya.
Mulutnya yang tidak memiliki gig seperti paip yang panjang dengan hujungnya bagaikan span untuk mengesan rasa.Jadi apabila hinggap pada sesuatu, bahagian hujung mulutnya menyentuh dan memastikan apakah itu makanan.Jika ya, lantas dari hujung mulut itu dirembes sejenis enzim yang akan meluruhkan makanan tersebut menjadi cecair sebelum diserap oleh mulutnya.
Rerambut yang ada di tubuhnya pula berfungsi sebagai penerima signal yang memberi kelebihan untuk ia mengesan setiap getaran walaupun berskala sangat kecil.
Selain itu, sejenis protein iaitu 'chitin' membaluti tubuhnya agar kalis air.Manakala kakinya sangat kecil dan nipis namun memiliki kelebihan seperti hujung kail memudahkannya mendarat di bahagian vertikal yang sukar.
Amat kompleks dan hebat kejadian makhluk ini, walaupun cuma seekor LALAT.Haiwan yang begitu kecil dan dianggap remeh ini sebenarnya satu ciptaan Allah yang sangat luar biasa.
Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 73 yang berbunyi :
"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu.Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tdak dapat menciptakan sesekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya.Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu.Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."
sharing is caring
Sumber : Majalah Mastika
No comments:
Post a Comment